Tuesday, June 7, 2011

Pulau tioman part 1

Assalamualaikum..

welcome back.. hehe.. tak beloh nak berblog sangat masa kat kampung, yela, sume rebut nak tengok laptop nak tengok fb la, nak tengok gambar la, al maklumlah dah 3 hari terputus bekalan internet.. hehe.. so, tak de peluang la nak update blog panjang berjela..

Ok, nak mula dari mana ye.. okla, kita mula dari Day 1 ye.. Kami pergi seramai 9 orang tidak termasuk kanak2 2 orang dan bayi 2 orang.. total 13 orang la, keluarga ku sahaja.. perjalanan dimulakan dari Kluang, my hometown seawal jam 9 pagi. janji nak naik feri pukul 11.30. tapi sepanjang on the way ke mersing tu, akak yang menunggu kat jeti tu asyik call je.. tanya kat mana dah, rimas, lambat lagi kan.. perjalanan dari kluang ke mersing adalah sejam setengah..so, kami sampai di jeti mersing pada pukul 10.30pagi..

Sesampai saje di jeti, cepat2 pergi ke kaunter yang dijanjikan. nak kena tulis nama, no ic, keje mana.. agak kelam kabut sebab aku tak ingat ic2 diorang ni.. sume dah merayap2 cari makanan.. agak berpeluh juga la dengan kena dokong aqil lagi.. orang punya lah ramai, yela time cuti sekolah kan..

Okey, seperti yang dijanjikan, feri sampai pukul 11.30 pagi.. time ni yang korang tengok dalam gambar ni, ni sume nak masuk feri tau.. feri tu muat 200 orang. tapi kat jeti ni macam tak de sistem. sume tak sabar nak masuk.. mana tangan nak pegang beg lagi, anak lagi.. yang bawa anak kecik, siap la stress dengan tangisan anak, kepanasan lagi.. so, cari tempat yang ada kipas dan tak ramai orang...

ni la feri yang kitorang naik.. lega sangat dapat masuk, nasib baik feri ada ekon, sejuk je.. terus tertido budak2 yang crancky tadi.. aku je tak boleh tido sebab aqil super aktif.. alhamdulillah la dia tak meragam, tapi pening melayan karenah dia jalan sana sini, kacau orang dalam feri.. nasib orang tak marah.. Oleh kerana feri ni besar, sure tak mabuk laut punya.. yang memang hantu muntah pun tak muntah tau :-)

cer tengok.. meliuk lentok dia tak reti duduk diam..

Okey, perjalanan selama 1 jam 45 minit menuju ke pulau tioman.. agak boring.. dalam hati ni, bila la nak sampai ni.. tv dalam feri pun tak bukak.. nak tido tak boleh. nak tengok luar, jauh pulak dari tingkap.. so, aku jalan2 la dalam feri tu melwat adik badik aku yang duduk bersepah2 tu.. sume dah menganga tido.. huhu..

Okey, tiba masa yang dijanjikan, alhamdulillah selamat sampai. kalau sampai ke pulau tioman, destinasi pertama yang dia akan stop adalah di kampung genting. pastu feri tu akan meneruskan perjalanan ke pulau2 yang lain untuk hantar penumpang.. Staff feri pulak tak bagitahu dah sampai kampung genting, boleh turun. aku main agak2 je la sebab dah pernah dengar cite orang kan.. yang adik badik aku yang lain terkejut tengok aku dah turun.. waahaa.. cepat2 diorang turun jugak, takut tertinggal..

Sampai2 je, memang jakun sangat.. yela tak pernah pergi pulau kan. pernah la ke pulau langkawi, tapi pulau langkawi fokus utama adalah shoppingkan.. apa yang boleh diucapkan adalah SUBHANALLAH... memang cantik sangat, air jernih je.. tu yang amik gambar bot, boleh nampak bayang2 kapal.. ikan pun boleh nampak..  cuaca memang panas la, dah agak dah burn kali ni..


Okey, macam dah panjang je cite ni .. to be continue.. :-)


 

4 comments:

misscha said...

ramainyeeeee....cuti skolah kan.........huhu

faiez said...

same je bot cm g Redang..buhsan..tingkap tinggi....seb baik sejuk...tp xdela ramai gler tunggu..kalu gitu gaya nyer...eden terlepas ke belakang lar...

Suliana said...

misscha..

mmg ramai.. panas plak tu...

Suliana said...

faiez,

kena rebut2 baru dapat naik.. hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails