Thursday, June 9, 2011

lawatan

Assalamualaikum..

tadi kan aku pegi lawatan sambil belajar..erk, belajar ke? hehe.. boleh la.. ingatkan pegi kilang, rupanya pegi sekolah yang pakai IBS, kira sample sekolah la.. sekolah kecik je, sekolah kafa... IBS ni bukan saje untuk panel wall, tapi boleh juga pakai block wall macam ni.. macam lego.. 3 bulan je dah siap sekolah ni.. cepat tak? tapi kalau pakai kat umah, agak2 panas tak umah? huhu.. upss lupa plak nak terangkan, IBS tu industrialised building system di mana kebanyakkan komponen2 rumah/sekolah macam dinding dan lantai di buat di kilang. datang je ke site dah boleh pasang siap2 macam main lego tu..orang kata tak de la semak sangat site tu kan dengan batu bata, simen segala bagainya sebab semuanya dah dibuat dikilang.. kos bangunannya pulak dikatakan lebih murah berbanding dengan traditional method.. ermm.. macam tu la serba sedikit ceritanya, malas nak story panjang2 kang korang ada yang boring.. hehe..

 kami baru sampai.. pengarah lead lawatan ni..

 macam ni la block wall.. column pun pakai batu ni je, cuma ada reinforcement lebih skit la.. saiz dia ada 2 jenis 400mm x 200mm dan 200mm x 200mm. sebijik beratnya 16 kg. RM 3 satu.

 selebihnya gambar kami la... lalalalala :-)

 eh, bergambar lagi? mesti.. :-p

 tangga pun jadik pose ok...

nak balik dah.. haus gile, datang umah orang tak disediakan air.. hukhukhuk. nasib baik bawa air sendiri.. 

hmm.. macam tu je la citenya.. kalau engineer2 ni banyak la tanya itu ini beam camana, tranverse beam la itu ini.. aku qs kan, dengar je la. tapi faham, sebab aku belajar jugak apa (lebihnya cite benda lain).. hehe.. pastu dalam 11 lebih dah balik dah.. bos ajak gi makan tengahari.. nyum nyum.. sedap betul lauk kampung tadi. kitorang makan kat area jalan kuching, kedai dia nama restoran mawar tomyam kat jalan jambu mawar.. kedai biasa2 je, tapi lauk dia banyak dan sedap. aku duk hirup sup tulang je, sedap.. lagi la bos bayar, tambah sedap :-p

bye..

 

7 comments:

ejaMaria said...

betul site clear... tp berapa banyak kontraktor yg mampu sewa mesin crane utk angkat blok IBS tu... kontraktor kelas kecil akan rasa tertindas... kontraktor besar ok la takde masalah kot... ada pro n kon jugak IBS ni... kita tengok la 4-5 tahun akan dtg... jadi mcm mana... mcm water proofing dia... finishing dinding dia... design mmg dah limit la... square-square shj... :(

Suliana said...

kak maria,

yela, benda masih baru kat sini, byk lagi nak kena improve.. lama2 bila dah buat okla kot, dpt reduce the problem :-)

Taste Of Tapah said...

apsal aku selalu tinggal bas nih.. hehehe

Suliana said...

zeti,

tu la ko, apasal tukar unit. haha

Erin Rashid said...

ait? su kenal zety? kawan blogger ek?
btw, aku masih ingat IBS. seb baik.. heheheh
su, aku dok tgk tudung purple ko tu
dah lama aku cari tudung purple bercorak tp semua masih belum berkenan.. cantik la.. mana ko beli? ~ makcik kepoh menanya ni..

Suliana said...

erin,

zeti satu keje ngan aku kat sini. hehe..

tudung tu aku beli ngan sedara aku. brand dia D-HAJA lebih kurang macam tu la.. cantikkan :-) aku pun suka pakai sebab dia terletak elok je.. hehe.. kat maju junction ni ada booth d haja tu, try la tengok mana tahu ada lagi ke tak design cam ni..

@iney123 said...

yey!!de gmbr sy gak..hehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails