Thursday, June 30, 2011

kisah semalam

Assalamualaikum..

Hai.. seharian tak update blog!! semalam memang tak de masa nak update blog, tapi tak reti pulak nak update blog pakai handphone. tak setting siap2 kat sini, pastu kuar coding macam2, terus tak de mood nak update.. hehe.. Pagi ni pulak, busy skit.. sampaila tengahari ni baru macam ada lega skit..

So, apa cerita semalam? hehe.. kecoh la minah ni.. tak pela, kita share2 cerita la kan.. pengalaman orang tak sama kan. ye dop :-p semalam adalah hari yang best!! mula2 cuak, pastu jadi best plak.. korang kalau ada peluang cam ni, jangan dilepaskan.. pergi je. hehe.. Nasib baik kawan aku yang baru kukenali semalam, kira boleh masuk la kan.. tak de la malu2 kucing gitu.. kira aku sanggup tunggu dia lama2 kat tiang parlimen tu sebab nak suh dia amik gambar. haha.. tebalkan muka.. tak sangka juga rupanya dia pun sama cam aku, excited dan baru 1st time masuk parlimen.. ok, moh tengok gambar aku posing2 dulu.. hehe

 malu gak nak bergambar kat sini, sebab kat sini port media berkumpul untuk siaran secara lansung.. tapi time ni dah habis dah keje diorang, dapat la i merasa..

 ni gambar mula2 sekali.. Dewan Rakyat.. dah macam pari2 nak terbang pun ada.. hehe

ni dalam kawasan Parlimen. kat sini la pegawai2 kerajaan berkumpul untuk standby jawapan kepada menteri.. Media pun buat interview kat sini...

ni muka time dah malam.. muka letih dah..di Pintu masuk. nampak belakang tu, ada scan sebelum masuk bangunan ni...

Parlimen Malaysia.. time ni tak de orang nak amik gambar aku, so aku amik gambar pemandangan je la.. haha

Okey... seronok juga dengar Dewan Rakyat ni bersidang. amazing nya, aku tido sekali je, tu pun lepas makan.. kekeke.. pas tu tak ngantuk dah.. Best juga tengok manusia2 hebat ni berbahas.. Selama ni tengok dalam tv je, tiba2 boleh plak tengok live, lalu sebelah je.. Ahli-ahli Parlimen yang ada semalam. Pak Lah - siap bodyguard, Anwar Ibrahim - datang lambat kul 4, baru nak bergambar dah hilang, anaknya Izzah tu- alahai kecik molek je orang nya.. Ramai la lagi, tak tersebut. cuma diorang tak de la full time duduk dengar cam kitorang, kejap2 ada, kejap2 hilang.. pastu angkat beg, cabut terus..

Seronok tengok diorang berbahas.. Pandai betul diorang ni bercakap. yela, politician kan.. Tapi, bila perhati nampak macam perangai budak2 pun ada, gaduh2, ejek2, pastu gelak2.. So, semalam habis dalam pukul 10 malam.. sempat kat kementerian kitorang separuh je, pastu bersambung hari ni, tapi turn hari ni, orang lain pulak.. Aku sampai rumah dalam pukul 11 malam, driver hantar balik.. Pagi-pagi lagi kena buat report pasal isu semalam.. habis sudah...

okey.. itu je aku nak cerita pengalaman terindah.. lepas ni, sila buat claim blazer anda yek.. hehe.. sempat la juga aku beli cenderahati untuk kawan2 unit aku ni... macam pegi mana je kan siap cenderahati bagai..

apa jua perjuangan anda, berbanggalah menjadi rakyat Malaysia!!

bye..wassalam..

 

4 comments:

Ilhamny.com said...

tahniah...depa2 tu pun kaki ngular jugak... tu yg masuk kejap2 jek, datang pun lambat....kalau dato' najib masuk baru la penuh sampai ke malam... takut bos..alarrr, sama la ngan kita..hehehe

Suliana said...

betul betul betul.. semalam byk kerusi kosong dari orang.. hehe.. diorg dtg utk punch kad je kot. :-p

Taste Of Tapah said...

aku punya mana? penat aku bagi penerangan.. hahaha.. aku rasa bila pergi parlimen macam pergi tengok raja lawak..kah kah

misscha said...

tahniah..pengalaman baru...hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails