Wednesday, June 22, 2011

jaga anak demam

Assalamualaikum..

Hari ni aku cuti menjaga budak demam :-) dari lepas amik petang semalam, badan dia memang tak turun suhu.. selalu kalau lepas makan ubat, sejuk sikit kan, ni tidak.. pukul 6 petang semalam dah kasi masuk ubat bontot. tak sampai sejam, boleh pulak budak ni memerut.. habis la kuar balik ubat bontot tu.. suhu badan tak turun juga. bawa pegi klinik kesihatan, kena masuk lagi ubat bontot sebab suhu dah 38.7 degree.. lepas jupa doktor, dapat la 3 jenis ubat iaitu ubat demam, ubat batuk dan antibiotik.. kali ni antibiotik dia 3 kali sehari.. boleh la manage nak kasi nanti. tak de la duk risau ada skip ubat ke tak bila kat nursery nanti..

So, hari ni, di bawah jagaan ibu pulak.. pagi tadi memang panas la kan.. so aku EL la hari ni. memang dah decide pun semalam nak EL. alhamdulillah suhu badan dia okey.. tak tahu la malam karang dan esok lusa macamana.. hope memang dah surut betul sebab setahu aku, aqil ni kalau demam memang 2-3 hari.. takkan nak EL lagi kan.. tengok emel opis tadi pun macam nak minum air sirap je.. keje yang ada tak terbuat datang keje lain. duk umah pun pikir keje kan. duk umah pun tak tenang memikirkan apa nasib esok lusa.. huhu.. 

Okeyla, ingatkan nak upload gambar, sekali kabel kat opis da.. tak pela, next time okey.. bye.. wassalam :-)

 

3 comments:

ejaMaria said...

Sue, akak suke klu anak demam dia memerut... tu salah satu tanda badan dia bertindak balas ngan ubat... akak slalu perasan anak demam lepas memerut nnt suhu dia turun... mmerut lagi turun lagi suhu dia... tp jaga gak takut cirit birit plak... pun bahaya... ;p

Suliana said...

kak maria,

ye .. buang panas agaknya.. hehe

armouris said...

lagi info tentang anak demam di SIHAT SELALU - Bantal Sejuk Redakan Panas Anak Demam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails