Monday, June 13, 2011

Buffered earning yang kedua

Assalamualaikum..

Hai, selamat hari isnin semua.. apa macam mood hari ni? okey tak? me okey aje.. pagi tadi dah pegi cek up.. alhamdulillah sume okey saje.. keputusan minum air gula tu pun dah dapat.. alhamdulillah, sebelum minum air gula 3.2 (normal la kan) dan selepas minum air gula tu jadi 5.0.. fuh, lega sangat. may be awal minggu kot ek, masih jaga pemakanan dan tak berapa minat makan nasi. berat pun sama je dengan bulan lepas, 45 kg lagi.. tekanan darah pun okey.. aku agak2 la, awal minggu ni, cover depan buku merah aku tu suci je, kang dah masuk trimester kedua , mesti penuh tampal2 kat depan tu.. moga dijauhkan.. huhu

Tadi, aku sampai pukul 7.45, tu pun dah rasa lambat dah tu. sampai2 amik no dulu, dapat no 10.. tak ramai orang lagi time ni. lepas je pukul 8, ha.. penuh satu klinik tu.. laki aku ni, kejap2 kang message, lama lagi ke? huh. baru 8.15 dah tanya.. ajaib la kalau datang kul 7.45 pukul 8.15 ko dah boleh balik. mahu sejam setengah kat klinik kerajaan ye.. kaunter pun buka pukul 8 tau.. tu la payahnya kalau laki aku ikut sekali.. kalau dia tak ikut, aku plak yang kena bawa keta gi keje.. huhu.. malas ai..

Last2, pukul 9.15 dah settle.. boleh balik.. nurse cek perut, dia tekan2 dia tanya ada rasa apa2 tak? aku tak tahu la rasa apa.. hehe.. dah tak ingat la masa aqil dulu. rasa tendang2 bila perut dah besar. sekarang ni, ada la rasa macam kadang2 ada benda tapi tak tahula angin ke apa.. haha. pastu nurse tekan2, hmm tak de lagi ni.. apa yang tak de tak tahu la.. pastu aku pun terus bangun.. dengar nurse tu kasi nasihat, dapat vitamin asid folic dan b-complex.. then, minta time slip untuk kami berdua, baru la balik.. next check up 11 Julai nanti..

Okey, tu je la cerita nak story mory.. nasib baik bawa majalah pama tadi, boleh la aku hilangkan boring menunggu.. Last but not least, nak tunjuk sesuatu.. yeay.. dapat BE no 2.. haha.. itu pun nak kecoh.. orang lain dah puluh2 BE kan.. lagi satu, macam nak cash out je earning tu.. ingat lagi tahun lepas bulan 6 kalau tak silap aku cash out kali pertama. ni dah setahun aku menunggu untuk cash out.. ok la kan dari tak de, tak banyak dapat sikit pun jadi la.. hehe.. setakat ni, nak peram dulu earning ni. kang rasa2 gatal tangan i tekan la cash out tu..

ok dah.. babai.. wassalam :-)



7 comments:

faiez said...

oklah tueh..mine is sgt ciput

misscha said...

congratzzzz......

InaAchik said...

hope ur baby dlm perut sht walafiat... :)

Sharinginfoz said...

congrats, saya nak juga

Suliana said...

faiez,

ciput gak nih.. hehe..

misscha,

tq :-)

in,
tq ye..

fiza arshad said...

congrats, fiza x pnh check pn hehehe

Suliana said...

mr sharinginfo,

hehe.. awak mesti lagi byk BE kan..

fiza,

tak pe, biar lelama baru terkezut tgk hasil blogging :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails