Monday, June 13, 2011

bila si kecil bercakap

Assalamualaikum..

lama dah tak cerita detail pasal anakku aqil.. eh lama ke? hehe.. ni mesti kes teringat dan rindu kat anak ni, ye la dah 2 hari berkepit dengan ibu.. aqil ni memang rapat sangat dengan ibu. yela, anak kan, sape yang tak rapat dengan ibu.. ayah dia rapat jugak, tapi ada time la.. 

aqil ni bila balik taska, tengok ibu dia tak amik dia, sampai rumah bukak pintu mesti panggil ibu.. kadang tu, aku tengah sembahyang, mesti dia lalu bilik belakang tu jengah aku ada ke tak.. balik dari kedai pun sama, gegar grill rumah assalamualaikum, cari ibu.. hehe.. nak tido ajak ibu tido, nak nenen mesti la cari ibu juga kan. macam malam tadi, AF habis lewat, nak dekat pukul 12, tapi dia tahan mata sebab aku tak naik lagi. aku cakap, pegi la naik atas, ayah ada atas, "tak nak, nak kong ibu" sambil tu ditarik2 tangan aku ajak naik..

Macam tu la aqil.. tapi yang membuatkan ibu terkesan bila hari sabtu hari tu. dia boleh ulang balik apa yang aku cakap lepas sembahyang. selalunya lepas solat, kalau dia ada, aku panggil dia salam ibu. kalau tak panggil pun, dia akan salam juga dan peluk ibu.. aku ni kan suka bebel2 tiap2 hari, ngan anak kecik pun suka bebel :-p "aqil, ibu pesan apa?" dia jawab "jadi anak coleh, jangan nangis2 tau, main sama2 dengan kawan".. haa.. tak terkesima ke bila dia ulang balik words harian aku tu.. hehe..

Macam2 la aqil ni.. nanti dah pandai cakap betul2, apa la yang dia akan cakap.. jangan melawan ibu ayah sudah. lagi satu, soalan yang boleh buat ibu atau ayah sentap ialah "sayang ibu ke sayang ayah?" aku pun suspen dengar jawapan dia.. dia cakap "sayang ibu, sayang ayah".. hehe.. bagus macam tu.. barula ibu atau ayah tak sentap :-p macam tu juga kalau jumpa atok nenek, sepupu sepapat dia, memori dia kuat untuk ingat nama2 diorang.. asal telefon sape2 je, abang aiman mana? huhu.. letih nak jawab..

Lagi pe'el dia, suka buka peti ais.. pantang ada benda sikit, memang sekejapan je abis benda2 dalam peti tu. contoh vitagen, beli hari sabtu, semalam dah langsai.. 5 botol tu, lepas satu satu dia minum. kadang tu tak abis pun.. pas tu coklat, sangat suka, tu yang gigi cantik tu. nak control senang je, tak payah beli. tu sume kes kalau ada dalam peti.

hmm apa lagi ye nak cerita pasal budak kecik ni.. esok tinggal berdua je dengan dia.. hope everything will okey.. last but not least, mestila ada gambar kesayangan buah hati ku ini.. tata!! wassalam




6 comments:

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

alololo macam ustaz laaa

Taste Of Tapah said...

comelnya,,,, sejuk hati dengar...

ejaMaria said...

Luqman dia tak nak cakap... kalau tanya faham tak Mama pesan apa? dia tenung balik mata kita pastu dia senyum... pastu dia bangun buat benda lain...

Suliana said...

mama mya,

amin... :-)

zeti,
mekacih auntie :-)

kak maria,
hehe.. kelakar la luqman ni..

mamamuaz said...

heheh...mcm muaz gak suka tarik tgn wan die or mama die g peti ais nk air kotak ;D

rihana said...

hihi nice! aqil good boy! dah pandai cakap ye.. terharu baca heee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails