Tuesday, June 21, 2011

2 tahun 5 bulan

Assalamualaikum..

Haish lama tul tak jumpa kan.. busy sangat 2 hari ni.. ingatkan bos tak de boleh buat keje lain, tapi, rupanya diriku lupa ramai lagi bos yang ada di opis ni.. huhu.. tak pela, dah settle dah untuk 2 hari ni, tunggu nak settlekan yang minggu depan punya, kena cari info dari sekarang.. stress..

Ok, aqil demam hari ni.. sian anak ibu, dah lama tak demam... patutla semalam merengek je.. hantar pagi2 tu dah meraung, saje cari pasal nak bawa handphone ibu ke taska.. mana boleh, ibu nak pakai handphone apa pulak nanti. pas tu, time balik pulak, muka sedih je.. bila tanya mana lori yang di bawa ke taska, tak ingat pulak.. haish, baru beli lori tu dah hilang. tak de la mahal sangat, RM 6.90 jek.. balik rumah asyik nangis je nak bergayut. Time malam pulak, ayahnya amik suhu badan dia, dah menunjukkan 37 degree.. aku rasa dia dah terkena kuman atau virus kot, sebab dah 2 minggu batuk dan selsema. hanya makan ubat batuk saje, so, kena pegi klinik amik antibiotik.. ubat demam pun dah nak habis..

tengah malam pulak, memang nak bergayut je la kan, tapi badan dia tak de lah panas pun. pagi tadi, masa nak angkat dia pegi taska, panasnya badan.. rupanya dah 37.8 degree.. patutla semalam sibuk minta air kosong, panas dalam kot.. nak tengok mulut dan lidah kot2 terkena ulser, macam tak de je.. mata memang dah bertaik la 2 hari lepas.. hmm.. ibu harap aqil cepat2 baik ye.. malam ni kita pegi klinik okay..

ibu warna masih dalam kawasan, aqil pulak, main taram jek..kalau boleh sampai ke lantai dia nak kaler.. hehe

dia dah pandai mengenal warna, cuma nak pegang pensil tu masih kekok lagi.. tapi nampak dah ada kemajuan cara pegang tu..

Buku-buku mewarna ni, aku beli kat giant, RM 1 satu.. tapi gambar2 dalam tu, biasa2 je la.. buat conteng2kan.. ada juga buku ABC dan nombor untuk dia belajar menulis, tapi dia masih belum pandai ikut garisan putus2 tu.. Lagi satu, aqil ni cepat bosan.. kejap je, tak sampai 5 minit, dia dah baling pensil warna tu.. huhu.. ntah apa2 la anak ibu ni.. budak laki memang macam ni agaknya kan. kena sabar banyak2 nak mendidik anak ni..

Okey, itu saje perkembangan aqil, 20hb yang lalu dah genap 2 tahun 5 bulan dan masih menyusu badan di waktu malam sahaja dan hujung minggu menyusu sepenuhnya :-) sekian, terima kasih.



8 comments:

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

rafiq lom kenal warna..dia taram je cakap bahasa bb dia..eheh if jumpe pencil kaler pon camtu..kejap je dia conteng..then bunggg baling ntah kemana..ibula kene kutip

moga cepat sembuh ya
suh ibu beli tepon ade buih2 dalam tu..agaag leh bawak g taska

faiez said...

baby besar isap nenen...hikhikhik...
pissst dtg x majlis besday kt umah azwa????

Suliana said...

rose,

hehe.. dia dah kenal dah yg mana betul dan yg mana tipu.. :-)

faiez,
insylah kalau tiada aral akan ku datangi :-)

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

jagan conteng dinding udah lerrr

kasih kita said...

Wah... kejap je aqil dh besar.

Acik said...

BAgi dia paper, biar dia conteng2. Kembangkan kreativiti dlm dirinya tu ...

Nur Hasyimah Mahasan said...

budak laki ni memng camtu kot..irsyad pun kejap je dier colour2..pastu sibuk ngan benda lain...game phone la, laptop la..now dh ader adik asyik nk cium je...hehehe

Erin Rashid said...

camimi masa awal2 warna pon mcm tu gak
main hentam je
cuma skrg masuk school cikgu dia ajar warna tak keluar dari garisan
walaupon tak cantik tapi still ok la dari dulu
so, just let the time goes okeh..
the time for aqil will come

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails