Friday, May 20, 2011

terpelecok.. awww...

Assalamualaikum..

Wee.. tengahari baru nak update blog.. hari ni tak kemana2 waktu lunch, duduk di opis saje.. petang semalam, waktu balik keje, kaki ku terpelecok!!!! lalu jatuh dengan slow motion. dah la berdokong si aqil tu.. adoi.. sakit sangat kaki.. tapi bila diurut2, sakitnya di tapak kaki, bukan kat atas tu.. hmm.. nak kata bengkak tak tahu la, camana plak rupa tapak kaki bengkak.. huhu.

Mula2, risau juga. yela, terjatuh time pregnant kan.. alhamdulillah tak de apa2. lagi pun position jatuh tu tak berapa menghentak sangat.. Harap2 tak de apa2. Aqil la ni, sibuk nak berdokong. tambah plak aku pakai kasut apa tu namanya - wedges ke. kasut tebal tu la. memang selalu juga terpelecok kalau pakai kasut tu. tapi kali ni la yang worst, terus hincut.. dengan aqil sekali aku jatuhkan.. huhu. dalam pada jatuh tu, sempat lagi dia berbunyi "nak nenen" .. eee.. rasa nak ketuk2 je budak kecik ni... dah hari ni pakai kasut leper jek..

Pastu, sampai ke hari ni, kaki aku masih hencut lagi. tapak kaki belah kiri tak leh membawa berat badan ni. jadi, bantuan ibu jari dan tumit je la untuk kaki kiri berjalan.. Hari ni aku drive ke opis, sebab pagi tadi pegi klinik untuk minum air gula. bawa keta tu tak de masalah, tak sakit. cuma, bila nak melintas jalan besar ni nak ke bangunan opis, macam apa je. bayangkan orang hencut jalan cepat2 nak lintas jalan.. huhu..

Okey, tadi pagi kan pegi klinik minum air gula kan. resultnya tak dapat lagi sebab klinik tu tak de makmal.. kalau okey, dia tak call. kalau ada masalah, baru dia call dan kena buat BSP.. dua kali kena cucuk, siap ada urat lari lagi. aduii.. air gula tadi tu, memang manis gile, terasa perit tekak ni.. masa aqil dulu, aku boleh selamba je minum air gula tu.. tadi, segelas penuh, minum laju2 sekali ngap je.. pas tu, muka terkulat2.. huhu.. Mulanya hasben aku tunggu, pastu dia dah pegi keje sebab tunggu 2 jam lebih tu lama sangat.. tu la aku pegi sendiri hari ni..

Okeyla.. tu je nak cite.. eh, aku ni sume nak cite kat orang kan.. agaknya dah sampai mana2 dah orang kenal diri ku ini.. dulu tak berapa ramai sangat orang baca blog ni, sekarang pun tak ramai juga tapi bila melihat kepada statistik macam makin naik jek. haha. poyos.. okeyla, selamat berhujung minggu kawan2.. babai.. wassalam..

3 comments:

littlehumblelynn said...

mak aaaaaaaaaaaaiii..sila buang wedges itu sue!!mmg wedges sgt x sesuai utk preggy ...risau dgr!!take care

Erin Rashid said...

beb, g beli kasut clarks la.. heheheh
oh ye, jgn la dokong aqil lagi. ko tu dah la cute je.. kena ajar aqil utk lebih suke berjalan :)

Suliana said...

kak lyn,
kaki dah baik, rasa mcam nak pakai balik.. hehe

erin,
ok, nanti aku sesopeng kasut plak eh :-) ni pakai sandle scholl yg dah 2 tahun dulu.. aqil plak, memang ngada2 je nak berdokong ngan ibu dia.. :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails