Saturday, May 7, 2011

Restoran Ayam Kampung Hassan

Assalamualaikum..

Malas nak masak? Tercari2 menu apa untuk di makan pada waktu tengahari?? cewah... macam iklan la pulak... Minggu lepas, kitorang mencuba ayam kampung hassan ni.. terletak di Cheras, Jalan yaakob latiff kalau tak silap.. Aku yang baru first time makan.. laki aku dah selalu makan.. dia duk cerita2 je kan, tak de pun nak bawak.. aku bising2 suh dia survey jalan kalau pegi lagi sekali.. hehe..

So, last time, dapat la merasa.. senang je jalan dia kalau dari mrr2 tu masuk ke jalan chan sow lin tu.. lepas esso.. korang cari la sendiri.. hehe... kalau macam ni, tiap2  minggu la makan ayam kampung, dah tahu jalan nya.. hehehe...

tapi, masa kitorang pegi minggu lepas, sampai pukul 1.. lauk banyak dah habis.. Jadi, makan je la apa yang ada.. tapi, still sedap la lauk2 yang tinggal tu.. memang ramai la orang makan kat situ.. siap ada orang jual2 kat luar.. ni dah menarik minat aqil.. tak puas nak makan, dah mata dia tengok ke arah belon2 kat luar tu... huhu...

 ayam kampung kurus RM 4 seketul .. panas2 sedap.. hmm.. terliur la pulak.. :-)

 budak merakas... tak reti duduk diam..

air asam.. daun2... air fresh oren sedap sangat

gulai tetel.. yummy.. terbanyak pulak amik, tak habis..

So, total kami makan berdua adalah RM 25.20.. boleh la kan sekali sekala.. kedai ni aku ingatkan kedai mamak, rupanya kedai masakan kelate.. sape2 yang suka masakan kelate, leh la jenguk kedai ni.. memang majula.. tiga tingkat  kedai nya... nanti kalau parents aku datang dari johor, leh la bawa dia makan kat sini...

wassalam


5 comments:

ejaMaria said...

eh... 3 tkt ?... akak ingat kedai makan yg Sue cite ni yg dekat stadium basikal cheras tu... situ pun ayam kampung dia sedap ;p

Suliana said...

haah, betul la ni..bangunan baru kot.. hehe

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

if lalu KESAS...pasti singgah kedai hassan ayam kg ni..sedapp
tapi tak bernai nak mkn gulai tetel..hehehe kolestrol tinggi tuu

mama maman said...

suka ayam kg... hhhee...:)

Nur Hasyimah Mahasan said...

kat umah je ni..hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails