Thursday, May 12, 2011

pintu punya pasal

Assalamualaikum..

kejadian hari ini. Awal aku datang keje hari ni. tiba2, pintu opis tak boleh buka.. dah puas menyiasat, turun lif naik lif, dah pegi makan pun masih terkunci. Masalah sebenar, pintu opis dah rosak. kunci dah memang tersangkut kat dalam. Ingatkan orang yang mula2 membuka pintu tu membuat onar, rupanya memang pintu tu rosak.. kesian, pagi2 lagi nama dah menjadi sebutan.. silap la kenapa awak datang awal hari ni buka pintu. mesti awak tersedak2 masa tengah breakfast sebab orang ingatkan awak bawa kunci pergi breakfast..

Dalam sejam setengah juga la bertafakur depan pintu tu. kejap orang ni datang, kejap orang tu datang tengok.. dah macam CSI dah membuat kronologi sape tukar tombol.  Ingat nak pecahkan pintu, tapi pintu tu mahal. Ooo kejap2, kunci tu memang satu je, tiada duplicate. walaupun pintu dua, tapi pintu lagi satu tu memang tiada lubang kunci, hanya button sahaja untuk tekan dari dalam. 

Tak lama tu, datang la badang2 dari cawangan ini. mencari solution... kenapalah tidak terfikir untuk pakai kad slot in sahaja ke pintu tu?? huhu.. akhirnya cara itu juga yang berjaya. tapi tombol pintu tu rosak juga la. better la tombol yang rosak dari pintu solid tu yang pecah..

 berbincang dan bercerita...

 turun naik lif. akak cleaner pun tak dapat masuk.. huhu..

 mangsa keadaan..

 muka sedih - belum makan, muka tak sedih - perut dah kenyang :-p

 eceh.. cobaan menjampi pintu..

 nasib baik ada paper untuk di baca. dah khatam dah paper utusan tu :-p

 merenung nasi lemak yanti untuk di makan kali kedua..

 inilah badang malaysia.. mekacih ye encik2..

yeay!! muka hepi dapat masuk opis...

8 comments:

faiez said...

kelakar nyer....pak guard kan yg selalu jaga kunci semua

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

hanya mampo senyum tgk entri nikh...

ejaMaria said...

tkt 14 ke ni?... klu ye... floor ni mmg ada hantu pintu... hahaha... pintu slalu je rosak... ;p

Suliana said...

faiez,

kitorang tak de pak guard, dah pencen dan tiada pengganti :-p

mama mya,
hehe.. senyum je :-)

kak maria,
su pun rasa la tgkt 14 ni somethg wrong. ada je problem nya.. hehe

Amiizaa2001 said...

waaaaaa nasib buleh bukak:)

♥MiZz-siHa♥ said...

amboi..siap bersantai lg..hehehe

misscha said...

ehemmmm...ramai tol org baca blog ni tau....rakan dr kementerian lain juga tau brite ini...huhu

Taste Of Tapah said...

hahaha.. pemantau kepada pemantau pemantau yang memantau blog... keh keh...

sian kome...kena duduk lepak2... ok la tuh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails