Wednesday, May 25, 2011

mari makan sate kajang

Assalamualaikum..

Dah petang2 macam ni, terasa mengantuk pulak.. nak tido, macam tak dapat tido.. nak buat keje, macam tak de keje plak.. haha.. boleh ye tak de keje? boleh ajer.. sebab semua mesyuarat dah lepas dan semua dateline yang dulunya hujung bulan dah dipercepatkan, maybe nak cuit sekolah kot, tu yang semua fast forward.. so, nganga je la, lebih2 lagi bos gi kursus.. huhu.. esok baru bos naik keje, maybe bertalu2 la emel masuk esok ye.. hehe..

okey, nak story mori.. semalam, kitorang makan satey.. ee.. makan satey pun nak kecoh ke.. tak dela, saje nak cite kan, bukan selalu aku makan sate. dapat pulak sate malam tadi, macam sedap pulak.. huhu. padahal hari2 duk lalu kedai sate kat bangunan sebelah ni.


kami makan di sate kajang (tapi bukan di kajang), hj samuri di awan besar, tol kesas tu.. order 20 cucuk, 10 sate ayam, 10 lagi sate daging.. aqil makan banyak!!!! 6 cucuk tau sate ayam. terkejut jugak, tak pelah dah dia nak makan kan. ibu makan la daging yang liat skit tu, termasuk la ayah.. hehe.. dan semalam, dia sangat happy dapat berlari ke sana sini sambil makan sate. kita pulak yang risau takut tercucuk lidi sate tu...

 sekarang ni, kalau nak amik gambar dia, pandangan belakang jek, konon tak nak tengok kamera la tu.. 

si dia berlari-lari sambil bawa payung (semalam hujan).

Hmm.. harga secucuk sate ayam dan daging pun dah 60 sen sebatang. sepinggan nasi himpit dah RM 1.30.. air pulak, amik air kosong je untuk ibu dan aqil air soya.. gitula namanya malas masak tapi nak berjimat.. kalau dah nama makan luar, air soya setin tu pun dah RM 2.30, tak yah komplen banyak la kan.. huhu.. Okeyla, balik ni fikir pulak nak masak apa. ke ada orang nak banje makan luar pulak malam ni? dah gaji kan.. hehehe..

Ok, babai, wassalam
 

6 comments:

misscha said...

haha, smalam pon sy makan sate....60sen sebatang...tp memang sedappppppppppppppppppppppp

faiez said...

su..skrg ade sate lg sedap dr hj samuri...kat area kajang jugak...

sahromnasrudin said...

sate kajang nie mmgla sedap tp yg tak bestnya pekerja dia semua indon huhuhuhuhuh

kak ina kl said...

dulu suka makan satay samuri ni tapi sekarang ni kurang umphhh...kalau gi kajang gi ke tempat lain

Huszaini said...

sedapnya!!!

er.. besdey kita sama laa. cuma lain tahun jer hehehe

Suliana said...

misscha,

ye ke.. tak pe, kedai lain2.. haha..

faiez,
oo ye ke.. kat ne tu?

en shahrom,
yg smlm sy pegi kat awan besar, sume mcm org tmptan jek. hehe

kak ina kl,
tu la, byk dah kedai sate yg dah blh challenge samuri ni. ikut selera masing2 la kan :-)

en husz,
ye ke same bday? pada sy, susah nak cari org same bday ngan saya.. hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails