Monday, May 2, 2011

it's time to wean off

Assalamualaikum..

3 hari bercuti, blog pun terkubur.. padahal bukan pegi mana pun, ada je mengadap laptop ni..cuma tak de idea nak cerita apa2.. yelah, tak de aktivitikan.. huhu.. 

Hari ni hari pertama aku dah wean off aqil.. baru je 3 jam dia bertahan.. kesian sangat tengok aqil.. aku letak kopi kat B.. mula2 offer dia, nak nenen tak?? pastu, bila dia tengok terus dia kata yek.. terus dia tak nak. selang beberapa minit, dia macam gian tau, dia suruh aku basuh nenen.. aku pun tunjuk la depan dia basuh2 sume kan.. padahal basuh tak bersih pun, nak kasi tinggal rasa pahit tu...

Siap dia sound ayah dia tengah baring, ayah tepi, ibu nak bum bum.. nak nenenkan dia memang macam tu, kena bum bum dulu.. pas tu, elok je dia hisap, terus kata yek,aik.. tak sedap.. rasa pahit tu ada lagi.. sian aqil... memang kesian tengok muka dia.. jadi, apa aku buat adalah alih perhatian dia kasi dia makan keropok goreng.. kena amik hati dia, layan baik2..

Pastu, lepas solat, saje offer dia, nak nenen? tak nak.. hmm.. bagus juga idea letak kopi ni.. harap2 malam ni dia dapat tido dengan lena.. hanya yang mengalami saja merasai perasaan seorang ibu nak stopkan penyusuan anaknya.. ntahla, rasa lain sangat perasaan tu.. tengok aqil pun kesian, dia nak hilangkan perasaan teringin dia, dia main sorang2.. tengok tv.. kalau tak, pantang aku baring, pantang aku duduk saje2, ada je nak ngendeng... mak mertua aku dah bising suruh berhentikan.. nanti adik nya kecik la, itu la ini la. mitos okey....

Okeyla.. kang kalau progress  baik, aku update lagi status wean off aqil yek.. susu mamamamama tu dia tak mau minum.. duk minum air oren la, air kosong la.. hmm.. tak pela, aku bekalkan juga ke nursery esok. aku akan pastikan perut dia kenyang dengan makanan2 yang berkhasiat.. doakan usaha ini berjaya ye.. amiiinn...

2 comments:

faiez said...

cian aqil..sian mama jugak....dlu tp mak faiz peknen kan faiz..my bro sisi bf smpi faiz kuar..sbb kecik lg selang setahun...alhamdulillah xde effect pun myself.....

Suliana said...

faiez,

oo patutla faiz kecik je.. hehe.. jgn mare, just kidding :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails