Saturday, May 28, 2011

Ikan keli masak sambal

Assalamualaikum..

Semalam, dinner kami ialah ikan keli masak sambal. apa yang nak dikecohkan?? hmm.. FYI, ini adalah pertama kali ikan keli dibeli oleh ku.. Atas permintaan suami bila dia ternampak ikan keli ada kedai.. tapi awal2 lagi aku cakap aku memang tak reti nak bersihkan ikan keli ni.. so, en suami dengan rela hati membersihkan ikan keli tu sesuci-sucinya.. hehe..

Kalau kat belah aku, memang tak pernah mak aku beli ikan keli. termasuk la dari nenek belah ayah (Johor) dan arwah mak tok juga (terengganu). dua2 tak reti nak makan ikan keli. bukan tak reti, tapi tak termakan ikan tu bila tengok rupa bentuk nya.. Lagi pun, mungkin kerana mereka dilahirkan di negeri pantai timur, asyik jumpa ikan laut je, so tak terbiasa plak bila nak makan ikan sungai..

Aku pulak, reti makan bila dah bercampur dengan kawan masa belajar dulu.. now, kawin plak dengan orang negeri sembilan yang memang kat umah dia ikan keli atau ikan sungai manjang.. dan ikan keli ni memang dah jadi salah satu feveret aku, cuma tak reti siang jek.. Lagi satu, time nak goreng tu, meletup2 kau.. tu yang paling takut.. hehehe..

Tapi, semalam en. suami yang tolong siang dan tolong goreng. dah settle tu semua, aku sambung la buat sambal plak.. settle.. makan dengan seleranya.. alhamdulillah. next time, boleh beli lagi, tapi dengan syarat telah dicuci bersih2 ye.. hehe..

 ikan keli masak sambal.. sedap ibu masak :-)

untuk aqil, goreng2 saje.. sedap ayah goreng kan. nasib tak tercedera kena letupan minyak :-)

mesti ada sayur.. sayur cendawan campur2...

ok.. dah.. nak gi mana weekend ni? no idea.. babai.. wassalam :-)


12 comments:

misscha said...

lunch semalam dah mkn ikan keli...mkn lagi....hehehe

Suliana said...

haahkan.. tapi yg ni masak sendiri lagi ho liaw... :-P

ajwa said...

Assalam,

Sedapnmyer ikan keli n sayur goreng campur. makan dgn nasi panas...wowww

http://lautkasih.blogspot.com/

Taste Of Tapah said...

erm sedapppnya..... ikan keli masak ala jawa mak mertua aku pun sedap... tak belajar pun lagi.. keh keh

Suliana said...

ajwa,

terima kasih singgah :-) mmg wow :-)

Suliana said...

zeti,

buat la, pastu letak resepi kat blog ko eh.. :-)

MommyAqil said...

wahhh sedapnya...favourite saya ni ikan keli...nyummmyy..rasa dia sgt sedap n saya pon suka buat sambal mcm su buat ni..lebih pedasss..

Sharinginfoz said...

ikan keli alamak tak berapa suka sebab lembik le ikan ni, suka yang garing2

Suliana said...

mommy aqil,
hmm.. best kan :-)

mr sharinginfoz,
kita goreng lama2 skit baru garing.. tulang pun dapat makan :-)

Dayu said...

sama..sama
tak reti makan ikan keli
nak masak pun tak yakin
selalu gak tgk ikan keli murah2 kat tesco
tp takut nak beli
sebab risau nanti sudahnya ke tong je

tgk org makan mcm sgt sedap
tp tak terbuka lagi hati nak mencuba

Suliana said...

dayu,

blm cuba blm tahu :-) tapi klu dah cuba sgt terangkat :-)

rihana said...

waaaa cedappp nmpk ikan keli tu! yumm yummm! hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails