Tuesday, May 24, 2011

gelagatnya

Assalamualaikum..

Bulan ni agak tak rancak penulisan blog ku.. bukan apa, mungkin banyak keje dan tiada aktiviti baru.. selalunya lah, satu hari ada entry. tapi, bulan ni, satu hari satu entry, kadang tu tiada lansung. Mungkin tak banyak benda yang nak diceritakan.. TAPI, terima kasih banyak2 kepada readers yang baca blog ini dan juga menulis komen even aku rasa macam tak de orang nak baca jek cerita hari berkenaan.. thanks for your support. tanpa anda apalah sangat blog ini.. hehe.. ala2 artis menang award gitu :-)

Okey, now nak story apa ek.. ok.. cite malam tadi.. si kecil ku terjatuh kerusi masa nak makan coklat semalam.. lepas gosok gigi, dia ternampak coklat kat atas kabinet. dia pun macam biasa panjat kerusi nak makan coklat telur tu.. aku ni tengah online ngan adik aku dalam handphone.. tiba2 je dia boleh terjatuh, may be tersalah pijak kerusi, terus kerusi terbalik, dagu dia tersengguk kat kabinet tu.. ingatkan tak de apa2, sekali tengok, mulut dia berdarah.. bila ditelek2, lidah dia yang berdarah!! punya la cuak. dah la ais tak de.. dia tergigit sikit lidah bahagian tepi tu.. banyak juga darah, nasib baik berhenti juga darah tu.. terus masuk tido.. bila ibu kata, mana lidah sakit, dia pun jelir lidah.. sempat juga ibu kasi ubat batuk, konon2 cakap nak kasi lidah baik.. terus dia nganga mulut.. ehehe.. pandai tak ibu saiko anak :-)

Lagi satu kan peel dia, suka nyorok barang!! semalam, aku nampak dia main tuala katak tu.. lepas tu, aku cari punya cari, tak jumpa tuala tu.. hairan betul, kat mana la dia sorok. dalam almari tak de, bawah katil tak, dalam laci tak de.. area main dia dalam bilik tu je.. kat mana la dia sorok budak ni..kang balik nak cari lagi.. ada satu hari tu, aku cari cincin, tak jumpa.. Last2, aku terfikir, dia selalu main duit dalam tabung.. bila aku korek tabung, rupanya cincin tu ada kat dalam tabung. bila buka tabung, macam2 ada.. bateri ada, duit ada, paper klip ada.. huhu.. nak cari remote atau handphone pun satu keje jugak.. kadang geram bila cari tak jumpa.. now dah tahu kat mana. kalau tak dalam kotak mainan dia, mesti dalam bakul beskal dia.. hehe.. lucu la perangai anak ibu ni. bila ditanya buat tak tahu pulak..

Okeyla.. nak pegi makan buah mangga harum manis pulak.. nanti i update ye.. nyum nyum.. :-) sebelum penutup, terima lah gambar segar di pagi hari. dah lama tuan tanah tak interframe sorang2.. hehehehe.. jangan muntah ye :-p wassalam ..





 

6 comments:

faiez said...

faiz pun cm slow je update blog..hukhukhuk...seri ibu mengandung terserlah....

Suliana said...

ye ke faiz... hehehe.. seri di pagi hari.. petang lagi 'cun' :-p

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

ORG NGANDUNG PUCAT MUKER ...

Suliana said...

mama mya,

ala, pucat pulak?? dah habis tacap dah tu.. hehe

fiza arshad said...

a'a la, seri wajah preggy mum.... my dear faris stil xmo minum fm akak ...... susah hati jgk....

Taste Of Tapah said...

wow menawan nya senyuman......... muahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails