Tuesday, May 31, 2011

elektrik naik 7%

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua.. hujan pulak pagi ni ye. tadi pagi aku beli nasi lemak dalam hujan2.. basah kain i ok :-) tadi pagi juga, dengar dalam hot fm, mereka diskas isu kadar elektrik naik seperti yang terpampang dalam surat khabar2 utama hari ini.. antaranya kosmo online

PUTRAJAYA - Kerajaan semalam mengumumkan purata tarif elektrik dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj, berkuat kuasa esok dalam pelan rasionalisasi subsidi yang sedang dilaksanakan.
Bagaimanapun, tarif baru itu tidak melibatkan 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 300 kWj sebulan atau jumlah bil bulanan tidak melebihi RM77.
Tarif elektrik dinaikkan kerana harga gas asli yang merupakan sumber utama penjanaan elektrik telah meningkat dengan ketara di pasaran antarabangsa.
Pengumuman berkenaan dibuat pada sidang akhbar bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Mereka berkata, kenaikan sebanyak 7.12 peratus itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga daripada RM10.70 juta unit termal British (mmBTU) kepada RM13.70 mmBTU.
Bagi pengguna domestik yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, kerajaan akan terus membantu dengan memberikan bekalan elektrik secara percuma kepada pengguna-pengguna yang bil elektrik mereka berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2011.

Bila diorang kira2, kalau penggunaan elektrik tu tak nak cecah kepada rate yang baru tu, tahap penggunaan mesti kurang dari RM 77. kalau kira2 macam tu, rumah aku punya bil bulanan boleh tahan jugala tinggi nya.. ni dah 2 hari tido ekon sampai pagi. cuma bulan lepas je memang murah sebab bulan sebelumnya dah caj RM 100 lebih.. so, bulan ni macamana pulak? ni yang tak nak duk umah hari weekend. nak ekon, kita pegi shopping complex ke, gi jalan2 umah orang ke, balik kampung ke.. hehe.

Okla, sama2 la kita membantu kerajaan ye.. sian kerajaan dah pening minyak naik sume naik..:-p kita tak pe susah sikit..

p/s: anak staff TNB tak de dapat diskon ke? hehe

 

15 comments:

ejaMaria said...

Sue... krajaan tak kesian pun kat kite... gaji tak naik-naik... gula naik... susu naik... minyak naik... letrik naik... gaji camtu gak... :(

Sharinginfoz said...

hmmmmm, nampaknya yang lebih RM77 naik le.....

Mama Qiestina said...

adeh naik hargaaa lagi?

BN-barang naik :P

misscha said...

owhhh nooooooo..........

x pakai ekon bulan2 dah 40-50, ni kalu pakai ekon...mampui la.....

faiez said...

smlm tutup semua lampu....hahahahahaha

Ilhamny.com said...

sue- harga minyak pasaran dunia turun..tak pasti knp minyak malaysia jek yg semakin naik, sedangkan kita pengaluar minyak dunia..dan keuntungan petronas taun lepas 70billion, subsidi rakyat cuma 18bilion jek..yg lain2 x tau kemana, tu pun dok ngunkit, kita bg subsidi..kita bg subsidi..mcm pengemis lak si rakyat nih dirasa..huhuhu...nak wat mcmne kan..telan jek la wpun pahit..

Suliana said...

kak maria,

yela, betul tu.. terasa ok :-(

mr sharinginfo,
haah, kena bajet betul2 penggunaan elektrik :-)

yat,
haah.. kang apa lagi yang nak naik, tunggu.... :-)

misscha,
itu la.. jgn main tenet kat umah.. hehe

Suliana said...

faiez,

ye,skrg pun su mmg tutup lampu bila lepas mkn. bercahayakan tv jek :-) tapi tak elok utk mata tau...

linda,
duit yg byk2 dah byk pegi soping obersea :-)

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

su...tapi kiter lagik pening kot cam2 nak bayer huk...huk...huk...

Suliana said...

mama mya,

ye betul tu.. tapi, diorg masalah ngra klu tak caj atas rakyat ni.. huhu

♥MiZz-siHa♥ said...

bil umah kite pon RM100++...mcmna la nak kurang kan nie..
jom..http://amienanacollections.blogspot.com/

Suliana said...

mizz siha,

kena kurang2 la ekon ke, lampu pakai paling minimal :-)

Nozie Yusof said...

kene carik jln nk jimat letrik nie..umah atok kat kg xpernah byr bil pon since sbb xpernah lebih 20hengget. yg ade cuma lampu ngan tv je. kipas pon tak on sbb dh cejuk.

Taste Of Tapah said...

sue, samala, umah aku pun pakai ekon... aku dah google cara jimat letrik, hehe jom pi baca.. kat blog aku

http://tasteoftapah.blogspot.com/2011/06/cecuba-jimat-sikit-elektrik.html

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

since kene berjimat ni mmgla sy berjimat..tapi si abah rafiq tu ha..tak reti berjimat
sy la tukang katup suis
dia tukang bukak
adui sakit ati toll
tapi takpela dia yg bayor bil agagaga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails