Monday, April 25, 2011

tragedi malam sabtu

Assalamualaikum..

cerita hujung minggu tidak berakhir di situ sahaja :-) ok, kali ni aku sambung balik cerita weekend ku.. kan aku kata tak tido umah ida kan?? ha... nak tahu apa terjadi?? ada hikmah di sebaliknya okey..

Sabtu malam tu, ayahanda ku berhajat nak makan nasi arab.. mula2 tu dia nak belanja satay kajang, tapi sume macam cebik2 je tak nak.. huhu.. yela, konon2 nak bungkus makan sambil tengok AF.. last2, tuan rumah decide jom makan kat restoran Saba, Cyber jaya..

So, lepas maghrib, berangkatlah kami dua kereta. yela, aku kan nak balik umah lepas tu.. sedih tak dapat join tido sekali.. huhu.. Dahla jauh nak ke cyberjaya dari kajang tu, dalam setengah jam gitu. tu dah kira dekat la kan, cer kalau dari umah aku kat ampang, memang kebulur la dalam keta tu.. sampai2 je sana, sekali tu FULL HOUSE sampai ke tangga orang beratur.. huh. frust betul.. Pastu, berenti tepi jalan, ada la bagi cadangan lain, tak nak2 sume dah lapar, nak makan kedai yang terdekat jugak. huhu.. sekali tu, pegi la ayam penyet kat cyberjaya tu.. makanlah dengan lahapnya.. huhu..

Pastu, salam2 peluk cium sume, babai.. i nak balik dah.. huhu.. jalan la kami berasingan.. dah nak sampai tol kajang tu, tiba2, POOMM.. aku ingatkan laki aku langgar orang.. huwaaa.. rupanya tayar keta kami pecah, bahagian belakang kanan.. cepat2 call abang ipar aku, nasib baik diorang belum lepas simpang ke kl.. datang la ramai2 tolong..

haihh.. kesian sangat kat laki aku la. peluh mencurah2 dia buka tayar. tayar pecah dah settle buka, tinggal tayar spare je tak dapat buka.. dah puas godek2 tapi tak berjaya juga buka..

 proses membuka tayar spare...

 aku pulak menumpang keta ayah.. sian sume orang dah ngantuk.. aqil je la melayan game..

 mencari solution..

ni lah tayar yang pecah tu, siap sompek lagi rim dia..

last2, kami tinggalkan laki aku sorang2 tepi tol kajang tu, lagi pun dalam keta ada budak2 kecik dan wanita2 yang lemah ni.. hehe.. kesian pulak bila kena tinggal. tapi dalam masa yang sama dia tengah tunggu kawan dia dari putrajaya datang tolong.. 

Finally, dah nak dekat kul 12, (tayar pecah dalam pukul 10.30 mlm), dapat call dari hasben aku, kata dah ok,  tapi aku decide nak tido umah adik aku la, sebab aqil pun dah tido.. huhu.. tu jela kisah kami malam tu.. to be continue, ada lagi cerita menarik.... :-p

5 comments:

Amiizaa2001 said...

nasib ada abg ipar boleh tolong....

emmm saba tu sabtu ahad memang penuh sue....kalaou waktu mlm memang kena beratur cari tempat.....yg dtg dari jauh2 tu...ada kwn hubby dari JB sanggup dtg sini semata2 nak makan nasi arab.

sue kalaou nk dtg sini kena dtg weekdays...oRg tk berapa ramai...tghari org berkerja jerk ramai makan kat situ...mlm kurang sket...kurang2 pon raamai gak tu :)

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

adui..siannya..bab2 tayar pecah ni..risau bila time laju je.takut tak tercontrol..tp okla..tercapai gak impuan sue nak tido umah adik..ngeh2

MaS PuTRi said...

restoran Saba tu femes jugak ek.. padahal tempatnya tersorok gitu... kat celah-celah cyberjaya

Ilhamny.com said...

linda pon bru tayar pancit last week, kul 11 mlm..tgh2 MRR2, bru balik dr umah mak..takuuutttt...nangis tipon asben... suruh asben dtg tukar tayar..huhuhu

Erin Rashid said...

beb, next time kena simpan nombor PLUS, DUKE, NPE, LKSA or wat so ever yg berkenaan dgn tol (kalo kajang SILK la ek)
sbb mereka leh tolong kalo kete kita menghadapi kesusahan.. ini pesanan ayah aku yg aku pon tak pernah buat lagi. hihihiih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails