Friday, April 8, 2011

SATAY STATION

Assalamualaikum..

hujung minggu sudah tiba!! alang2 dah hujung minggu ni kan, mesti lah nak jalan2 cari makan.. betul tak? meh kita review satu kedai yang baru aku makan 2 hari lepas... kedai SATAY STATION. terletak di ampang waterfront. kalau nak pegi sini, exit dari mrr 2 yang ada ampang point tu, terus je sampai hujung.. ada banyak juga la trafik lite, tapi jangan risau, tak yah belok ke mana2, sebab dia memang hujung kedai nya :-)

 inilah kedai nya.. sori gambar gegar, dalam keta nak balik... dulu bangunan ni macam tak de orang berniaga, sekarang je dah aktifkan balik, kira ok la kan, tempat dah ada, apa salah digunakan kan..

 keadaan kedai yang sangat selesa, siap ada pentas orang nyanyi ghazal.. lantai karpet, meja marmar bulat macam meja umah mama aku kat kluang :-)

 sate dia besar sangat.. padan la dengan harga 90 sen sebatang.. daging dan ayam saje.. kuah sate pulak, sedap juga, kacang tak la hancur sangat, kasar2. sate dia sedap juga la mengikut tekak aku ni.. korang tak tahu la.. kalau datang 2 orang, amikla 10 batang je. macam aku mampu 5 batang je makan tapi kena paksa, makan juga la.. tak habis, boleh tapau... siap kasi kuah sate free.. total makan dan minum RM25.80

budak ni mood tak elok sikit malam tu... nak main bebas, mana boleh, depan kedai tu terus jalan keta lalu lalang okey..

ni muka tak puas hati anak mengamuk.. huhu.. tak la, nak tunjuk banyak kedai kat sini, sate diorang bakar kat tepi jalan, so tak de la berasap area makan tu.. duduk tak sampai 5 minit, dah sampai sate.. air pun sama, laju jek... datang kul 8.30, kul 9.15 dah balik.. cepat sangat cepat.. tak tahu la weekend camana kan..

okey, kesimpulannya boleh datang lagi makan sate kat sini. semalam, panaskan sate yang tak habis, berebut2 plak makan..upss.. kepada yang suka lemak2, sate ni memang ada lemak2 ayam dan daging tu.. sodap... :-) anyway, selamat mencuba dan selamat hujung minggu!!!

wassalam..


3 comments:

Nur Hasyimah Mahasan said...

cam best je...boleh try ni

misscha said...

comot momot aqil...mesti sedapkan!

NaDia CoMaNeCi said...

adoii satay febereet aq...terus rase nak mkn sate...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails