Wednesday, April 13, 2011

The room at Pan Pac JB

Assalamualaikum..

Sambungan dari cerita Persada Johor atau lebih dikenali sebagai pan pan hotel .. tak habis2 cerita ni jek.. yela, pegi 2 hari, mestila ceritanya ada dalam 2 hari gitu.. kang panjang2 satu entry penat pulak mike2 nak membace nye...

Jom kita tengok keadaan bilik di sini.. Pada pendapat ku yang jarang tido di hotel ni, tahun ni kira 1st hotel la ye aku pegi free, kira boleh tahan juga la pan pac ni.. Bilik air dia aku suka.. hehe.. bilik air la pulak yang disukainya...

 ruangan katil yang sangat selesa. ni twin sharing.. tapi disediakan single bed juga.. rasanya kos mengikut pakej mesyuarat adalah RM 300 ++ untuk twin sharing.

 dalam kabinet kayu tu adalah tv..

 ruangan kerusi ni agak sempit sebab diorang letak katil single. kalau tak, sure lapang.. tapi, still ok.. kitorang tak tido pun katil single tu..

 ni peti ais dia.. as a BF mom, mesti peti ais la yang aku cari.. tapi suhu dia walaupun dah maksimumkan tetap sama je. may be dia set untuk sejuk ala kadar je kot.. lagi yang aku suka, hotel ni memang menjaga keperluan orang Muslim.. kat peti ais pun dia dah tulis, no pork served..

 ni toilet nya.. ada glass cubicle (lupa la apa nama nya, dulu selalu taking off benda ni) untuk feeling2 mandi air panas dalam tu.. best best.. bath tub tak sempat ok nak feeling2 berendam dalam tu.. masa sangat pack :-)

 ni pulak meeting room.. mengikut pengalaman kawan2 aku yang selalu join meeting luar ni, pan pac punya ballroom memang besar dan selesa.. yang ni dalam 50 orang lebih meeting

bilik ni la kitorang duduk @ 1046

eh, nak juga tunjuk.. hehe.. tugasan ibu tidak pernah ditinggalkan.. dalam 2 hari, dapat la bawa balik 5 botol.. Alhamdulillah, rezeki aqil.. ntah bila nak stop pam pun tak tahu la.. bila tak pam, rasa berat je.. ni pun pam 3 kali je, kul 1 petang, malam sebelum tido dan bangun tido..

okey, rasanya macam ada lagi jek cerita JB ni.. hehe.. to be continue.. hehe




4 comments:

MaS PuTRi said...

kak suliana, nak bawak balik rumah susu2 tu guna i9ce pack ke?

Suliana said...

mas,

ye, guna ice pack saje :-)

littlehumblelynn said...

samaler kita..pengepam tegar..dlm keta pun pam..hehehe

Erin Rashid said...

best kan pan pac. hari tu aku g jb nak dok pan pac tapi org lain book kan crystal crown so bedal je la. banyak songeh plaks! hahahah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails