Friday, April 29, 2011

microwave punya pasal

Assalamualaikum..

Aku ada satu kisah di opis yang agak kelakar. dah veteren tapi perangai mengalahkan budak2. budak2 pun gelak2 dengar karenah ini orang.. mula mula dia kasi pakai barang yang dikatakan milik nya bersama. maklumlah, dah senior.. banyaklah harta yang korang kumpul dari zaman dulu kala. bila orang dah pindah randah, asyik bertukar, ko claim la barang ni korang yang punya..

okey fine. oleh kerana kami pun masih baru di floor ni, kami ikut je la karenah makcik ni. ceritanya begini. hari tu, masa kecoh2 audit nak datang, ada satu microwave yang diletakkan di stor. oleh kerana tak mau di NCR, kami pun tolong la angkat letakkan kat pantry. dia kata, pakai la kalau korang nak pakai.. oleh kerana kami duduk kat area2 pantry, macam kitorang je la yang pakai pantry tu kan. dia tak pakai pun, sebab lokasi tempat duduk dia jauh nak ke pantry..

pada satu hari, diorang ni pakai la microwave tu, makcik ni tak de pada hari tu.. ni mesti kes ada orang ngadu budak2 ni buat masak2.. pastu, tadi, dengan sorong troli kata nak angkat microwave ni ke tempat nya, nak panaskan lauk.. aik, apasal tak bawa lauk panaskan kat sini??? nampak sangat nak amik balik..

adoi.. heran betul. tak kasi pakai cakapla.. atau buat peraturan ke apa kan. kitorang pun dah besar2, kalau rosak ke apa ke, kitorang bayar la balik kos mentenen tu.. kang esok lusa ko angkut la segala peti ais ke, periuk nasi  ye.. yela, korang punya kan.. last2, time aku nak solat, aku nampak dia letak kat meja dia.. buat satu pantry baru gitu.. adoi, sedih perangai dah tua2 masih tak sedar diri...

dah.. buat bai berpada-pada, buat jahat jangan sekali.. babai!! wassalam


 

7 comments:

ejaMaria said...

hahahaha..... cam kenal je sapa yang buruk perangai tuh... ;p

NUR /ALL IN ONE said...

Kadang orang tua ni makin sensitif keadaannya. Memang mengalahkan budak-budakle perangai.. Err tua sangat ke makcik tu?

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

Memcm karenah jerk klu kt opissss...

Kasih Kita said...

Biasala tu kak. Orang kalu dh -ve mind, dia sorang je yang bagus. Orang lain semua x bagus. Tu yang dia xpercaya kat orang lain tuh. Padahal kita ni bukanla -ve person mcm dia pikirkan tuh.

Suliana said...

kak maria,
shh... :-p

nur,
50 an juga la, tak de tua mana. :-)

mya,
hmm mcm tu la, hrp tak jmpa lagi yg pelik2 :-)

kasih kita,
huhu.. nak wat camana, hidup bermasyarakat, byk karenah nya..

Erin Rashid said...

ada org jenis berkira beb..
dpn org ckp "boleh pakai" mungkin nak tnjuk kat org yg dia baik
tapi sebaliknya... huhuhuh korang je la yg tahu kan..? hahah

Taste Of Tapah said...

kita bakor jer microvawe tuh.. hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails