Saturday, April 9, 2011

MAHARAJA LAWAK

Assalamualaikum..

Hujung minggu datang lagi!!! seronok nya lepak2 dengan family di rumah sendiri.. setakat tengahari ni, apa yang aku dah buat ialah basuh kain satu trip.. ada 3 trip kot yang menunggu termasukla comforter dan toto aqil.. tengahari ni tak tahu nak masak apa, breakfast lambat tadi, rasa kenyang lagi.. lauk basah pun tak de dalam peti. hehe.. sapu2 rumah belum buat lagi.

Semalam, tengok MAHARAJA LAWAK.. yang pasti ditunggu adalah JOZAN dan NABIL.. nak tunggu yang itu jek..memang tidak menghampakan lah.. terbaeeekkkk woookkk .. hehe.. memang patut mereka di tangga teratas, sebab memang kelakar.. kalau yang lain2 tu kelakar sikit2 je lah kan.. Pastu, minggu depan dah tak free dah, kena langgan pakej mustika baru leh tengok.. melainkan kalau di muat turun dari youtube, kira okey la kan.. ada satu cara lagi untuk maintain cost astro ni.. contoh nya amik pakej mustika tu, tapi buang la kartun ke, movie, dapat la amount yang sama atau kurang. tapi kalau tak salah aku, astro ni, kalau kita buang satu pakej dia akan denda kita RM 20. kalau tambah pakej tak kena denda plak.. huhu..macam2 la diorang ni nak cekik duit customer..

Okeyla okeyla.. nak gi sidai kain.. orang lain kain dah kering agaknya, aku ni kain masih berputar2 dalam mesin basuh.. hehe.. bye.. selamat berehat!!


wassalam.. sekian..

 

3 comments:

misscha said...

x de astroooo...sy tgk u tube :p

Erin Rashid said...

aku pon tggu jozan n nabil. mmg suka mereka!
sue, nak buang pakej sedia ada kena charge rm10
aku dah langgan mustika. kang dah hbs maharaja aku buang blk
kah kah kah tapi kena charge rm10 la
yg tak best apsal buat kol 10pm? aku dah start ngantuk tggu jozan n nabil.

Suliana said...

erin, btul tu, aku pun ngantuk tgu diorg. pandai je astro ni letak last2 mamat 3 org ni.. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails