Friday, April 29, 2011

entry bosan

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat.. apa plan hari ni? tak de plan, nak gi Sogo pun macam tak best jek. floor kanak2 tengah renovate. tapi kan, lately la, pintu hati aku ni macam dah ditutup supaya tidak bershopping.. apasal ek.. bila tengok barang sume macam tak kenan jek.. huhu..

Okey.. weekend ni cuti kan.. cuti tiga hari pulak tu.. korang gi mana cuti panjang ni? aku tak pegi mana2 pun.. kesian tak? huhu.. ingatkan nak balik kluang, tapi orang kluang sume pegi langkawi. ada rombongan ke langkawi, satu bas pegi. hari tu ayah ada la pelawa nak cukupkan tempat lagi 2 orang, tapi bila memikirkan perjalanan yang panjang dalam bas selatan ke utara, dengan budak kecik lagi, mesti tak siok kan.. lagi pulak, dah ada plan nak pegi pulau tioman bulan 6 nanti, jadi, man man la skit kan.. aku ni bukan la pencetak wang.. hehe..

kepada adikku wakilkan tolong cakap kat mama, jangan lupa bawa balik ole2 dari langkawi okey!! ni kirim ayak liuq jek.. haha.. Take care di sana. semoga selamat pergi dan selamat kembali... 

dan tengahari ni, aku masih tak de mood nak ke mana2.. benci2 tak tahu kenapa. dah. babai. wassalam




6 comments:

Wanita Luvly (^__^) said...

xper..malam nanti layan maharaja lawak..hee~

ejaMaria said...

owh... akak pun takde mood nak keluar... ok...bole geng for today... planning mcm nak ke chow kit... tak pun ke sg.buluh beli tanah... last-last... ada kat opis je... layan blog ;p

Suliana said...

wani,

yelah.. ada jugak yg menceriakan ku.. :-)

kak maria,
okla tu.. jimaaaat... hehe

Sharinginfoz said...

dah nak masuk weekend yes

Amiizaa2001 said...

panass hari nie:)

LidaRahim said...

terkena sindrom jimat hehehe samer lah ngan akak... duk opis jer ari ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails