Thursday, April 21, 2011

end of journey-pumping session

Assalamualaikum..

Mengambil kesempatan di celah-celah kesibukan pada hari ini :-) tengah tunggu feedback orang ni.. hmm.. sabar je la, tak leh stress sangat okey.. yang pergi meeting lagi stress kot.. huhu..

Okey, semalam, ada kerja urgent yang kena buat. sampaikan diarah untuk stayback di opis.. tapi aku balik pukul 5.30 jugak sebab fikirkan aqil demam.. aku bawa balik juga keje kat umah.. bila kat rumah, dapat buat sikit2 je, sebab si kecik tu nak nenen la, nak kacau ibu pakai laptop nak tengok ultramen.. huhu.. nasib baik task yang aku amik tu sikit je compare dengan orang lain.. pas tu, suami ku yang tercinta tolong key in data sambil aku nenenkan aqil.. hehe.. tq abang.. kadang rasa bagus juga pregnant ni kan.. hehehehe...

so, sampai la malam tadi konon nak tido kan aqil nak bangun balik. depan tv je pun kitorang tido.. last2, amik ko, tertido sampai pukul 6 pagi depan tv.. sakit2 badan aku ni.. tu la aku ni bukan boleh tido kejap2, terus tido.. mula menggelabah buat keje pagi2 buta tu kan.. so, pagi ni kerja aku dah settle sikit..

Hari ni, berakhirlah program pengepaman di opis.. rasa lain je bila tak bawa beg bulat tu, rasa semacam je bila aku stop pam.. hmm.. bercampur baur perasaan tu.. selepas balik dari meeting di johor tu, aku memang dah slow kan pumping session. bukan apa, memang dah nak stop pam. aqil pun dah 2 tahun lebih.. boleh la berhentikan dia.. susu ada lagi, tapi kalau dua kali pam dapatlah 2 botol.. bukan tak percaya pada tandem nursing, tapi aku rasa aku tak kuat untuk itu dan aqil pulak dah mengecapi kenikmatan susu ibu lebih dari 2 tahun.. Aku rasa biarlah aqil bergayut waktu aku ada disisinya. so, no pumping session anymore.. 

Untuk memberhentikan penyusuan aqil pulak, aku rasa better la dia stop sendiri. aku percaya pada rasa susu ibu akan berubah semasa pregnant iaitu lebih masin.. dan mungkin kuantiti susu itu akan berkurangan.. sekarang ni, aqil menghabiskan stok2 susu ibu yang tinggal tak sampai 20 botol.. pening pulak fikirkan susu untuk membesarnya brand apakah yang elok dan murah?? hehe.. 

penyususan semasa hamil boleh refer cerita puan suraya & lunatots iaitu tandem nursing dan nursing while pregnant. tidak dilupakan info untukku dari puan farah sarakids di sini.

Nanti free, akan ku study balik info2 tersebut..


p/s: asyik tertengok2 jam je nak pam, padahal lupa dah berhenti pam.. sedih rasanya.. 

 

6 comments:

Wanita Luvly (^__^) said...

kembar wani bg susu anmum...

Kasih Kita said...

Owh berehat 9 bulan ek. Nanti kene sambung balik. Selamat menyusukan anak untuk 9bulan lg :)

sisanizu said...

erm mase pregnant , pasti susu sikit jugak kalau pam..better lah mcm tu,,nenen direct je utk Aqil.. sy pon seriau bila pk takut pisang berbuah dua kali..semoga Allah permudahkan segalanya utk Su dan Aqil,..

littlehumblelynn said...

susu membesar-- ANMUM ler :)

Suliana said...

thanks all for the idea.. anmum mahal jugak kan.. hehe.. tapi masa terputus bekalan ke induksi dulu, anmum la yg aqil minum..

sarah,
btul tu, lebih kepada seriau even lactation kounselor kata tak apa..tq sarah..

mekchu said...

sedih perasaan tu.. mekchu dulu start mengepam kat opis, tp breast bengkak yg amat.. najmi yang tak nak susu badan lagi.. cont malam & slowly dia benti sendiri..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails