Monday, April 25, 2011

cerita awal minggu

Assalamualaikum..

Hari ni slow motion sikit.. biasala monday blues. dengan aku yang asyik terbersin je tak henti.. dugaan betul.. mudah-mudahan terampun dosa2 kecil ku.. ingatkan nak gi klinik tadi, tapi doktor tak de, tak sihat.. huhu.. cari klinik lain la untuk cek pregnancy..

Hari ni pagi2 sume macam sibuk je la. aku biasa la buat keje sendiri.. esok nak pergi kursus 2 hari.. jadi kena settlekan cepat2 apa yang tertangguh.. kursus kat sini je, tapi still bukan area opis ni la.. hari ni juga, aku mencari klinik kerajaan apa yang berdekatan dengan rumah aku. klinik ibu anak ni, bukan senang2 nak pegi situ sini. mesti dalam daerah kita juga, even umah ko sebelah klinik, tapi kalau dah masuk mukim lain, pegi la klinik yang jauh tu... untuk buka buku merah. yela, pregnant bukan selalu pun kan, tak ingat dah prosedur camana.. hehe..

Aku ingatkan aku kena klinik ibu dan anak kg pandan, rupanya klinik cheras baru sinun.. tapi, dekat jugaklah dengan rumah. siap tanya alamat rumah lagi nak pastikan aku termasuk dalam kawasan dia...bila dah buka buku merah tu dalam daerah kita, barula boleh pegi klinik kerajaan yang lain yang berdekatan dengan opis ke.. gitu..

Benda2 yang dia suruh bawa adalah IC, bil air atau bil api, surat nikah, gambar scan baby.. gambar scan baby tu yang belum ada lagi.. aku tanya bila saya perlu ke sana? dah berapa minggu? baru nak masuk 7 minggu kot.. boleh, datang saje secepat mungkin before 3 bulan, lagi awal lagi bagus, datang pagi2 sebab boleh amik darah sekali.. oo, gitu pulak.. sebab pengalaman lepas aku, kalau datang awal2 macam lama lagi je appointment dia..

Keadaan aku sekarang, alhamdulillah.. tak de la mabuk.. masa aqil dulu pun tak mabuk. tapi, kalau pagi2, aku ada sedikit berangin.. sentiasa sendawa je la.. tapi, simptom yang sama dengan aqil ialah aku akan selsema untuk trimester yang pertama ni.. so, kawan2 sila dengar aku bersin dan selsema ye selama tiga bulan ni. hehehe.. pagi2 pulak, memang lapar je la, tak tahu la perasaan aku ke atau memang aku ni jenis kuat makan :-p

Adik aku dah kasi asid folik dan iron tablet. hari ni baru aku stat makan.. hehe..  okeyla.. actually aku nak cite benda lain, tapi benda lain plak jadinya.. hehe.. wassalam..

9 comments:

ejaMaria said...

Sue, bukan klu buka buku kat klinik tu, check up kena pegi situ jugak... sbb fail kita dah ada kat situ... klu pegi klinik lain tak kena marah ke ?

Syahada Ahmad said...

sue, bil air ke bil air? :p

sambung la citer sebenar yang sue nk cite. sha pembaca setia tau.

**hehe, blog sendiri pun tak terupdate. ;-)

Suliana said...

kak maria,

hmm.. masa aqil dulu, su tukar klinik sebab dapat keje kat sini, nak dekat sikit dengan opis.. tapi kena bagitahu klinik asal dulu..

Suliana said...

sya,

dah betulkan dah :-) tq.. hehe..

haha.. tunggu kejap eh cite tu.. :-)

Erin Rashid said...

take care sue..
hati2 bila melangkah :)

Anonymous said...

rumah kena alamat kat k pandan ke

Anonymous said...

kalau rumah tmn nirwana

Anonymous said...

apa no tel klinik tu.suami ken aikut ke if kali pertama

Anonymous said...

ada apa2 bayaran ke kali pertama dan seterusnya.berapa bayarannya?terima kasih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails