Tuesday, March 15, 2011

muffin lemon yogurt

Assalamualaikum..

wah.. banyak betul eksperimen aku hari ahad lepas.. hehe.. lunch buat butter prawn, dinner plak buat muffin lemon ni ha.. pas tu masak nasi goreng telur je.. haha...

resepi diambil daripada biasala, blog masak2 kegemaran aku (ummizaihadi - akak, saya copy paste ye resepi ni) dan juga cadangan my fren, shuhda.. aku dah berjaya buat muffin ni.. memang senang tau.. tak yah pukul sampai kembang.. cara dia kacau sampai sebati je.. hehe..

adunan dia sikit je, dapat 6 ketul... dengan paper cup yang tak seberapa ni.. aku siap pakai berlapis2 lagi takut meleleh ke terpenyek ke kan.. hehe..



Bahan:- (lebih kurang 8 ketul muffin cup spt gambar)
  • 100 gm tepung kek/tepung naik sendiri
  • 1 tsp. baking powder
  • 2 tsp. lemon juice
  • 1/2 tsp. lemon paste (optional)
  • 100 gm plain yogurt
  • 50 gm gula kastor
  • 50 gm mentega
  • 1 biji telor
Cara-Cara:-
  1. Campurkan mentega dan gula dan panaskan secara "double boil" atas api perlahan. Kacau dengan whisk hingga adunan sebati. Biar sejuk sebentar.
  2. Sementara itu, ayak tepung dengan baking powder. Ketepikan.
  3. Masukkan yogurt, jus lemon, lemon paste dan telor ke dalam adunan mentega tadi dan kacau hingga adunan sebati, jangan terlalu lama.
  4. Masukkan tepung dan kaup balik sebati.
  5. Sudukan adunan ke dalam bekas muffin (lebih sikit dari separuh bekas) dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 25 minit. (bergantung kepada oven masing-masin).
  6. Sejukkan atas wire rack.
taraa.. dah siap.. mengadap la aku laki bini makan ni.. haha.. last2, suami aku cebik2 je, tak yah buat perisa ni lagi.. tapi habis juga 3 ketul muffin tu.. huhu.. may be dia tak suka rasa lemon kot.. aku okey je.. aqil plak siap cebik2 tak nak.. apa daa.. penat ibu buat.. sedap.. buat jangan tak buat.. hehe.. selamat mencuba!! bye.. wassalam



3 comments:

ARNA said...

Nape akak kata sedap, tp yg lain kata x sedap?
2 lwn 1 - xsedapla kak su hehehe

Suliana said...

haha.. sedap juga... lalalala...

aziz azri said...

resepi sendiri ke kak teh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails