Wednesday, March 9, 2011

melahirkan anak tahfiz

Assalamualaikum..

Tak tahu nak coret apa dah petang2 macam ni.. keje ada tapi take five sekejap boleh?? hehe.. semalam, bersembang2 dengan kawan opis ni.. time dia datang kat tempat aku tu, aku tengah pam susu.. dia cite la, ada seorang ibu ni (dari negara luar) mempunyai seorang anak yang sekecil umur berapa ye, lupa dah, okey, letak la umur dia 5 tahun.. sudah boleh menghafal ayat suci al-quran (tahfiz). dalam masa sehari dah boleh habis 30 juzuk al-quran dihafal nya.. bila disoal2 oleh wartawan, ibu itu enggan memberitahu atau lupa amalan apa yang dia telah lakukan semasa membesarkan budak tahfiz ni..

Soal punya soal, tunggu punya tunggu, baru la sang ibu menjawab.. setiap kali sebelum memberi susu badan kepada anaknya, dia akan mengambil wuduk.. itu lah agaknya rezeki yang telah diberikan oleh Allah sehinggalah budak kecik tu menjadi tahfiz...

Hmm.. kalau kita macamana?? tak payah kalau kita la, kalau aku la kan.. hehe.. kalau time aku mengaji, mesti la dalam bilik kan. bila dah dalam bilik tu, mesti la ada budak kecik tu.. dia pun sibuk nak main al-Quran tu.. aku kasi buku lain, dia tak mo.. last2, kena marah la kan sebab kacau ibu ngaji.. huhu.. kadang tu, kalau dia baik, dia menyusu dengan aku sambil aku mengaji.. kalau dia baik lagi, dia akan baring diam2 atas peha aku.. kalau dia nakal, tangan dia gerak-gerak kerimasan dengan kain telekung aku tu.. hehe.. macam tu la aqil..

okey, lepas ni, setiap kali nak ngaji, aku nak tangkap itu budak suruh nyusu dengan aku. yela, kata nak jadikan anak tahfiz.. tak dapat tahfiz pun tak pela,  asalkan dia dah terbiasa dengar ayat2 suci al-Quran ni dan bila dia dah besar nanti, terang hatinya..

Lagi satu, perkara yang menyejukkan hati.. setiap kali aku sembahyang, aqil mesti tunggu di satu sudut.. samada dia duduk diam2 atau pun dia akan ulang alik kat sejadah aku tertonggeng2 sujud atau rukuk.. tu yang kadang solat pun terganggu sebab dia duduk atas sejadah lama2.. kadang tu ada juga benda yang aku angin.. masa tengah duduk antara dua sujud tu, dia suka buka ikatan kat kepala telekung.. kalau tak pakai serkup kepala, habis la nampak rambut2 aku kan.. dah batal sembahyang.. dah kena marah.. huhu.. tapi, at last, setiap kali lepas solat, dia mesti datang kat aku cium tangan dan cium pipi banyak kali.. hehe.. hilang segala marah ibu...

uppss.. ada juga picture yang tak pernah appear kat blog ni.. ni gambar aqil masa kecik2 dulu, may be dalam 6 bulan kot.. tengok la, peha tangan berketul2.. bam bam juga anak aku ni masa kecik2.. sekarang je dah selim melim..

jadi anak soleh ye sayang..

bye. wassalam
 

9 comments:

ARNA said...

wuuuuaaaa
jelesnya. camner sy nk ngaji sambil pegang botol susu???

Wanita Luvly (^__^) said...

comel....dl tembam sekarang selim...raeys pun 6 bln skrg nih...tembam n berketak2...

Suliana said...

nana..

lain org lain cara nya.. tak semestinya kena direct baru blh trcapai cita2 tu. byk cara lagi kan.. blh je sambil pegang botol baca ayat2 yg nana hafal :-)

Suliana said...

wanie,

bulan2 mcm ni la seronok tgk dia berketak2.. nnti dah pandai mergkak & jalan, mula susut, berat pun tak naik byk :-)

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

rafiq kalu sy ngaji, dia suka nyendeng2..sengih2..pastu grabbbb dia tarik Quran. geram? mmgla geram tapi sabar sbb nak suh dia dengar ngji sekali..samela sue..sambil nganji sambil nyusu. pastu skang ni ngah pegnent..dia duh tonyoh2 perot lak..adui..mmg senak kdg2...tapi nak wat camno..kenela sabor
tu belum lagi duk ateh riba masa sy duduk antara dua sujud. tarik2 telekung. cium2..ahaha..mcm2..

Suliana said...

rose,

sabor je la byk2.. hehe.. kelakar dgn gelagat anak2 ni.. kang dah besar harap2 jadi anak yg soleh :-)

MommyAqil said...

hihihi...cumell je Aqil ni..kalo my Aqil plak kalo time saya ngaji, dia excited gakla..dulu memula sibuk nak pegang Al-quranjugak..tp sekarang juz dengar je n semalam after Mommy dia abis ngaji dia pulak sambung..ntah pe dia sebut tak tau la..siap berlagu-lagu..uhhh..sejuk hati rasanya tgk dia act mcm tu...

***comell n bam-bam aqil time ni..gerammm jugakk..

SiNoMoSa said...

sweet moment eks nak mbesarkan anak-anak..
smg Aqil menjadi anak yang soleh..Amin

Suliana said...

mommy aqil,
ye.. really melting our heart :-)

kak shim,
amiin.. insya-Allah :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails