Friday, March 11, 2011

Didikan awal pada anak

Assalamualaikum..

Kawan induksi ku juga kawan semajikan ku telah memberikan satu link yang sangat menarik untuk dikongsi.. antara yang paling menarik hati ku ialah di bahagian ini.. 

Didikan Awal pada Anak



Paling lama menyusukan anak adalah dua tahun atau dua setengah tahun, terkecuali ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Menyusukan anak merupakan didikan awal dari seorang ibu. Janganlah sekali-kali lupa apabila hendak menyusukan anak, membaca doa terlebih dahulu,



"Ta'awuz iaitu "Aku berlindung daripada syaitan yang direjam dan Basmalah, "Dengan nama Allah yang amat pengasih lagi amat menyayangi."



Tujuan membaca Ta'awuz ketika akan menyusukan ialah agar supaya susu yang menjadi darah daging pada anak itu nanti tidak disisipi oleh hawa syaitan dan tujuan membaca Basmalah ketika akan menyusukan anak ialah agar perbuatan menyusukan itu akan menjadi darah daging si-anak iaitu darah daging yang pengasih dan penyayang pada sesama makhluk Allah di muka bumi ini apabila dewasa kelak. Demikian itu yang tersirat didalam hati seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya.



Itulah kunci rahsia dari sekalian kunci-kunci rahsia yang akan mewarnakan kelakuan anak dari awal-awal lagi. Sikap seseorang anak juga ditentukan oleh ibu yang sedang menyusukan kerana ketika itu terjadi hubungan jiwa yang amat rapat antara anak dan ibu yang sedang menyusukan. Mengikut penelitian orang tua-tua, seorang ibu yang mengalami kesedihan, kemudian menyusukan anaknya, anaknya itu akan turut sedih dapat dilihat dari raut wajahnya atau kadang-kadang tersentak menangis semasa masih menyusu pada ibunya.



Ada lima pantang yang harus diingat oleh ibu yang sedang menyusukan iaitu:-

a. Jangan berangan-angan.
b. Jangan bercakap yang bukan-bukan.
c. Jangan mendengar suara-suara yang tidak baik didengar atau yang terlarang oleh syarak.
d. Jangan makan.
e. Jangan minum sambil menyusukan.



Maka sebaik-baiknya ketika menyusukan anak setailah dengan ucapan yang baik- baik seperti selawat dan yang seumpamanya. Dalam pada itu rasakan benar-benar bahawa kasih sayang anak yang sedang menyusu itu adalah semata-mata kasih sayang kurniaan dari Allah s.w.t.



Curahkan rasa kasih sayang itu melalui pandangan ketika menyusukan. Dahulukan bahagian kanan dan diikuti dengan bahagian kiri. Begitu seterusnya setiap kali menyusukan kanan didahulukan.




Bebaskanlah anak itu bermain sehingga sampai usia tujuh tahun. Walau bagaimanapun, sekali-sekala ketika itu orang tua, khususnya si bapa hendaknya berperanan sebagai sahabat dalam bermain. Apabila genap empat tahun ajarkan huruf-huruf Al-Quran dan begitu pula ketika usia si anak menjangkau hampir tujuh tahun hendaknya telah menguasai hafalan-hafalan tertentu dari ayat-ayat suci Al-Quran.



Janganlah mengaku diri kita, yang kasih sayang itu adalah menjadi haknya. Ertinya gerak hati yang melahirkan kasih sayang itu sebenarnya merupakan gerakan yang datangnya dari Yang Maha Pengasih. Inilah bimbingan yang tersirat didalam hati ibu, suatu bimbingan Tauhid pada anaknya. Nescaya bila dewasa nanti akan memiliki tauhid yang jitu."








 

2 comments:

anakecil said...

su...aku amek tau info ko ni.....veru useful...tengkiu

fiza arshad said...

kak sue, nk share blh?? sgt berguna!! :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails