Tuesday, March 22, 2011

bil utilities

Assalamualaikum..

Mood pemalas dah datang ni.. hehe.. malas plus idea macam kureng je.. ada gambar yang diambil untuk review dalam blog ni, tapi sampai sekarang dok peram je dalam handphone.. hehe.. 

Okey, straigth to the point. dah dapat bil-bil di rumah?? bil utilities la.. haa.. camana? ada korang semak tak setiap bulan, betul ke tipu ke.. macam kami, especially my husband, memang keje dia cek meter rumah setiap hari.. samada meter air atau pun meter elektrik. kalau ada meter telefon pun, may be dia cek jugak.. haha.. 

Yang menyebabkan kitorang cek hari2 tu, sebab nak kira bajet juga la kan.. especially tang elektrik tu. dulu, masa duk umah apartment, bil letrik siap FREE, manakala bil air plak yang melambung. yela, umah apartment ni kan bil air dia pakai meter pemaju kan.. tu yang tak de diskon2 tu..

sekarang, bila dah duduk rumah sendiri, kena pantau la untuk mengelakkan bajet burst. Agak2 terlebih pakai aircond hari2 tu, cepat2 insaf, dah tak yah buka aircond malam2, tido la pakai kipas ye.. macam tu la kitorang. tang penjimatan air pulak, memandangkan plumbing umah aku agak sedikit problem dan nak membaiki tu agak memakan duit juga, kita ambil langkah penjimatan yang lain. Tangki air dah overflow.. may be pelampung dia dah rosak ke apa tak tahu la kan.. boleh dikatakan sume la water tank rumah aku rosak, termasuk water tank jamban.. hehe..

Bila tak pakai air, dalam beberapa jam, akan kedengaran air menitis kat luar.. kan dah membazir tu.. so, hasben ku akan tutup punca air kat luar tu.. selalu kes tutup menutup ni akan dibuat bila time nak pegi keje, dan juga sebelum time tido.. 

Tetapi, baru nak masuk cite sebenar ni.. bil air dah dapat. cek punya cek, ada sedikit keraguan di dalam bil.. yela, i kan ada pembaca meter tak bertauliah, mesti la dia lagi terer bab2 mengira ni kan. ok, tengok la gambar yang dah puas rotate tapi nak juga dia memanjang tu.. 


tarikh capture bil ialah 8.3.2011 bacaan 3478.
 isu : bacaan sebenar 8.3.2011 bukan 3478, malah tak sampai lagi bacaan tu..
ada picture kat meter, tapi tak amik plak dari hp hasben


oleh kerana pihak PUAS dah capture bacaan yang salah, maka bil air kami menjadi 21m3. seperti yang kita semua sedia maklum, kerajaan selangor kasi free untuk 20m3 yang pertama. oleh kerana dah capai 21m3, maka kami kena la bayar bil air bulan ni.. memangla murah je takat RM 5 lebih, tapi kalau kena berulang kali macamana pulak.. nak kasi air free ke tak nak ni?? kat sini boleh tengok cara kerja dan ketelusan mereka.. bukan nak menyalahkan sape2, tapi sendiri fikir la kan mana baik buruk.. aduan telah dibuat dan mereka kata nak datang tengok.. hmm.. ntah la..

sekadar renungan bersama.. kang balik umah, korang cek la ye bil dan meter rumah korang..

 wassalam..
 

6 comments:

MommyAqil said...

huhuhu..aida pon ade salah gak bacaan kt meter tp bukan bil air tp bil api..kitorg hr tu br je tukar meter..so sejak duduk rumah besar skit bil api melambung ke RM250 setiap bulan..mcm tak logic..3bulan kena byr more than RM 250..mmg parah tp last week camtak puas hati buat report sbb bacaan meter sangat melebihi dr bacaan yg ade..so skrg tgh tunggu result TNB..bahaya btol kan kalo ade org buat keje sambil lewa cam ni kan..

Suliana said...

aida,

ye ke.. sy pun pernah juga capai 250 tu. tapi sebab penggunaan yg over.. hehe..

faiez said...

xpernah plak pantau kt meter..just make sure bil consistent..xmelambung...

littlehumblelynn said...

betuller mmg x pernah pantau..asyik pantau spy bil x tertunggak aje..x larat nak bayar kalo o/due lama2!!

Syahada Ahmad said...

bagus betul asben sue ni, sampai cek meter hari2 tu. bil letrik umah sha cam xde beza sangat,bukak aircond ke, x bukak ke, lebey kurang je slalu, x lebih dari RM50. Skang asyik hujan je, kadang2 kipas pun x bukak. hehehe, mahu bulan ni RM8 je kot. ekekeke

Suliana said...

sya,

murah juga eh rm 50 je.. su mesti 80 ke atas tiap2 bulan.. huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails