Thursday, February 17, 2011

miss them

Assalamualaikum semua!!!

Hari sabtu yang lepas, sejak sekian lamanya hampir setahun lebih, aku kembali menjejakkan kaki ku di opis lama.. haish.. malu sangat ( i kan pemalu u).. ye la, dah lama tak jumpa kan.. tiba2 nak minta something kenalah buat muka tak malu..nasib bak ada 3 orang je yang ot hari tu.. nak datang opis hari biasa, arah jalan ku berlainan..nak redah jem utara selatan lagi, uishh.. pukul bape la tu nk sampai melawati nih.. ehehe.. nasib ku baik, ada kawan2 yang sedang ot pada hari sabtu tu..

Tujuan ke sana nak hantar surat untuk pengesahan majikan swasta.. nak buat pelarasan gaji berdasarkan pengalaman 2 tahun 8 bulan bekerja di sini.. actually benda ni meleret2 dah sampai  nak masuk tahun ke tiga kerja di jkr ni.. huhu.. kalau buat dari tahun pertama, mesti dah dapat rasa kenaikan gaji tu dari dulu. tak de la banyak pun, kalau dapat kenaikan gaji 2 tahun dalam dua ratus je la naik kan. sape nak kasikan..  kalau keje gomen ni, gaji nya gitu je kan, tak de tambah lebih, kurang adala, sebab buat pemotongan angkasa.. kuikuikui... kalau dapat 200 tiap2 bulan ni ,lepas la duit shopping aku.. :-) ni percubaan dulu, belum tentu dapat sebab akan dinilai oleh pihak JPA pulak.. tapi, ada kawan ku dah buat, dah dapat 2 tahun, tu yang aku berkobar2 buat juga la.. hehe.. so, tadi pegi amik surat es-bos dah sign.. alhamdulillah :-) next step plak..

salah satu checklist yang perlu ada ialah pengesahan dari majikan swasta.. so, itu la yang aku pergi sana.. ikutkan history pekerjaan ku, company ni adalah company pertama aku bergelar pekerja :-) bulan ini juga bulan kenangan interview aku dan bulan aku dapat kerja di sini.. my anniversary date ialah 23 February.. kiranya aku dah keje dari tahun 2006, masuk tahun kelima tahun ni bergelar seorang pekerja..

nanti aku buat entry pengalaman pertama kerja ye :-) gambar di bawah ni sempat aku snap dengan kawan2 opis lama.. rindu betul dengan diorang ni.. tak tahu la diorang ni ingat kat aku tak.. hehe..rindu dengan suasana di opis lama, dengan busy nya, dengan drawings, gossip.. ehehehe... dari kiri, kak ira, deck (jkr juga), lah, aqil and me.


kalau aku tak kerja gomen, memang aku stay kat sini je. kebanyakkan staff lama di opis aku ni, memang setia.. yela, bos pun pandai menghargai staff.. cuma some part kita kena korbankan masa... faham2 la sape yang pernah kerja swasta mesti tahu situasi macam ni kan. aku sentiasa mendoakan kejayaan opis lama aku ni, moga success selalu.. miss u guys :-)

 okey la.. to be continue :-)

wassalam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails