Thursday, February 10, 2011

kesedaran tentang bahaya api

Assalamualaikum..

Hari ni ada ceramah kebakaran dari Jabatan Bomba.. satu hari duduk mendengar ceramah.. sessi pagi, best sangat tuan penceramah tu, nama nya Encik Mahinder Singh.. kelakar gile.. tak rugi turun dengar. tapi kehadiran memang wajib pun.. banyak la yang dapat belajar dan kesedaran tentang kebakaran tu memang meningkat. dah lama juga tak dengar ceramah macam ni. minta-minta dijauhkan dari kita semua malapetaka begini..

daripada ceramah tadi tu, encik penceramah tolong jual smoke detector dan fire extinguisher yang kecil @ 1kg.... so, mengenangkan kepentingan nya aku pun beli. mula2 tak nak beli sebab tak de bajet, pastu minta bayaran time gaji, ramai la pulak yang beli. smoke detector tu RM 65 manakala fire extinguisher tu RM 55.. kalau beli kat luar memang mahal la kan.. yang ni kena beli sekali banyak, baru berbaloi untuk order..

Sessi petang pulak, adalah sessi latihan.. tapi bukan fire drill ye.. sessi mencuba memadamkan api. oleh sebab aku dah letak nama untuk beli, aku kena try la kan.. kang tak cuba, tak reti pakai pulak.. hehe..

 demo..

 takut2 untuk menyembur..

 mencuba pemadam CO2.. untuk digunakan di ruang2 kecil tapi atas bahan apa dah lupa :-)
yang warna merah, serbuk kering.. 

 cara padam, mesti dihalakan ke arah pangkal api.. kalau sembur di udara, dia tak mo padam..

 berat.. 9 kilo.. huhu.. tapi nak sembur tak yah angkat ye.. pegang hose saje.. kiri kanan sampai la api padam..

 acik2 yang tak tahan kena serbuk kering tu.. :-)

warga cppt..

okey, tu je la nak cakap.. penerangan pagi tadi macam dah lupa la.. sibuk menggelak je.. nak cerita takut tersalah info.. haha.. tapi yang penting, kalau kat umah kita tu, kena pasang smoke detector tu.. dia dapat kesan asap.. lalu kita pun tersedar dari tido (kebanyakkan kes terjadi waktu tido).. by the time alarm bunyi, kita boleh lari selamat kan diri... tapi make sure rumah kita tu selamat dari segi means of escape.. ada pintu depan, pintu belakang, pintu atas, pintu bawah.. haa.. macam tu la serba sedikit.. pastu kena siap pemadam api satu.. kalau pencuri masuk pun, boleh ketuk dengan benda tu.. boleh juga dibawa dalam keta in case ada kebakaran.. ha, tu je la..

 sekian.  dari bukan pegawai bomba :-)

3 comments:

littlehumblelynn said...

tq for sharing :)

Huszaini said...

Bagus kena letak pemadam api yg kecik dalam keta nih..

Ishnavin Brar said...

Hi I'm the son of the Late Mahinder Singh if you do have any pictures of my father or videos please do email me at drishnavin@gmail.com I would be very happy and pleased..he was a great father to us as well as a great fire officer

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails