Thursday, January 20, 2011

Selamat Hari Lahir Yang KE-2 Aqil

Assalamulaikum..

20 Januari datang lagi!! selamat hari lahir yang ke dua buat anakanda tersayang.. sekejap nya masa berlalu, dah dua tahun dah buah hati pengarang jantung kami ni.. seperti tidak percaya :-)

Aqil, di hari kelahiran mu yang kedua ini, ibu mengucapkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang mengecap kenikmatan melahirkan dan membesarkan mu sayang.. terima kasih Allah kerana gelaran ibu yang amat bermakna untuk ku dan juga gelaran ayah itu untuk suami ku.. Masih terbayang2 pengalaman melahirkan anakanda. Jika diminta berulang kali cerita tentang kelahirannya, diri ku ini sudi menjadi penglipur lara :-) Aku pasti, tiada ibu yang tidak pernah ingat saat2 bersejarah itu..

Aqil, ibu hanya berharap agar Aqil membesar dengan sihat sempurna, menjadi anak yang soleh kebanggaan ayah dan ibu, menjadi orang yang berguna suatu hari nanti.. semuanya perlu 'menjadi'.. itu sahaja doa ibu dan ayah setiap hari untuk mu Aqil..

Aqil, ibu minta maaf sekiranya selama ibu membesarkan Aqil yang baru 2 tahun ni, Aqil dah terasa cubitan dan tamparan ibu.. dah kedengaran suara ibu yang terjerit2 memarahi Aqil.. sampai nya hati ibu memarahi Aqil. tapi, tahukah Aqil, menjadi ibu dan ayah ini sesungguhnya mencabar kesabaran kami.. Doa ibu setiap hari, moga dikuatkan iman dan ditingkatkan kesabaran setiap hari menghadapi karenah mu..

Aqil, aqil tahu tak ibu dah 2 tahun menyusukan aqil?? dua tahun tu sayang.. Alhamdulillah.. Allah permudahkan niat ibu walaupun pernah Aqil terputus bekalan semasa ibu berkursus induksi... Pelbagai cabaran untuk ibu merealisasikan niat ibu untuk menyempurnakan penyusuan mu selama 2 tahun.. Alhamdulillah.. Ibu berharap moga adik2 Aqil dapat merasai peluang seperti Aqil dan mungkin lebih baik dari itu..

Tiada apa yang istimewa sempena ulang tahun kelahiran mu melainkan sambutan hari jadi mu bakal diraikan oleh kaum kerabat kita saja.. Walaupun mendapat sedikit objection dari u-know-who-u-are, ibu tetap mahu jadikan ia sebagai tanda ingatan dari ibu untuk Aqil.. Selamat hari lahir yang kedua sayang.......

12 comments:

MaS PuTRi said...

happy birthday aqil!! saya doakan aqil membesar menjadi anak yg soleh, amin!!

*kak suliana, congrats of ur breastfeed task! kagum sangat atas semangat tinggi akak! u ar my idols =)

shazafaris said...

EPI BUFDAY AQIL! n congrats to k.sue coz da fully bf tuk 2thn!cayalah!! :)

syirakhalid said...

happy birthday to Aqil :)

ejaMaria said...

hepi beday Aqil... ;p

Mama Qiestina said...

happy bufday aqil sayannnng :)

moga jadik anak yg soleh..
wah congrats sue ko berjaya fully bf aqil.

NaDia CoMaNeCi said...

happy birthday aqil cuyunk..semoga sentiasa ceria n jadi anak yg soleh yer.. :)

Suliana said...

terima kasih semua!!!

terima kasih mendoakan yang baik2 utk kami :-)

Nur Hasyimah Mahasan said...

tahniah sue coz berjaya bf dengan jayanya...hopefully 2nd bbku ni pun nk full bf cam aqil gak..n happy besday to encem boy aqil

Ilhamny.com said...

happy besday aqil..betul tu..kalau diminta berribu2 kali pun linda sanggup bercerita perngalaman bersalin itu..xkan ku lupa betapa indahnya..

kak ina kl (1) said...

selamat ulangtahun buat aqil..semuga menjadi anak yang pintar dan berjaya di dunia dan akhirat..miss satu hari dari harijadi anak akak imran.

Kaseh NazLieza said...

happy birthday aqil..jd ank yg soleh ea..

angah said...

hepi besdei aqil.. smlm besdei arissa gak yg ke 7bln he3x

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails