Thursday, January 6, 2011

nursery vs babysitter

Assalamualaikum..

entry ini la yang dah lama plan nak buat, tapi tak buat2..

ni nak cerita sikit pengalaman aku la yang baru dua tahun jagung mempunyai anak ni. berpengalaman menghantar anak di kedua2 tempat ni. pengalamn pertama di rumah babysitter. masa tu kami masih duduk di apartment. alhamdulillah rezeki aqil agaknya.. pencarian babysitter di permudahkan Allah, jiran pintu depan rumah je.. tu pun hasben aku yang tolong tanyakan sementara aku dalam pantang. 

makcik yang jaga aqil ni, ada jaga lagi 2 orang budak besar, masa tu umurnya dah setahun lebih. dia pun dah lama tak jaga baby. so aqil la yang first. kelebihan pengasuh ni, baby tak ramai, boleh pay attention pada anak kita lebih sikit. penyakit pun tak banyak. kebetulan makcik tu pun ada asma, so rumah dia, memang jaga bersih la.. makan pakai anak semua dia jaga. baju aqil pun dibasuhkan even aku rasa macam tak suka je bau  sabun yang dia pakai tu. hehe. teruk betul mak aqil  ni. first day aqil di bawah jagaan makcik tu, rupa dah macam tepung gomak, putih je sapu bedak..

okey, bila kitorang beli rumah, kena la cari pengasuh baru.. masa ni survey2 yang nampaknya hanya nursery. nak tanya jiran2, masa tu belum baik lagi. tak kenal pun. so tawakkal hantar nursery. masa tu, aqil dah 10 bulan kalau tak silap. 1st day hantar separuh hari, nangis je la.. nak berdokong je ngan cikgu2 dia.. masa ni dia dah kenal orang kan..

dalam 2 minggu tu, macam2 aqil dapat. kena gigit, kena cubit kat pipi dengan budak2 nursery, lebam dan luka.. kesian sangat. masa amik dia tu ketar2 lutut nak nangis tengok anak rupa begitu.. cerita nya ada di sini. sampai la hari ni, aqil dah nak masuk 2 tahun, alhamdulillah, tak de apa2 yang serius berlaku. tu je la kes first and last..

alhamdulillah la, aku rasa nursery ni ok lah. aku pun tak nak la cerewet2 sangat. kena gigit semut, aku tanya cam tu je la. baju hilang ada la dalam 2 helai, lesap tak dapat dikesan. makan ke tak, susu okey ke tak..  kalau duduk dengan pengasuh, selain dari kebaikkan menjaga macam anak sendiri, kita pun kena jaga hati dia. tak leh marah2. kang tak nak jaga camana plak kalau kita marah2 kan, jiran plak tu. kalau nursery, nak sound pun macam ok je, tak payah nak jaga hati sangat. hehe. aqil kena bayar rm 280, kalau dah 2 tahun, jadi 250 plak.. ni aku belum remind akak nursery tu lagi.. ntah ingat ntah tidak..

banyak lagi sebenarnya aku nak cite.. korang sambung la plak. haha.. ni pun entry draf ni, tak lepas2 nak publish. busy manjang..

ok bye. wassalam

6 comments:

Kaseh NazLieza said...

nmpaknya lieza mmg xde pengalaman htr husna ke nursery lg cz mmg dr baby mak long tlg jaga..alhmdulillah semuanya ok2 sjer..

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

camnela keadaan rafiq if dia duk nursery ek..tak pernah bayang..
nnti dia dah besar skit baru nak buh kat nursery
dah masuk 4 tahun ke..hehhe

sisanizu said...

pengasuh yg jage anak sy dulu tu tak bagus..asyik mintak duit awl..pastu anak sy setiap hari balik dgn kukunya yg kotor..dahi merah2 sbb terjatuh2 mase cuba nk duduk sendiri..sumer tak besttttttt..hantar nurseri je jwbnya.

Nur Hasyimah Mahasan said...

irsyad pun lum pernah dok nursery...ingat dh masuk 3 tahun nk hantar nursery yg provide taska..tak tau cmne

Nur Hasyimah Mahasan said...

so far setakat ni puas hati ngan ngasuh irsyad...sedey gak if nk hantr kat tmpt lain

littlehumblelynn said...

serik htr anak2 ke bbysitter,,biar ler htr nursery..kalo nak cerewet..baik kita jaga anak sndr kan!!hehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails