Thursday, January 27, 2011

malang tidak berbau

Assalamualaikum..

Pagi ni ada kejadian sadis sikit la untuk aku.. kereta kancil aku kena langgar kat belakang.. kejadian berlaku depan opis aku, depan maju junction ni la.. punya la nak 'hulur2' tukar line, BAMMM.. kena sebijik.. masa tu trafik light dah hijau, keta motor sume tengah press laju kan, sume nak punch kad weih... kebetulan depan aku ni ada MYVi terkedek2 nak ketepi. nasib baik aku nampak yang depan ni terkedek2 kan. kalau tak, dah langgar bontot MYVi plak.. tengah brek tu, tiba motor pulak dah langgar belakang.. ni ha tengok la kekreatifan aku ni melukis kat paint. hehe..

anak panah merah: keta aku yang menuju ke maju junction nak hantar aku  ke opis
anak panah hijau: motor yang malang
bulat purple: keta myV terkedek2

hasilnya.. lampu kanan pecah.. tinggal tanda hitam kat bumper..
 agak2 nya lepas polish hilang la ni kan.. tak de kemek apa, cuma pecah lampu je la..

keta tak sampai sebulan cat baru.. dah bertanda balik.. mamat motor tu pulak polis DBKL. muka dia pun macam blur.. tak de jatuh apa pun, cuma dia tak sempat brek kot. yang pecah nya dia punya sayap motor tu.. ada la nampak berterabur kat jalan.. perasaan aku, badan ketar jap. perasaan laki aku, menggelabah la kot.. fisrt time kot jadi macam ni. LEPAS NI, KENA HATI2 LA.. ayat bebel seterusnya, sambung sendiri :-)

oleh itu, sejarah mencatatkan lampu kereta belakang aku dua2 dah pecah.. satu aku yang bawa kena langgar motor juga kat kg baru. satu, kes hari ni.. lampu belah kiri dulu aku ganti yang tak ori punya.. dalam belas2 kot harganya.. yang ni plak, bila la nak ganti.. sape salah?? ntah le, diri sendiri kot salah.. malas nak cakap sape2 salah. dah malang tak berbau.. tapi rasanya tadi dah baca doa naik kenderaan.. tak pela, tak de rezeki agaknya.. sebagai peringatan untuk kami.. 

sekian, wassalam..


8 comments:

Eyriqazz said...

berhati2 next time su..azwa kalau hal2 camni, memang mengamuk dia..hik3...

Kaseh NazLieza said...

nasb baik akk n hubby xapa2...selamat..

ira said...

ira hari2 amik jalan yg sama mcm akak jugak..mmg susah kak nak cross kat situ. takpelah, mesti ada hikmahnya tue :D

afni+hafiz=dani said...

jalan dkat situ mmg bahaya skit kan..ada yg nk himpit kat maju junction terus. sebab 4 lanes kan..saba2 =)

faiez said...

ciannyer...bile semua rushing mcm2x jd....

axelida said...

sikit jer tu sue.. tak perlah.. len kali super xtra hati2.. hehe utk igtan kita bersama

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

sib baik skit je...ish..if mamat tu bawak laju..mau gak maut kek situ..ish2

ejaMaria said...

sesekali mmg kena 'cium'... walaupun kita tak nak... x-tra hati-hati je la lepas ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails