Wednesday, January 5, 2011

budak bakul :-)

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. harap2 hari ini hari yang terbaik untuk kita semua :-) smile... okey. nak cerita pasal semalam. mesti la tentang anak ku aqil..

dia biasala kan, kalau dah pukul 8-9 malam tu, mood dah lain. nak tido. asyik nak bergayut je. nak masak pun tak boleh.. ibu masak lewat lepas maghrib, sibuk tengok tiramisu. hehe.. apasal la tiramisu tu boleh plak dilewatkan pukul 7- 8?? elok2 pukul 6.30 petang, dah anjak waktu lain. pastu kan, watak arwah faizal tu dah dimatikan... rasanya la kan?

eh, balik pada topik asal. bila dah lepas makan, aku ajak la dia naik atas.. selalunya kalau mood dia okey, aku boleh gosok baju, sembahyang, berus gigi sume.. kalau mood dia tak okey, dia akan merengek sambil mengarahkan aku baring.. nak tengok mood dia okey tak?? jom :-)


diam je dia duduk dalam bakul tu masa aku tengah sembahyang.. good boy.. kalau tidak, aku tengah sembahyang, dia duduk atas sejadah la, berpaut kat kaki la, tarik2 kain telekung la.. 


 lepas sembahyang, amin ibu, sayang ibu.. ibu baca doa pun dia tadah tangan. saat ni rasa, sejuk nya hati :-)


eh, nape korek idung plak ni?? hehe.. dia suka main celah2, duduk di sudut2.. tu drawer dia la tu, suka tarik baju dari tepi..


suka juga camwhore macam ibu dia.. haha.. dia pandai nak amik gambar sendiri tau!! sambil cakap senyum.. haha.. kiss dari ibu sebab perangai baik.. semalam juga, sebab kacau ibu masak, kena pang dari ibu kat peha.. sian plak.. lekat 3 jari di peha nya.. tapi gosok2 kejap dah hilang dah.. rasa bersalah plak .. huhu.. eh jap, apa yang ibu masak sampai aqil kena pang tu?? hehe tara..

 permintaan suamiku. sementara bahan2 masih ada, habiskan la ia sebelum rosak..
kali ni tabur cheese kat atas.. :-)

ok dah.. tu je cerita hari ni. sekian :-)

11 comments:

SiNoMoSa said...

Agaknya ler budak2 memang suka duk dlm bakul mcm anak sedara akak..

ieda said...

salam perkenalan..
baiknya aqil duduk diam2 dalam bakul tu..

sisanizu said...

masak ape tu? spageti ke ?

Suliana said...

sarah,

spagetti :-)

Suliana said...

kak shim,

ha,, sama ek? perangai bebudak :-)

Suliana said...

ieda,

salam perkenalan. thnx singgah

faiez said...

hihi....manja...

Syahada Ahmad said...

x suka kan tiramisu tukar waktu.
elok2 je pukul 6.30 aritu, so sempat la layan sampai kul 7.30.
maghrib pun awal lagi time tu. :p
Skang klu tunggu sampai nk kul 8 depan tv, konfem ade yang jeling2,pastu sound ayat x bes "ehem2, x kan nak jamak kot" :p

kak ina kl said...

kecik-kecik dia tak kisah kena cium..nanti dah besar dia malu cam anak akak tu.geram betul

Eyriqazz said...

hik3..comel jee....

tahniah,su salah seorang pemenang giveaway...

http://www.eyriqazz.com/2011/01/pemenang-give-away-haven-restaurant.html

Suliana said...

sya,

hehe. biasa la tu. dinner pun lewat mkn :-)

kak ina,

ala.. mcm tu plak. sian ibu nya klu malu nak cium sape lagi :-)

iman,
tq so much!!!! dah emel address

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails