Sunday, January 30, 2011

aqil terjun tiruk

Assalamualaikum..

Kisahnya.. budak ni semalam terlalu excited nak berjalan.. nak berjalan ke carefour je pun.. tapi, dia mana tahu apa kan.. tahu nya bila ayah pakai baju, ibu siap2 pakai tudung, tanda nak kuar la tu kan.. sian dia, dari tengahari dah siap pakai suar jean, ibu & ayah tak kuar2 juga.. sampai la dia tido dengan baju tu juga waktu petang.. so, lepas isyak semalam, we decide nak kuar la kan.

tengah siap2 tu, budak yang excited ni main lompat2 atas katil.. lompat punya lompat, terketepi.. masa tu aku membelakang kan dia, tengah nak cari t-shirt apa nak pakai.. ayahnya dah turun ke bawah.. tiba2, sekilas aku pandang belakang je, dia tengah jatuh. maknanya anak aku ni jatuh depan mata aku.. ya Allah, punya la cuak gile sebab masa dia jatuh tu, kepala dulu, tengkok dia macam terpusing camana ntah tak reti nak explain.. aku ingat dah patah tengkok dah..

terus aku angkat dia.. menangis kuat gile.. time tu tengok bibir atas dia dah berdarah..  risau nya aku.. bersalah sangat, sampai hari ni terbayang2 cara dia jatuh tu.. sebab selalu nya kalau dia cedera kat mulut tu, dia kadang tu tersengguk pun boleh berdarah bibir atas.. kesimpulannya memang bibir atas dia tu selalu pecah la.. sampai dah bertanda lebam atas bibir tu..

pastu, aku amik ais batu, suruh dia jilat2.. time ni tengok hidung dia plak berdarah.. aku lap2, ada juga kesan darah.. budakkan, mana tahu nak reti diam.. aku tuam ais kat bibir dia suka la jilat2, kat hidung tu dia tak kasi nak tuam.. masa dia nangis jatuh tu, dia tak hirau mulut yang berdarah ni, nangis sebab dah dengar ayah buka pintu. siap cakap nak ikut ayah.. eee.. budak ni, time sakit2 pun nak berjalan...

ayahnya siap cakap, aqil ni kalau duduk ngan ibu mesti ada je jatuh la itu la ini la.. amboi.. sedapnya mulut.. tu maknanya, anak aku ni memang aku yang jaga 24 jam!! huh.. tapi adalah kurang daripada 10 aqil jatuh mulut berdarah.. banyak kali kan.. takut nanti kalau gigi kekal nak tumbuh, takut tak cantik je..

so, end up. kami pegi juga la carefour.. dalam keta tu asyik tengok2 aqil je. takut ada kecedaraan lain.. selak2 baju dia tengok2 kot lebam2 kat mana ke kan.. tapi hidung dia berdarah lagi..  balik je lepas makan, terus jolok hidung dia dengan cotton bud yang dah dicelup dengan minyak gamat. nasib baik dia ok, kasi je ibu main hidung dia.. pas tu, nenen, terus tido..

alahai anak.. ibu mana yang suka tengok anak dia jatuh.. ni pagi ni pun jalan hencut je, siap tunjuk kaki dia yang sakit sebab jari kelinking dia tu bengkak balik.. ada kuku baru tumbuh.. camana nak buat ni.. huhu.. macam2 la aqil ni.. harap aqil tak de apa2 ye.. pagi ni juga, mulut atas dia macam muncung je.. sian anak ibu.. maafkan ibu ye aqil.. i love you.. 


 ni gambar di kfc...nangis nak main game kat belakang tu..

 tengok bibir atas dia, bengkak kan.. sian, ceria dalam kesakitan..

 tengok kat side burg dia tu, ada merah .. tu pun kesan jatuh tu..

ni la hero ku.. anak laki kan, kalau tak jatuh, bukan la hero namanya..
main jilat2 meja kfc.. ee.. geram, notty ye..

ok, wassalam...


7 comments:

armouris said...

info tentang hidung berdarah di SIHAT SELALU - Hidung Berdarah

ejaMaria said...

luqman pun jatuh katil kelmarin... jatuh masa tido... benjol gak la dahi dia... mmm anak lelaki kena tahan sakit... hehehe slalu pujuk dia ngan ayat tuh... ;p

Suliana said...

armouris,

tq for the info :-)

kak maria,
lasak betul la anak2 lelaki ni.. klu anak pompuan tak de cam ni ke?? huhu

Erin Rashid said...

sue, kalo teruk bawa jumpa doktor la
bnyk case, kalo budak jatuh kepala dulu
kalo teruk, dia akan muntah2,
jalan terhuyung hayang,
lebam-lebam,
hilang selera makan

tpi kalo takde tanda2 mcm di atas tu
kira bernasib baik la..

Suliana said...

erin,

alhmdlh ok .. hari ni dah pegi taska.. hehe.. takut juga aku tgk dia jatuh.. nasib baik tak de apa2..

Ilhamny.com said...

anak llaki, mesti ada jek adegan2 mcm tu..suka panjat2..

Suliana said...

linda,

yela, skrg ni lagi la dia suka panjat2.. geram tgk, kita ni takut dia jatuh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails