Tuesday, January 25, 2011

aktivitinya selepas balik dari nursery

Assalamualaikum..

Mari kita tengok aktiviti aqil selepas balik dari taska... selalunya, lepas balik dari taska/school/nursery nya tu, perkara pertama dan paling utama yang dikejar adalah ibu nya.. nak nenen.. perkara ni adalah perkara yang harus ku settle secepat mungkin, sebab ketagihannya amatlah melampau sekarang ni.. kalau ada orang melayan main macam ayahnya, boleh  la aku buat kerja sikit2 kan.. kalau tak de orang, dengan ibu nya sekali disuruh baring nak nenen. pas tu jenis yang nak bergayut jek.. sampai la time tido, kalau tak de nenen, memang tak akan tido kecuali apabila dah di babap oleh ayahnya.. tido la dengan sedu2 tu... kesian pulak kan, ibu mengalah juga akhirnya..


kegemarannya sekarang suka tengok kartun. salah satunya sponge bob dan mr bean yang terbaru.. aku terpaksa berkorban cerita tiramisu.. ee.. geram betul kena berebut tv ni.. 

time ibu mengaji, dia pun sibuk nak juga. yasim dia panggil.. hehe..ibu kasi la buku lain.. bila buka buku, nyanyi lagu ABC dia tu.. tiba2 je dah sampai O P Q.. hehe.. dah pandai baca doa makan. BARIK TANA AMIN.. cepat betul menyerap umur budak2 macam ni kan.. even pelat tapi kita faham la apa yang dia cakap tu..

lepas ibu mengaji, suapkan dia makan nasi.. aqil suka sangat nasi berkuah.. so, semalam makan nasi  kuah ikan singgang.. dia suka sangat. sampai la jadi seperti gambar di atas.. banyak betul dia makan..
at last, sambil tengok tv dan having his favourite 'milk', terus zzzz.. 

awal dia tido semalam. tapi kegembiraan ibu untuk ber FB hanya la sementara..huhu.. lepas tunggu ayahnya balik dari surau, kami sempat makan, tiba2, pukul 10.30 kalau tak silap, budak ni bangun dengan cergasnya..  bawa naik ke bilik, main telefon dalam gelap.. terus panggil penyelamat untuk tidokan budak ni.. tu la jadi kisah menenen tak nak lepas tu.. sejam aku tunggu nak sembahyang isyak, ingatkan dia boleh tido balik, tak de nya.. main telefon  dan bergayut lama2.. aqil aqil.. dah besar dah sayang ooii.. bila la nak stop BF ni... 

okla.. nanti sambung lagi ye.. bye.. wassalam :-)

9 comments:

syirakhalid said...

pandai dia hirup kuah dari pinggan macam tu..hihi

:: noremy anak rahmat :: said...

follow & BW..

kalo free meh la jenguk belog ai...

salam kenal!(^_^)

Kaseh NazLieza said...

aqil dh 2 thun ke lom kak..klu dh 2 thn kena stop kak..bkn susu cz dh jadi darah..

Suliana said...

ira

haah la.. akak pun terkejut mana dia bljr mcm tu. hehe

Suliana said...

noremy,

hai!! terima kasih singgah. nnti i jguk k.. kawan yatt ye? hehe

Suliana said...

lieza,

ye ke jadi darah. susu dan darah salurannya lain, ni mengikut apa yg akak baca la.. :-) akak tak try lagi nak stop kan dia, cuma ckp2 mcm tu je la ngan dia. hehe

ARNA said...

bestnya kak su berjaya bf sampai 2 thn :)
tahniah2
kalu x silap sy, minimum bf 2thn, tp kalu nk teruskan lg boleh jer sampai anak dh x mau.
kalu susu jd darah tu sy dh berpengalaman. toksah kata 2thn baru 2minggu pun berdarah haha itu disebabkan skip sesi mengepam

suhaida shukor said...

comel dik qil

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..ala cumilnya dia..nampak dia kepenatan kan..biarlah dia berehat dulu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails