Saturday, December 31, 2011

2012, moga lebih baik..

Assalamualaikum..

Selamat menyambut tahun baru 2012.. sambut ke.. hehe.. anyway, azam tahun baru ni malas dah nak berlist2.. seperti biasa la, macam tak de azam yang khusus.. tapi general sahaja. azam ni hari2 ada dalam doa solatku.. semua kita tentunya ingin menjadi insan yang baikkan.. menjadi isteri yang solehah.. harapan ku agar 2012 aku menjadi isteri dan seorang ibu yang lebih oenyabar.. kerana diriku sudah beranak dua.. tentu lebih mencabar -_-

Lagi, moga kami sekeluarga dimurahkan rezeki.. dan sudah tentu memohon dari Allah moga diberi kesihatan tubuh badan yang baik.. amin..

okey, pendek je entry kali ni :-) 

antara wishlist yang dah tercapai walau pun wish dalam hati dan hint2.. hehe.. telefon ni ingatkan aku nak beli sendiri nak pakai duit kutu tahun depan, tapi dah dapat dulu.. anyway, ini hadiah dari suami tercinta selepas kelahiran aisyah.. alhamdulillah.. suamiku sanggup spent duit untuk beli samsung S2 untuk isterinya.. sangat terharu.. apalah yang aku nak balas untuk diberi kepada en suami..

nak jadi ibu yang penyabar untuk anak2.. aku dah ada plan dah.. tiap kali aku nak marah anak2 macam aqil, aku akan ingat berapa kali aku jerit kat diorang.. then esok aku try to reduce jeritan tu.. tapi aku dah cuba juga, agak nak menangis la menahan kesabaran.. tapi, berjaya aqil dengar cakap juga akhirnya..:-)

eh, saje teaser :-p ni pic aku merasmikan pelamin bertunang adik aku.. haha.. seperti biasa aku memang perasmi.. hehe... selamat tahun baru kawan2.. bye.. wassalam :-)

Friday, December 30, 2011

riuh macam nak raya..

Assalamualaikum...

Salam hari Jumaat semua. hari ni dah hari ke 23 aku berpantang dan melahirkan Aisyah.. Asyik cite pasal masalah aku je kan.. tak habis2.. tapi nak gak bagitau, jaundis aisyah ada turun sikit hari ni.. harap2 berterusan la turun.. tadi pegi cucuk kaki @ amik darah dia, result 9.5.. next cucuk kaki hari ahad ni.. lepas balik dari klinik tadi, terus aku macam bersemangat cepat la baik anak aku ni.. Aku pun dah pegi klinik tadi pagi.. perihal bengkak di ketiak aku tu ler.. doktor cakap bengkak disebabkan urat susu.. tapi yang berkumpul jadi bengkak tu bukan susu, may be angin ke apa ntah aku tak ingat dah doktor tu cakap apa.. huhu.. so dapat la ubat demam, antibitik yang tak boleh skip dan ubat bengkak.. kena makan sampai habis.. now, aku rasa macam dah sihat. dan aku dah boleh mandi tadi. kalau tak, memang 3 hari la aku tak mandi.. haha.. bukan saje2 eh, tapi memang tak boleh kena air, mengigil..

Semalam, aku sendiri call makcik urut tu minta datang urut.. adoi sakit sangat bila dia urut tempat bengkak tu.. tapi dalam hati aku, boleh ke urut ek? yela benda tu macam otot/kelenjar. kang jadi makin teruk pulak.. sakit yang bukan calang2 even makcik tu kata dia tak tekan kuat pun.. fuh, berkerut2 menahan sakit.. harap2 lepas makan ubat doktor kasi, akan berkurangan la bengkak ni.. amin...

Sekarang ni, rumah aku dah macam nak raya dah.. adik beradik sume dah balik kecuali yang duduk dekat tak balik lagi.. al-maklum la adik aku nak bertunang.. dah gaya nak menikah pun ada.. siap ada pelamin bagai... nak aku publish kat FB dia kata tak suprise.. hmm.. buat penat aku posing je..

Aqil pulak dah ada kawan.. maknanya dia tak kacau dah tok ma dan atok dia, cuma letih kedengaran berebut nak main game/ menangis tak dapat main.. itu budak kan kaki conquer..ada kemut sikit.. nak pujuk dia makan dan mandi pun senang sikit sebab boleh compare dengan aiman. aiman mandi dia pun join.. senang gitu. ni dia ikut kak long aku gi jalan.. 

 aqil dah jumpa kawan.. sian dia boring tak de kawan, tu yang buat perangai tu...

 budak setahun setengah belum pandai cakap  ni dah pandai main game.. unbelieveable.. but believe it..

 aksi triple A..

mak teh nak bergambar juga. muka tak berapa nak ceria terpaksa di blurkan.. hehe..

Okey.. tu je la cite aku yang tak de la best mana.. hehe.. tapi hujung minggu ni pasti sibuk untuk kami sekeluarga.. selamat berhujung minggu kawan2..

Wednesday, December 28, 2011

demam semasa berpantang

Assalamualaikum..

Hari ni aku demam.. kalau diikutkan dah 2 malam aku demam... tadi cek suhu 39.2.. apa yang boleh dimakan adalah paracetamol. now badan aku dah berpeluh.. kepala pening, badan menggigil.. rasanya aku bengkak susu..

Dan hari ni seharian tak mandi. yela, walau pun pakai stokin, nak pijak lantai pun rasa sejuk!!! aku makan ubat demam mak aku je. tadi gi klinik, doktor tak de pulak.. tadi pun bawa aisyah cek kuning dia, naik balik 9.8.. ibu harap aisyah jangan lama2 kuning ye.. ni dah hari ke 20 lebih dah ni. FYI, aku berdarah A...

Memang aku teruskan BF even dia breastmilk jaundice.. tapi tula, budak kecik ni suka sangat tido.. kadang tu dah 2 jam aku saje kacau dia tido.. tapi, dia lebih suka tido, aku saje usik2 mulut dia, dia kemam je.. terpaksalah buka bedung dia kasi dia terganggu sikit.. :-) 

Time aqil dulu, aku demam juga.. tapi bila dah makan panadol, terus kebah.. nak kata urat tersumbat, macam lancar je.. tapi memang ada otot yang tegang antara ketiak dan cik B. bila dipegang terasa sakit dan panas.. now, aku tengah letak kobis.. hehe.. boleh caya ke pakai kobis ni.. tapi tadi aku google2, diorang kata tuam dengan air panas, urut2 kasi lembut dan pakai sikat... pas ni aku nak buat la.. tadi mak aku dah rendam tuala dengan air panas, tapi tak menjadi sangat sebab kejap je dah sejuk.. pas ni, air panas letak dalam botol susu, dengan tuam la kat ketiak..

Sian kat mak aku terpaksa amik cuti ari ni walhal semalam dia baru masuk keje.. nak wat camana, aku demam gigil2 dan anak2 aku ni terbiar.. aqil dari pagi tadi basuh muka je. nasib baik adik aku tolong mandikan dia malam ni... lepas dah makan paracetamol tu, mula la berpeluh2, tapi selang beberapa jam, jadi gigil balik.. ni tengah bersauna kami 3 beranak kipas tak buka. hehe.. harap2 esok aku dah baik betul.. tapi dalam masa yang sama, aku rasa juga urat2 kaki ni macam mencucuk2.. demam urat agaknya.. nak berurut minggu lepas dah urut 3 hari, terbang RM 120 :-p tak pela, berurut sendiri la nampaknya.. huhu..

Okeyla.. get to go now... actually rindu nak bogwalking kat blog orang tapi dah berpantang ni, malas nak buka laptop.. ok bye.. wassalam :-)


p/s: thanks atas kata2 semangat korang ye.. ups, 1hb ni ada aqiqah aisyah.. siang adik aku tunang, malam kenduri aqiqah pulak. kawan2 kluang kalau korang tak banyak acara on that day singgah la rumah ku.  

Monday, December 26, 2011

betul-betul risau

Assalamualaikum..

Disebabkan kelembapan nak update blog pakai telefon baru, maka ter publish dulu dengan hanya sempat menulis tajuk. tu la, jejari tidak berapa runcing nak update blog pakai touch screen ni, sekali, ha.. terlepas dulu entry tanpa isi.. hehe..

Ok, apa la yang risau sangat tu.. actually kalau dikira2, hari ni aisyah dah hari ke 19.. esok dah hari ke 20.. itu bermaksud sudah lebih kurang 18 hari dia kuning.. hari ahad lepas, memang la kuning dia turun 8.8.. tapi lately aku nampak macam kuning dia naik balik, muka dia kalau menangis ada riak2 kuning dan bila tekan kulit dia, ada warna kuning.. risau juga hati ni tengok anak tak baik2 lagi. memang la breast milk jaundice ni orang kata lama.. tapi lama tu berapa lama.. huhu.. aku ni duk belek2 muka dia, asyik la bertanya kuning ke tak.. esok aku nak bawa dia gi amik darah even tak de appointment pun.. tapi mak aku dah start keje, may be lewat sikit pegi. risau.. so, nak puaskan hati ibu yang gundah gulana ni, better la pegi amik darah sekali lagi..

Risau yang kedua pulak adalah pasal diri aku pulak.. hmm camana nak cerita ek.. ntah la, rasa tak sihat lately.. dah jumpa doktor, doktor cek rasa2 gitu je la, doktor kata "tak apa, sementara saje" . tapi ubat apa pun tak kasi. may be aku BF kan baby.. kang dia kasi ubat, kering pulak susu aku.. kat ketiak aku ni ada kelenjar 3-4 biji macam tu la.. aku takut penyakit lain je.. kiri kanan ada.. benda tu wujud masa aku dah trimester ketiga onward.. kejap kecik, kejap besar.. bila dah bersalin ni, dan sudah ada susu, mungkin kelenjar tu dah beroperasi dan efek kat B, menyebabkan aku rasa nak angkat tangan pun sakit.. nak kata bengkak susu, macam tak de je, urat bengkak ke?? info kat sini macam membantu memberi penjelasan..

Tu je la nak kongsi.. harap2 memang betul ia hanya sementara.. Aku harap sangat aisyah cepat baik.. Aku harap sangat aku pun sihat juga dan tak de apa2 yang serius.. kadang rasa sedih je.. ntah apa2 je la aku ni.. suka fikir bukan2, suka fikir jauh2.. kalau tanya orang laki, jawapannya macam mudah je kan.. macam tak risau je.. ke memang pompuan suka fikir lebih2?? hmm.. ntah apa2 la aku ni..

ok, sekadar luahan perasaan.. bye.. wassalam..


Sunday, December 25, 2011

bukan pilih kasih..

Assalamualaikum..

Salam hujung minggu!! mesti syokkan jalan2 cuti 3 hari ni.. me memang la bercuti bukan takat 3 hari tapi 3 bulan.. haha.. tapi apakan daya, hamba insan yang lemah buat ketika ini.. terpaksa la duduk di rumah.. ada juga keluar rumah pegi kedai baby.. hehe.. tapi, mengenangkan kesian mak aku tunggu dalam kereta sambil pegang baby, terpaksa la cepat2 beli barang.. kalau ikutkan, mak aku tak kasi jalan2 ni, dah anak dia boring asyik duk rumah je...  tapi dalam cepat2 tu, apa la sangat yang dapat.. kalau ikutkan hati, nak duduk sejam dalam kedai baby tu... hehe..

Aisyah pulak, asyik pakai baju aqil je.. kaler biru baju dia.. sian aisyah.. tu la ibu tak beli banyak baju untuk aisyah.. asyik pusing2 pakai baju yang sama je.. nanti ibu dah habis pantang, ibu beli baju comel2 dan cute2 untuk aisyah ye.. abang aqil pun sama, asyik pusing2 baju yang sama je.. yela, duk rumah tok ma, tak bawa baju banyak sangat.. lebih2 lagi musim hujan sekarang ni, salin baju tiap2 hari, tapi baju banyak yang sejuk je..

Aqil sekarang ni dah nampak besar dia.. ayah aqil pun cakap aqil dah nampak besar.. pampers dia saiz L pun macam dah tak muat.. tapi banyak lagi lebih kalau nak tukar saiz XL.. selalu nya pakaikan pampers time nak tido.. alhamdulillah aqil dah berjaya bebas dari pampers.. siang je la, tido masih pakai lagi.. tapi kadang tu geram juga bila dia suka tahan2 kencing sebab syok sangat main.. tahu2 bila dah kritikal nak kencing, ada setompok air kat spender dia.. 

Dari segi layanan aqil dengan adik dia, sangat baik. dia tak jeles sangat kalau aku susukan adik dia.. dia suka cium 'bunyi' adik dia.. habis air liur busuk melekat kat pipi adik dia.. tapi kebanyakkan perangai aqil ialah suka buat ibu dia marah.. tak tahula hormon aku ke yang garang time berpantang ni kan.. ada satu hari tu, aku pukul dia dengan hanger sebab tak tahan perangai mengada2 dia.. ada banyak hari tu, aku cubit dia sekuat hati aku.. punyala geram kat aqil suka buat perangai dan minta yang bukan2.. tapi bila malam, tengok dia tido, memang sangat kesian dan sedih je tengok dia.. camana nak tingkatkan kesabaran dengan anak2 ni..


Kalau ikutkan, memang sekarang ni time dia tengah nak nakal.. pastu dapat adik plak tu. lagi ditambah dengan ibu yang kurang sabar ni.. aqil la jadi mangsa.. bukan apa, perangai dia kedekut, barang orang dia punya, barang dia lagila tak kasi orang amik, cakap jerit2 - ala2 kurang adab gitu. malu plak dengan mak ayah aku.. bila ditolong (sebab kena marah dengan aku) diorang pulak kena jerit dengan aqil. ibarat melepaskan anjing tersepit.. last2, kalau aqil kena marah ke, nangis2 ke, tak de sape nak pujuk melainkan aku, baru dia cool..

Ni ayah dia ada balik weken, ibu pass aqil kat ayah dia.. suka sangat aqil ayah dia balik.. tapi kejap je la kegembiraan dia tu, sebab lepas tu kena jerit jugak.. kekeke.. sian aqil.. sebelum tido, aku selalu cakap dengan dia, perangai tu baik2 sikit, jadi anak soleh.. hmm harap2 macam tu la perangai aqil nanti...

Okeyla, dah panjang bebel ni.. selamat berhujung minggu kawan2... wassalam..



Friday, December 23, 2011

breastmilk jaundice

Assalamualaikum..

Semalam, ada appointment dengan klinik pakar kanak-kanak di hospital.. Punyalah ramai orang.. appointment pukul 2.30 pukul 4 baru doktor panggil.. tu pun aku dah rasa cepat, sebab aku ingat dalam pukul 5 mesti tak habis lagi ni.. sekali tu, alhamdulillah.. dapat cepat.. aku siap suruh mak aku balik dulu dengan aqil, takut aqil boring dan main lari2 kat hospital, penat pulak mak aku nak jaga.. 

Sebenarnya tujuan appointment tu sebab nak tengok rashes aisyah yang masa awal kelahirannya rashes yang ada nanah - macam white head gitu.. banyak juga. tapi lama2 alhamdulillah, aku sapu calamine lotion tu, hilang.. tapi sejak aku dah mula makan jamu ni, aku tengok muka dia macam naik kuning balik.. tak tahula perasaan aku je ke atau memang kuning.. nak tengok pun tak reti.. asyik la duk tanya mak aku, kuning ke tak.. huhu..

So, tadi berkesempatan la tanya doktor.. doktor kata ada lagi tapi sikit la.. tapi bila dah malam, aku tengok kejap kuning, kejap merah budak ni.. mata dia tak de la kuning sangat tapi tak putih la.. doktor pun tak de suruh amik darah ke apa.. tapi doktor kasi lagi appointment pada 26 Jan untuk amik darah dan follow up.. untuk apa aku tak tahu la.. tapi dalam report dia tadi, dia tulis breastmilk jaundice. dia kata BMJ ni lambat baik sikit tapi teruskan dengan susu ibu.. baca disini untuk keterangan lanjut..

Hmm risau juga aku.. yela jaundis ni kalau tinggi sangat boleh efek kat otak anak.. tapi setakat hari Ahad lepas, bacaan dia 8.8.. tu yang tak payah amik darah lagi.. tapi yang kelakarnya (kelakar ke), aku terjumpa budak katil sebelah aku masa wad tu, dia pun sama anak dia naik balik kuning.. sian pulak.. dia lagi la, darah jenis O, prolong jaundice.. huhu..

hmm.. harap2 aisyah ok je.. tadi aku sambung balik minum air glukos.. tapi rasa sayang pulak nak stop jamu NR tu sebab dia banyak membantu aku dalam 'bisnes' di toilet.. huhu.. tapi bila difikir2 balik, tak pela, demi anak, aku stop kejap la.. kang dah habis kuning betul2, baru aku makan balik.. tapi bila dibaca2, pemakanan ibu tak de sangkut paut pun dengan BMJ ni.. refer here.. wallahua'lam..



Thursday, December 22, 2011

susahnya nak update blog..

Assalamualaikum..

Bukan sengaja tak nak update blog tapi masa yang tidak mengizinkan.. kena berebut dengan aqil atau tunggu dia tido baru boleh update blog. Kalau tak, dia sorang yang conquer laptop ni.. Nak update pakai telefon belum pandai lagi.. kalau tak nak dengar aqil merengek sepanjang masa, kena lah mengalah dengan dia.. padahal, bukan tak de pun benda lain yang dia boleh main, tapi tamak..

Semua dia nak. dah tengok tv, tangan pegang tab, tengok ibu pegang laptop dia pun nak tengok juga.. mana satu yang dia nak ni sebenarmya.. tu yang menjadi punca kemarahan.. orang pegang semua tak boleh.. so, malam ni walau pun dia belum tido lagi, tapi aku cepat2 la menaip entry ni. tapi tak boleh karang panjang2, kang dia pulak sibuk nak tengok ultramen la itu la ini la..

Kalau tak aqil yang mengacau, tentula si kenit yang comel ni.. kejap2 ek ek ek.. layan anak2 dulu.. kalau tak, dengarlah diorang merengek2.. huwaa... so bila nya my free time ??? last2, tido lagi bagus..tu yang tiga hari terkubur je blog ni dan tak sempat nak round2 blog kawan2.. hehe.. begitula jika beranak kecil :-)

Okla.. to be continue.. tata.. wassalam..

Tuesday, December 20, 2011

diari pantang saya

Assalamualaikum..

Selamat tengahari semua.. dah  makan? me dah makan dah :-) aqil alhamdulillah sihat, weken yg lepas dia demam, tapi sekarang dah baik.. 

Alhamdulillah hari ni dah masuk 14 hari hari kelahiran aisyah Humairah, maknanya dah 14 hari la  aku berpantang.. berpantangla sangat :-p rasanya minggu ni baru pantang betul2.. minggu ni baru stat bertungku, itu pun waktu pagi je.. hari ni juga baru stat makan dan minum Nona Roguy.. harap2 tak effect pada Aisyah.. Jom semak diari berpantang ku..

Pagi : 

Bangun (masa tidak dapat dikenalpasti, mengikut kehendak mata untuk bangun) :-p tambahan lagi, kalau bangun lambat pun tak pe - tak solat, lagi pun nak qada' berjaga malam anak tak tido. hehe.. Sambil bertungku, Aisyah, mama mandikan dulu..

Sarapan pagi. selalunya kalau tak de apa nak dimakan, aku makan biskut cap ping pong cicah air milo je. itu pun dah cukup untuk memanaskan perutku.. senangkan jaga aku :-p

Mandi. Ambil masa lama sikit. Yela, nak sapu lulur2 herba sume tu.. rugila tak pakai, beli dah la mahal :-p Mandikan aqil pulak. Nak ajak mandi sama2 dia tak nak, busuk katanya.. hmm.. okla tu.. Lepas mandi, sapu2 minyak dan krim kat perut, pakai bengkung.. tengok cermin, hmm... kesian tengok perut :-(

Dah siap2 berbengkung, susukan baby.. lepak2 depan laptop atas katil :-)

Tengahari:

Lunch time.. Lauk orang pantang simple je kan.. minggu ni mama cuti seminggu, so dapat la merasa air tangan mama, even lauk yang simple.. Aku makan banyak sangat, mungkin sebab bf.. rasanya sepot kecil untuk aku sekali makan plus dengan suapkan aqil.. banyakkan?? tapi bila dah masuk air, terus rasa sendatmya perut.. Tadi minum air herbanika tu, rasa dia kosong tapi bau dia masya Allah, tahan je la.. kata nak ramping dan sihat :-p

hari ni lauk ayam goreng halia dan sayur sawi..

buah-buahan.. sebagai bahan pelawas, tapi tak lawas juga.. sembelit memanjang.. 

dah habis makan, mesti la rasa berat mata.. tido.. tapi ibu di zaman cyber ni mana nak tido, tengok internet la.. tu yang update blog ni.. hehe.. aqil?? tengah bawa diri main sorang2.. :-(

berpantang di zaman cyber.. 
Petang

Minum air milo lagi. lawannya tentula biskut cap ping pong.. nak habis dah biskut tu bang :-p nanti beli lagi ye.. layan tengok tv dan tunggu Tentang Dhia.. time ni atok dah balik keje.. tu je la aktiviti petang.. Aisyah tok ma mandikan.. kalau sejuk, tak mandi. Ibu mandi sekali sehari je.. boleh?? :-p

Malam

Tak banyak aktiviti di waktu malam.. lepas makan malam, terus siap2kan diri untuk tido.. yela, kalau tak tido, selagi tu la melayan kanak2 yang tantrum ni.. boleh meroyan ibu dia.. daripada meroyan, baik aku tido je.. yela, kena tido awal, kang tengah malam adik kecil ek ek ek lagi..

Okla, lastly nak tunjuk gambar abang dan adik.. nanti aku cite pasal aqil pulak ye.. tata.. wassalam...










Saturday, December 17, 2011

Bayi Jaundice dan kulit kemerah-merahan

Assalamualaikum..

Hari ni dah hari ke 11 kelahiran Aisyah Humairah.. dan hari ke 9 Aisyah belum sembuh lagi jaundice.. Semalam dah pergi amik darah di klinik kesihatan, maintain je bacaan jaubdice iaitu 11.8 selepas keluar dari hospital..

Aisyah dah pernah masuk wad kanak2 di hospital Kluang pada hari ke 6 kelahirannya kerana jaundice nya tinggi iaitu 15.3.. terpaksalah ibu pun berpantang di hospital sama2 dengan Aisyah.. dari hari ke hari, jaundice aisyah turun naik.. sekejap 14.5, lepas tu naik balik 14.7 and finally turun kepada 11.8 dan kami boleh balik rumah!!! Alhamdulillah.. Pada mulanya doktor yang in-charge hold dulu nak lepaskan kami keluar wad even jaundice dia turun.. Sebabnya, badan aisyah naik merah2 dan macam ada white head banyak di muka dan badan.. then selepas doktor pakar datang round, aisyah dibenarkan balik dengan syarat ada follow up dengan klinik pakar pada Rabu depan..

Merah2 di badan disertai ruam2 tu disedari selepas Aisyah keluar dari hospital.. ingatkan kena gigit semut atau nyamuk, tapi makin hari makin teruk.. sian neneknya sampai tukar cadar ingatkan ada semut yang menggigit aisyah.. Mulanya aku risau juga la, ye la takut penyakit lain ke apa.. ada juga aku letak tepung ubi di seluruh badan aisyah tapi tak menjadi.. Lepas tu, teringat kata2 nurse yang datang melawat di rumah, disurh letak calamine lotion... 

Bila balik kluang, baru aku berani nak letak calamine lotion tu.. yela, mula2 ragu2 juga, benda tu kan racun, kang masuk mulut aisyah camana pulak.. tapi, aku cuba juga sikit2.. Alhamdulillah.. nampak kesannya bertambah baik!!! Kulit Aisyah pun dah nampak sekata warnanya..

tentang jaundice pula, banyak juga petua yang aku dah cuba.. Antaranya ialah mandi dengan daun dokong anak, mandi dengan daun inai.. cubaan mandi2 ni tak berjaya.. banyak juga la petua yang orang kasi.. tapi aku tak berani nak cuba jika ia melibatkan titisan ke dalam mulut anak.. hmm.. kalau ibu yang kena minum, aku tak kisah cuba..

Now, apa yang aku sedang cuba ialah minum air glukos dan makan anggur hitam.. Air glukos tu rasa dia lain macam.. tapi, aku telan juga la.. lepas ni aku harap aku tak minum dah air glukos tu.. hehe. Anggur hitam tu memang sedap tapi tak boleh makan banyak2 takut batuk.. tapi, kalau aku rasa nak makan, aku makan juga :-)

Tapi, petua yang sangat menjadi adalah dengan memberi anak minum susu ibu sekerap mungkin!! Alhamdulillah, makin hari susu makin banyak cuma ibu malas lagi nak pam sebab tak bawa botol/plastik storage. tunggu ayah dia balik next time baru bawa sume.. masa kelahiran aisyah, dia memang tido sepanjang hari. puas aku pujuk, tapi dia tetap membuta je.. dalam hati memang dah agak dah budak ni kena jaundice nanti.. sekali tu betul.. puasla aku menyusu budak yang suka tido ni.. asalkan dia bangun je, aku offer.. setiap kali dia menyusu dia akan pretttt, berak.. aku tak kisah menyusukannnya pada masa yang sama mengalami rekahan yang amat menyakitkan!!! Alhamdulillah, makin hari makin baik rekahan ku ini tetapi masih sakit jika dihisap oleh si kecil ini.. my mum said "apa yang paling kuat buat masa ini dalam diri baby adalah gusinya selain dari badannya yang lemah longlai itu".. 

Okey, itu jela nak share tentang experience jaundice dan ruam anak kecil ini.. harap2, aisyah cepat baik dari jaundice nya. lama pulak jaundice aisyah ni compare dengan aqil dulu.. ibu pun belum makan jamu lagi ni sementara nak tunggu aisyah sembuh.. huhu.. ok, meh kongsi gambar aisyah semasa di wad... bye.. wassalam..

 ready untuk duduk bawah lampu biru...

 sian dia...

 tengah fikir apa la tu..

 tengok muka saya merah2, belum tengok badan saya lagi..

sian tangan kecil yang dicucuk jarum...

p/s: malas nak edit gambar :-)




Friday, December 16, 2011

Pengalaman bersalin anak kedua - part 2

Assalamualaikum...

okey, sambung balik cerita.. lepas doktor dah cek jalan dan telah godek2, jam 10 malam 6 Disember 2011, kesakitan tu sikit2 dah datang.. kejap2 rasa sakit pinggang, tapi mild la.. time tu tinggal aku sorang je dalam wad kelas 2 tu.. time ni masih boleh bersms dengan suami aku dan juga kakak aku.. sume duk sibuk tanya keadaan aku, dah sakit ke belum.. 

lepas tu, tak lama tu dalam pukul 11 lebih kurang, aku dah rasa dah contraction tu, kejap2 aku tengok jam, memang contraction tu datang selang 15 minit.. time tu aku panggil nurse.. aku tanyala dia berapa minit yang patut aku panggil dia nak tahu aku dah boleh bersalin ke tidak.. pastu nurse tu cakap, tunggu masa akak rasa macam nak terberak baru akak panggil..

Okeyla, time tu datang la seorang nurse yang ala2 macam bagus datang nak cek bukaan aku dah aku sibuk kata sakit.. dia duk bebel2 katanya doktor baru je cek kul 10 tadi, baru 3 cm.. pastu, time dia cek lagi sekali tu, memang masih 3 cm.. apa lagi, bising la dia.. masa ni aku senyum2 lagi la.. aku kan tak reti nak marah orang depan2.. pastu, okla tak pe.. diorang pun bla..

Aku pun buat2 la tido.. dengan harapan cepatla masa berlalu.. tapi mana boleh nak tido kan.. time ni aku dah togel dah kepala, rambut dah kusut masai.. setiap 5 minit sakit tu datang.. bila sampai kemuncaknya, aku dah tak tahan sangat.. aku tahan juga, tapi bila aku tahan, aku rasa macam terkencing.. rasanya seperti ada sesuatu yang menolak ke bawah.. time ni, mulut aku dah tak lepas dari berzikir dah.. ada akak yang baru masuk sebilik dengan aku, sibuk tanya ok ke dik.. alahai kak, jangan la tanya.. tu la perasaan akak2 yang siang tadi sakit aku duk sibuk ramah tamah.. hehe.. time ni juga la mulut aku  membebel cakap sorang2, siap cakap aku nak operate la macam ni.. aduhai, memang macam orang gila time ni, tapi cakap slow2 la tak de la aku jerit2.. tapi aku rasa akak sebelah tu dengar juga la aku mengerang.. huhu..

Dalam masa yang sama, aku tekan2 la button nak panggil nurse kan.. tapi boleh diorang buat tak tahu je, banyak kali aku tekan.. lama tu,  ada nurse yang baik tu datang tanya nape kak.. aku cakap la aku rasa macam nak terberak.. pastu dia ajak pegi jalan bilik nak cek bukaan tu.. aku kata la aku nak kencing jap.. slow2 je aku gerak gi bilik air. time ni aku tengok banyak juga darah bertepek kat baju hospital tu.. pastu, dah siap kencing, aku pun slow2 la gerak gi bilik VE tu.. time ni, aku nampak nurse garang tu jeling2 kat aku sambil cebek2 bibir.. mungkin dia ingat aku ni tak tahan sakit kot, ngada2 la akak ni. dia macam tak caya aku dah nak beranak.. masa aku jalan tu, tiba2 contraction tu datang. aku duduk la kejap kat kerusi.. dia paksa2 aku cepat jalan.. lalu terkeluarla suara aku memarahinya "kejap la, ni tengah sakit ni tau tak". geram pulak rasanya.. bila sakit tu hilang, aku pun cepat2 gerak gi bilik VE tu.. time tu sempat aku jeling kat cermin panjang, tegnok rupa aku camana, dah tak rupa gadis ayu dah, serabut dan sedih je mukanya.. huhu

Okey, nurse garang juga yang cek bukaan aku.. dia rasa perut aku, dia tanya ada aku minum air zam2 ke, air yasin ke, air selusuh ke.. aku kata aku minum air yasin je, patutla perut aku panas.. dia kata.. tujuan aku minum air yasin tu bukan nak suruh cepat bersalin ke apa, tu air kenduri doa selamat, ada lebih aku jadikan la air minum aku.. huhu.. pastu, dia pun cek bukaan aku.. time tu, dia jerit2 panggil nurse lagi sorang, dah 9cm!!!.. time ni dah nak dekat 2.15 pagi kot.. 

Dengan keadaan kelam kabut, cepat2 dia suruh aku call suami, aku suruh dia amik telefon bawah bantal kat wad.. masa ni aku dah ditolak masuk ke labour room.. pantas gila sampai terlanggar2 pintu sume.. dia suruh aku  kepit2 kaki aku.. huhu.. sampai2 kat labour room, nurse sana plak cakap, dah 9 cm baru nak hantar. bising2 juga la kat situ. nurse garang kata mana aku tahu dah buka 9cm sebab doktor baru je cek 3cm kul 10 tadi.. okey.. ding dong ding dong, dah transfer katil sume, pasang CTG, drip air, ready to push.. sempat juga aku call suami bagitahu aku dah nak bersalin.. dia masa tu tengah mamai2 tido kat umah, jaga aqil.. panik juga dia time tu.. 

Kali ni, aku redha bersalin sorang..tak pela, tak de rezeki aku suami nak menemankan aku sebab aqil memang tak de orang jaga.. kena tunggu kak long aku dari kelang sejam setengah baru sampai.. okey, time to push.. kali ni aku rasa aku pandai juga la meneran tapi terangkat juga bontot ni.. hehe.. tak sampai 5 minit, dah lahir dah seorang puteri kami pada 7 Disember 2011 (Rabu) jam 2.35 pagi, seberat 3.15kg.. dia tak potong tapi koyak sikit, kena jahit juga la sikit.. alhamdulillah doa ku dimakbulkan, sekeliling penyambut puteri kami adalah bidan wanita.. tapi, time aku nak jahit tu, ada pulak doktor india lelaki datang jenguk2.. cait..

Kesimpulan yang aku dapat buat selepas aku bersalin anak kedua ni, sakitnya memang terasa berbanding melahirkan aqil dulu.. aku ada rasa serik juga lepas tu, tapi serik tu beransur2 hilang dari hari ke hari :-))) mungkin aku rasa aku ni kembar darah kot, tu yang sakit sangat. tapi sakit kali ni sekejap je compare dengan aqil dulu.. mudah melahirkan tapi sakit.. kepada nurse yang garang tu, aku tak de la simpan apa2 tapi janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. sebab tu la orang duk mengata hospital kerajaan. alangkan doktor pun cool aje melayan pesakit, inikan pula nurse..

Sorry la kalau ada yang terasa, tapi memang itu hakikatnya yang aku lalui.. tapi, pengalaman pahit tu hanya duk kat celah gigi je berbanding pengalaman indah melahirkan puteri kami ni.. terima kasih banyak2 pada kakitangan hospital tak kirala yang baik dan garang, pada family ku especially my kak long yang sudi bertandang pagi2 buta ke rumah ku, kepada my parents dan MIL, kepada kawan2 yang sudi bertandang ke hospital even korang nak pegi makan2 on that day.. thank you so much.. special thanks untuk suami ku yang tersayang kerana ke hulu ke hilir menguruskan itu ini.. itu la pengorbanan seorang suami. nak compare dengan isteri?? memang tak ter compare :-))))))

 fresh from oven.. letak atas perut ibu..

 sejam lebih, ayah aisyah datang azankan puterinya.. time ni dah masuk wad dah..

 aisyah humairah.. kulitnya naik ruam dan merah2 lepas lahir..

jari kakinya panjang2 macam abang aqil.. jari tangannya runcing2 tak macam jari ibu dan ayah :-)

fuh.. panjang lebar kisah melahirkan aisyah kali ni.. jangan boring baca ye.. mohon maaf atas segala salah silap dan keterlanjuran berkata2 dalam entry kali ni.. sekian, wassalam..

Thursday, December 15, 2011

Pengalaman bersalin anak kedua - part 1

Assalamualaikum..

Okey kali ni nak share la pengalaman bersalinkan anakanda kedua ni @ Aisyah Humairah.. mungkin entry ni agak panjang skit, so jangan bosan baca ye :-) Okey, di suatu pagi yang hening (chewah.. ayat novel la pulak)..okey2 serius.. satu pagi di hari selasa.. selepas selesai solat subuh, aku bersiap2 nak pegi keje.. sambil2 tu terpegang la baju kelawar ku,  eh apasal basah ni - dalam hati berkata mungkin air mandi tadi.. ok tak pe, amik la tuala, lap2.. sekali tu.. haa.. amik kau.. ada lendir bercampur darah di tuala.. terkejut juga la kan time tu, yela, baru je 38 minggu lebih sikit.. tapi, time ni aku tak rasa sakit pun.. aku pun cakap la ngan suami, jom la kita pegi hospital.. dia as usual macam tak serius.. "kang pegi hospital kang, kena balik semula" tak pela, balik pun balik la, asalkan dah pegi jumpa doktor sebab rata2 nurse cakap kalau kuar apa2 tanda mesti terus pegi hospital..

Maka, berangkat la kami pegi hospital dengan pakai baju kerja.. time tu dah siap2 peluk cium aqil sebelum hantar dia pegi nursery.. sesampainya di hospital, terus pegi ke emergency.. ding dong ding dong doktor dah cek sume, baru buka 2cm.. kebetulan kat emergency tu, aku adalah 1st patient, tak de orang, so ramai la doktor yang berkerumun.. doktor junior ada, doktor senior ada.. ding dong ding dong lagi, aku pun kena admit wad.. mulanya dia nak suruh aku balik juga, tapi sebab kat rumah tak de orang, so masuk la wad.. dah settle sume, hasben aku pun pegi ofis nak settle kan keje dia..

Aku pun masuk la wad (kelas 2 rasanya) menyaksikan ibu2 yang sedang menahan sakit contraction, walhal time tu aku tak rasa sakit pun.. sibuk pulak aku menanya itu ini pada orang yang sakit, agak2 akak2 tu rasa nak lempang je muka budak banyak tanya ni.. huhu.., tapi diorang pun layan juga, bukan aku je sibuk bertanya.. bukan apa, duduk satu bilik 4 orang tapi senyap je, tak syok la kan.. i kan peramah jugak.. hehe.. kat hospital ni, kalau dah 4cm terus masuk labour room..tapi, akak2 ni jenis sakit yang 1-2 cm je tak buka2 even dah lama sakit.. sian sangat tengok..

Masa berlalu pergi, aku masih belum  merasai kesakitan itu.. pesakit yang satu bilik sume dah berlalu pergi masuk labour room.. sampaikan doktor pakar yang round wad cakap, kalau u tak sakit lagi, esok boleh balik la.. huhu.. sadis nye.. lepas tu, malam tu, ada doktor pompuan round.. dia tanya "tak sakit lagi ye.. tak pe, saya tengok jalan dulu dah berapa, kalau tak sakit, kita stretch la, buat apa tunggu lama2 kan" aku pun beratur la kat bilik nak cek VE tu.. doctor pun cek jalan dah buka 3cm, lepas tu dia stretch macam dia jolok lagi kasi godek2.. haaa.. seriau gitu..... aku siap cakap ngan doctor tu, slow2 ye doctor.. doctor kata kalau slow2, camana nak buka jalan, tahan sikit ye.. huhu.. masa ni jam dah menunjukkan 10 malam. doktor kata esok pagi boleh bersalin dah ni..

weh, panjang pulak cerita ni.. nanti sambung lagi eh.. penat punggung duk atas kusi ni.. tunggu..... to be continue :-)


Wednesday, December 14, 2011

warm up - i'm back

Assalamualaikum kawan2..

Sihat korang?? Rindu betul nak update blog dan nak baca cerita kawan2.. tadi petang, tak sempat nak update blog, adik kecik dah bangun.. tu la, duk nak baca cite kawan2, tak sempat nak coret sesuatu kat sini.. nampak sangat bz body.. hehehe..

Now, adik kecik tengah tido.. abang aqil pulak ikut atok dan ayahnya pegi makan roti nan.. boleh la ibu bertapa depan laptop ni kejap.. nak mula dari mana pun tak tahu :-) actually hari ni adik kecik baru keluar wad.. dia masuk wad sebab kuning tinggi.. kalau kat kluang ni, kena masuk wad jika bacaan cecah 15.. now, dah keluar wad, bacaan kuning dia turun 11.8.. alhamdulillah sangat2.. tak sanggup duduk lama2 kat hospital.. 3 hari 2 malam tu.. dah la hospital kluang tu hospital lama, hmm.. faham2 ler.. duduk kat wad kanak2..

Oleh kerana ibu berpantang, tapi tak macam orang pantang - sebab kena jalan sana sini, malam berjaga untuk adik kecik pulak, satu badan sakit2 even dah urut 3 hari kat lenggeng.. sana sini ulang alik pegi klinik/hospital amik bacaan darah.. and finally, hari ni rasa macam seram sejuk... takut bentan je macam masa aqil dulu.. ni rasanya seram sejuk sebab bengkak susu kot.. dah pam dah tadi dapat la 3 oz.. bengkak macam batu tapi kuarnya sikit je.. boleh la asalkan dapat kan mengurangkan bengkak susu tu. 

Oklah, ni kita kasi warm up dulu.. kang ada masa terluang, aku update lagi kisah2 menarik sepanjang melahirkan Aisyah Humairah.. Upss.. alhamdulillah, dah settle proses mendaftar kelahiran aisyah humairah hari ni setelah 8 hari kelahirannya.. mujur boleh register kat kluang, kalau tak pening kepala juga camana nak patah balik pegi ampang untuk register.. 

Aisyah Humairah day 3..

p/s : banyak perubahan nak kena buat dengan blog ni.. al-maklumlah, ahli kelurga dah bertambah, later la  :-)

Thursday, December 8, 2011

Assalamualaikum dunia...

Assalamualaikum kawan2...

Alhamdulillah, diriku telah selamat melahirkan seorang puteri :-) Beratnya 3.15kg, lahir pada 7 Disember 2011 (Rabu) bersamaan 11 Muharam 1433H.. Lahir pada 38 minggu lebih secara normal.. sungguh tak sangka begitu cepat dia nak keluar.. huhu.. Nanti kuceritakan pengalaman melahirkan baby kedua ni.. iras aqil tapi hidung dia agak kembang sikit :-p hidung aqil dulu mancung.. ikut hidung ibu la ni.. hehe..

 Insya-Allah namanya AISYAH HUMAIRAH BINTI MOHD ZAKI.. belum register lagi :-)

Ni je dua keping gambar yang sempat diupload dalam facebook :-) banyak gambar budak kecik ni, tapi tak sempat nak melayan tenet. dengan kesakitan rahim yang mencerut2 nak mengecut ni, tak tahan betul.. dan juga baby kecik yang semalam asyik tido tak mo minum susu, tapi tengah malam asyik nak bergayut je.. huhu.. Di awal kelahiran, aku rasa susu macam sikit, tu yang dia tak puas agaknya.. tak pe, slow2 ye su :-)

Insya-Allah kejap lagi akan bertolak ke lenggeng kampung suami untuk berpantang sampai hari ahad ni, then baru la balik kluang.. hasben pun dapat cuti 7 hari.. sian dia penat nampaknya ke hulu ke hilir turun atas bawah amik itu ini.. 

Aqil?? dah jadi abang dah dia :-) tapi, buat permulaan ni, dia tak hiraukan adik dia.. suruh cium adik dia pun tak nak.. sibuk duk layan game je.. dia sayang ibu je. adik tak sayang..  semalam nak tido dengan ibu, ayah dia tak kasi.. meraung2 la dia.. sian aqil... 

Okeyla, nak bersiap2 mengemas barang.. nanti dah balik johor, ku update lagi ye blog ni.. so, blog akan ditutup buat sementara waktu sehinggalah berjumpa talian internet ye.. :-) 

Wassalam.. babai...

Monday, December 5, 2011

koleksi tudung bawal

Assalamualaikum..

Second entry for today :-) rentetan dari mengemas2 almari semalam. yang paling menyemakkan dan berselerak kat  bahagian aku adalah tang tudung.. punya la selambak... ni koleksi dari zaman kemunculan tudung bawal ni, aku agak2 dari zaman belajar kot.. huhu..


tak banyak mana pun, tapi aku rasa banyak juga la.. dulu, masa belajar, nak beli tudung bawal ni agak berkira2.. ye la, mahal kan.. time tu plak, duit bukan ada sangat. dapatla buat koleksi sikit2.. hasilnya, seperti dalam gambar ni la... kalau pink tu, berlapis2 tonne warna pink, pink lembut, pink terang, pink cair, sume la ada.. dari segi range harga pulak ada yang dari RM 10 hingga tak sampai RM 100 juga ada.. tapi kalau yang mahal tu, bayar kali2 juga.. kekeke..

Sekarang, tudung ini masih ku pakai lagi.. tengok pada baju dan kerajinan menggosok juga.. sayang kalau tak pakai. nak lelong kat orang, macam tak patut je.. sebab aku ni kalau pakai memang jenis pakai sampai lebam :-) yela, tudung jenis ni kan lembut, mesti la bertanda lubang2 bekas kena brooch tu.. hehe..

Sekarang, tudung pun dah bertukar2 gaya.. koleksi tudung bawal telah berubah kepada koleksi tudung awning la pulak.. harga tudung awning ni pun boleh tahan juga kalau nak ikut pada kesedapan kain dan bentuk rupanya di muka kita.. tapi, aku tak sempat nak snap koleksi tudung awning yang tak seberapa tu.. hehe.. yang pasti, kena tutup aurat dengan sempurna..

Okey.. tu je lah selingan di petang hari ni.. tata.. wassalam :-)

update 38 weeks :-)

Assalamulaikum..

Apa khabar korang? harap sihat belaka.. me alhamdulillah, sihat saje.. masih ada lagi meneruskan hari-hari terakhir di sini :-) masih bekerja. rasanya macam tak ambil cuti sebelum bersalin. Ada orang amik cuti, tapi aku tak amik la.. kang duduk rumah sorang2, boring plak, tido je kejenya kot.. tambahan lagi, bukan ada orang pun kat rumah. Kalau kat opis, at least ada juga kawan tolong tengok2 kan kalau ada apa2 emergency kan.. gitu.. :-)

Semalam, aku dah berjaya menyiapkan/ mengemas beg dan semua2 yang aku tangguh untuk mengemas tu la..  kemas awal2 pun, kang bongkar balik, tengok lagi apa yang tak cukup, tambah/buang balik. hehe.. tapi, semalam, beg balik kampung aku pun dah settle kemas.. siap satu beg.. beg aqil, nanti dulu la, kang kalau sume simpan dalam beg balik kampung, nanti dia nak gi taska pakai baju apa pulak kan. hehe..

Dan semalam juga, telah selesai aku mengemas almari baju kami.. yang selama ni duk tarik2 dan pakai tanpa mempedulikan keadaan pakaian2 dalam almari tu. yang mana rasa2 dah tak nak pakai atau jarang pakai, diasingkan.. ha, barulah ada ruang sikit.. kejadian berlaku hampir pukul 11 malam :-) time tu aqil dah 'layu' dah, tapi ibu dia masih sibuk mengemas.. sian aqil..

Lately, dah hujung2 minggu mengandung ni, tido malam memang tak nyenyak.. tido2 ayam.. agaknya Allah nak suruh aku bangun tengah malam buat sembahyang tahajud/ sembahyang hajat agaknya. tapi tu lah, belum terbuat lagi, niat dah ada dah tu.. huhu.. tengah2 malam tadi, tido dalam rasa sakit. dia macam sakit pinggang, pastu macam nak terberak pun ada.. lama juga rasa sakit tu, tapi aku still boleh tido la.. hehe.. pastu, baby duk mengeras je kan, tepuk2 baru dia longgar sikit.. tido pun memang bantal 2 lapis dah sekarang ni..

hmm tu je lah kot nak share.. 7 Dis ni ada check up lagi di klinik.. berdebar-debar menunggu kelahiran pada kali ini. Semua ibu2 mengandung mesti rasa yang sama kan bila dah hujung2 ni.. macam2 fikir.. huhu.. oklah.. bye.. wassalam

Friday, December 2, 2011

dah petang..

Assalamualaikum..

dah petang baru nak update blog kan.. hujan kat luar ni.. hmmm. keje pun dah settle.. dulu keje swasta mana ada keje dah settle, kalau settle pun, masih ada lagi keje yang menunggu.. huhu.. tadi, tengahari, kami makan kat A&W.. tak tahu nak makan kat mana. bila teringatkan float A&W tu, terus semua setuju.. hehe.. tapi, keistimewaan A&W apa ye selain dari floatnya? dulu, masa zaman sekolah dulu, aku rasa ayam dia yang paling best.. tapi sekarang, ngape rasa membosankan.. tapi makan jugala..

Pastu, aku merayap pegi SOGO.. dalam hati tu jangan la aku sakit nak terberanak kat sogo ni.. tapi, mujur ada kawan yang meneman, tak dela aku risau sangat.. ramai juga orang kat Sogo nun.. year end sale la katakan.. aku macam biasala, pegi tingkat baby.. beli tuala baby, sabun basuh botol tu dan juga tikar mandi dia.. yang aqil punya dulu dah tak cantik, lama dah aku buang. hehe.. so, terbang la RM 40 lebih..

round2 lagi, konon nak tengok2 perfume.. sekali tu, apasal la mahal sangat perfume ni.. dulu aku beli 200 lebih pun dah dapat yang best, macam set hantaran gitu. kali ni tengok2 rege yang sedap sikit bau dia 300 lebih.. gila mahal.. tapi bau sedap la.. tu harga sebotol yang besar. kalau beli botol kecik, harga dia kurang sikit je.. tak jadi la aku beli. baik aku pakai perfume avon je.. murah pun murah, bau pun sedap. hehe.. nanti la bila ada duit lebih skit, baru la boleh invest kat perfume mahal tu.. bila la agaknya tu ye.. huhu..

Pastu, bila dah habis mencium bau2 perfume tu, tengok2 kat luar macam dah nak hujan.. cepat2 la aku balik.. ha.. tu je la nak story.. esok dah weekend kan. tak tahu lagi nak buat apa. mungkin mengemas, membersih dan membuta. hehe..selamat hujung minggu semua.. take care ye :-)

wassalam..

Thursday, December 1, 2011

hasil bulan ini..

Assalamualaikum..

Dah masuk Disember.. bulan yang penuh debaran :-) Apa khabar kawan2? sihat ke hari ni.. me, alhamdulillah masih segar bugar lagi kat opis ni. hehe.. tapi hari ni dan semalam terasa letih sangat.. ingatkan pagi ni dah hilang letih, rupanya keletihan itu bersambung lagi. hehe.. dah sarapan nasi lemak tadi, ingatkan letih kelaparan, tapi dia memang letih nak membuta jek.. hehe.. tapi tak dapat la nak tido waktu opis hour ni kan, walau pun mata ni macam redup je.. huhu..

Ok, kawan2 blogger yang seangkatan dengan ku (means yang sedang memboyot), semua tengah buat preparation nak menyambut orang baru kan.. aku pulak, rasanya macam dah habis kot preparation ku. walau pun, memang ada benda yang tak habis kemas lagi.. contohnya beg baju untuk balik berpantang memang tak kemas apa lagi.. bukan baju aku sorang, baju si kenit aqil pun kena kemas juga tu.. hehe.. baju ayahnya tak payah kemas sangat la, bawa selai dua sudah.. hehe.. bakul baby (aku letak dalam bakul je, senang nak punggah) - dah siap kemas rasanya..

Walau pun beg hospital ibu dan bayi dah siap disediakan, tapi aku rasa aku akan punggah sekali lagi. hehe.. yang dah siap kemas, sibuk2 plak nak punggah kan.. bukan apa, takut ada benda tertinggal.. kadang tu, aku refer balik buku-buku bersalin, apa yang perlu dibawa, tak ingat dah pengalaman lalu.. kalau time aqil dulu, berbeg2 bawa, last2 menyusahkan diri sendiri apabila keluar wad, banyak pulak beg kena bawa.. hehe. so, belajar dari pengalaman, tak payah banyak2 bawa barang ye.. baju aku pun aku bawa masa nak keluar hospital je, sehelai. 

Baju baby? rasanya cukup la kot dengan apa yang dah dibeli dan yang sedia ada.. bukan tak nak beli, tapi tunggu baby lahir dulu, baru aku pulun beli banyak2 nanti.. barang yang paling latest aku beli adalah ini.. benda ini dah termasuk dalam list barangan yang perlu dibeli pada gaji yang lepas :-)

breast shield set.. harga standard dia ialah RM 70.. tapi, aku tiba2 plak terjadi member Lunatots, so dapat la diskaun.. yeay.. menjimatkan.. konon nak lagi jimat nak beli satu2 macam beli tiub dulu ke, beli membrane dulu ke, sekali tu, bila compare2, hmm baiklah amik satu set ni..  so, total 2 set untuk breast shield ini adalah RM 145 termasuk harga menjadi ahli Lunatots..

ni lah kad member ku.. lepas ni ulang alik masuk Lunatots di Maju Junction, kalau beli barang mesti dapat diskaun :-) tapi selalunya aku keluar lenggang kangkung je.. hehe.. tapi hari tu, memang betul aku dapat grab satu barang.. setahun RM 12 saje..

Lagi benda apa yang aku nak cari ek? hmm.. bila difikir2 kan, memang sentiasa ada je benda yang nak kena beli, tapi itu semua kehendak bukan keperluan.. nanti dulu lah.. uppss.. lagi satu kehendak yang perlu, means dah jadi keperluan la kan adalah barang ini...

 bedak baru!!!

hai cenonet je isi dia..

Kenapa aku kata perlu beli? dulu, bulan 3 (ni untungnya ada blog, boleh recall balik tarikh beli2 ni .. hehe) aku pernah beli bedak baru juga, sebab bedak lama dah habis.. tapi, kali ni bedak aku ada lagi, cumanya dah hancur berderai2.. tak sanggup bila buka bedak tu, habis berterabur isi2 dia tau. pastu mulut mula lah membebel setiap kali nak berbedak sebab debu2 bedak tu bersepah2 di meja solek dan juga di lantai..

Ni semua budak kecik tu punya pasal.. even dia seorang lelaki yang comel, dia suka tiru apa yang aku buat.. dia main bedak dalam handbeg ibu dia.. yang menyebabkan bedak tu berderai sebab dia cucuk bedak tu dengan kuku dia.. daripada kesan itu, bedak tu lama2 jadi pecah.. huhu.. tu belum lagi dia sapu lip ice dibibir mungil nya. cewah.. hehe.. nasib baik dia tak pandai pusing lip ice tu, kalau tak, habis la patah lip ice ibu.. harap2 bedak kali ni tahan lama :-)

okey.. tu je nak cite hadiah untuk diri sendiri bulan ini, kalau ikutkan banyak lagi senarai yang masih menunggu :-D

bye. wassalam 


Wednesday, November 30, 2011

check up @ 37 weeks

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua!! aku baru balik dari cek up utk minggu yang ke 37 lebih.. Alhamdulillah, hari ni tak banyak masalah sangat. apa yang aku takutkan tak jadi takut dah. hehe.. hari ni blood pressure ku dah naik, jadi 110/70.. Alhamdulillah sangat2.. kalau tak, kena ulang balik proses amik tekanan darah selang sehari itu.. yang merisaukan aku adalah berat aku naik lagi 1.5kg dalam masa 2 minggu ni, jadi 55.5kg.. tapi, nurse tak cakap apa, kira ok la agaknya.. huhu.. berat badan aku ni dah melebihi berat masa nak bersalinkan aqil dulu iaitu 54.5kg... 

Hari ni juga, nurse suruh jumpa doktor yang bertugas.. Alhamdulillah, laju pulak prosesnya.. tak ramai yang  jumpa doktor. aku letak buku merah tu, sekali tu dia kata masuk terus. selalunya kena tunggu nombor dan tengok buku bersusun atas meja dia.. Hasben aku mestilah dah gelisah macam cacing kepanasan kan kalau tunggu isteri yang dicintainya ini lama sangat cek up.. hehe.. biasalah orang laki ni, penantian satu penyeksaan kan.. tapi, aku dah 37 minggu lebih, tak kuasa nak beban2 pulas stering keta okey.. sila tunggu sampai habis aku beranak ye, ada 2 kali lagi dating ngan klinik, next check up seminggu sekali jadinya.  dah habis beranak nanti, kena cek up monthly baby plak.. hmm, so stand by la nak kena lawat klinik balik :-) 

Okey, actually dinner malam tadi, aku dah prepare untuk kesihatan hari ni.. cewah... Tapi tak tahu la kan sebab makan makanan itu atau sebab memang tekanan darah aku dah normal.. malam tadi, kami makan ini..

 kerang rebus, sayur bayam merah dan ikan bilis goreng.. ada lauk lain sebenarnya, sotong masak merah :-) lauk banyak, nasi pulak tak cukup.. hehe..

close up sikit ikan bilis ni.. ikan bilis ni kawan aku belikan kat pulau pangkor.. aku order dalam RM 10 sepeket.. aku pun tak tahu apa yang sedap, tapi orang cadangkan, aku beli je la.. tapi, memang betul sedap ikan bilis ni.. rangup sangat.. macam ikan bilis orang jual nasi lemak tu.. ikan bilis tu nipis2 je, tu yang goreng jadi rangup tu.. ni pun salah satu sumber kalsium ni.. 

ha.. tu je la nak story pagi ni :-) lapar pulak.. pagi tadi makan roti je.. huhu.. babai.. wassalam :-)

Tuesday, November 29, 2011

menceriakan aqil..

Assalamualaikum...

Entry kedua untuk hari ini.. kalau ada cerita tu, memang rasa nak tembak berdas2 entry setiap hari.. kalau tak de, senyap sunyi je.. nak tulis apa pun tak reti :-)

Kali ni nak update cerita percutian 3 hari kami.. percutian di rumah saje.. tak pegi jalan mana2 yang jauh pun. paling jauh pegi JJ Wangsa Maju. hehe.. bawa si kenit tu main2.. dah lama rasanya dia tak pegi main kat situ.. so, kena spend lebih sikit la untuk beli token tu.. tak pe, ayah bayar :-)

Di samping itu juga, kitorang telah manghadapkan diri makan di Johny.. Dulu, selalu juga makan kat Johny ni, makan yang goreng2 set tu dan juga steambot (hasben ku tak berapa suka makan steambot ye). Kali ni kami amik yang set tu juga.. hmm.. best juga.. ada aiskrim, ada nasi goreng/ mee hoon, ada plain water.. hehe.. pastu, add lagi dengan mix dessert.. kenyang alhamdulillah :-) only RM 24.00..

 ibu nak snap ni, saje je buat muka..

 our dessert.. mix dessert tu sedap, ada nangka :-p

 pilihan aiskrim aqil semestinya aiskrim kaler pink.. kalau kaler lain dia tak nak makan.. huhu..

 me @ 37 weeks... ada lingkaran gelap di bawah mata.. huhu.. nanti la lepas beranak, i kasi touch up kulit muka ku ini.. hehe..

aqil la yang paling excited sekali.. lari sana sini.. sume dia nak main.. ibu tengok dari jauh je.. ni main tembak2 itik.. rasanya ni game baru kat JJ Wangsa Maju ni..

main boling plak.. bersemangat betul anak ibu ni.. cuba suruh baca ABC?? huhu... huruf pun tak kenal lagi.. main ikut sedap mulut je menghafal. hehe.. tak pela, kita kasi aqil main dulu ye..

Tu je la aktiviti untuk kami hujung minggu yang lepas.. Pastu, malam tu, nak tido, dia merengek je.. dari nak tido sampai bangun pagi, asyik menangis je.. tensen kejap.. malam2 pun aku jerit2 marah2 dia.. rupanya sakit gigi.. tak sedap tido.. sian anak ibu ni.. so, petang semalam, dah demam sebab sakit gigi.. Alhamdulillah, sepanjang malam tadi, tak panas.. tadi call taska, cikgu dia kata tak demam.. harap2 aqil sihat selalu.. kalau anak demam, aku memang risau sikit.. takut berlarutan.. huhu..

Sekarang ni, dia sensitif sikit kalau aku marah dia.. nanti bergenang2 air mata sambil cebek2 mulut tu, sedih sangat la tu kalau ibu marah.. sambil cakap "janganlah marah aqil". sian pulak anak ibu ni.. tapi kadang tu hilang juga sabar dengan karenah anak ni.. dah ada adik nanti macam mana la agaknya perangai dia kan..

Bila disuruh baca ABC, memang tak de la kan.. bila aku cakap, dah jangan tengok upin lagi, pegi amik buku kaler2.. dia amik tapi dia suruh aku pulak yang kaler.. huhu.. ibu ayah ni pandai je menyuruh anak nya buat itu ini, tapi bila nak layan/ ajar anak ni sume bertolak2.. hehe.. tapi tak pelah, lain budak lain perkembangannya kan.. tak payah la berlawan2 dengan anak orang.. camana agaknya aku nanti bila anak dah sekolah.. "anak ko dapat no berapa sekolah? berapa A dapat? kelas no 1 ke kelas last?" haha.. dah sudah, tak yah nyibuk2 anak orang.. jaga anak sendiri sudah..hehe..

Okeyla.. tu je nak story mori... bye.. wassalam :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails