Friday, December 31, 2010

selamat tahun baru 2011

Assalamualaikum..

beberapa jam lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2011.. semoga tahun baru ini akan lebih berjaya lagi, dimurahkan rezeki dan hidup aman sejahtera.. buka buku baru, tutup buku lama.. maaf segala salah silap..

aku sambut cuti free sempena kemenangan bola di kluang. memang hajat hati nak balik kluang pun.. tetiba dapat cuti free kan.. tadi masa on the way balik, banyak juga keta ke selatan.. sampai2 je, terus makan, waktu lunch kan. makan reramai memang best.. hehe.. tetiba plak, aqil ntah camana HARI INI DALAM SEJARAH, berak bersepah!! tak tahu la pampers dia bocor ke, yakyak dia yang telebih banyak ke.. habis melimpah ikut belakang, sampai ke tangan2 dan baju sekali.. memang goli den..

uppss... keta kancil aku yang dicat tu dah siap.. berkilat2 gitu.. boleh la.. nak beli keta baru, tak dok pitih. cat je la kan.. suci bersih .. hehe.. pas ni kena rajin2 basuh keta la.. baru warna cat tu tak mati.. tapi dah cat cantik2, kena berjemur kat luar juga kan.. hehe. nasib la... ini lah kereta yang dah berjasa selama lebih kurang 5 tahun.. jun 2011 insya-Allah habis bayar :-)


Thursday, December 30, 2010

bola & murtabak :-)

Assalamualaikum..

Aku baru lepas balik meting KPM ni. :-) pagi2 lagi TKSU dah kecoh2 pasal malaysia menang bola. anyway, TAHNIAH UNTUK PASUKAN MALAYSIA!! aku pun tengok juga, tapi lain kali tak leh tengok bola macam ni, boleh sakit jantung okey.. hehe..

Sebab kami jaga projek sekolah, so penekanan kepada sekolah sukan amatlah dititikberatkan memandangkan baru sahaja memang bola. kekekeke.. so, dari semua players yang main semalam (atas padang) 9 / 11 adalah player dari sekolah sukan.. haa.. so, wakil sekolah sukan tadi kembang kempis la hidung nya..

okey okey. baru sahaja habis mengepam. sampai opis kul 2.45, kul 3 nak masuk discussion balik.. fuh.. letihnya.. tadi MR X kasi murtabak diraja dari kelate, semalam dia meeting kat sana.. ha.. camana rupa la yek. tak pernah makan. kang aku dah masak, aku kasi snap gambar tu okeh :-)

bye. wassalam

p/s: yeay, esok cuti!! memang aku apply cuti pun, so cancel, jimat cuti ku :-) nak balik kluang esok..


Wednesday, December 29, 2010

dia dah besar

Assalamualaikum..

tadi pagi agak sibuk menyiapkan slide. sekarang, dah siap!! so, ada free skit, tinggal nak buat SKT aku tak buat lagi.. hehehe. ntah2 orang lain dah dapat markah aku baru nak buat. nasibla, keje banyak camana nak buat tu..

okey.. dah lama tak tepek gambar kan.. lama la sangat, baru je tepek gambar ngan mawi. hehe... jom tengok mawi kecik ku :-)

hai. saya aqil :-)

masa ni lepas amik dia balik nursery.. "aqil, meh ibu amik gambar aqil.. ibu tak de cite nak tulis kat blog, amik gambar aqil je la" haha. boleh plak ibu kekeringan idea tiba2.. aqil pun layan je la kan..

ni dia sibuk nak pakai kasut dia.. sebab nak tengok fish kat pond. kasut ben10 dia, aku dah tinggalkan kat nursery.. biar la tinggal, hari2 nak bawa kasut, kadang tu boleh terlupa. now dia dah ada kasut 'crocs tipu' yang baru, boleh la tinggal kat nursery kasut ben 10 tu.. dia dah semakin boleh terima kenyataan hari2 kena pegi sekolah.. hehe. kalau tak, pagi2 mesti nangis, tapi nangis slow je la, kejap je nangis nya. dah makin besar anak ibu ni..

kalau suruh dia kemas mainan dia yang sepah2 tu kan, dia pun kira satu, dua, lima, sebelas.. haha. main ikut suka je sebut nombor tu.. kalau kita satu, dia dah dua.. cuma ABC, dia ada pelat skit tang nak sebut H, F, S.. macam tu la.. tak pela, still early rite.. bagus juga duk nursery ni, nak tunggu ibu & ayah ajar, lambat skit la, ibu balik pun dah penat..


okey, ni hasil susu aku pagi ni.. lately, tiap2 hari macam ni la. tak pela, aqil pun dah besar, dah jarang minum susu. kena paksa ngan cikgu dia baru habis. kalau tak, membazir. stok susu pun ada la dalam 10 botol yang lebih kurang macam ni la isi nya. boleh la kan. jangan ada yang tak tutup peti rapat sudah.. nangis nanti. bukan anak yang nangis, ibu nye yang nangis sebab penat pam & ralat, susu cair kerana kecuaian manusia..

ok daa.. wassalam

p/s: sekarang nak letak picture kena letak watermark & edit skit. hehe.. tersuka & terpaksa rajin :-). warna frame mengikut kaitan warna gambar.. hehe


Tuesday, December 28, 2010

pening

Assalamualaikum.

pening pening pening.. nape tak teli teli  ni.. adoi..

hai. selamat pagi semua.. pagi2 ni memang pening skit. dari semalam pikir keje aku yang tak siap2 ni.. boleh ke main lantak la.. ?? kang aku juga yang kena.. huhu..

tadi pagi dah breakfast kat mara tingkat 2. food courtnya dah buka lepas renovate.. cantik.. susun atur kedai pun dah lain. meja makan juga dah jadi macam meja makan kat umah aku.. haha. boleh plak tersama ngan meja makan kat umah... tapi umah aku punya lagi cantik.. haa..nak juga lebih..

okey la. ada idea nak tulis. tapi kena fokus yang lebih nak mengarang idea tu. macam menulis jurnal or lirk lagu or tulis skrip filem. chewahh.. nanti2 free skit aku tulis lagi ye. kang tak habis2 kring kring tepon aku ni .. bye. wassalam ;-)

Monday, December 27, 2010

cite sedih.. sedih ke??

Assalamualaikum..

tadikan jalan2 pegi SOGO. actually pegi SOGO untuk makan nasi ayam jek.. dah habis makan, round2 jap.. tak sampai 5 minit aku belek2 baju aqil, kring kring.. haa... ee.. kena angkat ni.. adus. nak belek2 pun tak senang.. cepat2 message nana cakap aku balik dulu la.. hihi.. so aqil, tak de la baju aqil..

bukan apa, belek2 baju budak ni, mahal juga kan -baru sedar mahal- kalau sepasang tu dah 20 hengget. baju ibu pun dapat juga 20 hengget tu, tapi baju t shirt je la.. sekarang ni, nak beli baju untuk diri sendiri pun kena fikir banyak2 kali.. kalau aku beli baju aku, habis la bajet, nak tunggu gaji seterusnya, kering la daku.. kalau ada duit lebih tak pela kan. tapi, aku ni kadang heran, tengok orang beli2 baju anak ni, macam "wah, banyak duit dia" kan raya dah habis, awat beli baju lagi.. hehe.. tu la ibu namanya, baju anak didahulukan, baju sendiri?? tunggu bajet ayahnya, lambat lagi.. sob sob..

sekarang pun, aku dah slow2 dah tak pakai kad kredit. cuma isi minyak je kadang2 guna. aku pelan2 nak reduce kan hutang aku, may be dalam bulan 4 tahun depan.. wah.. lamanya. tak pela, slow2 kan. kalau aku tak pakai kad, dah lama aku leh simpan.. haa.. sila menyesal sekarang :-( dulu kan, masa mula2 nak pakai kad kredit ni, punya la takut. isi minyak 20 hengget, jap lagi dah pegi bayar dah.. hehe. sekarang?? bayar semaksimum balance duit yang ada pun tak habis lagi kad tu.. kekeke..

okey la.. tu je nak cite.. sedih tak dapat beli baju :-(


coretan isnin

Assalamualaikum..

take five sambil pam susu :-) salam hari isnin. hari ni macam ramai orang cuti kan.. tadi pegi keje, tak de la jem sangat, keta pun tak banyak. aku pun bajet macam cuti, bangun lambat. huhu. so, punch 8:06 minit.. bos kecik cuti 3 hari. yeay! yeay ke?? macam tak je. even bos aku cuti, ada je orang mengarah aku buat itu ini.. so, hari ini adalah banyak keje, tapi boleh kontrol lagi. satu dah siap.. tu hutang 2 minggu lepas, baru boleh siap minggu ni..

aktiviti hujung minggu, attend wedding je la. dan seperti yang semua sedia maklum, tercatat satu lagi memori.. hehe.. sengih lagi :-) tu je la aktiviti aku. weken memang tak lekat rumah, kalau dapat sehari duduk rumah pun, esok mesti nak keluar punya. amik angin. so, kawan2 yang nak datang umah tu, calling2 la dulu, no suprise visit yek.. hehe..

aqil pagi tadi pun tak bangun lagi masa angkat dari katil. kena kejut dia. kang tiba2 celik mata kat nursery, terus nangis. tapi semalam & pagi tadi dah cakap dengan dia, esok aqil pegi sekolah tau. dia diam je.. selalu nya dia akan cakap tak nak.. pastu, tadi masuk nursery, terus baring. good boy..

semalam, masa orang riuh rendah tengok bola, aku lipat kain. alhamdulillah, habis lipat kain dalam masa sejam. bayangkan, sejam berapa banyak kain, stok seminggu tu. hehe.. aqil plak, tak kacau, dia tengok upin ipin sementara ayah dia tengok bola terjerit2.. yang herannya, masa aku lipat2 kain tu, yang bersorak kat umah aku memang sorang je la kan, jiran aku ntah umah yang mana ntah, riuh suara orang pompuan bersorak... hehe.. aku tak de la layan sangat. sebab tahu, kerja rumah banyak, tu pun tak habis buat.

tertido dengan aqil.. actually banyak plan nak kemas rumah, tunggu masa yang sesuai aje. drawer aqil tu, belum sort lagi baju2 zaman baby dia. mesti bertimbun kan. hehe.. kena buat masa aqil tido ke, main2 ke.. kalau tak, aku lipat, dia punggah.. sampai kesudah tak siap projek mengemas tu.

okey la fren.. to be continue. bye. wassalam ;-)

Saturday, December 25, 2010

yeay.. jumpa mawi :-)

Assalamualaikum..

excited tau entry ni.. hehe.. tadi, baru balik kenduri kat pandan perdana, jiran belakang buat kenduri kawin anak pompuan dia. pergi la kami anak beranak. lauk yang sedap, even tak de acar2 sume tu kan. dia biar lauk tak banyak jenis, tapi rasa tu ada, memang dah cukup bagus.. aku makan dengan lahap nye, sebab lapar, dah pukul 2 lebih baru nak makan :-) tapi, yang spoilnya aqil la kan.. budak ni, memang meragam hari ni.. tak puas makan.. grrr....

kemudian, cepat2 makan, salam2, bawa la ke tesco. nak beli barang dapur.. ingatkan hepi la kan bawa gi jalan2. rupanya mengaruk lagi.. grr.. mesti nak suruh ibu dokong. penat tangan ibu ni.. kejap je dia nak duduk dalam troli tu.. pastu yang selebihnya, nak ibu dokong.. 

sampai je kat tempat make up2 tu, tiba2, eh apa ramai2 kerumun ni.. semak je.. salesgirl tu kata, ada MAWI.. hah??  mawi, tepi2 acik nak lalu ni.. haha.. ee.. betul la.. sambil senyum malu2, dua round aku lalu situ, laki aku dah kata "cepat la cepat la".. jap la.. nak amik gambar ngan mawi ni.. orang tak ramai, kiranya boleh la nak posing2 ke kan.. dia ada amik autograf, tapi ala, autograf tu tak penting, GAMBAR lagi penting. hehe.. mawi tengah buat promosi silky girl dengan album baru kalau tak silap.. tak pasti. yang pasti, gambar dah snap, terus blah. hehe..

 nasib pakai baju cun, biasa gi tesco pakai baju sempoi jek.. hai mawi!!! :-) i like..
putih juga mawi ni, hidung macam burung belatuk..


laki aku dah lari siap2, aku pun minta tolong ada abang tu yang terpacak tepi mawi. buat2 tanya eh, ada album baru ke?? haah, kang beli kat depan tu yek. haha.. ok, mekacih amik gambar... senyum sampai ke telinga tunjuk gambar kat laki aku.. selepas 5 tahun femes, baru sekarang dapat amik gambar.. dulu, jangan ko harap nak dekat2, sekarang, dah sejam mawi kat situ pun, orang masih tak ramai. tak pela mawi, zaman di atas dah habis, zaman pertengahan pulak. ok la tu kan. at least ada juga peminat macam aku ni..

haa.. lepas tu, terus lupa nak beli apa.. asyik menyengih je.. hehe.. pas sengih2 tu, menyinga plak, sebab budak ni meragam.. tu idola dia la tu. terbang rm 8..


berpusing2 main upin. balik rumah, terus kena marah, then tertido. ibu tak layan dia, sebab perangai dia 'baik' sangat kan.. hmm... ok daa.. wassalam ..

p/s: teringin nak bergambar dengan dato' siti nurhaliza plak.. bak kata kak maria, ni la satu2 nya artis yang pernah kami undi .. haha..
 

Friday, December 24, 2010

plan apa ye hari ni?

Assalamualaikum..

hari ni dah jumaat. pagi ni macam senyap sunyi lagi opis ni. harap2 sampai ke petang la macam ni. boleh la aku buat kerja yang tergendala minggu2 yang lepas. kebanyakkan kerja2 yang tergendala ni sebab ada nya kerja ad-hoc yang macam2 karenah nya. :-)

hari ni apa plan yek?? tanya2 sume orang, sume macam tak de plan. boleh tak aku nak ganti balik masa aku minggu lepas? haha. jumaat lepas yang kena dera tu la. sedap2 aku nak karok, sedap2 patutnya dapat melalak 10 lagu ke, tiba2 nyanyi lagu wajib je.. haha.. bukan tak tahu, siap ada lagu wajib la.. kekekeke.. perasan suara sedap la pulok!!

jadinya, tengahari ni, aku nak melalak kat 'kotak merah'. sila benarkan. sebab aku dah puas stress dah dua minggu ni.. hehe. sekarang ni, harga kat kotak merah tu dah naik dari RM 12 jadi RM 14 seorang.. hmm.. tapi dah termasuk makan tengahari macam nasi goreng dan ayam seketul dan air panas sejuk sume ada,  refill 100 kali :-) kalau hari jumaat ni, lebih 5 orang dapat la duk melalak 3 jam. tapi kalau tak sampai 5 orang, dia kasi 2 jam jek.. hehe..


wajah2 riang dapat melalak. haha. bajet artis rakaman gitu. kuikuikui..
dapat nyanyi lagu wajib, terus blah buat keje balik. huhu

harap hari ni tiada gangguan lagi.. daa...

Thursday, December 23, 2010

Diapers apa anak korang pakai?

Assalamualaikum..

sessi petang pulak berblogging :-) actually sekarang memang sangat ngantuk.. tak tahu la kenapa. boring sangat. meja tengah bersepah2 dengan kertas, tapi kenapa diri ku ini terasa boring. staff aku pun sama, ngantuk jugak :-)

okey, nak cerita apa yek.. kita cite pasal anak la pulak :-) cerita tajuk disposable diapers (DD) apa yang pernah aqil pakai. okey, masa mula2 before aqil lahir, tak tahu nak pakai DD apa. masa ni, CD pun tak kenal. rasanya belum fames lagi kot CD ni. mula2, aku beli drypers. main ambik je. punya la banyak berak kencing budak kecik ni masa new born. kalau tak silap, asyik bertukar je DD dia. dalam 2 minggu, dah habis sebungkus yang ada 50-60 keping tu.

pastu, masa dalam pantang, makcik belakang cakap mamy poko bagus, tapi mahal skit. kebetulan masa aku beli drypers, dapat sample mami poko tu. mami poko ni, even size new born, tapi dia macam besar skit kan. so, dari situ, hati telah jatuh cinta dengan cik mami ni.. tapi memang mahal, tapi bagus, serapan yang kuat. rasanya dalam umur aqil 6-7 bulan masih pakai mami..

tak lama tu, rasa eee.. mahalnya. try plak pet pet. sebelum tu dah guna mami poko kan, rasa sume brand lain sume macam ada je masalah DD ni. ada tu bocor, ada tu peha aqil luka sebab pelekat plastik tu - masa tu peha bam bam lagi, ada tu bahan kimia dia bau macam kuat sangat.

pastu, gilir2 la ikut kemampuan si ibu. kalau ada duit, beli yang elok skit, kalau tak de, beli yang kurang skit la.. sekarang, aqil pakai drypers. tapi bila nak tido, memang tukar pet pet. pet pet ni bagus juga, tapi pada pandangan aku, dia ada satu bau yang macam bahan kimia dia kuat skit.. pet pet plak dah tukar style pelekat tu ikut mami poko.. kira, okey la.. the best for now.

bila pikir2 balik, pampers je, pakai buang plak tu. buat apa la nak pakai mahal2 kan. tapi sebab kualiti rendah tula, anak aku berak bocor, malam kencing dia habis basah cadar. tapi aqil alhamdulillah, tak de lagi ruam pampers kecuali jika perap lama2 memang akan merah je lipatan kangkang dia tu. mula la sapu krim..

CD pun ada juga.. tapi yang ni, pakai weken jek. kalau nak pakai everyday, ibu nya malas betul nak basuh. tahan cd tu berendam dalam baldi 4 5 hari. yela, nak kumpul banyak2 dulu, baru basuh dalam mesin. kalau basuh sehelai2, kang membazir air plak. hehe.. apa daa ibu aqil ni. ikut mood dia je nak pakaikan aqil. kang time2 DD nak abis, gaji pun lambat lagi, baru insaf skit. "aqil, meh pakai CD ni" :-) tapi tak tahu la camana lately pakai CD pun tak betul ke aqil yang tak reti duk diam. boleh plak CD tu bocor. air kencing kuar kot tepi.. tahu2 carpet dah basah.. bising la ayah nya "tak yah pakai la CD ni, tak bagus pun" huh, silap skit je CD terus habis kena kondem.

actually CD la yang terbaik. tapi may be silap pakai ke, tu yang terbocor tu. tapi malam, kena pakai HEMP insert baru dia serap kuat skit. ibu aqil ni, tak rajin skit nak membasuh2 ni, ikut mood dia aje. hehe.. okey la. sori termembebel panjang plak pagi petang ni..

bye.


kehilangan

Assalamualaikum..

Dalam seminggu ni, aku asyik dengar berita kesedihan. pemergian orang itu, pemergian orang ini.. mula2, staff aku kehilangan adik sepupunya, kena langgar lari oleh sebuah bas. mulanya koma, tak sampai sehari, dah meninggal.. memang kecedaraan teruk la dari apa yang staff aku ni cerita.. kesian sungguh.. muda lagi, 16 tahun. bas makan jalan.. dah kena tangkap pun driver bas tu.. sape suruh langgar lari, ingat orang tak boleh cari ke.. dah dapat cari, siap kena pukul lagi.. hmm... nasib ler kamu..

kemudian, semalam. aku tergerak hati nak sms kawan aku ni. rasanya dia dah bersalin, tapi senyap jek.. tu yang aku tergerak untuk sms dia. rupanya, Allah lebih sayangkan baby nya.. sedih sangat. kalau mengikut cerita yang aku dengar2, baby nya lemas dalam perut, dah terlebih hari. aku pun turut rasa sedih. aku faham dah pernah mengalami rasa itu. tapi kawan aku ni lagi kesian, dah buat preparation, tinggal nak sambut orang baru jek. tapi, Allah maha mengetahui segalanya.

aku sangat berharap agar kawan aku tu tabah menempuh segalanya. kita sebagai kawan hanya mampu untuk memberi moral support, yang menanggung adalah orang yang mengalaminya. Allah lebih tahu percaturan yang dibuat-Nya.. untuk kawan ku tu, insya-Allah ada yang lebih baik untuk mu.

aku pernah rasa erti kehilangan. memang sedih. tapi masa aku tu, awal lagi. baru 3 bulan, 14 minggu.. mula2 memang tak dapat terima.. yela, baru nak merasai pengalaman mengandung. gugur plak..14 minggu, perut dah nampak sikit la. tapi, aku pun tak pasti, sebelum tu janin tu hidup ke tak. sebab aku tak pernah scan. konon2 nak lambat skit la check.. bila dah bleeding, baru la cari klinik untuk scan. pergi hospital sume, doctor kata dah tak de heart beat, janin pun dah mengecut masa tu. balik dari hospital, menangis sepuas2 nya.

seminggu lepas tu, aku rasa sakit, macam senggugut. memang doctor suruh tunggu seminggu, nak tengok dia kuar sendiri.. masa tu di opis, weken. lepas balik dari pasar malam, aku lepak jap kat umah. tiba2, 'pop' air ketuban pecah.. masa ni memang menggelabah gila. badan dah rasa sejuk. sakit sangat.. apa lagi, laki aku cepat2 sembahyang magrib, bawa ke hospital. laju macamana aku tak pasti. air cond kuat, tapi yang pasti, peluh di dahinya jelas kelihatan.

kalau nak cerita, panjang sangat. pendekkan cerita. lepas cek2 sume, keesokkanya aku pun kena 'cuci'.. sebab ada darah beku yang tak habis keluar.. lepas dah cuci sume, duduk hospital dalam 2 hari, sebab aku banyak tumpah darah.. bila dah okey, baru la boleh balik. masa sedar lepas cuci tu, aku menangis lagi. sampai doctor & nurse pujuk2. awak muda lagi, boleh cuba lagi..siap panggilkan hasben aku datang even bukan waktu melawat..

okey, bila dah kuar hospital, on the way balik kampung untuk berpantang, menangis lagi.. tak tahu la kenapa rasa menangis tu memang beria2.. bila dah sampai rumah MIL, macam dah reda sikit, baru lah boleh terima kenyataan, memang bukan rezeki ku.. Allah lebih mengetahui segalanya. Bukan senang nak dapatkan zuriat, orang senang2 je buang anak. bila dah ada anak, bukan senang membela anak, tapi janganlah sampai didera, dibaling sampai mati..

okey lah, itulah kisah ku.. sekian. 

Wednesday, December 22, 2010

keluarga saya

Assalamualaikum..

Weken lepas, aktiviti ku adalah gathering bersama keluarga. mama ayah datang dari kluang.cuma terlepas untuk sambut birthday ayah di muara. :-( so, pagi2 sabtu, lepas settle hal rumah, pergi kelang umah kak long, tido sana terus la..

sampai dalam tengahari. ayah ajak pegi jusco bukit tinggi. dekat ngan umah kak long. ayah aku, kalau datang kl, boring duk terperap dalam umah. mesti nak gi jalan2, cuci2 mata.. lepas pergi jusco tu, sembahyang maghrib siap2 kat situ, pergi makan kat andalas corner, baru la ke i city.. 3 kereta kami pegi. masa tu ada ayah ngoh dari ganu datang, so join la sekali.. masa tu sume dah letih, yela kat jusco dah berapa jam. nasib baik ada tempat mainan kanak2 tu, adalah tujuan skit pergi jusco tu..(bagi aku yang tak de benda nak beli barang). kat jusco ni la aku kenal makanan jepun TAKO TAO. korang pernah rasa? sedap tau.. 3 biji rm 4.50..ala, lupa nak amik gambar rupa dia..

okey, dah mlm tu, sampai ke i city, ramainye orang. tak tahu la kalau weken biasa tu camana kan. sebab masa aku pegi tu, ada latihan konsert astro. nak bergambar kat pokok2 lampu pun tak syok. di mana2 pun mesti penuh orang. hehe..

okla, jom tengok gambar keluarga ku ;-)


 suppose 6 orang adik beradik ku. tapi yg no 3 tak de.. sama tak muka kami?? :-)

 my lovely parent

 my poyos picture.. hehe..


 my sis and her sweet heart. same name with my father :-)

 aiman & pak lang nye..

 happy family kak long



Tuesday, December 21, 2010

bengkel cat kereta

Assalamualaikum..

hari ni tak dapat berjimba2 dengan blog. lansung tak de kat tempat. balik tempat pun time nak pam susu je.. hari ni buat kerja ramai2, so tak de la stress berkumpul kat aku sorang kan.makan pun tak keluar. sebab makan dah disediakan, mihun dengan telur dan sambal. pagi makan tu, tengahari pun ulang makan yang sama. hehe.. jimat aku.

esok aku cuti sehari. terpaksa meninggalkan semua kerja2 yang urgent tu kan. ramai lagi orang leh tolong buat. nak tunggu kerja tak de, sampai bila la tak cuti. esok balik kampung, mak mertua buat kenduri kesyukuran. kaki dia dah buka simen, tapi jalan still bertongkat lagi. takes time juga nak baik kan.. jadi, esok, kerja, harap2 dah okey sume. 

jap nak tanya pendapat korang sume. kat area kl ni, kat mana tempat cat kereta yang reasonable harganya? dari segi kualiti cat dan juga harga. korang ada pengalaman tak cat keta?? aku ingat nak cat keta kancil aku tu. cat dia dah mati, so ada duit skit boleh la nak cat. tahun depan bulan 6 dah habis bayar. keta second je, tu yang kena jaga elok2. aku ni masa nak beli keta dulu, pikir nak bayar bulan2 yang murah je. dapat la keta second.. 5 tahun dah habis bayar.

nak beli keta baru, kang bukak hutang baru plak, 9 tahun plak tu, monthly pulak dah lebih dari keta sekarang ni. teruja juga nak pakai keta baru, tapi, tak pela, tunggu stabil dulu, kang terus beli keta besaw untuk simpan anak2 kalau ramai.. hehe.. sekarang ni, pakai je keta tu, nak bawa pergi keje je keta kancil tu pun. hehe..


okey la.. kalau kat rumah memang tak de chance nak main tenet lama2 tau. ada je dengki!! ok. bye wassalam



Monday, December 20, 2010

terlupa sudah

Assalamualaikum..

Today is 20hb... ada apa dengan hari ni?? :-) aqil dah setahun 1 tahun 12 bulan. it means cukup 24 bulan ke dah 23 bulan? hehe. aku pun dah tak reti kira dah. yang pasti, bulan depan 20 Jan genap la aqil 2 tahun.. aku pun dah lupa hari ni berapa haribulan, sibuk sangat , tak habis2 sibuk. tengok2 kat fb kawan, baru teringat hari ni dah 20 hb..

dah besar dah anak ibu.. sian dia pagi tadi jari tersepit kat pintu keta. ayah sepit. ayah sepit. ayah sepit. hehe. ulang tiga kali, nanti ayah lagi berhati2 bila nak tutup pintu. dulu masa aqil baby pun sama. kepit jari kat tingkap. tahu2 je anak dah menangis...

aumm cak :-) suka tul dia main guling2. time ni kat jusco bukit tinggi

peminat ball. siap stop main bila ibu panggil suh posing :-) kuat main. siap paksa main badminton lagi dengan dia. penat ibu :-) pass kat ayah la plak bab2 ni..

dengan abang aiman.. pecah dah pistol ni main ketok2. aqil pun ketok kepala ibu juga dengan pistol ni sebab tak dapat main eskalator. geram je, terasa sakit lagi kepala ni. nasib baik anak aku. :-)


budak manja juga. tak tahu la manja sebab berkat nenen ngan ibu ke apa kan. aku pun tak perasan bila orang kata manje, sebab anak sorang je, tak tahu plak nak compare dgn anak orang lain, kalau tak manja tu camana plak pesennya :-)

ok daa.. wassalam


mama kembar 3 buat giveaway, yay!

Assalamualaikum..

Kali ni, aku nak join giveaway dari mama kembar 3.. contest ni sempena anniversary nya yang ke 6. hepi anniversary kak :-) semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..

okey. syarat2 nya mestila jadi follower mama kembar 3 dan juga itsy bitsy secrets. aku memang dah jadi follower mama kembar 3 ni , sebab suka nak baca kisah orang beranak kembar ni.. :-)


ops, Hadiah berupa barangan Victoria's Secret & Telekung Travel ditaja oleh Itsy Bitsy Secrets ~ WAJIB sebut tentang hadiah ni dalam entry korang yer. sekarang, aku nak tag kawan2 iaitu sya, kak alina & kak is

ha.. cepat2 la join. mana tahu dapat hadiah2 yang disebutkan ke.. tarikh tutup 6 januari 2011 ye.. nak tahu lebih lanjut, singgah la ke mama kembar 3 punya blog. ok, daa.. wassalam ..



Sunday, December 19, 2010

semalam di i city

Assalamualaikum..

Semalam kami di i city. hari ni tak nak tulis panjang2. just nak tunjuk gambar skit je. memandangkan ramai dah orang gi i city tu, mesti dah tahu kan apa benda nya. for me, just once in my life pun dah okey. at least dah pernah pegi. tempat tu untuk amik2 gambar boleh la. tapi, kalau diorang buat tarikan lain mesti best. ni datang semata2 nak tengok lampu.. tapi, okey la. at least Malaysia ada juga benda ni.. sape yang belum pergi, elok la pergi tengok pokok berlampu.. cantik.... cukup la dua gmbr ye. lembab gila nak upload photo ni. bye..



Saturday, December 18, 2010

a very frustated day

Assalamualaikum..

Semalam, adalah hari yang stress, tension & sangat frust sekali..waktu pagi, kerja okey2 je. sampai boleh set nak pergi karoke waktu lunch.. belum pun apa2, sampai je aku kat SOGO, dapat call dari mr X, minta buat kerja something. aku tahu kerja tu consider urgent la, arahan orang atasan merangkap jawapan kepada menteri. aku rasa aku boleh buat lepas kul 2.. see, aku korbankan masa rehat aku sejam.. 

dah habis aku melontarkan vokal ku itu (hehehe), aku pun cepat2 balik sebelum jam 2.. pergi kedai pen jap, nak beli hadiah untuk ayah. masuk opis, buat kerja, dengan harapan apa yang aku buat tu betul. dah pukul 4, arahan lain pulak yang diterima.. memang stress. 

mr x siap duduk depan aku, mengira2 mengikut style dia, yang ntah apa2 aku pun tak faham apa ko kira ni?? dah pukul 5 wei.. aku ada dinner ngan family aku kat kelang nun..dari pukul 5 membawa ke pukul 6 aku masih duk mengadap pc dan mr x.. telefon & message dari tadi dok masuk "bila nak balik ni??" huh.. stress okey..

last2, aku balik pukul 6.50 baru aku kuar opis. bukan aku tak perah balik lewat dulu. tapi masalahnya sekarang, aku ada appointment, ada orang tunggu aku tepi jalan nak ajak balik, anak aku kat nursery dah kul 7 ni wei.. tu yang aku tensen sangat. 

dengan arahan yang tak jelas, asyik bertukar2 figure, bertukar format, dan ntah apa2 yang ko kira aku tak faham. kadang2, orang belajar tinggi2 ni pun menyusahkan orang juga. benda simple ko jadikan complicated., banyak sangat fikir agaknye. dengan keadaan mr x yang memang kelam kabut, aku pun jadi kelam kabut. otak aku ni tak masuk dah figure apa yang nak pakai ni!! sampai dia hentak meja sebab konfius figure mana nak pakai - dah ko conteng banyak2 tu, ko plak yang konfius-, terus aku rasa darah naik  ke muka. air mata ni, lagi setitik je nak kuar..

sabar su sabar..... aku ni kalau tak de komitmen ngan orang, sampai pagi ko suruh aku buat keje pun aku tak kisah. bila nak dekat siap tu, pandai plak cover lain tanya anak duk nursery mana, rumah kat mana. actually, aku tahu dia memang bagus. tapi some part aku rasa, kenapa ko kelam kabut, kenapa aku terlibat dengan benda ni!!! repot ni taraf 41 ke kena buat?? repot menteri ni. aku just kasi data je boleh la.. nasib baik ex-bos aku ada, permudahkan benda yang di complicatedkan ni.. tq puan, saat ni aku rasa u're the best :-)

kesimpulannya, semalam aku tak jadi makan dengan family aku kat muara ikan bakar!! laki aku dah badmood tunggu aku sejam lebih tepi jalan. sampai rumah nak dekat kul 8 mlm. hujan. dengar dalam radio macam semua jalan jem. so tak jadi la plan aku.. kalau ku tahu dari awal lagi aku dah cuti hari jumaat.. tak pela, tak de rezeki aku.. tunggu plak apa cerita hari isnin ni. actually benda yang aku buat tu nak submit jumaat tapi dah lambat, submit pagi2 isnin. 

so at the end, he say thank you and sorry sebab aku balik lambat.. what should i say? hanya senyum kambing je la dengan hati yang remuk redam :-).. wassalam..

Friday, December 17, 2010

penggemar epal

Assalamualaikum..

jumaat sudah, hari yang ditunggu :-). pagi ni ada ceramah PERSEDIAAN KEWANGAN HAJI & UMRAH. even nama aku tak tersenarai, aku nak gi dengar juga la.. mesti best kan. hari ni juga, aku sorang2, bos cuti, staff aku pun mc today..

ok, cerita seperti tajuk di atas. sape lagi kalau bukan penggemar epal ialah aqil :-) tu je buah yang selalu aku beli setiap kali shopping. atau kalau memang dah habis, memang epal la yang dibeli. dulu suka juga beli oren, tapi kadang tu, time batuk & selsema tak elok makan oren. patutla masa MIL aku masuk hospital lepas balik umrah hari tu, makanan nya tak de buah macam orang katil sebelah. rupanya baru ku tahu, kalau dah berkahak tu tak leh makan oren :-)

kalau di rumah, buah mestila suatu kemestian. kalau tak de buah, rasa macam tak de apa nak kunyah ke?? huhu.. jadi, paling senang epal la. risiko beli epal ni samada epal itu rangup atau berspan. kitorang suka la yang rangup2 ni, tapi kadang tu, dapat juga yang span2 ni tak best... tapi untuk aqil apa yang dia tahu pun, makan aje..

setiap kali sampai dapur, tengok peti  mesti "nak epal". aku tak tahu la dia nak main peti ke atau memang betul2 nak epal.. hehe. so setiap hari, mesti minta. kalau tak de, sengih je la ibu, "tak de epal, dah habis". kadang tu, epal tu dia pegang je, bukan nak makan sangat pun. tapi sambil tengok upin ipin, layan juga epal tu. kalau minta skit, atau ko dah gigit sikit, siap la dia marah. huhu. kedekut.. semalam, dia tido dengan epal.. anak anak :-)





Thursday, December 16, 2010

selamat hari lahir ayah!!

Assalamualaikum...

Hari ni, 16/12 besday ayahanda ku yang 53. selamat hari lahir ayah!! kalau tak silap aku, pak mertua aku pun jatuh hari yang sama, tapi tak pasti pulak umur nye dah berapa. may be dalam 70 rasanya.. selamat hari lahir juga untuk my FIL..

sempena hari 'keputeraan' ayahnda ku, ayahnda dengan baik hatinya mahu datang KL membawa bala tentera nya untuk makan besar. kekeke..insya-Allah kalau tiada aral melintang, mahu dibawa anak menantu & cucu ke Tanjung Harapan, untuk makan ikan bakar di Muara.

Erkk.. apa hadiah untuk ayah ye?? ayah aku ni suka hadiah macam aku juga.. hehe.. tapi kat anak2 tak selalu dia minta, cuma bodek ngan mama je la.. tiba2, teringat cerita ahmad albab. P Ramlee bawa garam dan gula untuk hadiah hari jadi pak mertua nya, Tompel.. boleh ke macam tu? hehe..

Apa2 pun, semoga ayah panjang umur dan diberkati Allah Taala, murah rezeki, sihat tubuh badan dan ceria selalu. kami anak2 sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ayah. tanpa ayah, siapalah kami ni.. wassalam...



 


Wednesday, December 15, 2010

berdua sahaja

Assalamualaikum..

Malam ini berdua sahaja dengan anaknda tersayang. suami ku pergi tengok bola piala suzuki di bukit jalil. 




Pukul 6.30 dah keluar rumah. punyala meraung si aqil ni nak ikut. dia tu bukan boleh tengok ayah dia pakai baju, mesti suspek nak keluar punya.. but, not tonite ye sayang. ayah gi tengok bola, mana boleh bawa aqil.. habis anak tekak dia meraung. habis aku yang kena pukul tarik2 rambut sume.. hmm.. anak anak.. anak sapo la ni.. puas pujuk dia. nasib baik dia perangai macam ibu, pujuk kejap je dah okey. hehehe.. kasi nenen, terus lupa nak ikut ayah tadi ye.. terus tengok upin ipin dan main belon sorang2..


 masa ni tengah 'berhantu' nangis.. sempat lagi ibu nak amik gambar. tu yang menambah kemarahan dia.. hehe


no camera please!! i tengah marah ni tak dapat ikut.. hehe.. aqil, nanti dah besar tengok la wajah aqil yang tengah meraung ni..masa ni tengah pukul ibu.. :-(

now, dah tenang. nama pun ibu kan, terer la bab tenang2 kan anak ni.. hehe.. kalau memekak lagi, siap la ibu babap dia.. hehe..


sekarang, dia dah tido. aku ni kalau laki aku tak de umah, mula la boring. nak tido awal je. belum pukul 9 aku dah ajak aqil naik atas, gosok gigi, , tukar baju, tukar pampers sume.. sambil tu, gurau2 ngan dia.. panggil dia 'baby'.. konon2 buat macam baby la, gosok2 minyak kat badan dia.. hehe.. sengih je anak ibu ni.. masa aqil baby, itu la yang ibu selalu buat, aqil je tak tahu :-) ok, good nite semua, wassalam...

jadi bidan terjun

Assalamualaikum..

Baru balik dari kursus mentor mentee.. tiba2 plak kena jadi bidan terjun replace bos aku yang patutnya dia mentor. tiba2 dapat call dari urusetia "u kena ganti your bos untuk kursus ni".. eeee.. rasa nak guling2 hentak kaki kat situ. awal2 tak nak cakap, bos aku pun satu, tak de la pesan apa2... rasa berangin2 satu badan bila kena pergi yang tiba2 ni.

kalau cakap awal2, boleh la aku saing2 ngan diorang yang dah pegi tu.. tak de la aku jalan sorang2. kat Putri park Hotel, Jalan chow kit tu.. memang la dekat je. mula2 aku tak tahu juga sedekat itu. siap call driver minta tolong hantar. hehe. tak berani aku jalan sorang2.. dah la area2 lorong gelap haji taib tu kan.. hmm..

apa yang aku dapat?? ntah le, aku tak masuk sangat ilmu belah pagi tu. may be hati dah tak ikhlas nak pegi kan. bila belah petang, baru la masuk skit dalam otak ni.. cepat2 sms bos aku suruh dia datang esok. bila dibalas, gaya macam tak nak pegi je, ada dateline la itu la ini la.. please la pergi, ni bukan program aku tau.. grrr... bos lain pun ada je datang, tu lagi busy, apasal dia tak leh buat plak.. grrr....

okey la, kesimpulannya, just wait & see samada aku datang ke tak kursus esok.. kesimpulannya kursus hari ni, makan free je aku dapat. sedap :-)

eh lupa, pastu kan, masa jalan balik ramai2 tu, sebelah hotel tu kan, ada kedai jual toys!! weee... murah gile ultramen sekor yang besar paras pinggang aku dalam RM 100. yang besar sikit dari acik nana kasi kat aqil RM 16 je, kalau beli 6 ekor, dapat RM 8.. gile rambang mata jap. pastu, keta or motor yang bateri tu pun murah.. dalam 100-280 jek.. haa.. nanti nak beli mainan aqil, boleh singgah sini. pakkal la aku ada duit tak sampai RM10 tadi, kalau tak, dah bawa dah akemen aqil balik.. hehe..

okey dah.. time to pack up.. bye. wassalam ...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails