Sunday, October 31, 2010

are u that lucky one?

Salam semua..

kali ni ada satu lagi giveaway dari kawan2 blog.. saje suka2 nak memeriahkan giveaway linda ni.. jom kawan2 jengah ke blog linda ni.. tak susah tau giveaway linda ni. seperti biasa, kena tampal picture puteri kesayangannya ni di side bar dan jadi la followernya (dah lama follow) dan sila la war-warkan di blog anda...

ni la puteri yang akan pilih sape pemenang yang dia suka.. hehe

okey, korang rasa korang bertuah tak?? jom kita tengok sape yang kena!!! tarikh tutup nye raya haji nanti tau.. cepat2.. jangan terlambat. jom memeriahkan giveaway linda ni.. bye.. wassalam
 

Friday, October 29, 2010

hari ini dalam sejarah

Assalamualaikum..

Semalam aku emergency leave, aqil demam panas sangat pagi tu. demam dia on off.. bila dah kasi ubat, sejuk la dia. tapi bila dah nak dekat 6 jam, mula la suhu badan tu naik balik.. semalam, selepas pukul 6, dah kasi ubat, ok je suhu sampai la pukul 4 pagi tadi naik balik suhu badan nya.. dah kasi makan ubat, lap2 baru la okey. masa hantar ke nursery tadi, ok la suhu dia. hope demam aqil cepat kebah ye sayang. aqil ni kalau demam mesti lama.. tak de demam yang sekejap2. mesti lebih 3 hari punya..

ok, hari apa yang dalam sejarah tu?? hmm.. ni untuk catatan memori kami sekeluarga. untuk dikenang oleh anak cucu keluarga pak Shukor ni.. bukan nak menayang2 eh.. nak share kegembiraan ni dan rasa bangga pada ayahnda tercinta :-) semalam 28 oktober 2010, ayah terima lagi satu anugerah dari YDP Agong. Pingat Ahli Mangku Negara. Camana nak dapat tidak la pulak ku tanya. tapi, semestinya la kena berkhidmat untuk negara kan? Ayah sebenarnya kerja di TNB. tapi minat untuk menjadi askar sukarela dah 33 tahun rasanya. sekarang sudah berpangkat Pegawai Waran II. Sebenarnya sebelum ni pun, kalau tak silap aku dah pernah mendapat pingat dari Sultan Johor.

semalam mengambil pingat di istana negara. ditemani oleh mama. jom tengok gambar2 dari mula rehearsel pakai baju sampailah kiriman MMS dari ayah..


one day before pakai baju ni. rehearsel.

aqil pun nak nyelit gak..


kasut atok tak kilat ke?? hehe


gambar yang diambil di istana negara.

okey.. apa2 pun, kami sekeluarga semua tumpang gembira dengan anugerah ini. apa2 pun, walau siapa pun dia, terima pingat ke tak, dia tetap ayah kebanggaan kita semua kan?? have a nice day.. wassalam


Wednesday, October 27, 2010

kenderaan baru

Assalamualaikum..

Hari ni aku sampai awal ke opis :-) ni sume sebab mama & ayah ada kat umah, dikejutkan oleh ayah nak cari tuala pukul 6.. huhu.. kalau ikutkan aku, tak bangun lagi time tu.. dah bangun tu, borak2 ngan mama jap, then mandi sembahyang sume, baru gerakkan aqil.. aqil, demam lagi.. hari ni dah masuk hari kedua. cepat sembuh ye sayang.. alhamdulillah, nak kasi makan ubat pun senang je sekarang ni. kalau dulu, satu rumah dengar dia menangis nak makan ubat..

aqil dah dapat beskal yang diidam2 kan.. aqil idamkan beskal cam ni ke?? hehe.. weeii.. rambang mata kami yang menengok nye.. semalam, lepas balik kerja, semangat yang berkobar2 nak pegi beli beskal dan barang dapur. tapi make sure sampai umah 6.30 sebab nak tengok CHINTA. hehe.. alhamdulillah, sepantas kilat membelek, memang rambang mata. nasib baik dapat dikawal & ditenangkan hati beli beskal ikut bajet saje:-)

ingatkan nak suprisekan dia, balik2 mood dia ke laut, orang tgh demam kan.. tak nak pun beskal tu :-( pastu, dah lama2 ok plak.. suka nak main. habis kaki ibu kena lenyek.. kalau beskal orang tu, cepat je dia berebut ngan orang tau.. beskal sendiri buat dek jek.. huhu


tara... basikal ini jek.. hanya RM59.90. yang oren tu, hon dia..

wah.. sukanya dia.. tapi tak pandai kayuh lagi, mengundur jek..

tak pakaikan baju, demam tak baik lagi :-)

haa.. tu la kisahnya kenderaan baru bagi aqil.. dapat juga akhirnya.. kat mana beli?? aku beli kat manjaku ampang waterfornt. dekat ngan umah.. dulu, masa pregnant, selalu beli kat sini tapi kat wangsa maju la. siap jadi member for marternity mother. lepas bersalin, hilang lah keahlian tu. dapat diskaun special untuk member.


semalam pegi, memang gile balik tengok barang2 anak.. pampers murah.. susu pun murah.. aku beli pet2 saiz L 68 keping RM 32.90. pastu kat kaunter, dapat free sebungkus yang mengandungi 12 keping lagi.. haish.. untung betul, kedai lain ada tak camni?.. kalau sape2 yang umah dekat area sini, pegi la menjamu mata, promosi sampai 7/11 kalau tak silap.. basikal dia memang rambang mata, motor ada, keta ada, basikal ada penolak pun ada.. hehe..

untuk aqil, aku beli yang biasa2 jek, nanti dia besar nak beli beskal yang besi tu plak kan.. beskal besi pun ada kat sini.. hehe.. dalam RM100 lebih.. tu tunggu aqil besar skit la.. hehe.. ok, dah tu jek.. wassalam :-)



Tuesday, October 26, 2010

patah kakitangan

Assalamualaikum..

sape yang patah kakitangan tu? aku ler.. hehe.. patah kakitangan tu bermaksud tak de orang nak tolong wat keje ni.. pulun lagi sorang2 hari ni.. adoi.. harap dapat siap dengan segera..

semalam, aqil demam.. sian dia.. demam lagi.. dapat relaks dua hari dari kesengsaraan ulser, tetiba demam balik. antibiotik makan habis dah hari tu.. minggu lepas, demam dia kejap je, sakit mulut yang lebih.. semalam, demam datang balik.. panas 39.. terus kasi ubat bontot. mula2 dia batuk.. pastu dah demam.. sian anak ibu kan.. berapa banyak demam dah..

hari ni, terpaksa juga hantar aqil ke nursery.. sori sayang, ibu tak  leh cuti, minggu ni minggu kritikal ibu.. cikgu2 sekolah aqil baik2 kan.. banyak pesanan ibu kasi kat cikgu tadi, sms pun ye juga.. ibu harap aqil baik2 aje.. ayah dah kasi ubat kan pagi tadi.. patutla cikgu dia kata semalam merengek jek, makan pun tak nak, kena paksa dengan ummi baru nak makan. rupanye nak demam.. huhu..

semalam juga, tak jadi keluar beli barang dapur. sebab aqil tak sihat. takkan nak bawa berjalan, pastu dengan hujan nya lagi.. baru ingat nak cari beskal aqil.. tak pe la, tunggu la aqil sihat dulu yek.. sekarang kan, perkembangan aqil kan, dah banyak words yang dia tahu nak cakap.. dah kurang pelat sikit..  agaknya aqil demam nak pandai cakap kot eh?? lepas ni, penat la ibu & ayah nak berlawan cakap ngan aqil kan?? hehe..

ok, ibu nak sambung buat keje balik.. semalam kan hasil susu aku adalah 6oz saje sepanjang hari ngepam.. sila la imagine. hari tu, punya la banyak, semalam agak terkejut dapat sikit. may be sebab aqil dah nyusu balik, tu yang menurun tu. terpaksa amik balik susu beku ibu itu.. tak pela, untuk aqil juga kan. so, ada balance 5 botol lagi.. ok daaa.. wassalam..

Monday, October 25, 2010

hari yang bersemangat

Assalamualaikum..

tak sabar menunggu hari ini. hari yang telah lama dinantikan. kenapa?? hari gaji la. yuhuu!!! alhamdulillah, bulan depan 5/11 genaplah aku 2 tahun di JKR dan  sudah tahun kelima bekerja sebagai penjana ekonomi negara.. hampir 3 tahun di private sektor & genap 2 tahun di JKR..

hari ni juga, tahun kedua naik gaji.. teett.. sila bergembira rakan2 se'batch' aku.. tak de la banyak, tapi  boleh la beli beskal aqil.. hehe.. alhamdulillah.. barang dapur kebanyakkan dah clear. so, malam ni rasanya mahu mencari keperluan dapur di pasaraya. esok malam mama & ayah nak datang, ayah nak gi amik pingat kat istana negara.. tak kan nak kosong jek peti ais tu kan..

Minggu ni juga, busy yang melampau sebab technition aku pegi team building. terpaksa la pulun sorang buat keje nih.. harap segalanya berjalan lancar.. minggu ni juga kena pulun buat slide menggunakan format baru.. huish.. terjegil lagi mata ku melihat pc ni.. minggu depan big2 bos mahu ke mesyuarat pemantauan di melaka. so, kena siapkan cepat2 slide ni. memang mudah je nak buat slide ni, tapi yang part susah jika data yang diperlukan tak dapat dan big2 boss tak berkenan dengan design & layout dan juga warna..

hmm.. susah la kalau nak puaskan hati semua orang mengikut warna kegemaran masing2.. kalau aku tukang buat ni, suka kaler2 orang muda. yang tukang semak tak berkenan dengan kaler aku.. huh.. tukar lagi, sampai last minit. tu yang stress di akhir garisan tu. hehe.. pada pendapat aku, asalkan maklumat yang kita buat tu sampai, okey la kan. simple2 sudah. ni nak terbang sana sini, penat nak ubah.. huhu..

ok, dah . stop membebel di hari yang bersemangat ni. hari ni je bersemangat, esok2 dah stat bayar sana sini, yang tinggal tak sampai suku.. sedih balik. hehe. bye. wassalam

aiman is 3 now..

Assalamualaikum...

Kelmarin, 23 Oktober ( Sabtu) besday aiman yang ke tiga tahun.. hepi birthday aiman.. makteh doakan aiman jadi anak soleh, jaga mama & ayah dan juga adik2,  jangan nakal2 tau.. kami ke bukit tinggi petang sabtu tu.. hujan lebat gile kat ampang time tu..

Majlis untuk anak beranak sahaja & sahabat rapat yang dekat2.. stat dari jam 5 sampai le malam. main menu ialah BBQ.. ikan ada, ayam ada, sate pun ada.. aku datang membawa perut dan juga puding kastad.. hehe.. aqil sampai je terus tiup lilin & potong cake. memang tunggu aqil je.. 

Aku hadiahkan aiman kartun super hero kegemarannya  set ULTRAMEN.. oleh kerana tak wrap, terus kena serbu.. tak sempat nak duduk beramai2 depan kek, terkam hadiah dulu.. banyak eh hadiah aiman dapat?? kasi la akeman yang banyak tu kat aqil sikit.. hehe.. jom tengok picture aiman yang diambil oleh camera compact saje.. tak pe la, janji ada kenangan kan man..

kek transformer


aqil nak juga..

die hard fan ultramen

ni akamen junior..  baru nak terpengaruh.. hehe

akemen kena tembak..

di antara menunye penuh semeja..

ni adik affan yang titon ajek.. dah 5kg dia.. dah 3 bulan ..

Makteh doakan semoga aiman jadi anak yang soleh, sihat selalu, tak mo nakal2 yek. jangan korek2 mata adik affan yek.. hehe. bye..




Friday, October 22, 2010

pregnant lagi?

Assalamualaikum..

tiba2 hari ni nak cite pasal pregnant la plak. belum2 .. masih dalam proses.. haha.. pagi2 biasanya aku akan blogwalking blog2 dalam bloglist aku ni.. terbaca kisah bersalin kali ketiga oleh farah, owner sarakids. ouchh.. sungguh tersentuh la pepagi ni melihat perjuangan ibu2 yang nak bersalin ni..

tapi, betul kata nya. kelahiran anak pertama, memang ternanti2 dan berharap sangat untuk ada anak sendiri. sakit bersalin anak pertama belum tahu lagi bagaimana perasaan nya, so happy menanti kelahiran. belum ada pengalaman. tapi, kalau macam aku ni, plan konon nak tambah anak lagi. orang pregnant, kita pun nak juga. jeles tengok kawan2 yang kawin lambat dari aku, tapi dah pregnant lagi, dah ada pun anak tambahan lagi.

tapi, bila difikir2 kan sakit nak beranak tu, tiba2 macam terbantut plak.. hehe.. lebih2 lagi kita dah tahu macamana rasanya, ngeri woo.. tapi tu la, rezeki & bahagian masing2.. walaupun aku dah pernah ada pengalaman bersalin tu, tapi bila dengar pengalaman orang bersalin, aku memang la ngeri.. sila imagine masa orang tu bercerita untuk dapatkan feel yang lebih mendalam. haha..

aku bila lagi?? *senyum je*.. untuk bulan ni, aku dah tak makan noriday lagi.. hehe.. kira minggu lepas la last.. 'kawan' tak datang sejak bulan ogos. tu sebab aku makan pil, tu yang period aku kejap on off.. hehe.. so, tunggu ini bulan, 'kawan' datang ke tak yek.. hehe.. suspen jek. dah ready ke nak pregnant lagi ni? dari segi emosi, kestabilan ekonomi? yang dah ready, baju aqil yang kecik2 dulu.. hehe..

ok dah.. wassalam.

kredit pic to google
gambar aku tengah memboncet DISINI
cerita aku beranak DISINI

p/s: hari ni, pam susu sebelum pukul 8. dah sangat berat. aqil tak nyusu sangat malam tadi. hasil nye, full tank lagi!! alhamdulillah. 10 oz di pagi hari. tapi sayang nye, tak bawa botol lebih..


Thursday, October 21, 2010

bila dia solat

Assalamualaikum..

rentetan dari mood yang okey seperti entry meow meow, kali ni aqil solat plak. hehe.. mudah-mudahan macam ni  la nanti bila besar ye.. setiap kali nampak sejadah, dia AKEBAT.. (Allahuakbar). mula la menonggeng -noggeng sembahyang. hehe..

tiba2 teringat ada sejadah kecik hadiah dari opis mate lama ketika dia ke umrah.. ha.. itu sejadah, aqil punya sekarang.. hehe.. jom layan pic aqil ni..


aqil nak solat ni..

macam yek yek je..

aqil lupa la nak pakai kopiah..

tara..

haip.. solat le.. apa tgk ibu plak..

alamak, kopiah tercabut la.. hehe

itula kisah nye.. tak nak kasi dia kacau, bentang je sejadah tu.. duduk diam2.. tapi kadang tu, kacau juga. tengok mood ler.. nanti dah besar jangan lupa solat yek..

eh apa ni? hasil kul 3 tadi.. full tank :-) hari ni dapat la 4 botol bersamaan 20 oz.. alhamdulillah.. yeay..


hasil nya..

Assalamualaikum..

taraa.. hasil pagi ini.. boleh senyum sampai ke telinga.. kenapa yek jadi macam ni.. sebab utamanya, budak kecik tu jarang menyusu, lidah dia sakit lagi.. tapi dia dah mula berani2 kan diri nak menenen, cuma suction tak sekuat hari2 sihatnya.. so, dari petang semalam, sampai pagi ni, kurang menyusu, jadi, ibu nya pam la di opis. belum time lagi, awal pagi kul 9 dah pam. selalu nya kul 10 atau 11 baru pam.. dah memberat.. hehe..

Aku pun dah standby 5 botol kosong bawa ke opis hari ini.. hope kelima2 botol tu penuh berisi la yek.. penuh tak penuh tu tak pasti la plak.. stand by aje, mana tahu ada lebihan rezeki aqil kan..


dah 3 malam aku tido tak lena.. su kan, mana boleh tido tak lena.. i ni kan ala2 baby gitu, tido kena 10-12 jam .. haha.. kuat tido, bangun plak adalah orang paling last sebelum aqil :-) tido tak lena sebab setiap malam kena sepak2 ngan aqil.. apa yang tak kena pun tak tahu la budak kecik tu.. nak nenen tak dapat, mulut sakit, so tak puas hati, ibu yang kena sepak tiap2 malam.. anak2.. kecik2 tak pe la perangai macam ni.. kalau dah besar, jangan wat cam ni ye..

semalam dia bangun kul 3 ke 4 pagi ntah. tunjuk pintu nak air.. terpaksa la aku terpisat2 bangun pegi bawah, nak kasi air. dah kasi air, tunjuk plak kuih siput. ada hati nak makan kuih siput yang keras tu, tak padan ngan sakit mulut.. tidak tidak.. tak koser ibu nak layan main2 kuih siput tengah2 malam buta tu qil..

okey, tu je perkembangan aqil.. macam dah semakin elok dari sakit nye. terima kasih atas doa & nasihat2 korang2 sume.. tq.. wassalam

p/s: alfatihah buat eyriqazz sekeluarga yang kehilangan ayahnda tercinta petang semalam..

Wednesday, October 20, 2010

21 bulan

Assalamualaikum..

aqil dah 21 bulan hari ni,. 201010.. cantikkan date nye.. hari ni dia masih lagi sakit mulut.. tapi semalam dah mahu minum susu sikit2 dan makan bubur, kena paksa.. kat taska pulak, habis semangkuk bubur nasi. mungkin dah tak tahan lapar agaknye.. pastu, bila amik dari taska, balik2 offer nenen, terus nak hisap.. dah gian sangat kot..

demam beralih bulan agak nye aqil ni.. ni kira first time la dia kena ulser ni... sian aqil.. ibu doakan aqil cepat baik tau.. malam tadi, tak boleh tido lena sangat, aqil merengek jek.. tak tahu nak buat apa. tapi, ada satu masa tu, dia hisap gak nenen, haus agaknye. tahu2 je dah tertido..pastu, bila kitorang nak gi keje, tak bangun2 plak.. hmm.. kena kejutkan dan terjadilah tangisan di pagi hari.. huishh.. marah ke kacau aqil tido.. huhu.. nasib baik kat taska okey je, terus masuk dalam tak nangis pun..

aqil, ibu sentiasa doakan aqil sihat selalu, cepat baik ulser aqil.. nanti dah sihat, aqil boleh main2 & ceria2 macam selalu okey.. mmuuaahhh..





Tuesday, October 19, 2010

carta ABC & 123

Assalamualaikum..

Minggu lepas, mencari2 hadiah cik abe di SOGO.. hmm. tengah sale barang baby rupanye.. tapi, duit tak mencukupi untuk shopping lebih2 okey, beli yang perlu aje.. nangis jap.. T_T..

dah survey2 & jalan2, terjumpa la plak carta abc & 123.. hajat memang dah lama nak beli, tapi rasanya macam kecik lagi je aqil nak kenal ni semua.. so, beli la 2 keping.. at least, aqil boleh kenal something la kan.. ke dah terlambat untuk aqil?? korang beli benda2 berupa akademi ni time bila eh?? hehe..

sume mainan dalam carta ni sume dia nak..

belajar rajin2 tau..

balik umah, mula2 dia tak heran. pastu dia seronok plak.. yang paling dikenali ialah ball!! B for ball.. yang lain, dia nampak T for tri-cycle..  dia asyik menyebut nak 'ikal' jek.. huhu.. nanti la ibu beli.. tak jumpa kedai beskal yang best & berpatutan. nak beli kat tesco macam cepat patah jek.. kalau beli kat pasaraya macam tak de pilihan sangat..

yang carta 123 tu pun dia tak heran sangat.. hehe.. tak pela, slow2.. nanti ibu dah dapat tempat yang sesuai, ibu tepek kat dinding atau belakang pintu ye aqil.. setakat ni masih bergulung2 lagi atas lantai.. hehe.. nanti aqil baca tau. jangan kacau ibu solat atau lipat kain ye..

ok daa...

wassalam

aqil sakit mulut lagi

Assalamualaikum..

Ye, aqil sakit mulut lagi.. demam dah tak de.. semalam dah pegi klinik, tapi doktor kata bukan sakit kuku mulut tu. alhamdulillah, risau juga sebab kat siku & lutut dia ada ruam2.. doc kata ada sapu krim apa2? hmm.. tak de plak.. aku ada la sapu bio-oil sebab kaki dia tu berparut bekas garu.. actually kalau betul la dia alah minyak ni, aku dulu pun ada alah juga bila sape kat peha.. kuar ruam2 sume.. kata nak hilangkan hitam2 lepas bersalin kan.. eh, tiba2 cerita lain plak nih. :-)

semalam, dia merengek je.. boleh dikatakan 24 jam la.. tido pun sekejap2 jek.. air liur meleleh sentiasa. sian nya anak ibu.. mulut & lidah dia banyak sangat ulser. kat bawah lidah ada la dalam 3 biji kecik2, atas lidah ada 2, kat pipi dalam ada 1, kat bibir bawah ada 1.. hmm.. tu yang nampak, yang tak nampak tak tahu la.. tadi call nursery, dia nak minum air masak yang ibu bekalkan saje.. susu tak nak, makan tak nak.. makan pun sikit2 jek.. merengek je.. tapi tadi tengah tido..

semalam, bawa ke klinik kerajaan. kat bandar baru ampang. ramai nya orang, masya-Allah. tapi nasib baik laju juga la servis.. dalam sejam dah settle.. doc kasi ubat demam, ubat mulut, ubat antibiotik & ubat gatal..  tanya dalam FB, nak kasi makan apa untuk ulser. kawan2 suggest aiskrim.. so, lepas balik klinik, kami ke mc d.. konon reward untuk dia main2 kat mc d tu.. tapi dia tak nak main plak.. meragam, bila ada orang, baru nak main. aiskrim sundae yang singgit tu pun dia tak nak. takut nak makan..

sian aqil.. berapa hari lagi la boleh baik ni.. minggu depan dah kena timbang.. berat tu dah la tak capai 10kg lagi.. dah sakit la plak.. tengah2 malam menangis.. ye la, nak susu, mulut sakit.. tapi, bila kena marah ngan ayah dia, laju je dia nyusu, terpaksa tahan sakit.. tatoott..

kesian tengok anak sakit. tak tahu nak wat camana.. yang penting kena bersabar dengan karenah dia.. tapi, terlepas juga marah2 tu, aku ni kurang sabar sikit :-) .. oleh kerana dia tak nak menyusu, aku dapat tambah 3 botol stok beku semalam, jadi 7 botol la. nak hepi ke tak? hepi sebab ada penambahan stok, tapi lagi sedih sebenarnya anak tak mo minum susu.. may be hari ni ada lagi susu yang akan dibawa balik.. berapa hari ye ulser ni akan hilang.. huhu.. wassalam


aqil, cepat baik ye sayang..

tengok gigi atas saya dah kena makan ulat..

Monday, October 18, 2010

demam & ulser

Assalamualaikum..
Salam hari isnin.. bersiaran lansung dari rumah.. kena update cepat2, aqil ikut ayah dia pegi beli breakfast.. EL together2 ngan ayah aqil hari ni sebab aqil demam dari hari sabtu malam. lepas balik dari putrajaya pegi bday cik Eryssa Qiestina hari sabtu yang lepas, suhu badan dia terus panas. on off.. dah lama dia tak demam, so ibu kena redha..

Malam tadi, start dari pukul 5 pagi dia dah tak nak menyusu.. tido malam pun kejap2 bangun rasa badan dia. ada yang cecah 39.2 degree.. mengigil2 badan dia, sejuk kot. aku ni biasala kan, panik la kalau macam tu. takut cerita lama berulang balik.. nauzubillah... pastu, dah tengah malam, rasa badan dia panas sangat.. dah lap2 ngan kain, masuk ubat bontot pun macm tak reda je suhu badan dia. takut nak tengok kat termometer, panas sangat. tak lama tu, kesan ubat bontot da turun suhu. sampai la pagi tadi dah naik balik 38.7 degree..

Offer2 nenen, tak nak.. cek dalam mulut dia, haa... kat bibir bawah 1 biji, kat lidah bawah 2 biji.. tapi, nasib baik dia nak minum air masak. asyik nak air je.. angin panas pun dah kuar.. asyik kentut2 je... kalau sakit kuku tangan mulut tu camana yek?? risau plak sebab salah satu faktor nye, ulser kan? tengok2 kat tapak tangan & kaki, ok plak.. 

petang ni kalau suhu badan dia naik lagi, baru bawa ke klinik.. ni suhu dia normal dah.. sebab kasi ubat demam.. nak tanya lagi pengalaman korang.. ubat demam baby & toddler lain kan? aku ada la balance2 ubat  demam baby, suspension 150. tengok2 ubat demam masa kat sjmc lain plak, 250@3.5ml.. rasanya yang 250 ni lagi power kot..

 melepek je...

 ni ok lagi, masih boleh main..

 tuala & cool fever untuk menyejukkan badan saya..

 saya demam ni... merengek je..

 mulut merah je.. panas..









Friday, October 15, 2010

rumah urut lelaki

Salam,



Sape yang cari rumah urut lelaki dalam blog aku ni yek?? hehe.. ni mesti samada orang ni nak cari tukang urut lelaki kan.. aku boleh bagi cadangan sape2 nak mencari tukang urut tu kan..

ok, actually ada satu post yang aku nak buat, tapi belum buat2 lagi. aku nak cerita pasal urut mengurut juga la ni. dulu kan, aku dah pegi berurut ngan orang buta kat maju ni.

lepas raya hari tu, ada juga berurut kat medan mara, urut refleksologi. tang kaki je dia usik.. bayaran, RM 40 kalau tak silap, untuk kaki saje. tukang urut dia ada laki ada pompuan. nak urut satu badan pun boleh. hari tu aku ada sakit lutut skit.. lepas kena urut tu, alhamdulillah, hilang la sakit lutut aku tu..

kalau pompuan urut laki pun boleh juga. sebab, dia urut pakai sarung tangan plastik. lepas2 urut kat sini, dapat la disimpulkan mengikut pendapat aku 5/10.. sebab, urut pakai sarung plastik tu aku rasa macam tak feel jek.. pastu, dari segi menjaga aurat pelanggan wanita & lelaki ni ada kureng skit.

 memang ada langsir macam hospital tu untuk cover, tapi masa aku pegi tu, tempat yang aku dapat tu, rail langsir dia boleh tak de. then satu bilik tu bercampur2 laki pompuan ngurut. macam lain macam la plak, segan la kan. tapi nasib naik lampu terang benderang. memang open la kan tempat tu..


so, korang kalau nak pegi, boleh jek.. tapi cakap betul2 kat kaunter, saya nak tukang urut pompuan, katil nak yang tersorok, tak de orang boleh lalu lalang situ.. memang la ada tukang urut yang buta, tapi orang buta pun ada nafsu juga kan? ok, that's my opinion.. bye.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails