Thursday, September 30, 2010

raya with my bff

Assalamualaikum..

cerita raya tak habis lagi even ni dah penghujung syawal..  ok, setiap kali raya, memang menjadi kewajipan atau kebiasaan aku untuk jumpa my bff ni.. memang setiap tahun ok. kalau masa single dulu, dah set dah. korang cuti sampai bila? nanti kita gi rumah ni, rumah ni,  rumah ni..

sekarang, bila sume dah keje, dah kawin, beranak pinak, masing2 terikat dengan komitmen masing2.. sape yang ada, dia lah yang ziarah dulu atau diziarahi. sape yang lewat balik kluang tu & tak sempat jumpa, next2 cuti plak la jumpa.. kalau tak, mesti ramai2 gerak dari satu rumah ke satu rumah..

even umah aku kat kl ni tak de orang sudi singgah, tapi kawan2 aku kat kluang sudi juga menziarahi aku.. terima kasih korang sudi beraya ke rumah aku. kalau tak datang, siap la korang.. haha

ni masa kat umah hawa, tengah berpantang. tahun lepas pun bulan pose & raya juga berpantang.. hehe

si cantik manis bermata sepet ni anak rahi, iris qasrina. sangat cute & celoteh nya macam mak dia.. i adore this girl :-)

aqil pinjam beskal kakak blh? aqil lum beli lagi.. hehe


ni gigirl yang putih gebu tembam ni anak hawa, namanya almas fatin. adik nye nur wani fatin.. kalau tak silap acik la yo..    : -) 
 
 
yang ni plak mommy to be.. berseri2 wajah nya.. orang sebelah pakai baju 'sedap' jek.. hehe


ni pun bff saya, ct hadijah. org 1st dtg berya ke rumah. ngan baby tsaqif, tgk tangan dia ketul2 tu, baby bf juga..

okeh.. tu je gambar2 kawan2 aqil & kawan2 ibu.. hehe..  nak tengok entry lama berkaitan diorang2 ni waktu kecil, klik sini. bye



Wednesday, September 29, 2010

aqil interframe!!

Assalamualaikum..

hai!! dah lama aqil tak interframe dalam blog ibu ni kan? lama ker.. hehe.. ibu pun kadang2 selit sikit2 je cite aqil sebab cite ibu lagi banyak dari cite aqil..

ok, let's start the story. aqil skang ni dah setahun lapan bulan dah. dah 20 bulan tau. aqil dah besar rupanye. tak lama lagi aqil dah nak masuk 2 tahun dah.. tapi aqil masih lagi bergayut ngan ibu.. sian ibu, bila balik keje, ibu baru nak buat hal2 persendirian dia macam masak ke, toilet ke, aqil mesti nak menenen ibu.. aqil pun tak tahu nape la yang best sangat bergayut & bertepek2 ngan ibu yang masam tu.. hehe.. selagi aqil tak dapat, selagi tu la aqil merengek2 memekak kat ibu & ayah.


ni muka saya yang manje kesayangan ibu!!


sekarang ni, ibu kalau pam susu dah tak meriah dulu. dapat la 3 botol dari 4 botol kosong yang ibu bawa tu. tu pun tak penuh. dalam peti ibu, ada 3 lagi susu ibu penuh krim yang penuh :-) ibu pun dah bekalkan aqil susu tepung untuk top up kalau aqil tak cukup susu. sebenarnya, ibu bercadang untuk wean off aqil. tapi ibu tak tarik serta merta, sian juga ibu kat aqil kan.. ibu nak kasi aqil slow2 terima susu tepung tu sampai la aqil berusia 2 tahun nanti.. ibu rasa ia akan menjadi kenyataan bila aqil tido dah tak cari nenen lagi..

macam ni je hasil setiap hari setiap pam. alhamdulillah.

 
yang peliknya, kalau kat nursery, aqil boleh minum susu tu. tapi kalau kat umah, aqil tak boleh tengok muka ibu, mesti tolak mentah2 susu tepung tu.. malam2 ibu selalu cakap ngan aqil, 'aqil dah besar, nanti dah tak boleh hisap susu ibu dah" tapi aqil buat dek je.. makin menjadi2 sekarang ni 'kekambingan' aqil..




okey, stop pasal susu. tengok aqil dah pandai apa sekarang ni.. aqil dah meriuh2 kan mulut sekarang ni.. hehe.. terjerit2 mulut aqil kalau nak sesuatu.. suka main peti ais juga.. kadang2 bukan ada apa pun dalam peti ais tu, nak main telur la, main sos la.. huhu..

ibu risau telur dia pecah!!

aqil selalu cari vitagen untuk minum sekarang, aqil tak cirit dah kalau minum air ni.

semalam, aqil dapat kasut baru tau!! ibu belikan.. selama ni, aqil pakai kasut baby jek. kasut raya hari tu ada, tapi kalau nak pakai mesti kena masuk stokin, sebab keras. so, ibu belikan aqil sandal kegemaran kanak2 zaman kini..
 
cantik tak?? size 5, ngam2..

jalan skit ibu nak tengok.. ewah.. :-)

okey dah.. tu je aqil nak cerita. saje menempel kat blog ibu lelama2.. nanti aqil menempel lagi kat sini ye :-) bye!!



Tuesday, September 28, 2010

menu raya : spaghetti bolognese

Assalamualaikum..

ni entry peram dah lama & macam nak delete je tak jadi publish. last2 gasak la, publish juga :-)
resepi ramadhan ada dalam blog. resepi syawal?? hmm.. kali ni, aku nak kongsi resepi spaghetti bolognese kegemaran family ku di kluang nun.. actually, masak2 spageti ni pun belajar dengan kak armi masa praktikal diploma dulu.. hasben aku tak berapa suka sangat spagetti ni, sebab tak pedas kot. ke aku yang masak tak sedap tak tahu la :-( aqil suka. nanti ibu free, ibu buat ye cayang :-)

bahan2 nya agak banyak, tapi senang juga. yang malas adalah nak mendadu bahan2 tersebut.. terpaksa minta bantuan sape2 yang tak de keje tu kan.. ehehe.. bahan2 nya:

bawang besar 4 biji
 bawang putih 1 labu
 daging cincang
 lada benggala (capsicum pelbagai warna 3 biji)
 cendawan butang
 tomato puri 
 tomato buah
 lada hitam yang ditumbuk
 mix herb & origano herbs
 garam dan perasa2 lain klu suka

 rebus spageti..

daging cincang & cendawan butang

 
bawang besar & bawang putih potong dadu

capsicum yang berwarna warni

tumis bawang

masuk tomato puri dan air

daging cincang masak kasi empuk

masukkan capsicum

cendawan butang plak. bila dah mendidih tu masukla garam, serbuk lada hitam, herba2 tu, tomato buah.
lagi lama masak, lagi sedap kot.

ni yang aku pakai..

tara!! pandai2 la eh ubah rasa ..

bye!!

telur ayam kampung untuk ibu aqil

Assalamualaikum..

kan aku tak sihat2 badan kan weken lepas. pas tu hari ahad tu balik umah MIL.. bising la dia tengok aku ni makin kurus dan muka pucat2 ni.. lalu, aku dicadangkan makan telur ayam kampung. korang pernah makan tak mentah2 macam tu?? ada berani?? haa.. rumah MIL memang meriah telur ayam kampung. kalau kat KL, mau sebiji singgit..

first time dalam hidup aku ni makan telur ayam mentah2 selain dari telur separuh masak yang dah tentu memang kegemaran ku tu.. nasib baik telur ayam kampung, kecik skit kan.. seriau juga la nak makan tu.. setahu aku la kalau dulu TOK TI makan telur ayam kampung nak kasi suaranya merdu (aku pun rasa suara aku macam dah merdu skit ,hehe..). tapi kali ni my MIL cakap elok untuk kurangkan panas badan..

dah 2 hari aku makan mentah telur ni. ada lagi 4 biji.. aku tanya family kat umah MIL aku, diorang pun tak pernah makan telur macam tu. tak masuk tekak beb.. kalau masuk pun keluar balik, tak tertelan.. huhu..

nak dijadikan cerita setelah dibuntang2  mata olah FIL aku, aku makan juga. tapi makan kat dapur, standby sebelah sink, ada air masak & air coke :-)  basuh2 dulu telur tu, kopek pelan2, kasi besar skit lubang dia. aku ni kopek kecik je, mulut dah nganga, hidung dah tutup, telur tak jatuh2 lagi.. yang jatuh air dia je.. nak tak nak, telan juga sikit. kopek balik.. sekali ko, dah tuang balik masuk tekak, ha, ambik - tersengkang kat tekak.. nak terkeluar balik tapi laju je masuk tekak.. lepas tu, terlompat2 aku menahan rasa kat situ..

semalam, lepas dah sebijik.. ada lagi 4 biji lagi untuk ditelan.. hmm.. actually tak de rasa apa pun kalau tutup hidung, cuma dah masuk tekak tu, rasa telur je la.. lain la kalau kemam dalam mulut kan.. eeii.. okla.. harap2, telur yang aku makan tu memberi khasiat yang baik untuk badan aku. dapat berisi skit ke.. hari2 makan telur tak pe ke?? budak2 makan telur elok?? bye. wassalam..


petua tahan lama

Assalamualaikum..

terjumpa emel ni dalam maibox. tak perasan dah baca ke belum. tiba2, macam menarik je!! haaa.. korang pun mesti suka tengok tajuk dia kan.. haha.. jom share resepi2 kebahagian.. hehe..

Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo.......
Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahan lama nie, ya?
Kat bawah nie ada petua untuk 'tahan lama'. .

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2008. Dan sebelah lagi pada 1 January 2009. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayar le zakat utk barang kemas tu atau pakai saja. Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat. Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...

PAKAIAN.
Nak tahan lama,
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama2 sangat. Elak guna washing mach. Jangan jemur bawah mentari terik. Elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan.
Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN.

KERETA
Nak tahan lama.
Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. Jangan bagi angin masuk. Jangan bagi abuk masuk. Jangan bagi wap air masuk. Bayar loan bulan2 sampai abis loan. Gerenti tahan lama.
KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..
UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi bazirkan duit saja, kalau duit tak ada, banyakkan lagi masalah).

ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat
hahaaa....

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!
Last word:
SELAMAT BERTAHAN LAMA...
...............sentiasa terbuka dan rasional.
HAHAHA..saja berlawak tengah sejuk-sejuk ni
 
p/s : amacam? ada kena?? lawak betul emel ni.. ingatkan betul2 petua tadi.. hehe.. pandai melawak penulis emel ni.. :-)

Sunday, September 26, 2010

demam

Assalamualaikum..

Demam. ye aku demam dah 2 hari.. demam saje tanpa batukdan selsema.. lama betul aku tak dapat demam, tiba2 kena demam 2 hari plak. pas balik keje jumaat, tido jap. hari jumaat adalah hari stress mengadap slide, balik lewat. bila bangun rasa badan ni sangat tak larat. suruh la cik abang minta picitkan dahi.. pastu dah rasa seram sejuk.. terus amik baju sejuk, makan panadol. ingatkan dah settle. yelah, kita orang tua makan panadol cepat je berpeluh & baik terus.. rupanya tidak..

kisah demam aku bersambung hari sabtu. hari yang ditunggu2 untuk pegi jalan2 raya & open house. tidakk!! cek suhu badan, dah 38.6 paling maksimum hari tu.. kalau aqil demam ni dah tentu kena masuk ubat bontot. tapi ibu? makan panadol lagi.. jap nak tanya, panadol dengan ubat demam kat klinik tu benda yang sama ke?? cik abang dah sibuk ajak gi klinik. aku tak nak sebab aku rasa kalau aku demam kejap je baik nya..

sampailah malam tadi, last panadol aku makan, alhamdulillah.. pagi ni badan rasa seperti biasa. walaupun rasa lain skit. aku juga dah lama sakit lutut belah kiri ni.. tak boleh jadi, nak juga pegi urut. rasa tak selesa sangat dan sakit.. untungnya ada suami yang menjaga ku & anak ketika sakit demam. masakkan nasi walaupun aku ni tak de la selera makan sangat. terima kasih abang. ni yang i lap u lebih ni :-)

so, hari ini, boleh la gi open house dan beraya lagi.. bosan aku asyik terbaring je sampai sakit2 badan ni.. okey, bye!!

Friday, September 24, 2010

salam jumaat

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah cabaran.

Assalamualaikum..

see.. pagi2 jumat dah bermadah helah :-) tak de la.. aku nak bagitahu yang betul nye. semalam adalah busy, hari ini super busy, esok nak gi open house.. teett.. ada kena mengena ke?? hehe.. tu yang semalam dan hari ini macam tak sempat nak berblogging. tapi ni tengah  break jap, coret skit la diari hari ni :-) aku tak nak la kawan2 rindu kat aku ni.. teettt.. ada ke orang rindu tu.. huhu..

entry photoshoot part 2 tergendala jap. aku hujung bulan je aku busiest skit.. mcm la dia sorang je busy tuh.. hmm .. nak story mory apa ni?? open house ke?? open house tahun ni aku tak buat kot. tapi kepada kawan2 yang nak datang, datang je rumah ku. sentiasa terbuka untuk kawan2 yang nak datang beraya. call dulu supaya senang aku nak prepare apa2 yang patut.. lagi bagus kalau plan datang satu group, banyak skit menu nye.. hehe.. berangan jek.. kuih raya umah aku pun tak banyak .. yang dok mengadap kuih raya kami bertiga je.. hehe.. makan time balik keje, lapo..

tahun ni, insya-Allah nak beraya ke rumah kawan2.. selagi syawal masih ada ni kan.. weken mesti busy kan jalanraya. so spot area yang mana jem mcm umah aku tu, kena kuar awal pagi, balik lewat petang, baru tak stress atas jalan.. huhu..

okey la.. kang kalau dah free skit aku celoteh lagi yek.. bye!!



Wednesday, September 22, 2010

pengalaman itu dah berlalu

Assalamualaikum..

pengalaman apa tu? hehe.. ala, pengalaman aku naik motor la.. tengok2 kat luar macam dah lebat, teringat plak kenangan naik motor. bulan ni, tak naik motor dah.. naik keta balik semula.. kalau ikutkan masa, memang nak sangat naik motor ni pegi balik keje. cepat sangat zzuppp zzaapp dah sampai.. tapi sebelum naik motor tu memang kena baca doa dulu la kan. mulut tu kumat kamit je baca ayat kursi :-) sangat penakut naik motor ni. yela, dah bawa motor macam pelesit, celah sana celah sini.. takut makcik ni...

sekarang, motor tu tinggal kat umah bawa pegi kedai jek.. hehe.. bawa aqil round2 petang2.. tapi, kalau dah terlambat pegi keje, ada kemungkinan naik motor balik kot. tu plan asal la. plan, sebenar, tak tahu la lagi.. hehe.. lagi pun sekarang ni musim hujan petang. dulu time pose, main redah jek. tapi alhamdulillah la. masa bulan pose tu, hujan juga petang tapi tak de la lebat sangat. kecuali ada satu hari ni memang sangat lebat. aku duk belakang, jadi tak de la rasa basah mana.. cik abang kat depan la yang kuyup..

dulu, tengok orang naik motor, kesian sangat. hujan2 jalan juga. ada tu, bawa anak kecik atas motor. pun kesian kan. tapi, bila dah ada pengalaman sendiri, apa nak kesian, lagi best apa naik motor cepat sampai.. duduk la ko berjem2 dalam keta, aku selit2 je dah sampai. babai!! melambai ala2 gaya puteri atas motor.. haha..

time naik motor, marahkan kereta yang kurang asam. "woi, apa ni, tak nampak ke" (ayat contoh je ni) sekarang, naik keta, "ee.. lembut betul motor ni, bawa motor duk tepi la, sibuk tengah jalan buat apa" huhu.. sume nak cepat.. sume kena marah.. hehe.. tapi satu je la, naik motor ni ibarat mentimun ngan durian. salah-jatuh-luka, tak salah pun luka juga.. aku ni memang selagi tak sampai rumah, berdebar2 je atas motor tu.. dah sampai rumah, alhamdulillah tarik nafas lega, sampai juga :-)

ada satu kes masa nak balik umah tu, ada minah pompuan ni suka2 je nak patah balik tanpa tengok side mirror yang kami ada kat sebelah.. nasib baik depan tak de keta (ada, bas tapi jauh skit) boleh la elak jauh skit. lepas tu, siap la pompuan tu kena kejar balik ngan laki aku, kena marah sebijik, terkebil2 minah tu, mungkin dia pun tak tahu dia dah tersilap. dah la time tu bakul motor penuh ngan kek lapis.. hehe.. memori betul.

haish.. hidup2.. macam ni la hidup di kota. tempat mencari rezeki. penuh dengan liku2 dan cabaran. yang penting, jaga diri & keluarga. berdoalah setiap hari agar dijauhkan daripada malapetaka yang tidak diundang.. bye!!

photoshoot raya

Assalamualaikum..

entry ramadhan punya la banyak. yela, menu itu la, menu ini la letak.. sume nak cite kan di bulan ramadhan. bulan syawal pulak?? ish2.. sikit benar entry nye.. yela. mood cuti kan, sume benda tak jalan. nak beraya lagi, kalau duk umah ngan anak, nak kena layan dia plak.. hehe..

ok, ramai betul orang menulis dan menempek gambar raya sekeluarga kan?? aku?? ada la gambar yang complete 3 orang.. tapi, cantik tak cantik tu sendiri fikir la.. muka aku menten je la kan depan kamera, yang lagi 2 orang tu?? hmm... nak masuk contest tu pun rasa TAK PAYAH LA.. haha.. okey.. jom tengok gambar je la hari ni. merata-rata tempat menggunakan kamera olympus ku, kamera handphone ku & juga kamera DSLR adikku..
me & younger brothers. sama tak muka kami?

rombongan cik kiah ke rumah mak lang

muka ni lagi bergambar.. hehe
 
posing baring plak.. luv this pic :-)


3 of us.. ni je gmbr bertiga yang ado..


okey.. nanti kita sambung lagi eh.. part 2.. ni untuk kenangan kitorang untuk diabadikan dalam blog ni :-)




Tuesday, September 21, 2010

suwa suwei..

Assalamualaikum..

Aku dah masuk keje hari ni.. lepas subuh tadi aku berdoa semoga hari ini dipermudahkan urusan hidupku. tapi, kita insan biasa saje. kadang2 doa dimakbulkan, kadang2 tidak.. mungkin ada hikmah di sebalik itu..

yang penting, hari pertama bekerja selepas naik cuti adalah hari yang angin bagi aku.. ggrrrr!! angin dari pagi tadi sampai sekarang.. satu, kes aqil tak nak masuk nursery sampai main kejar2 ngan aku depan pintu nursery tu, tarik2 tudung aku, meraung2.. tensen ni. nasib baik tak lambat punch. 7.41 okey :-) ada senyum di situ.

kedua, masuk opis, pc aku ntah dari bila bernyala tak tutup2.. ntah2 seminggu lebih tak?? wallahua'lam. tapi ni tak angin sangat la, bukan pc aku pun kalau rosak nanti2 kan tapi kalau dah meng 'hang' kan diri time aku nak wat keje, ni lagi fed up.. printer ni pun satu tak faham bahasa.. memanjang error.. eeii.. time keje banyak ni kau nak buat hal plak. majuk ke dah lama tak guna.. hehe..

ketiga, kenapa ganggu aku dengan kerja kau plak. eeii.. cari la sendiri okey. kita dah tak sehaluan lagi. masih sibuk2 nak kacau aku..eeii.. berasap2 ni.. kerana kau la printer ni asyik bengong jek. ko kan ada printer sendiri. sibuk2 plak suh aku print benda yang banyak gile ni. dah la aku sorang je, tak de pembantu hari ni.. tensen2.. sabar banyak2..

okey. tu jela. nak cakap hari yang suwa suwei.. hidupku kembali seperti biasa dah. kalau cuti2 tu rasa aman tenteram jek peluk2 ngan aqil.. kadang2 pikir, bestnye kalau duk relaks2.. hush.. sape nak kasi duit tiap2 bulan dengan berelaks sakan macam tu kan..

okey. to be continue.. banyak lagi cerita gembira waktu raya yang aku nak share ngan korang2 sume.. nanti2 kan entry terbaru saya okeh.. bye.. smile ........................


Monday, September 20, 2010

minggu bercuti dah habis

Assalamulaikum ..

berjumpa lagi di minggu bekerja kawan2!! ni update secara pantas ye.. aqil tengah tido tu. tak hantar pun dia ke nursery. sian plak dia kan. dah lama cuti ni, asyik nak berkepit ngan ibu je.. kalau tido tu, nak bergayut dulu dalam sejam, baru dia lepas. kasi chance ibu dia tido sekali.. haha.. semalam konon2 tanya " esok aqil gi sekolah ye - tak nak" hmm. dia paham ke sekolah tu apa ye.. hehe.. siap ngan geleng2 kepala lagi..

ni walau pun aku cuti, seperti biasa tak banyak yang dapat aku buat bila ada anak kecik kat rumah ni. tak de orang nak tengok2 kan dia kalau aku basuh kain ke, nak masak ke. tapi aku kena juga la masak, kang lapo nak makan apa plak.. takkan nak goreng nugget je kan.. ehehe.. bila dah tak puasa ni, lapar dia menjadi2 kalau tak makan..  ni nasib baik aku tak basuh kain, hujan lebat menggila ni.. tengok la petang2 sikit aku basuh la..

okey la. to be continue.kuat terjaga sungguh budak ni..bye

Saturday, September 18, 2010

kokoman vs. ultraman

assalamualaikum..

tengah2 malam sabtu baru berkesempatan nak update blog. kalau ikutkan hati, memang dah terpanggil2 setiap masa nak ngadap komputer ni. tapi memandangkan aku menjadi nanny terjun, tak boleh la nak mengadap barang sekejap.. malam pun dah letih. malam ni je aku gagahkan mata nak mengisi kesunyian blog yang dah lama tak berusik ni..

okey, entry kali ni untuk mak ida yang rindukan heroes dia nih..hehe.. bila dah duduk rumah dengan adanya budak2 kecik, kadang2 rasa seronok juga tengok telatah diorang ni. kadang tu memang pening kepala, geram, etc etc..  sorang si abang, memang sume mainan dia punya, yela, mama dia kan berpantang lama kat sini. aqil bawa badan je balik kluang ni.. haha.. pantang sentuh otomen dia ke, power rangers dia ke, siap la berebut ngan aqil. aqil plak, dah la barang orang kan, nak juga pertahankan rebutan tu.. pening kepala aku tengok budak2 dua orang ni. ni baru ada anak sedara & anak sendiri.. kalau anak sendiri yang ramai2, camana?? jadi tarzan la aku.. hehe..
  

pastu kan, aiman ni dah bawa pengaruh otomen dia kat kluang ni kan.. hmm.. si aqil plak sama naik.. ternampak laptop je, kokomen.. segala apa sebutan, semua ada koko depan dia, aqil tengah nak belajar cakap.. siap bergaduh2 sebut ngan aiman lagi. aiman betulkan sebutan dia, ULTRAMEN LAH. si aqil bantai KOKOMEN juga.. banyak kali juga la kalau budak dua orang tu duk depan laptop bertelagah sebutan.. hehe.. kelakar plak tengok budak2 ni.. pastu, aiman siap dengan gaya, nak otomen macam ni, macam tu la. aku pun sampai dah tahu otomen apa yang ada dalam youtube tu. otomen taro, otomen tiga, otomen kosmos.. haha.. adik badek otomen pun ada ko.. lagu dia pun macam terngiang2 je kat telinga aku ni.. hahaha..



kalau kat ruang tengok tv ni, macam biasala.. kemas kejap, berterabur balik semua toys & cars.. adoi.. sakit mata tengok. nak nyorokkan mainan, kang bising plak cari.. dua2 dah ada mulut, lagi bising la.. aqil plak, alhamdulillah, perangai dia macam dah elok sikit jek. tak de nangis2 dah. kecuali kalau dia nak tido ke nak nenen ke, mula la dia minta dokong.. rapat betul dia ngan ibu dia nih.. camanala nak cerai susu nanti ni.. minggu depan je dah setahun lapan bulan......



hmm.. tu jelah update untuk malam ni. kang esok2 kalau sempat, aku update lagi.. ahad dah nak balik kl.. cepat betul masa berlalu dah nak naik kerja.. aku masuk keje selasa :-) ok... bye..wassalam...

p/s:  al-fatihah untuk keluarga allahyarham M Rajoli yang telah kembali kembali ke rahmatullah. juga kepada keluarga Datuk Sosilawati dan sahabat2 nya yang telah dibunuh secara kejam..


Thursday, September 16, 2010

syawal kali ini...

Assalamualaikum..

Bertemu kembali.. sangat tak aktif mengupdate blog cuti2 nih.. iklan pun tak nak masuk dah ke sini. huhu.. tak pe la, janji happy beraya di sini! kat mana tu?? kat kluang la, mana lagii.. aku ni duk terperap je kat rumah. nak raya ngan kawan2 kat kluang, sume ada komitmen masing2... bila mastermind tak de, maka terperap la kat rumah ni.. macam tak raya jek.. baju raya aqil pun ada lagi yang belum pakai.. tunggu tok ma bawa kami berjalan, baru macam ada paksaan nak gi beraya.. hehe..

dah ramai ke yang balik ke halaman mencari rezeki?? aku lum lagi, cuti sampai isnin tapi may be balik kl hari ahad.. harap2 tak jem la yek ahad nanti.. apa la jadi ngan umah kat sana yek?? harap2 ok semuanya.. dah kemas cantik2, tinggal kosong rumah tu.. kat rumah kluang ni, even tak sekecoh bila ada orang datang, kecoh nya tetap ada.. yelah, dengan ada nya dua orang kanak2 riang ditambah dengan baby kecik dan ibu berpantang, maka aku menjadi seperti orang yang tak siap.. huhu...

mama dah keje hari isnin hari tu. so, jadi la aku tukang masak kat umah ni.. kena juga masak even anak aku ni kadang2 buat perangai.. kan ada ibu berpantang kat rumah ni.. lambat atau cepat, tetap kena masak, semua terpulang pada karenah aqil.. nasib baik ada aiman yang kadang2 membantu juga. even dia tak sebulu ngan aqil dengan tag line "aku kan abang", tapi dia juga la tempat aqil melekakan diri untuk bermain2.. hmm.. aqil nak kawan rupanya..

sekarang ni, cara aqil cakap pun dah lain.. dia panggil aiman , AIMAN.. so, semua perkataan depan dah jadi ai.. aiman, aiball, aifan.. aqil juga dah terpengaruh dengan tengok ultramen kat youtube.. huhu.. dia sebut kokomen.. hehe.. pandai la budak2 zaman sekarang.. dah pandai tengok komputer tau.. time ramai2 ni, umah ni pun dah jadi macam cyber cafe dah.. masing2 mengadap laptop.. ada 3 laptop kat umah ni, semua berfungsi.. huhu..

 budak 2 orang ni  penyeri umah atok..

 suka sangat makan kerepek pisang..

 lebarnya senyum anak ibu ni.. tunjuk gigi rosak tu ke.. hehe..

baby affan yang dah sebulan esok..

okey la.. nanti update lagi ye, ngantuk dah.. daa.. wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails