Monday, August 30, 2010

penatnye duk rumah..

Assalamualaikum...

aku adalah rajin update blog :-) kata blogger tegar lantik sendiri. bulan ni la yang paling banyak aku mengupdate kan? hehe.. ni baru lepas mengerjakan kabinet dapur aku. mama dah banyak kali datang suh aku penuhkan barang2 yang berkeliaran di luar kabinet2 aku tu. dah banyak kali juga aku senyum kambing. kadang tu, makcik aku dari tgnu datang, dia yang tolong kemas2 kan.. haha.. apa punya bini la pemalas ni.. aku ni kalau mood datang, memang ngemas all out la. lepas tu, buka hari ni aku nak beli jek, lepak weii ngemas rumah di bulan ramadan yang mulia nih :-) korek sana sini, eee.. terjumpa la benda2 yang menggelikan.. dah nak setahun aku duduk rumah ni, baru pes time aku korek2 ni.. alang2 dah stat kan, harus aku settlekan walau pun mulut aku mencebik kegelian.. gotong royong sensorang jek.
 

aku buka sorang dengan aqil hari ni, laki aku outstation.oww.. aqil si comel tu terpaksa aku hantar ke nursery. tadi demam dia dah sejuk skit. tak tahu la kalau naik balik. hope aqil okey jek.. jap lagi lepas perah susu, harus aku bergegas ke jusco pulang balik kasut salah saiz tu. pastu, tengokla apa2 yang murah & patut di beli  nak hias2 rumah skit.. hehe, pompuan2.. 

nak buat kuih ke tak ni ek?? aku cek2 barang tahun lepas, sume dah expired. tak berani aku nak guna even macam cantik lagi jek.. masuk tong udah.. cerita kuih raya tahun lepas di entri ini. dah aku cakap banyak kali ngan hubby nak wat kuih, dia kata tak payah buat. tapi aku ni berkobar2 juga nak buat sebab kuih tu tahun lepas aku buat jadi. rangup. kuih cornflake resepi kak maria tuh.. nanti la aku sampai jusco aku msg dia "nak wat kuih raya boleh?" hehe.. kang dilarang2 tapi degil, ada yang tak jadi nanti.. hehe..

okey la. nak siap2 ni. nak mandi jap. kat dapur tu, biar terbengkalai jap. dah habis basuh, letak kipas, kasi dia kering dulu kang balik, baru sambung. dah bersih2kan ni lega skit, nak menyumbat tu senang je kan :-) oww.. last but not least, tengok pic kami semalam ye. boring plak blog tak de gambar ni.. bye!!

 eksyen je ni, token tak letak pun :-)

 aqil copy paste muka ibu ke?? hehe.. ni boleh dia panjat rak keta ni, nak main benda ni. nasib baik salesgirl tak marah.

 suka sangat main benda ni..

 main ni pun best juga.. habis kudrat kami melontar.. hehe..

 aqil pegang je bola tu.. nak baling tak sampai..

 dah banyak kali naik pusing2 ni, dia still takut..

dengan ibu !! ibu letih ye?? ye la, letih kejar aqil.. hehe

hujung minggu punya cerita

Assalamualaikum..
Update pagi2. aqil tengah tido lagi. sian aqil, dia demam semalam. tapi tak panas sangat, paling tinggi 37.9 degree. dia kalau dah demam, mulut tu mesti tak lepas dari nak nenen. bergayut je. aku pulak cuti hari ni. amik cuti tersepit, sambung yang hari tu punya cuti. tengah berkira2 nak hantar ke tak aqil ke nursery ni. aku banyak program la hari ni. ingat nak cari barang nak buat kuih raya yang sejenis tu :-) barang apa nya, buttercup je. kalau tak hantar, kang tak dapat buat keje umah plak. nak hantar, demam la plak..

semalam gi jusco, aqil dah meragam, terus balik.. kasut dia plak, beli size kecik sebelah. aku dah agak dah.. kalau ayah nye yang tunggu salegirl tu cari kasut, bukan nak cek betul2.. dah satu kerja pulak nak gi tukar. aku dapat rasa benda ni akan jadi. sebab masa aku kecik2 dulu, pernah kena kasut kecik sebelah. pakai je la masa raya tak sama saiz tu.. tapi, ni aqil ada peluang nak tukar, mesti la pegi tukar kan.. huhu..

semalam kami gi jusco wangsa maju. pagi2 lagi dah kuar rumah. tak de la pagi, dalam kul 10 juga. tapi, macam tu pun parking dah hampir penuh. pukul berapa la diorang ni datang.. bukan ada sale gile2 pun.. huhu.. dapat la belikan ayahnya baju 2 pasang, mainan aqil set golf tu. nyesal plak beli, buat sepah rumah jek.. aqil plak, bila dah nampak ball, nak ball. padahal kat umah dah ada 3 ball besar, 1 ball kecik.. sempat la tarik dia..

dah siap bayar2 sume, bawa la dia gi ke wonder park tu.. haishh.. dah masuk tak nak kuar plak.. berhempas pulas nak kuarkan dia dari situ.. dulu, aku tengok anak orang je perangai macam tu, sekarang, anak aku sendiri buat perangai macam tu.. tak dapat la aku meround2 ke bahagian pinggan mangkuk, alas2 meja tu.. nanti la, kat SOGO aku pegi.. hehe.. saje, kadang suka tengok benda2 macam ni, berangan :-) sampai jusco kul 10, kul 12 lebih dah dalam keta dah.. cepat gile kan :-) okla, budak kecik tu dah nangis.. bye!!!

Sunday, August 29, 2010

good morning sunday!!

Assalamualaikum!!!!!!!!!!
 
ceria nampak nya?? hee.... aku baru bangun tido lepas sahur & solat subuh, terus ngadap laptop ni. gilir2 ngan laki aku. ni dia plak tido, mcm kat cybercafe la plak.. aqil tengah tido ni, dia pun sahur juga tadi. nasib baik mood dia ok2 la juga walau pun masa aku tengah makan sempat nak nenen lagi.. huhu.. terpaksa main cak2 dulu untuk slowkan rengekan dia tuh.. 

semalam kami buka kat lenggeng.. tengok MIL aku. sejak dari accident belum sempat jengah lagi dia.. sian tengok, kaki dia dah biru, besar gile.. kat area lutut. dia tak boleh jalan, sakit sangat kaki kanan dia tu. naik kusi roda. hope mak cepat baik ye..  MIL aku nak buat apa pun tak leh, nak masak apatah lagi.. nasib2.... dugaan betul di bulan puasa ni.

program hari ni apa ye?? hee.. semalam ajak hubby gi jusco.. tapi dia janji nak gi hari ni. kalau tak jadi, siap dia.. :-) nak jalan2.. bosan duk umah, di samping nak cari baju untuk dia jugak.. heee.. boleh juga aku cuci mata..

petang ni plak, ada yang tanya nak masak apa.. hehe.. dalam fridge ada lala. so, menu nya lala la... goreng ikan kerisi & cendawan masak gulai lemak cili api.. ni menu yang dirancang la. kalau aqil ok :-) selalunya tak ok, tapi jadi je aku masak dengan ribut2 tuh.. hari ni nak try masukkan dia dalam buai sama macam semalam kat umah MIL mcm tu la. so, aman skit waktu buka tu... hope menjadi..

okey la. hujung minggu tentunya nak kemas rumah etc2. tapi kena tunggu aqil tido siang dulu. macam skarang ni pagi sangat.. aku pun macam nak tido balik jek.. hehe.. ok, bye!!!



Saturday, August 28, 2010

diari ramadhan su (hari ke 18)

Assalamualaikum...

Semalam, kami berbuka di De Palma Hotel, Ampang.. Atas jemputan opis hubby. aku menumpang je la kan :-) alhamdulillah, perangai aqil baik juga la.. syukur sangat.. may be suasana yang lain compare ngan kat rumah asyik mengadap muka ayah & ibu je, kat sana banyak benda yang aqil boleh buat.. even dia duduk atas pangku ibu sepanjang masa, tak pe. janji aqil duduk baik2. makan berterabur atas meja pun ibu tak kisah. nak ketuk apa, ketuk la. jangan nangis jek. :-)

May be aqil cukup rehat kot duduk ngan ibu kat rumah. dia dapat 2 kali tido. last bangun pukul 5 lebih time ayah dia balik keje.. yela, kalau duk umah, nak ngempeng ngan ibu jek. nak ajak ibu main, ibu  ni ala2 pemalas nak main2 ngan aqil :-) last2, ibu kasi nenen kat aqil, jom tido aqil :-)

Buffet semalam boleh tahan best!! ada ke hubby ajak balik sembahyang kat umah. aku ni perut tak kenyang lagi. yela, buka pun bukan betul2 sebab melayan aqil lagi.. setakat 2 3 sudu jek ( ye ke?? ) nak la juga aku meround lagi cari apa yang best. so, dapat la juga  aku sambung makan after maghrib kat situ. surau yang luas, selesa sangat. pernah aku buka kat hotel kat KL, bilik hotel jadi surau. ko bayangkan la berapa ramai yang nak sembahyang, bersesak2 dalam satu bilik, dengan telekong tak bawa nya.. huhu.. tapi semalam, best, memang okey la. lagi pun De Palma kan hotel bercirikan keislaman..

okey la.. to be contibue.. aqil dah bangun!! 

Friday, August 27, 2010

mamat ngempeng

Assalamualaikum..

Kalau ikutkan hajat dihati, banyak je cerita aku nak taip hari ni. nak tunggu aqil tido, aku nak kemas umah, tulis blog la bla bla bla.. tapi, ini budak aaaa  banyak songel tau. tak boleh dengar katil bunyi2 sikit dah bangun.. terlepas nenen pun dah boleh merangkak2 cari aku.. huh.. tak dapat la aku nak buat apa yang patut dibuat bila duk umah ni. memang jadi babysitter habis la kan. memang cuti ni jaga anak  100 % la.. hehe.. Jom tengok aktiviti aqil kat umah dari pagi dengan ibu kesayangannya ni :-)

 ni gambar malam tadi. meragam juga, aku kan buka sorang je, sempat makan roti je pastu tidokan dia.. sian aqil, penat agaknya kat taska, asyik main je..

 good morning!! bangun pagi tengok dalam beg dia, ada goodies rupanya.. makan lolipop skit. eksyen je, bukan makan sangat pun..

 macam ni la ibu suka.. senyum je.. 

 dah mandi ni.. abaikan umah yang bersepah tu yek..

 tengok tv plak.. dengan syarat, ibu pun baring juga.. bertuah nya anak ibu ni.. tak dapat ibu nak buat apa2..

 baca buku ke tu... hehe...

 pagi breakfast bahulu.. siap la hancur bahulu dalam tu.. masuk mulut sikit jek.. bertabur yang lebih nya..

 ni tengah wat 'projek' ni.. ibu ni, itu pun nak snap ke.. hehe..

tu la keje aku seharian. melayan anak kesayangan yang manja terlebih ni.. nak bauh pinggan pun tak sempat. hanya sempat basuh kain jek.. ni aqil tengah tido boleh la bloging jap. kang dia bangun, lansung tak boleh buat apa.. aqil dah tido 2 kali dah hari ni.. harap mood dia okey malam ni. katanya nak buka luar.. jangan la ko mengarok kat luar tu qil.. nanti ibu bertukar jadi hijau ke biru ke, sape yang susah?? hehe.. daa... selamat hujung minggu!!!

diari ramadhan su (hari ke 17)

Assalamualaikum..

Hari ini 17 ramadhan ke? hari ni nuzul quran. KL tak cuti tapi sebab aku duk ampang, selangor, taska aqil tutup. so, aku kena jaga itu budak kat rumah la.. tapi aku amik direct sampai merdeka.. hoyeaahh :-) hari nuzul Quran ni adalah hari di mana Quran telah diturunkan ke bumi dan menjadi mukjizat terbesar nabi Muhammad S.A.W. Ia juga menjadi pedoman dan panduan hidup kepada semua umat Islam di muka bumi ini..

Bercakap pasal al-Quran, korang stat ngaji bila? kalau tak silap aku, aku stat ngaji masa tadika kot. ngaji dengan mak yah sedara nenek & duduk sebelah umah nenek. dulu, masa kami kecik2, kami semua tak dihantar ke taska, tapi hantar kat umah nenek & bersekolah dekat situ juga, Kg. Melayu, Kluang.. bila mama balik keje, dia amik kitorang balik. so, aktiviti lepas balik sekolah adalah pegi tuisyen umah mak yah & ngaji sekali. kecik2 lagi dah tuisyen ko.. stress kejap :-) bila dah belajar umah sedara ni, perhatiannya lebih sikit la kan. kat sini la kitorang belajar disiplin diri. 

mak yah aku ni garang!! ko salah ngaji, siap la terbeliak2 bijik mata dia., ketuk jari ngan  apa2 je la.. kalau datang umah nenek, dengar suara kitorang main kat luar, dia pun dari tingkap atas umah dia dah jerit  "tak baca buku ke"..dulu dia muda mungkin time baran kot. sampai sekarang kalau jumpa dia, rasa nak melarikan diri tu ada lagi.. hehe.. sampai aku & kak long kawin, mak yah ni tetap menjadi cikgu ngaji kami.. masa kak long kawin aku rasa dia nangis kot. may be sedih sebab anak muridnya dah besar & kawin sudah.. masa aku kawin, dia tak nangis.. haha.. masa kitorang kawin, dia la yang mengetuai majlis khatam Quran tu..

dari kiri cik liza (jiran belakang- jaga aku maa pantang), mak yah, nenek & mama. pic ni masa adik aku kawin.

alhamdulillah, berkat tunjuk ajar mak yah, kami dapat membaca al-quran dengan lancar nya. walaupun aku khatam quran seawal darjah 1, kena ulang2 lagi baca sampai la aku habis darjah 6 sebab masa tu dah tak duduk umah nenek sangat & UPSR pun dah habis & aku dah tukar sekolah menengah..

tu je la nak share sempena hari nuzul Quran ni. jasa mak yah tetap dikenang sampai bila2.. susah dah nak cari tok guru macam ni sekarang ni.. amalkan membaca al-Quran setiap hari even 1 ayat.. baru la lidah ni lancar je bila nak baca.. bukan simpan al-Quran buat perhiasan.. just my 2cent :-) wassalam..

p/s : zaman aqil nanti camana la yek..

Thursday, August 26, 2010

entry ke 302

assalamualaikum..

kat luar mendung rupanya. aku baru balik dari giant bawah ni, beli barang skit2.. sikit2 pun 30 lebih juga capainya.. haishh..eh, tengok tajuk atas tu..dah banyak cerita rupanya aku menceceh kat sini :-) dah sampai 302 dah sejak setahun lebih yang lalu.. apa la yang aku merepek kat sini ..hehe.. harap korang terhibur lah yek..

tadi, masa aku tengah online, tiba2 terbuntang bijik mata aku.. betul ke apa yang aku tengok ni? aish.. suprise juga la sebab selama ni tak pernah macam ni. 
nampak tak yang tengah online tu berapa ramai?? 40 orang..heee.. tu pun nak kecoh kan. tak dela, tak pernah terjadi. ke counter ni salah aku tak pasti la.. hehe.. apa yang korang tengah baca tadi? baca pasal budak tengah mengamuk ke?? hehe... mekacih sudi singgah walaupun hanya sementara..

okey.. hari ni agak sibuk la, membuat urusan perbankan. tadi pagi aku pegi ceramah agama pasal kewangan dalam islam. topik yang menarik. tapi seperti biasa mukaddimah nya aku dah 'berzikir' kejap.. hehe.. tak hilang2 tabiat tu dari dulu. tiba2 rasa terbangun untuk membuat perubahan. chewah.. nanti la kalau dah okey, aku story la.

penceramah tu ajar la camana nak uruskan kewangan. hutang benda yang wajib dibayar dulu, diikuti belanja, kos pendidikan untuk anak2, kos perubatan mesti ada bajet even tak demam bulan tu. lagi, simpanan mesti ada dua tabung. 1 simpan to forget - ni kalau ada kecemasan, boleh pakai tabung ni, 1 lagi simpan untuk digunakan contohnya kalau nak beli something, pakai la duit ni bila dah cukup amount nya. yang keenam nya adalah pelaburan. pilihla pelaburan yang menjamin masa depan. org tu kata org gomen ni pandai simpan duit. betul ke?? aku rasa ada betul juga. sebab kita ni dah tak de sumber lain nak cari duit lebih, dari situ kita dah pandai kumpul duit. so, gunakan perbelanjaan secara terkawal. kalau ada duit lebih, berbelanjalah secara berhemah :-)

last sekali, no. 7 berada di puncak ialah zakat dan infaq (derma, sedekah). di sinilah terletaknya punca keberkatan sumber pendapatan. tepuk dada tanya iman, di mana sepatutnya zakat ni duduk. adakah menjadi keutamaan atau pun bila ada duit, aku bayar la.. penceramah tu kata, harta yang kita cari ni adalah amanah dari Allah. so, jangan nak berangan nak kedekut2 taik hidung masin.. berbelanjalah ke jalan yang benar.. insya-Allah ada keberkatan dan tanpa disedari ada je duit kita, ada je rezeki datang dari mana2.. kan?? :-)

hai.. bagusnya ceramah kali ini. at least, dapat la mencelikkan mata hati kita yang kadang2 perlu diingatkan. kalau tak pergi/ dengar ceramah, sapelah nak ingatkan kita yek.. pas ni nak buat tabung 7 tingkat, bulan2 masukkan la bajet untuk setiap perkara tu.. hehe.. insya-Allah.. korang pernah dengar sistem sampul surat?? konsep yang sama kot macam tu .. perubahan perlu dilakukan sekarang dan tak payah nak tunggu2 lagi..it' s better than nothing, kan? :-)

okey.. tu saje untuk dikongsi hari ini.. daa....

pesta mengamuk!!

Assalamulaikum..

ceria lagi tak hari ni?? hehe.. mesti sengih sampai ke telinga kan dapat duit raya RM 500 tu kan?? aku pun suka juga.. alhamdulillah.. boleh la dari takde kan.. boleh la top up duit minyak, duit raya ke.. hehe.. tak payahla aku mengorek2 duit simpanan kalau wang nya dah ada.. hehe ..

tengok tajuk atas macam gempak je kan.. sape yang mengamuk? apa yang diamukkan?? hmm.. itu la karenah anak bujang aku tu.. dulu aku ada cite kan yang time buka je dia sibuk nak itu ini, kalau tak layan, ada la drama kat meja makan tu. semalam pulak, lagi panjang drama swasta dia. hampir sejam juga la proses pujuk memujuk tak layan.. ni bukan setakat merengek2 ni, ni dah tahap melalak tau.. tensen aku.. tunjuk itu ini sume serba tak kena. apa yang dia nak pun tak tahu la.. dengan suara ayah nye lagi yang terpekik2 marah.. ee.. kalau jiran2 dengar, mesti diorang heran kenapa la rumah aku ni riuh rendah..

aku tak bising la, sorang dah marah, aku senyap je la kan.. sian plak aqil kena marah, kena hukum kurung dalam bilik sorang2, tapi tak sampai 2 minit pun. tapi, selalunya kalau ayah nye kata diam, jangan nangis, dia senyap juga. tapi sedu sedu la.. semalam, tak jalan sume arahan tu.. aku ni buka minum air je tau.. adoi.. kenapa la perangai budak ni macam ni.. agaknya dia nak perhatian kot. selalu time bulan biasa, aku balik memang lepak depan tv, susu kan dia.. sekarang, kalau dia balik (sambil bawa box susu tu) muka masam jek, dah stat merengek la tu, nak nenen.. aqil, ibu ni tak yah masak ke.. habis tu nak makan apa nanti..

aku risau plak dia nangis beria tu takut kena sawan jek.. dah baca2 ayat kursi sume, tak tenang juga hati dia tu.. kejap dia stop, pastu sambung balik nangis.. ntah apa yang sayu sangat hati dia tu tak tahu la.. pastu, dah makan laju2 (tak sempat aku nak ratah2 ikan), bawa dia naik atas, tidokan dia.. kejap je dah zzzz.... sambil2 tu aku baca ayat kursi, zikir ya latif tu.. hope hari ni aqil tak ngamok lagi okey.. sebab hari ni memang aku tak nak masak, sebab buka sorang je kat umah, hubby ada function jabatan dia.

aqil aqil aqil.. kenapa la perangai aqil baik sangat ni. aqil, muka tu dah hensem, tunjukla perangai yang baik skit.. ibu selalu doa lepas sembahyang hope aqil jadi anak soleh, berakhlak mulia.. haaiihh.. ke masa ibu pregnantkan aqil ibu banyak buat hal macam aqil ni? tak de plak, kalau ibu majuk pun, ibu tak de la panjang2 macam aqil ni.. ke aqil ikut perangai ayah ni?? teett.. :-) 

tapi yang pasti ibu tahu kenapa aqil perangai macam ni. aqil tak cukup tido kat taska. aqil tido dua jam saje dari 10 jam di taska tu. cikgu taska dah masukkan aqil kat bilik budak besar, so kat bilik budak besar tentulah aqil nak main jek. kalau duk bilik baby plak, aqil kacau baby... tadi pagi, ibu dah cakap ngan cikgu aqil "make sure dia cukup tido". wah, ayat tak jaga hati lansung.. huhu.. tak dela, aku cakap baik2 jek. tapi diorang pun tak de la nak paksa aqil tido kalau dia nak main. aqil kat taska pandai amik bantal sendiri utk tido tau. kat umah?? huh, tak de nya..

bangun pagi tadi nak sambung balik merengek dia tu. pastu dah pujuk2, main2 okey jek dia gi taska.. hmm.. pening kepala ibu ni sayang ooii.. jangan buat perangai lagi yek. ibu & ayah sayang aqil. marah tu tanda nya sayang, kalau tak, nanti aqil tak dengar cakap ayah & ibu..

tertido2 dengan torch light


Wednesday, August 25, 2010

diari ramadhan su (hari ke 15)

assalamualaikum!!

fuh.. letihnye pusing2 di kala tengahari ni.. aku gi SOGO tadi.  pusing2 kat dalam SOGO tu. gaji dah masuk terasa skit nak beraya.. hahaha.. dengan lagu raya nya lagi.. yelah, aku ni naik motor kan, mana nak dengar lagu raya.. huhu.. tak de feeling lagi nak raya nih.. dapat la baju aiman & affan sepasang sorang.. baju aqil pun ibu amik gak, baju je.. suar mix and match ye.. baju ayah nye, belum beli lagi. kang tak kena citarasa kang, boleh membara.. yang empunya baju tu pun membara, aku yang kena pegi tukar kat SOGO lagi la membara kan.. hehe.. baik pegi tengok sendiri la.. baju ibu?? hmm tak de.. :-( ibu tunggu nak merayap kat jalan TAR cari tudung jek.. itu pun kalau ada bajet, kalau tak de bajet, pakai je la tudung kerja.. hehe

panas terik, semacam je kat luar nun.. semalam masa aku balik pun panas terik. menembusi baju .. patutla orang pakai baju tebal2 naik motor.. boleh hitam legam kalau berjemur atas motor ni.. tekak aku ni dah lama sakit. kalau batuk tu, boleh nampak la percikan kahak tu.. hehe.. aku asyik lupa je nak makan ubat batuk. aqil lagi la, tengah malam boleh dengar dia kong kong kong.. sian dia.. nak kasi ubat batuk, tak nak, sampai termuntah2.. tekak aku ni pun dah rasa macam susah nak telan jek.. cepat la baik wahai penyakit..

eh, korang masak apa petang ni? aku masak biasa2 je kot. tak de idea lah. nanti petang skit nak round2 blog2 resepi lah.. hehe. sepanjang bulan puasa ni, hari2 aku masak. hari tu tengah masak2, habis gas.. lagi 10 minit nak pukul 7.. nasib baik simple2 je masak, tengah buka pun sibuk goreng ikan lagi.. penat tu memang penat la kan balik masak, dengan budak kecik tu lagi.. tapi, masak tetap kena masak.. aku tak suka beli, hasben pun tak berapa suka beli. kalau nak beli pun yang diketahui sedap macam KFC ke, MCD ke.. hehe.. fast food aje.. setakat hari ini, belum lagi berbuka di luar. may be esok kot hasben bawa buka luar dengan opis dia.. relaks skit.. hehe

oklah.. nanti aku menceceh lagi yek.. bye!!

kenanglah jasa ayah dan ibu..

Assalamualaikum..

pagi yang ceria!!! cewah, tetiba ceria je.. yela, hari ni dah gaji .. hehee.. tapi tak cek lagi dah masuk ke belum ni, confident aje.. nak cek thru' internet, asyik tak boleh jek.. yela, sume orang duk buka online banking kot, tu yang asyik tak dapat jek masuk.. hehe. so, boleh wat bajet la yek lepas ni.. bajet bajet bajet.. balance nya cam gitu juga.. haha..

tak pela, rezeki ada dimana2.. keje gomen ni, makan gaji je.. kalau orang yang suka berbisnes or ada part time keje lain, dapat la wang saku lebih.. aku ni nak keje camana nya, keje harian pun dah cukup meletihkan.. dulu2 kan masa aku keje private dulu, selalu aku cakap ngan laki aku suh keje pam minyak kalau nak cari duit lebih.. hahaha.. pastu, boleh plak suh dia part time jadi tukang hantar piza ke mc d ke.. haha.. macam tak sesuai je kan. dah la keje siang letih, malam pun nak keje lagi.. cukup2 la apa yang ada.. kalau dulu, duit ada, masa bersama keluarga kurang. sekarang, masa tu memang sangat ada cuma duit cukup2 makan saje.. alhamdulillah, masih bernafas sehingga kini :-)

cuba bayangkan macamana mak ayah kita membesarkan kita dulu. macam aku ni, adik badek 6 orang. mak aku kerani gomen jek, ayah aku teknisyen TNB. tiap kali nak raya pening kepala agaknya memikirkan nak kumpul duit. now, sume dah besar2, dah kurang skit beban, balance 3 upss 2 je lagi yang mengharapkan diorang.. adik2 aku agak beruntung, nak apa sume dapat (kebanyakkannya la), yang tak patut dapat pun dapat. macam kami yang awal2 ni, tak semudah itu.. zaman dulu lain kot, nilai wang kita besar nak compare dengan zaman sekarang..

beruntunglah generasi zaman sekarang, (termasukla generasi aqil), mak ayah rata2 bekerja, semua nya boleh dikatakan educated, tak perlu rasa hidup susah itu bagaimana.. so sekarang, aku dah dapat rasa macamana hidup bergelar mak ayah nak membesarkan anak2.. ni baru anak sorang nih.. huhu. hari tu la kan, ayah aku siap ulang lagi apa yang anak2 cakap masa kecik. "ayah & mama ni kan keje, takkan tak de duit nak beli itu ini" time tu berasap je telinga diorang dengar ayat budak2 baru nak naik ni.. hehe.. now, kami dah faham keadaan macam ayah & mama lalui dulu.

okeyla.. nanti aku corat coret lagi disini ye.. kenang la jasa ibu &ayah selagi diorang ada.. wassalam :-)

p/s: my MIL accident motor 2 hari lepas.. alhmdlh, tak teruk sangat kot, cuma sakit kaki..


Tuesday, August 24, 2010

resepi ketiga : mee hailam

Assalamualaikum..

yuhuu.. dah petang dah. mesti ramai yang sedang mencari menu apa nak masak petang ni kan.. aku ni tak de la tukang masak no, tapi saje nak menayang apa yang aku masak semalam.. haha.. Kali ni aku nak share resepi mee hailam plak.. hehe.. first time buat mee hailam ni, kira try & error juga la.. rupaya senang je buat mee hailam ni eh.. ok, bahan2 nya seperti di gambar..

bawang putih 4-5 ulas, dicincang atau diketuk, sayur2 carrot & sawi..
bahan2 rencah, ayam, udang, fish ball, fish cake. kalau ada sotong lagi best..

ni kuah yang tengah masak..

mula2 tumis bawang putih, dah naik bau, masukkan air mengikut berapa banyak mi yang nak ditenggelami :-) dah masuk air beberapa gelas tu, masukkan ayam. bila ayam dah empuk, masukkan la sayur2 yang keras2 tu..bila dah mendidih, masukkan udang, sume fish2 ball & cake tu.. curah la kicap bebanyak. aku rasa kicap aku macam dah tinggal suku botol jek. banyak pakai kicap nih.. :-) kalau nak pedas, leh ketuk2 cili api sikit. letakla tomato nak nampak meriah skit.. hehe..

pastu, jangan lupa masuk garam sikit je, sebab kicap ni ditakuti masin.. okey, bila rasa2 nak makan, baru la masukkan mi kuning yang dah dibasuh, kalau tak, kembang nanti mee tu. makan la masa panas2 tuh.. jadik juga aku masak semalam.. aqil pun makan mee juga..lain kali, boleh masak lagi..

ni la rupanya mee aku ni. mangkuk tak lawa la pulak, tak de dah mangkuk lain.. hehe..

hari ni plak, dah tak tahu nak masak apa. makan nasi terus la dengan cencaru belah belakang yang dibakar, resepi mak tok :-) tadi dapat bubur lambuk kg baru.. banyak gile.. rezeki di bulan puasa kan.. kalau tak habis, sayang sangat. tu yang aku tak suka bazir2 ni.. ingat lagi nenek kata kalau buang nasi, nanti nasi nangis, ayam je dengar nasi nangis.. korang pernah tak dengar macam tu??hehe.. tu la la nenek ku, banyak pantang larang nye dan sampai sekarang menjadi ingatan.. hehe..

okey.. selamat mencuba!!

aksi si cilik, aqil

Assalamualaikum..

Hari ni 14 ramadhan!!! lagi 2 minggu ramadhan akan meninggalkan kita.. pastu raya!! minggu ni aku tak sabar2 nak bercuti. taska aqil tutup. so aku panjangkan cuti dari jumaat sampai la ke selasa, cuti hari kebangsaan.. macam nak buat kuih raya je senin tu. hantar aqil ke taska la.. hehe.. kalau aqil duduk rumah, ntah kuih apa yang jadi ibu pun tak pasti.. esok insya-Allah gaji weiii.. tapi alhamdulillah, bulan puasa ni tak de la rasa tercekik sangat. may be sebab nak raya, kumpul duit nak raya, so tak shopping lansung. duk opis/ rumah diam2 jek.. serius aku rasa tahun ni memang macam sengkek gile la raya.. kalau tahun2 sebelumnya bershopping sakan sebab ada sumber2 rezeki, tahun ni duduk diam2 jek.. tak pela, beraya ala kadar saje..  :-)

Okey, jom tengok gambar aqil yang dicapture sebelum atok balik johor hari tu.. main kat luar pagar, nasib baik tak de keta time tu.. hehe..


aqil dan atok.. ball fevret aqil tu..

aik.. aksi apa ni cayang..hiyaakk..

nak kungfu ke?? hehe.. cute nye pakai busha tu..

 
oo.. betul la nak kungfu ini budak.. tai chi pun ye juga.. hehe

apa macam? ada gaya pemain bola tak??

ball lagi besar dari muka aqil.. hehe.. aqil kalau sebut ball = bowa..

ok.. daa.. :-D




Monday, August 23, 2010

diari ramadhan su (hari ke 13)

Assalamualaikum..

hari ni korang nak masak apa?? aku ni setiap kali nak buka, pening kepala pusing2 nak masak apa :-) hari ni, konon2 nak masak mi hailam kan.. hehe. tapi mee kat umah tu macam dah tinggal ciput jek.. tak pela, janji tak membazir. so tadi, aku dah membeli la kat giant bahan2 nye.. bahan2 tak de la banyak sangat, sume dah ada kat umah. tinggal beberapa barang je kena beli..hehe.. lagi satu, aku ingat nak buat sup cendawan .. dah beli yang peket punya.. makan roti cicah dengan sup cendawan tu.. kalau sedap, boleh beli lagi kan .. ni bos aku yang bagitahu.. hehe.. bos lagi satu ye. .

bulan pose ni, tiap2 hari aku masak tau. hari tu yang aku kata aku malas masak kan, balik aku masak juga. tiba2 ada idea nak masak. balik je kena sembahyang cepat2, kopek2 bawang sume, campak2 jek.. haha.. macam bagus jek bunyinya.. hehe. yela, kena cepat2, kang budak manja tu balik, siap la ko kena dokong dia. huhu.. horror..

okey la. sampai sini saje.. selamat memasak & selamat berbuka okeh :-) tata!!

aqil in da house!!

Assalamualaikum..

Ramadhan sudah menjelang hampir 2 minggu. hari ni dah hari ke 13.. pejam celik pejam celik, cepatnya masa berlalu. alhamdulillah diberi kesempatan untuk celik pada hari ini.. ya Allah, berikan lah kami kesihatan yang baik untuk meneruskan perjalanan di bulan yang penuh berkat ini.

Bercakap pasal kesihatan, aqil batuk dan selsema sekarang.. kuat dia batuk. nak kasi makan ubat punya la menggelupur tak nak makan. tiba2 aku terfikir, bulan puasa ni memang aku tibai air batu sepanjang berbuka.. aku ni bukanlah hantu ais sebenarnya, tapi tak tahu la kenapa kali ni rasa kalau tak minum air sejuk tu, rasa tak puas2.. aku agak la, efek nya pada aqil.. sian anak ibu.. ibu minum air sejuk, aqil yang jadi mangsa.. aku pun sakit tekak ni, tapi batuk skit2 jek.. kalau time buka tu, aku memang banyak minum air bergelas2 juga la.. tu belum masuk makanan lagi tu.. hauskan. ibu menyusukan memang begini :-)

oww.. cantik tak busha legging aqil? ni kak long yang kasi, beli dari kak alina kot.. dulu aku tak berapa kenan sangat kat busha2 ni. ingatkan untuk anak pompuan jek, tu yang kalau orang jual aku buat tak reti jek.. sekarang ni, bila kak long kasi, macam ok la plak aqil pakai.. boleh buat suar basahan dia kat rumah.. dengan ada gambar katun kat bontot tu, nampak macam comel jek bila dia jalan.. nanti leh usha2 lagi kalau ada yang berkenan..

ni port kegemaran aqil..
aqil dengan mainan baru nye.. masa kat IKEA, melekat dia tak nak gerak duk membelek benda ni.. ibu pun amik kan satu, last2 atok kata nak bayar kan.. yeay kejap.. hehe
eh, tiba2 ada gambar makanan plak.. hehe.. ni menu hari jumaat masa mama datang.. menjadi juga la sambal kering ikan bilis ni. dia kena rangup2 ikan bilis tu then sambal tu kena goreng lama. baru jadi.. ingatkan nak simpan buat stok masa lauk tak de, tapi sekali hadap jek dah licin.. 

kalau style aku la kan (may be sama je kot dengan orang lain), cara2 nya:-
ikan bilis kopek2, basuh, goreng sampai garing
bawang merah & bawang putih blend, ikut suka la berapa byk bawang nak letak. tumis.
masukkan cili giling/cili boh. tumis ngan bawang tadi.
air asam jawa sikit (ada orang letak asam keping)
tumis2 sampai pecah minyak, dah naik bau sume, sampai la dia macam dah nak kering.
eh lupa, letak garam, gula skit, aku letak bawang besar potong bulat2 sebagai penyedap rasa..
dah hampir kering, tutup.
pastu, bila dah nak makan, baru la gaul2 dengan ikan bilis tadi..
siap..

okey tu je coretan untuk pagi ini.. selamat memulakan hari isnin .. senyum selalu ^_^.. wassalam

Sunday, August 22, 2010

diari ramadhan su (hari ke 11)

Assalamualaikum...

Semalam, kami berbuka di rumah MIL kak long di Klang. mama & ayah datang dari johor nak tengok cucu barunye, baby affan :-) sebelum tu, mama ajak gi IKEA. nak tengok barang2 kemasan dapur... tak dapat makan meat ball bulan puasa ni.. tapi tak pe, kek DAIM boleh ditapau.. hehe.. seronok nya berbuka ramai2 ni.. kecoh jap dengan budak2. macam la ramai sangat cucu atok ni kan.. baru 3 tu pun baby belum pandai buat perangai lagi. yang mengecohkan keadaan tentulah anak aku & anak kak long. si aiman tu.. hehe. anak anak..

Aqil pulak semalam dia tak sedap badan.. hidung nye asyik bersin je.. aku rasa la aqil dapat batok dan selsema ni dari aku. bulan puasa aku kuat minum air batu.. skrg aku pun tengah sakit tekak..last2, aqil kena dulu.. meleleh je air hidung dia. ye la, baru2 kan mesti laju je hingus kuar.. sian aqil.. malam tadi masa tido dia menangis. mungkin siang dia dah banyak main, malam apa lagi..merengek la.. geram nye.. sori anak ibu, semalam memang ibu banyak tak sabar dengan aqil.. bila tengok dia tido, rasa bersalah sangat..

okey, jom layan gambar yang diambil semalam.. sori kalau ada yang terliur.. hehe

 ni la tuan rumah kecik.. aiman in da house!! aqil & aiman dapat hadiah mainan dari atok.. tq atok..

 banyaknya makanan buka.. 2 seprah ni... kalau ayah gi PARAM, mmg macam ni la keadaannya.. nasib baik habis membawa ke sahur.. hehe

 kek DAIM pun ada.. kena makan masa keras baru sedap, dah cair macam tak laku jek.. simpan balik dalam peti..
 yummy!! beli 2 box. 1 box RM25.. ada balance lagi skit nih..

 chop tempat dulu okey. masa ni kecoh lagi. dah dapat makanan sume senyap.. haha..

 baby affan yang comel.. dah naik 3.3 kg dah.. alhamdulillah, mama dia dah ada susu. tapi top up juga dengan FM sebab dia kuat nyusu..

ni budak aqil yang nak bergantung je ngan ibu dia. macam ibu & anak kangroo dah aku ngan aqil.. berkepit je..

okey tu je la untuk diari hari ini.. to be continue with a story in a new day.. wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails