Assalamualaikum..
Selamat pagi semua.. masih mood bercuti lagi ke?? aku bersemangat pagi ni, sebab dah dapat surat nak pergi induksi..yeay!!! tapi risau tu masih ada sebab nak meninggalkan si kecil. risau juga sebab takut bos tak lepas pergi induksi sebab dua2 stafnye kena pergi sekali..huhu..kira patah tangan la ni kalau kitorang tak de. tak bagitahu dia lagi kami kena ke induksi, nak cari masa yang sesuai. Induksi pada tarikh 10-25 Jun di Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Batu Gajah, Perak.
Macamanalah keadaan nya nanti kan. ada sape2 yang duduk dekat2 sini dan mahu membantu ku menyimpan susu menjadi beku ?? hihi.. Fasiliti di sini belum diketahui ok ke tak, cukup ke tak.. Sepatutnya, kemudahan tu mestilah tip top, kalau tak tip top pun sekadar yang ok pun tak pe, sebab kami bukan budak2 sekolah lagi. yang berkursus ni pun dah tua-tua bangka.. huhu.. time2 camni baru nak rasa diri ni tua.. :-) lagi pun, kalau nak menepati objektif kementerian "perbelanjaan berhemah", patutnya tak payah bermalam pun tak pe, pakai dewan2 yang sedia ada pun ok dah..kami rela ok..
Nak tengok rambut baru aqil?? hihi.... scroll down please..
taraa........
aqil takut ngan wig ni.. sape punya ntah, masa balik kluang hari tu, dah ada. try la pakaikan dia, nangis2 tak nak pakai.. pastu, acah2 kasi pun tak nak.. senang ni nak takut2kan kalau dia nakal2..hihi.. aqil sangat okey kat kluang, semua orang happy dengan nya.. adakalanya dia cranky sikit, especially time ibu nak makan.. ibu baru nak ratah ikan panggang tok ma tu, nasib baik tak tercekik tulang dengan karenah si kecik ni..
anak ibu ni.. sume org kluang kata macam muka ibu..haha.
balik lenggeng, macam muka ayah plak.. gasak ler..
janji ada muka kami :-)
kami tak gi mana2 pun kecuali main boling kat kluang parade.. ibu baling dua tiga kali jek, sebab budak kecik tu pun sibuk nak membaling juga. bola tu dah la berat. korang main bola berapa berat?? aku kalau boleh yang paling ringan 6 pauns. tu pun tak de, dapat yang 8 paun pastu rasa macam nak tergeliat urat belikat aku ni. main boling ni kena selalu, baru leh strike, kalau setahun sekali, tu yang ke longkang jek. tapi ayah aqil ada peningkatan la kali ni, dapat no 2..hehe.. nanti kalau ada tournament boling kat JPS ke, leh kasi ayah aqil ni main.. promote skit.. hehe
ngan ayah aqil, tak poyo tak sah..huhu
aqil ngan ibu pulak.. cantik tak tudung ibu tu??
dah pernah pakai dah, tak basuh2 lagi dari beli, kena dry clean la plak..
tudung D-HAJA.
okeyla, till then.. bye!!































