Friday, April 30, 2010

godek2 pendrive yang hilang!!

Assalamualaikum!!

selamat pagi!! hari ni tak de mood nak buat keje.. jumaat plak tu kan. hidung aku plak selsema, semalam makan ubat selsema & effect nye sampai ke pagi ni aku ngantuk2 lagi :-) miss 'x' tu tak kasi chance aku nak relax2 jap.. ada je keje nak suruh aku buat. bertepek2..

Ok, aku lupa nak cite kat korang sume. dah lama juga aku hilang pendrive kingston aku warna biru. terpaksa aku pakai laki aku nye pendrive. ni sume gara2 aqil suka selongkar beg aku tu.. korek korek korek, dia selit celah mana2 ntah barang aku. tiba2, aku nak amik pad, aku terjumpa la pendrive aku dlam laci .. wahh!! menjerit kegembiraan la.. tapi, pepagi buta, tak de la aku nak jerit kuat2..hihi..

sayang tau aku kat pendrive2 aku ni.. bukan calang2 benda dalam nye. info2 aku dari tempat keje lama, gambar2 aqil masa dalam hari, sume ada di situ. gambar pregnant aku lagi.. aku mana ada photoshoot special2.. photoshoot sendiri jek, kalau hilang, uuiii..tak keruan rasanya..alhamdulillah, dah jumpa balik. so, pas ni aku decide nak masuk sume gambar2 tu dalam external hardisk aku .. nak tengok ke gambar pregnant aku?? aku rasa macam dah pernah tunjuk, tapi tunjuk lagi sekali la:-)

kalau korang nak tahu, aku memang suka baju blaus labuh ni.. baju pesen macam ni, lagi sebulan ke 2 minggu aku nak beranak, baru aku terjumpa kat maju junction. ingat lagi harga dia rm 45 saje. so aku beli 2 :-)

ha.. tengok, bulat tak bulat perut aku ni... laki ke pompuan ni?? aku ingat lagi kat tempat ni, ada kurma, kismis, coklat.. tu sume aku tibai sebab nak prepare untuk membanyakkan susu & nak kasi anak cerdik.coklat tu, memang aku suka mkn la ngan kawan sebelah aku tu ..hihi

ha..masa ni 18/2/2009.. selang sehari aku dah beranak..tengok perut aku macam dah nak jatuh tu..hihi.. last berat 55 kg kot..naik 10 kg dari berat asal..

pastu, kuar la budak kecil ni pada 20 jan 2009.. fresh from womb!! 3.44kg!! besar tu, baka sape ni..

senyuman pertama aqil. baju dah mcam skirt.sekarang dah macam sarung nangka:-)

okey..habis dah godek2 gambar dalam pendrive ni.. kabel hp aku ntah mana pegi.. kat opis tak de..kat umah pun tak de..nak kena cari balik ni..ok..tata!!

Thursday, April 29, 2010

macam2 hal :-)

Assalamualaikum..

Dah 4 hari aku tak update blog!! woohoo..busy yang amat ye kawan2.. ni aku baru nak tarik nafas sikit ni..Satu  lagi, laptop ku juga ada problem. adaptor rosak plak tu.. nak nanges rasa bila on, tak mau nyala.. bukan nangis sebab tak leh main FB, tapi sebab tak leh wat keje @ homework!! argghh.. alhamdulillah, hari ni dah settle dah benda2 tu sume.. tapi tak tahu la kalau miss 'x' tu nak benda2 lain lagi.. ayat yang paling tak boleh terima dan tak suka dengar "DAH SIAP DAH??" siap apa benda nya, arahan kul 5 petang, nak siap esok pagi.
 
Ha, ni ot aqil sape nak bayar ni?? buat pertama kali nya aqil dah kena caj ot semalam.. rm 6 ko.. padahal lewat 20 minit saje. yang aku tak hantar aqil 4 hari tu, ada ditolak??eii..dah berceramuk dah entry aku ni..tapi yang penting, saling berkait antara satu sama lain.
 
Ok, berbalik pada laptop ku tu, dah terbang rm 90 sebab tukar adaptor.. apa ni yah, high maintanance la laptop batman ni..huhu.. apa kata ayah kasi note book ayah tu..hihi.. best plak bila aku pakai notebook ayah aku tu..even kecik, ok plak aku rasa, letak atas riba pun tak de masalah... nanti nak kumpul duit la nak beli 1 :-) ayah beli rm 1300 HP..
 
Semalam, aku gi tesco betulkan laptop tu.. di samping tu juga, laki aku ni nak tukar hp dia, sebab hp lama dia tu dah pekak. sape yang pekak pun tak tahu la. tapi memang sakit jiwa kalau call, dia tak dengar suara kita. aku rasa berbakul2 la sumpahan pada orang yang menelefon tu ;-) penting juga hp sekarang ni, bukan gajet mewah lagi, tapi satu keperluan.. best nye ada hp baru. nak trade in yang lama pun berapa sen je cina tu nak amik..kalau nokia tinggi juga kot orang amik, ni sony, rendah je bila trade in..
 
Anak kecil ku bagaimana?? alhamdulillah..sihat ;-) semalam dia jalan2 kat celah2 rak tesco tu. mula2 tu aku ikut gak dia, pastu tak larat nak ikut dah, aku biar je.. tiba2 cari punya cari, tak jumpa.. hati dah berdebar2 ni macam orang gila jap. rupanya dia ada di celah kotak2 periuk nasi nak amik bola kat celah tu..huhu..aqil aqil..buat ibu berdebar je..muka dia time tu dah nak nangis sebab tersekat kat celah kotak2 tu..
 
woit..podacit..kabel telefon tak bawa la plak..kalau tak boleh upload gambar..ok la, bye!!!

Sunday, April 25, 2010

aku online lagi!!

Assalamualaikum..

Aku dah sampai rumah ni.. bertolak kul 5 sampai kul 8..ha..laju gile laki aku ni bawa, ala2 michael schumacer dah.. ni sume sebab aku ngorok je dalam keta..baru kuar tol ayer hitam, dua2 dah zzzz.... pastu, tiba2 je dah sampai mrr 2..huhu.. sakit2 montot aku duk dalam keta. dah la tak leh gerak banyak2 sebab aqil tengah tido di pangkuan ku.. kang kalau dia terjaga kang, aku tak leh tido plak..hehe..alasan paling kuat utk tido tu..hehe..

Apasal la pulak aku online malam2 ni.. actually aku nak buat kerja di rumah.. jauh kerja aku tu berjalan sampai ke johor.dia duk diam2 je dalam beg aku tu.. aku ni bukan tak nak buat, ingat gak, tapi argghh..beratnya nak buat!! ingatkan keje gomen ni tak de dah bawa balik keje ke rumah.. ada juga wei...nasib ko la dapat dot dot dot macam tu.. stress aku. nak basuh kain pun tak sempat tau. kalau rumah tangga aku porak peranda, aku salah kan kau dot dot dot.. ni semua kau punya pasal.. (tetiba plak emosi lebih)

7 bulan dalam sejarah..'kawan' aku tu datang balik..hehe..terkejut badak aku..dah lama ko tak datang ye. sejak hari raya. tu pun setitik..heran gak aku dulu, setitik je!!!patutla pagi2 tadi aku rasa pening2 kepala.ingatkan tido tak betul ke..rupa2 nya dia ada dah.. Maybe sebab aku stop makan pil perancang tu yang hormon betul balik kot.. Lagi satu, sebab aku BF, so dia tak kuar.. Esok nak tengok ok tak hasil pam aku. sebab selalunya lah, kalau peod ni, memang merudum la.. alhamdulillah ada back up sikit dalam peti..

Okeyla..aku nak wat keje amal sikit.. kang kalau tak buat, masuk dalam mimpi aku plak nanti.. kacau je aku nak tido..huhu..macam budak sekolah plak kena buat homework dalam keadaan tak rela u..waaa!!! nak nangis rasa...k..bye!!

Saturday, April 24, 2010

*weekend update*

Assalamualaikum!!

Hai..sekali lagi ibu aqil update report utk hari ni :-) Tadi petang, tak gi mana2 pun, hujan lebat sangat kat kluang ni. layan tido lagi baik..aqil pun ibu paksa tido ..hihi.. malam ni je tok ma bawa gi umah mak lang tengok AF kat sana.. ayah aqil tak ikut, sebab dia nak layan bola sorang2 kat umah.. bagus gak, tak de orang nak alih2 channel kan sebab rebut nak tengok tv..huhu.. okey..jom layan gambar aqil yang tak seberapa ni.. sori la, ibu ni memang malas nak touch up2 or edit2 gambar ni.. so, ni je la yang ado..kikiki..
ni gambar aqil kat kg lenggeng,makan tomato
aqil suka plak makan tomato ni.. tak pe ke??


gambar ni before balik kluang.. dah ready aqil siap,
ibu & ayah nak tengok biggest loser la plak.ni aqil bengang ni..

last but not least, akhirnya dapat juga ibu upload vidoe aqil joget2 ni.. macam marching la plak.. ni video lama ni, sekarang dah macam2 gaya dia bergoyang :-)

video


ok..have a nice day frens!!bye..

kami di kluang dah!!!

Assalamualaikum!!

Bersiaran dari Kluang, my home sweet home :-) kami dah sampai ke rumah, bertolak kul 8 malam tadi. Pagi ni, bangun rasa letihnye.. rasa macam nak tido lagi, tapi aqil plak dah bangun. kalau dia dah bangun, mesti la kena layan si kecil tu dulu.. huhu..

Korang nak tahu, aku dapat mimpi ngeri semalam. Ngeri camana tu?? Mimpi 'org tu' marah2 aku. haii.. kisah di opis pun boleh terbawa2 sampai dalam  mimpi.. Tak de la aku terfikir sangat pasal dia pun, tapi apasal masuk dalam mimpi aku ni.. pelik tul. Pastu aku macam mimpi ada orang ketuk2 kuat2 pintu bilik aku ni.. tak tahu la mimpi ke realiti.. ntah2, mama yang ketuk tak??hihi...

Okey..stop la cakap pasal org tu..nyampah aku.. okey..hari ni plan nak gi mana eh?? kalau ikutkan hasben aku, dia dari kl lagi cakap nak makan roti bakar. hm..padahal kat kl pun ada kluang station tu. tak sama kot aura dia ngan makan kat kluang ni..

Pastu..petang2 ni may be nak bawa aqil gi jalan2 la kat tasik ke..kalau tak hujan la.. boleh gak amik2 gambar kat situ :-) dr faryn, kitorang pun berebut2 nak pakai kamera dslr tu..hihi. nak beli sendiri macam tak koser la plak..kikiki..

Owhh.. kat umah kluang ni, ayah baru je install p1wimax tu.. haa..laju gile.. tak tahula area ni tak ramai pakai ke, tu yang laju tu kot..okla..nanti kita stori mori lagi eh.. dah lama tak upload gambar2 menarik kan..tungguu...

Friday, April 23, 2010

Bil bil bil.. letih letih letih..

Assalamualaikum!!!

Letihnya pagi ni!! Tak de moodnye nak buat keje.. Kenapa urat saraf aku ni macam angin2 je..huhu.. Suara aku pun dah serak2 ni, nak kata tak cukup tido, semalam memang aku tido lewat.. aku lipat kain yang banyak gile tu.. tapi tak habis juga.. Aku tertido kul 12.00 kot..huhu. Ni semua aqil punya pasal.. sape suruh rengek2 then aku pun gi kat dia untuk nenen, last2 dengan aku2 sekali terbongkang tanpa menutup lampu kipas.. 

Owh.. bercerita pasal tak tutup lampu kipas ni, sadis sungguh la bil elektrik bulan. melambung toing toing toing ye tuan-tuan.. Bulan lepas la aku rasa paling banyak pakai aircond, sebab bulan lepas panas kan.. Asal malam je, cepat2 masuk bilik, on aircond.. sejuk sikit.. hujung minggu pun siang hari tido pun masuk bilik..Effect nye, bulan ni punya bil, haa.. amik ko..

Dulu, masa aku duk apartment, bil aku boleh dikatakan free. RM 20 ke bawah tak payah bayar.. sekarang?? dah duk umah teres ni, tiap2 bulan rm150 tak lari. Bulan lepas nye korang teka berapa?? haa...dua ratus lebih maa.. aku pulak tu yang kejenya bayar bil..huhu. Tapi, orang TNB tu amik meter pun bukan 30 hari tapi 33 hari kot. tu yang extra tu..

So, untuk bulan ni, catuan aircond terpaksa dibuat. kalau hari hujan, tak payah pasang aircond. Kalau pasang pun, pukul 12 tutup, pasang kipas je. Tu yang aqil merengek2 tido kepanasan tu..hihi. angin kipas tak sama ngan angin aircond.. tu je la kot penyumbang terbesar elektrik aku.. aircond tu pun memang dah ada sejak kami b eli umah tu. nak buang, elok lagi.. so teruskan pakai je la.. nanti kita tengok bil bulan depan berapa la plak..

Okey, insya-Allah lepas keje ni kami balik kluang. dah lama tak balik. tok ma & atok pun dah rindu sama aqil ni..bye!! letih nya.. tak de mood betul ni nak buat keje :-(

P/s: happy birthday to my best buddies rihana (today) & ramlah (tomorrow). Semoga kamu panjang umur, murah rezeki, cepat2 la temu jodoh yang sesuai yek..hihi..


Thursday, April 22, 2010

from email : suami isteri kerja.

ha.. ni email aku dapat dari kawan aku. best gak email ni. terlebih dahulu kredit pada penulis asal yang tidak diketahui siapa..panjang betul entry ni..malas nak forward2, korang baca la ye..fikir2kan.. sape makan cili, dia rasa pedas..teeetttttttt *sigh*

Suami Isteri Kerja : Suatu Pandangan

Soalan
Salam ya UZAR,

Saya bersetuju 100% dengan pendapat Uzar berkenaan isu wanita bekerja ini. Dan saya juga merupakan seorang wanita bekerjaya dan memiliki akademik yang membanggakan. Namun apa yang membimbangkan saya adalah keadaan yang memaksa wanita zaman sekarang untuk sama-sama 'turun padang ' mencari rezeki demi keteguhan ekonomi keluarga.

Tambahan pula, saya (belum berkahwin) adalah daripada 6 org adik beradik yang kesemuanya adalah perempuan. Tanggungjawab untuk membantu ibu bapa yang sudah tua juga salah satu faktor yang 'memaksa' kami adik beradik untuk bekerja selain membalas jasa kedua orang tua kami.

Namun demikian, saya tidak nafikan saya ingin benar 'kembali kepada fitrah' ajaran Islam yang suci yang mana menggalakkan wanita untuk duduk dirumah menguruskan perihal keluarga dan anak-anak bila tiba masanya kelak (berkahwin).

Hakikatnya, calon-calon suami zaman sekarang juga mengenakan syarat untuk mendapat calon-calon isteri yang bekerja bagi membantu mereka meningkatkan ekonomi keluarga dan ada juga yang beralasan pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menampung keluarga pada zaman ini (walaupun ada yang berpendapatan >RM3000). Saya kesal sekali dengan keadaan ini dengan tiada sokongan dan peluang untuk saya 'kembali kepada fitrah' ajaran Allah.

Bagaimana pula pandangan UZAR dan rakan-rakan group?

Respond

Salam,

Jika isteri bekerja dengan tujuan membantu ekonomi keluarga dan pada masa yang sama, suami juga bekerja, sudah tentu ia adalah harus selagi menjaga tatasusila Islam semasa di tempat kerja dan juga mampu melaksanakan kewajibannya sebagai ibu dan isteri. Jika terdapat mana-mana bakal suami membuat syarat demikian, bagi saya ia masih boleh diterima jika : -

a) kedua-dua mereka mempunyai 'planning' sebaiknya maksud saya ia adalah bagi tempoh beberapa tahun awal selepas kahwin disebabkan kos hidup yang tinggi bagi pasangan berkahwin, dan pasangan masih muda.

b) bertujuan membantu suami atau keluarga di kampung yang benar-benar terdesak.

c) berbentuk 'temporary' sementara tiada anak sebagai persiapan ekonomi untuk beranak pinak dalam keadaan yang lebih selesa.

d) memberikan isteri pengalaman kerja di peringkat awal agar jika sesuatu berlaku kepada suami, isteri sudah berpengalaman, boleh dan mampu berdikari dengan lebih berkesan.

e) menamatkan perjanjian kerja dengan majikan atau kerajaan akibat perjanjian biasiswa dahulu.

Adapun, menjadikannya syarat seperti 'syarat yang paling utama' serta mengharapkan isteri untuk terus membantu selama-lamanya, bagi saya secara peribadi ia sedikit sebanyak mendedahkan kelemahan sang suami. Saya yakin mesti ramai suami dan sebahagian isteri yang tidak berpuas hati dengan kenyataan seperti ini, terpulang.

Cuma fikir semula sebelum bantah secara total. Bagi saya apapun hakikat dan realiti di hadapan anda, menyuruh atau mengharap isteri bekerja dan pada masa yang sama mengharap isteri :

01) didik anak dengan hebat dan berkesan (me)
02) layan suami dengan baik, (me)
03) senyum melebar setiap kali bertemu suami yang 'penat' bila balik, (kadang2)
04) tempat suami mengadu masalah dan dapatkan sokongan, (ok, boleh terima)
05) memberikan buah fikiran yang baik kepada suami yang buntu di tempat kerja (ada juga la bagi idea, tapi tak tahu la bernas ke tak..hihi)
06) untuk in-charge untuk menjaga berak kencing anak, (both)
07) basuh baju, (me)
08) gosok baju, (both)
09) sidai dan angkat baju, (me!!!)
10) urut badan suami, (me,, takkan mak bidan plak kan)
11) masak sedap, (laki aku telan aje..)
12) basuh pinggan, (both, tapi dia lambat sikit basuh..hihi)
13) sapu dan buang sampah, (both) 
14) kemas rumah, (both)
15) cuci tandas, (me!!!!)
16) tangani karenah anak dengan baik (me!!!!)
17) ajar anak ngaji (aqil lum pandai lagi baca but may be me!!)
18) tak membebel, (tanda soal?? hobi aku )
19) tak mahu dengar anak menangis dan harap isteri berperanan, (betul betul betul)
20) tak muncung dan lain-lain (betul betul betul)

Menuntut perkara di atas dan pada masa yang sama menyuruh isteri kerja adalah bertentangan dengan fitrah yang ditentukan oleh Allah kepada wanita. Adalah tidak adil sama sekali bagi seorang suami 'demand' hal sedemikian untuk disempurnakan oleh isteri dalam masa yang sama diharapkan income isteri untuk pembiayaan rumah dan kereta dan barang dapur.

Jika suami ingin isteri membantu ekonomi (yang sepatutnya tanggungjawab utama sang suami), maka sebahagian senarai kerja di atas patut di ambil alih oleh suami sebagai timbal balik kepada jasa isteri itu. Jika tidak mahu, mereka perlu mengambil pembantu rumah yang boleh diharap 'cover' sebahagian kerja-kerja teknikal tadi.

Kesimpulannya, suami yang bekerja perlu berilmu cara mengawal rumah tangga dan anak-anak akibat isteri bekerja. Sebarang kekurangan dalam rumah tangga akibat kedua-duanya bekerja adalah di bawah tanggungjawab suami. Jangan salahkan isteri yang bekerja sebagai gagal melaksanakan tangunggjawab di rumah, kerana suami yang 'beri' dan 'minta' isterinya bekerja from the very begining atas sebab-sebab yang disebutkan di atas.

Justeru, bagi saya suami kena kontrol jenis kerja isteri, tempoh masa, suasana sekeliling isteri, jika kecemasan bagaimana, keletihan isteri yang bekerja ini setakat mana, apakah perkaar yang terpaksa dikorbankan disebabkan kerja isteri dan lain-lain.

Tatkala itu, suami perlu cari apakah jalan penyelesaiannya terbaik. Panjang ceritanya ini , ringkasannya, suami must be a good planner, manager and he is just like a CEO.

Akhirnya ; saudari menyebut , isteri terpaksa 'turun padang ' demi keteguhan ekonomi rumah tangga. Soalan saya, mana yang lebih penting "keteguhan ekonomi" atau "keteguhan hubungan rumahtangga" ?

Ada orang, rumah dah ada cuma kecil sedikit..cuma nak di tambah 'teguh'kan dengan membeli yang lebih beasr, kerana itu perlukan isteri bekerja??? kereta dah mampu beli VIVA, cuma untuk 'keteguhan ekonomi' iaitu beli Camry, isteri bekerja. Apakah tanda aras keteguhan ekonomi?. Sampai bila mampu tercapai? akhirnya kebahagian rumahtangga tergadai dan bercerai kerana asyik mencari 'keteguhan ekonomi'. Wallahu'alam.



Wednesday, April 21, 2010

tips of the day :-) tips la sangat..

Assalamualaikum..

Tamatlah sudah kursus saya selama 3 hari..alhamdulillah, dapat juga sedikit sebanyak ilmu untuk membantu memahami kerja ku.. Oww..aku memang tidak ditakdirkan untuk minum tea ok..tea o, tea susu ke, nescafe ke. semua menyebabkan aku angin.. banyaknye kentut2 aku dah dua hari ni.. haha..tensen jap..nak sembahyang pun terkepit2.. lemah2 badan aku bila minum air2 ni sume.. kadang2 tak pe..jangan selalu..

cite tentang anakku, Aqil masih lagi akan berkampung di rumah makcik ku di seri gombak. Maybe minggu depan baru masuk taska balik kot. Sebabnya, rashes dia masih lagi kelihatan di kaki dan tangan. kang kalau aku hantar ke taska tetiba ada plak budak lain yang berjangkit, aqil juga yang disalahkan..

Okey, setiap kali aku pergi kursus tak kira di hotel ke, hq ke, aku tetap akan meluangkan masa untuk memerah susu. Tugas ibu tidak berakhir di rumah saje ye aqil sayang.. ke opis pun ibu masih lagi menjalankan tugas sebagai seorang ibu mithali :-) Menyandang 3-4 beg semata2 membawa perkakasan susu mu sayang.. berbanding dengan orang lain hanya membawa handbeg cantik, melenggang kangkung..hihi Orang kalau tak kenal ibu, mesti dia tertanya2, banyak nye beg dia bawa :-)

Kursus yang sekejap2 ni tak pe, boleh bawa ice pack 3 bungkus dalam cooler bag untuk tempoh penyejukan selama 12 jam. yelah, kat kursus mana kita nak jumpa peti ais melainkan kita baik ngan makcik kafe atau petugas hotel untuk tumpang susu jap..hihi.. aku tak pernah buat begitu, belum time terdesak lagi.. Ok, lokasi mengepam mesti la di surau.. Sebelum aku pasang siap2 peralatan aku tu, test dulu plug point tu, berfungsi ke tak..huhu. jenuh juga kalau pam kat surau hq, hanya 1 je plug point yang ok.. kiranya, aku macam halangan sikit la orang nak lalu lalang..tapi, mujurla ibu aqil ni comel aje..masih ada ruangan untuk orang lain lalu..kikiki

Ok, semasa tengah pam tu, cover2 line sikit.. yelah..kalau tak de orang, tak payah la terbongkok2 sangat nak cover baju tu kan. Of course yang ada di situ semua perempuan, tapi tengok aku macam la aku ni alien..hmm..diorang ni tak pernah tengok orang pam susu ke apa?? ke jakun or sedikit kagum ngan aku perah susu?? ke tengok pam apa aku pakai??hmm..kadang2 tu macam tak selesa plak bila orang tengok2 ni.. pandangan mata pun boleh tahu positif ke negatif..(jahat tul firasat aku ni)..hihi

Dan hasilnya bagaimana?? hmmm.. Oleh kerana jadual pam yang tak konsisten, sepatutnya pukul 10 pam, tapi ni dah terlajak pukul 1, hasilnya ada drop sikit la.. but, it's better than nothing, right?? Oww..aku sekarang ni, kalau pam lewat tak de bengkak2 susu dah. Tapi, kalau teringat kat aqil tu, let down reflect tu mesti datang. tapi tak basah macam dulu.. under control :-) hmm..bila la nak ada perasaan macam tu lagi ek..

Okeyla.. panjang dah cerita ni.. aqil tengah tido, tapi rengek2 gak..ngigau apa la plak ni..hmm..nak join abg mkn mcd plak..bye!!

p/s: tadi ada 'orang tu' terbakar bakul sampah umah aku. nasib baik tong sampah kat luar.nasib baik juga hidung aku ni terbau asap. kalau tak, ada yang motor tak de tayar separuh. Buangla lagi puntung rokok dalam bakul sampah. *angin satu badan*

Monday, April 19, 2010

bukan ku pinta jadi begini

Assalamualaikum..

Baru berkesempatan nak update blog.. 3 hari ni, saya kursus di hq. Oleh kerana aqil demam campak, tak leh hantar dia ke taska. ada juga percubaan try nasib, tapi ditolak bulat2 oleh pihak taska..hmm.. tak pela, ibu faham diorang tak nak jangkit ngan baby lain.. so, aku terpaksa mengepos aqil ke sri gombak sampai lah dia baik demam..

Sian aqil..sudah jatuh ditimpa tangga.. telinga nya jadi balik yang kuar air or nanah tu..memang dia selsema, may be panas dalam menyebabkan telinga nya jadi balik.. rasa frust sangat.. sian kat anak ku.. tapi, ujian Allah nak melihat sejauh mana kesabaran ibu nya menempuhi nya..kan kan?? :-)

Bukan kita minta anak kita tak sihat.. malah, ibu mana yang sampai hati tengok anak dia sakit..even, hidung meleleh pun, kita dah mengeluh. Masa ni lah terbayang, ada lagi budak yang sakit lagi teruk dari ni..muhasabah diri kejap..

Walaupun dia minum susu ibu, dia tetap bayi biasa yang tetap akan mendapat sakit. Bukan nak kata apa, masa dia 6 bulan ke bawah, aqil memang jarang sakit.. Lagi la dia duk umah pengasuh, risiko jangkitan tu memang kurang. Sekarang, dia duduk di taska yang ada 30 orang baby or kanak2 bawah usia 4 tahun. masing2 datang ada yang sihat, ada yang hidung meleleh, ada yang bengkak mata tembel.. Aqil terdedah dengan pelbagai penyakit, even dia BF. kat sini je, sah2 la antibodi nye memang tak dapat nak lawan 30 jangkitan yang bakal dihadapi di taska.

Setakat ni, aqil amik scott's emulsion. tu pun dah jarang dah aku kasi, sebab dia tak suka sangat perisa oren tu. Nanti aku beli perisa original, dia suka yang tu. Ada lagi cadangan tak supplement apa yang baik untuk kanak2 usia aqil ni?? Appeton vitamin c dia tak nak (tablet). tapi, dia suka oren sunqist. tu lagi better, original vitamin c kan..

Okey, just luahan hati ku di malam hari.. walau bagaimanapun... alhamdulillah, aqil masih aktif, mulut banyak songel, selera makan okey saje time badan tak sihat ni.. hmm.. geraham pun dah nampak 2 batang nak kuar. gusi pun dah kembang menunggu geraham keluar..ok..ibu sayang aqil tak kira apa jua keadaan aqil.. mmuuaahhh. *tiba2 je emo*

Sunday, April 18, 2010

happy anniversary mama & ayah!!

Dear my lovely parents,

Happy 30th anniversary to both of you.. hari ni 18.4.2010, genaplah 30 tahun usia perkahwinan mereka.. Kami anak2 mendoakan kesejahteraan & kebahagian mama & ayah.. ntah diorang ni ingat ke tak anniversary diorang ni, semalam aku tanya mama, dia pun tak teringat.. hhmm..dah tak heran dah kot ek..:-)

Semoga mama & ayah panjang umur, murah rezeki, diberkati usia perkahwinan sehingga ke syurga.. cepat2 tambah baby..kikiki..boleh ke macam tu?? tambah cucu la..pengantin baru boleh la.. semoga dengan kehadiran cucu-cucu mama & ayah, memeriahkan lagi kehidupan mama & ayah kan kan kan.. :-)

Hmm..apa lagi aku nak cakap ni.. tu je la kot.. aku berharap dapat mencontohi kebahagian rumah tangga mereka. onak dan duri dapat ditempuhi & mematangkan lagi 'perkenalan' mereka.. Pahit dan manis sama-sama diharungi.. Ya Allah, Kau panjangkan lah umur mama & ayah, berkatilah usia mereka, rahmatilah hidup kami sekeluarga.. Berilah kesihatan yang baik untuk mama & ayah, semoga panjang usia mereka.. amiiin..

Rindu la..dah lama tak balik kluang.. dengar kabar, kucing yang dibuang telah kembali semula ke rumah??huhu.. nak tahu kenapa dia kena buang?? sebab dia kencing kat mama masa mama tengah cabut tumput.. kurang asam kucing tu, padan muka kena buang.. tetiba je, dalam 6 bulan ni, dia datang balik.. gemuk plak tu.. tapi dalam keadaan macam kenal tak kenal je la.. dah nyanyuk kot.huhu..eh, cerita pasal kucing la plak..ok, bye!!

Saturday, April 17, 2010

demam campak lagi!!

Assalamualaikum..

Buat pe tu kawan2..sihat ke?? ibu & ayah aqil sihat jek.. Ingatkan nak lipat kain tadi, tapi internet ni laju plak, terus tersangkut depan pc ni..hihi.. Hari ni, bab kain settle, semua dah clear. tinggal nak lipat aje lagi..sape nak tolong?? meh sini aku nak kasi upah..hihi.. Aktiviti hari ni ialah mengemas rumah.. dan, buat kesekian kali nya, aku mop umah yang dah lama tak mop.. sebab aku rasa dah bersih kot..hihi..

Hari ni dah masuk hari ke 3 aqil demam on & off..hari pertama demam aku gi bawa klinik, dapat ubat demam & selsema. hari kedua, tak demam lansung. hari ni, jeng jeng jeng.. aqil naik campak la.. ni dah kali kedua dia kena demam campak..dulu, masa raya demam panas kat kluang tak baik2.. rupanya, campak dia nak kuar.. tengok entry ni.. macam lagi teruk yang dulu jek.. kali ni bintik2 halus sangat..
nampak tak?? dah naik ke muka, tapak kaki sume la..
ok, close up skit di perut.. buncitnye perut aqil..
baru lepas makan ni..

Heran gak aku nape dah kena, kena lagi.. ubat sapu yg dulu ada lagi.. so, kami tak bawa dia gi klinik lagi la.. bagi minum air kelapa, sapu air asam jawa kat kepala & kasi ubat demam & selsema tu.. hope aqil cepat baik yek..kalau aqil tak baik lagi, camana ibu nak gi keje isnin ni.. dah la ada kursus 3 hari plak tu.. ayah ke nak jaga aqil?? rasa macam tak caya je.. nanti aqil kena marah je keje nye.. balik2 suh aqil tido kalau aqil ngamuk2. huh.. org laki mmg mcm tu.. tgk la aku gi kursus induksi nanti camana.. hantar aqil balik johor la.. eh, tetiba membebel plak :-)

okeyla..aqil ni tengah tido pun jeles ngan ibu nak berblogging pun tak leh.. asyik ek ek ek je dari tadi.. ooo..lupa nak cerita.. tadi, baby sitter aqil yang lama call aku.. katanya dia rindu kat aqil, teringat2 aqil bila tengok gambar2 lama aqil..huhu.. sian plak kat makcik tu.. aku pun teringat gak kat dia, cuma tak berkesempatan nak singgah ulu kelang je..nanti su datang bawa aqil ye cik..  

Okey.. selamat malam semua!! bye!!

Wednesday, April 14, 2010

bagaimana pam di opis??

Assalamualaikum..

Tengahari ni saya makan zinger burger sahaja di opis..hee..tak de kawan nak ajak makan, so, saya tapau aje lah.. sedapnye, rasa macam tak cukup je satu ni.. :-)

Okey, hari ni saya nak cerita sikit la pasal halangan saya untuk mengepam hari ni.. actually, bukan halangan, kesukaran & kemaluan..ehehe.. saya ditempatkan dalam bilik sementara kat opis. yang sebenarnye bilik ni untuk pangkat tinggi je. tapi, sebab floor yang saya duduk ni akan ada pengstrukturan semula, so, saya di sumbatkan ke mana-mana sahaja tempat yang ada kosong.. dapat la saya merasa duk dalam bilik yang tak de la best mana..

Kebetulan pula, mendapat arahan untuk ditempatkan bersama dengan staf saya, seorang lelaki.. macamana saya nak mengepam ni?? dia tahu saya mengepam susu anak saya. so dia faham. saya pun kena cover line sikit la. mula2, niat nya nak menyorok bawah meja untuk pam, tapi dalam masa yang sama, nak kena buat keje juga kan.. so, saya pam juga la sambil mengadap pc.. so, apa yang saya buat, saya letak la beg saya yang banyak2 tu, tinggi2 depan saya.. as a retaining wall ..hahaha.. ada ke patut 'org tu' kata nape tak pam kat bilik air je..hmm..korang rasa sesuai ke pam kat bilik air..kalau bilik air tu macam toilet jusco yg bersih ada sofa bagai, ok gak..
ni la beg saya yg banyak tu.

itu, nampak ada jantan di situ??

hmm.. saya rasa dia tak nampak kot.. tu lah senang guna pam spectra 3 ni.. nyorok dalam baju, pastu pam je la, orang lain pun tak perasan kecuali mereka peka dengan bunyi pam atau gelembung baju saya..haha..
hmm..hasil untuk pagi tadi, kurang memberansangkan..hilang 3 oz.. may be banyak keje kot.. may be juga pagi tadi saya minum milo ais. malam pun tak banyak air yang saya minum. i think i've sore nipple coz aqil like to bergayut time tido malam & bila pam, agak sakit.. petua utk ibu yang BF, kalau nipple tu sakit, korang leh sapu titisan susu ibu tu di sekeliling nipple and tiup2 kasi kering.. ada juga jual creme mcm bepenthen & cocoa butter kat farmasi utk baik kan dia..

okeylah..tu je coretan saya untuk hari ini..tata!!

Tuesday, April 13, 2010

jom test sape taip laju:-)

Assalamualaikum!!

dah buat senaman jari dah?? hihi.. nah, cuba la speed test ni. aku pun baru try dari blog KAK INA diari hatiku. nanti kalau free, aku nak test lagi..macam failed je result aku nih..hihi.. aku ni tak de la belajar trengkas ke apa.so, kalau menaip tu memang kena tengok huruf..  selamat mencuba!!

28 perkataan
Speed test

Monday, April 12, 2010

cuci la mata :-)

nah, nak tengok sangat..korang nilai la sendiri :-) biasa2 je..aku je excited lebih..hihi

tak centre..kena adjust lagi, tapi dah tak de space

kabinet tv.. tilam lama :-) utk lepak2 depan tv..

meja makan .

plan untuk bulan september.

Assalamualaikum & hai to all!!

weeiiii..korang korang korang.. *excited mode* korang dah tengok kalendar tarikh2 penting tahun ni.. tarikh penting apa kejadahnye?? hihi..dasat tul mulut mak ngah nih :-) tarikh hari raya la.. tahun ni jatuh awal september..10 september 2010.. lagi 4 bulan gigih nak simpan duit ni..

Ha?? dah ada plan ke belum nak pakai baju apa tahun ni?? korang dah siap2 dah beli kain ke, jahit baju ke?? aku awal2 lagi dah ada 3 pasang..1 beli siap dari reka embun (tak amik lagi ni), 2 pasang lagi belum hantar tempah.. nak jahit sendiri, takut tersalah, kain sutera pulak tu.. kang ada yang kuar air mata darah nanti..huhu

Untuk suami tercinta dan anak kesayangan ku.. baju kaler apa tahun ni?? tahun lepas, biru gelap..tahun ni, ibu ada baju warna turquoise, hijau ke coklatan and merah ke'pink'an.. so, nak kaler apa?? pink la nak?? warna faveret ibu tu..  tapi, ayah aqil kata, tak payah buat baju melayu dia.. baju raya tahun lepas ada lagi.. apa kelas pakai baju tahun lepas, nnti dalam gambar baju warna same plak. baik cut & paste je gambar tahun lepas tu..huhu. lagi pun, kita ni baru tahun ke 3 kawin, abg tu mana la ada baju melayu sgt..huhu.. tambah koleksi sikit la.. lagi satu, anda yakin seluar baju melayu itu masih muat? balik try test :-) 

Lagi? tahun ni raya kat umah baru..so, ada langsir baru ke?? tak de kot.. tunggu aku belajar jahit langsir ngan mama dulu..hihi.. langsir yang ada ni pun, belum puas ditayangan umum..chewahh.. nak menunjuk la plak.. tak dela.. bukan cantik sangat pun nak tayang kat orang tuh.. asalkan umah aku ada langsir pun, jadila..

Sebelum apa-apa, bajet nak raya dah prepare ke?? *sambil blink2 mata ku* tak de lagi la.. camana nih.. kena kumpul duit dari sekarang ni.. hihi.. kena pandai2 korek sana sini sikit. tu anak baru sorang, kalau dah 2 3, camana tuh.. nak harapkan bonus, tak tahu la ada ke tak.. tapi, rezeki tu ada di mana2..lebih2 lagi ada anak ni, orang kata murah rezeki..kan kan kan?? ok.. bye!! selamat hari raya..eh tetiba la plak..kiki..

baju apa aqil nak pakai nanti ek?? :-)

jika diberi pilihan, mana satu anda suka buat??

Assalamualaikum..

Ni saje2 la nak tanya korang ibu2 dan bapak2 yang of course supermom & superdaddy di luar sana.. dalam banyak2 house chores (kerja rumah), kalau di beri pilihan, yang mana satu korang suka buat dan yang mana satu yang korang tak suka buat?? Boleh ke kalau tak buat??hihi..

Jika saya diberi pilihan, saya lebih menggemari untuk tido dan berehat2..aci tak jawapan tu?? okey2. serius. saya lebih suka basuh kain kot.. senang je kan, pilih2 kain, on mesin basuh, masuk sabun, tinggal la sampai habis spin... pastu jemur.. pastu, lipat kain, upppss..suka gak, tapi amik masa juga la.. kena concentrate 1-2 jam (dapat bayangkan banyak mana??), baru habis.. tu pun kalau tiada gangguan..

Jika diberi pilihan untuk katakan NO!!!! abang buat la sendiri (boleh gitu?) gosok baju..hihi.. saya sebenarnye seorang penggosok baju yang baik tau (kasi award kat diri sendiri).. dulu, ayah suka saya gosok baju dia, licin & ber 'side'.. selalunya saya orang terpilih untuk digosok baju. tapi, bila dah kawin, mula2 masa belum beranak, gosok gak baju.. sekarang, tanggungjawab itu, dah beralih pada sang suami yang memang rajin (rajin apa, dah bini dia malas) gosok baju.. (bodek ni, malam ni abg gosok eh:-) tapi, kalau dia malas, saya juga la yang kena gosok..

so, untuk kesenangan si penggosok, saya kasi chance kadang2 saya pakai baju yang tak payah iron :-) tudung pun lagi senang, sauk je tudung awning tu..kekeke.. dulu, masa tengah pregnantkan si aqil, oleh kerana terlebih rajin, baju baby pun saya gosok, sampai terlari print kartun2 kat baju tu..hehe.. sekarang, ado?? *sigh*

Okeyla..saje selingan di pagi hari :-) korang ni mesti ibu2 & ayah2 yang rajin2 kan?? heee..bye!!

Sunday, April 11, 2010

1st update at my home :-)

Assalamualaikum..
Update entry di penghujung wekend :-) 1st entry buat kat rumah ni.. bukan tak boleh buat kat umah, tapi kena tgk keadaan juga..ada orang kacau ke tak, line ok ke tak, baru sedap je nak menaip..hihi
Hujung minggu ramai yang tak update blog kan?? mesti sibuk dengan aktiviti hujung minggu.. aku ni pun baru balik dari kampung hasben.. hmm.. aqil makin nakal la sekarang ni.. tak larat ibu dia nak kawal.. nak marah, kesian pulak, banyak kali kena jerit & pukul.. 'pukul2 manja' ok..
ha.. perabot kami dah sampai dah :-) yahooo!! cumanya, sofa tu agak memenuhi ruang tamu kami.. makin sempit sikit rumah yang memang tak berapa besar ni!! aqil pun dah ada halangan nak ke sana ke ke mari..hihi.. so, anak ibu kena hati2 ye jalan dalam rumah ni, nanti takut terlanggar bucu2 meja ke kerusi ke..ok.. malu lah nak tunjuk gambar.. ayah datang kl la yek kalau nak tengok..hehe..
okeyla..esok i update lagi yek...insya-Allah kalau tak sibuk.. sebagai penutup, lihatlah kenakalan anak bujang ku ini.. tak larat nak kawal dah ni.. bye!!

Friday, April 9, 2010

jom bersukan!!

Assalamualaikum...

Hari jumaat datang lagi.. cepatnye masa berlalu kan..stress punya stress, dah hari jumaat.. minggu ni terasa penat sangat.. may be kurang stamina.. chewah..mana nak datang stamina tu?? lately, aku dah kembali makan vitamin2 safwa health tu such as multivitamin, fish oil & calcium & vitamin d (kak shim kasi, tak habis lagi, dah setahun lebih..heee)

Bercakap pasal stamina ni, aku ni kategori orang yang kurang bersukan.. dalam setahun ni, aku rasa tak pernah lagi aku berpeluh kerana bersukan..hehe.. teruk kan?? bukan masa setahun ni aje, lepas beranak memang tak ber 'sport' lansung la.. masa bujang2 dulu, ada la.. gi jogging kat tasik sri gombak ngan cousins. Kalau kat opis lama tu, petang2 gi jogging ngan kawan2 opis kat atas bukit kat tamana melawati tu.. dapat elaun jogging lagi..hihi..

Punyalah lama tak bersukan.. teruk tak orang macam aku ni?? Bukan sebab aku ni memang kurus kering tak payah jogging, tapi sebab nak sihat.. Kalau dulu, time sekolah2 ke, kat u ke, aku tak suka la main netball ke, apa yang penat2 ni aku kureng gemar.. lagila aku tak reti main.. yang aku reti main ialah lari2, lompat2 tu aku suka la:-) senang cite, olahraga ok la kot.. tapi tak de la menang nye.. congkak ke, teng teng ke, ok gak..hehe..

Ok, kesimpulan dari cerita di atas, aku nak SOGO gi cari seluar track..ha..tengok, suar track pun tak de. ada la, 1.. tapi tu zaman uitm la..laki aku pun nak kena belikan gak.. tu pun sorang, tak suka benda2 sport ni..huhu.. tapi dalam tv dia tengok plak.. abg, kena jogging pas ni, baru boleh kempis perut tu..hehe.. kasut sukan pun tak de..boleh ke lari pakai selipar je:-) selipar pun aku takde, yang ada hanyalah kasut keje, yang tu lah dibawa ke hulu ke hilir, sampai lunyai.. sian tak kat aku?? *motif?* nak perabih duit ke?? lari!! :-)
sekadar gambar hiasan: kredit to mr. google

Thursday, April 8, 2010

baby concert aqil!!

Assalamualaikum!!

Ingatkan nak update malam tadi..tapi mata ni dah penat sangat dan layan pulak cite kat tv 2 enemy behind line..saspen jek cerita tu..berdebar2 ni tengok cite perang2 ni sensorang..hero aku yang 2 orang tu dah kena tembak awal2..hihi..

Bukan nak review cite tu.. tapi nak cite kisah anak bujang ku itu. kelakar la anak ibu ni.. dah pandai macam2 sekarang ni.. Dia ada satu set mainan drum.. Pastu, dah jahanam dah drum tu sebab penggunaan yang terlalu extreme..hehe.. yang tinggal hanyalah body drum tu je. penutup nye dah hilang.. Suka dia main ngan benda tu.. Korang tengoklah sendiri gambar budak ni..
aa..cak!! suka masukkan kat kepala..

konon nak takut2 kan ibu la.. tak takut pun..:-)
box mainan dia tu yg merah tu..

ibu!! tolong..tak leh kuar..

help!!!

yeay!! lega dah..

sori la yek, gambar blur.. yelah, time nak amik gambar je, dia datang kat kita.. aqil suka tengok video dia sendiri.. aku ada simpan dari lahir sampai sekarang.. sekarang, aku dah ada external hardisk..leh simpan gambar aqil banyak2 dalam tu..ok,tata!!

Wednesday, April 7, 2010

stress!!

STRESS!!!!

Uppss..jangan stress lama2 sangat, nanti kena darah tinggi.. di saat aku menulis ni, aku dah kurang stress sikit dah.. korang kalau stress camana?? Akhir2 ni, aku akan stress setiap hujung bulan.. chewah.. dah tahu dah nak stress hari apa..haa.. tu lagi baik, bila kita dah tahu nak stress bila, kita dah boleh bajet apa nak before and after stress tu.. manage your time!! ewaahh.. sedap cakap nampak:-)

setahun yang lalu, aku tak delah stress mana.. otak aku berehat untuk setahun dari stress:-) tahun ni, stat je bulan 2, otak ku ligat bekerja.. Alhamdulillah, Allah masih lagi beri aku kekuatan akal dan fikiran untuk berfikir.. stress tu kadang2 memberi kebaikan kepada badan kita.. kalau asyik relax je, tak elok gak.. ni apa yang pernah aku baca la..

Minggu ni, aku ada sedikit stress yang menyebabkan tulang belakang aku macam sakit2 je.. may be duduk lama sangat sebab tekun buat kerja kot. Pastu, lagi stress bila, big-big boss datang kat meja aku, berkumpul tengok apa yang aku buat, slide aku betul ke tak, terus komen kat tempat aku..uiisshh..boleh tak korang bayangkan betapa berpeluhnya ketiak ni.. (dah la kul 5 aircond dah tutup, jimat karen..)

Bertambah lagi stress, bila slide yang aku save2 tu, bila dah kasi kat bos adalah slide yang ada salah!!! hancuusss!! bila aku dah tahu salah, aku rasa angin naik kepala & rasa nak muntah.. oowww.. kemuncak stress di situ.. tapi, aku tak muntah pun, masih boleh dikawal.. :-) Apa kata, tetiba untuk menunjukkan rasa simpati (supaya bos tak marah), aku buat2 pengsan ke..hahaha..nanti dia tak jadi nak marah..boleh pakai ke idea ni..kikiki.. sian bos aku, present slide yang ada silap!! malu aku tau..ok, ni bulan pertama aku buat slide presentation tu. ada maaf kot *sigh* sehingga ke saat ini, aku belum jumpa bos aku untuk menyerah diri!!

Kadang2, kalau banyak fikir sangat, aku boleh terbawa2 dalam tido..mimpi aku pun mimpi benda tu..huhu.. bangun2 je, tak ingat benda lain, pasal benda tu juga la.. letih maa.. okla..jangan stress2 tau!! semoga korang2 sihat selalu:-)
penghilang stress ibu!! *mmuuaaahhh*

Tuesday, April 6, 2010

jom makan: my asam pedas shop

Assalamualaikum!! Hai!!

Malam sabtu yang lepas, kami gi Tesco nak shopping barang dapur sikit.. alang2 shopping tu, mesti lah nak mengisi perut yang lapar ni. yelah, peti dah kosong, tak de apa nak dimasak..lebih2 lagi dah gaji, makan luar la..haha..tak gaji pun kadang tu makan luar juga, malas masak punya pasal..

First time aku gi makan kat tempat ni.. tempat mana tu?? haa.. MY ASAM PEDAS SHOP (linda onn, i promote nih..cait, ingat linda onn baca ke blog ibu aqil ni..) dah nama kedai asam pedas, tentu2lah kami makan nasi lauk asam pedas.. asam pedas ayam.. fuuhhhh.. terangkat sangat ko.. aku ni bukanlah peminat fanatik asam pedas. aku pun tak tahu asam pedas mana yang orang kata sedap gile babas tu kan.. nak kata orang johor, mak aku orang ganu. masak asam pedas style dia la.. ayah aku orang johor, pandai juga menilai asam pedas yang sedap ni.."ayah, nanti datang kl boleh gi kedai linda onn ni, sedap tau:-) ayah belanjer..hihi..

nak habis dah baru nak snap.. cukup untuk 2 orang..

Semalam, kami pegi lagi kedai ni.. cadangan suamiku..dia ni tak minat pun asam pedas.. tapi dah cuba kedai linda onn ni, eehhhh, dia pulak yang ajak aku.. mesti la sedap kan kalau dah sampai macam tu..segan juga aku sebab datang time kedai dah nak tutup dalam kul 10..mesti la orang pun dah tak de. akak kedai tu mesti cam punya muka kami anak beranak ni..hihi.. datang dalam jarak masa yang dekat.. mesti dia ingat kami ni, sepasang couple ngan anak kecik tak reti duk diam..hehe..
ni la budaknye, mesti nak naik atas meja..
duduk la elok2 sikit sayang ...

Haa..lagi apa tau yang best.. sambal belacan dia.. makan
 colek2 je ngan kacang botol tu.. sape ada
resepi sambal belacan yang best??


Harganye, oklah.. mampu milik tapi nak makan tiap2 hari agak pokai la yek..hihi.. ingatkan dapat jumpa tokei kedai, tapi kak linda dah balik awal la..okey.. nak tahu kat mana kedainya, di area tesco ampang tu.. senang je..gambar linda onn tengah makan cili terpampang besar kat situ.. sedap sekali..nanti leh datang lagi.. ok..tata!!

happiness in my life

Assalamualaikum!!!

Rindu nye nak update blog ni..setiap hari ku dipenuhi idea nak tulis apa, tapi, apakan daya, masa tidak mengizinkan.. banyak benda nak story mori nih..hehe.. Bila ada idea, masa pulak tak de ek.. banyak benda baru yang aku nak kongsikan ngan kawan2 sume.. (jika sudi membaca)

First of all.. aku dah dapatkan celcom broadband.. yeay!! ini bermakna, aku dah boleh online dari rumah saje.. Tapi, aku pun tak tahulah apa bahana nya..(chewah..).. lembab macam siput..kadang ok, kadang tak ok..kalau ok, kejap je.. biasala broadband.. time tengah malam buta, baru okey, mana lah nak tahan mata ni.. ingatkan nak pakai streamyx, tapi macam lambat sangat prosedur nya.. mode tak sabar nak pakai internet.. so, terimalah seadanya dengan penuh kesabaran..redha saje lah.. nanti kalau ada duit lebih, maybe boleh pakai streamyx..(berapa byk bil la plak nak kena bayor ni..pening jap)

Secondly.. ehem2.. 'seperti yang diidam2 kan' hampir tiba.. sikiiiittt je lagi nak tiba ni.. nanti dah ada baru leh cakap..teruja ni.. kecoh je lebih la ibu aqil ni.. okey okey okey.. aku memang tak tahan nak berahsia2 ni.. kami dah beli perabot2 baru untuk mengisi kekosongan di rumah kami.. pasni, korang datang, tak payah la duduk kat bawah lagi.. hihi..jakun tak?? ok, bukan nak menunjuk2, tapi nak kongsi rasa gembira tu!! boleh?? nanti kita amik gambar aqil eh duk atas sofa ibu tu..hihi.. ayah aqil je la buntang bijik mata terbeliak yang tak dapat digambarkan mendengar aku tetiba je nak console table & almari kasut..huhu..ado dapek?? next bajet.. tu naik unser mama pun boleh angkut dari kluang..hihi..so, insya-Allah weken ni, siap2 la susun atur dan deko bersama su:-)
aqil pun seronok ibu dapat barang..hihi

ni katil aqil bu?? bukan.. tunggu aqil besar skit
ibu beli ek..

ha..ko tengok ayah dah jadi power ranger sebab 
beliak2 mata kat ibu:-P

Thirdly.. aaaa.....uuuuu.. apa ek?? tak de dah :-) haa.. aqil dah pandai berjoget2 korang.. tapi aku tak leh plak nak upload video joget2 montot itik tu.. dengar lagu je, bergoyang habis..sape lah yang ngajor ni.. budak2 memang pandai sendiri kot ek.. kalau tengok tv, mata tak berkelip2.. okey..nanti kita update pasal aqil plak ek..daa...

Friday, April 2, 2010

out of service

Hai!!

Aku rasa spectra 3 aku ni nak kena hantar masuk 'klinik' ni untuk di rawat..sian dia..sian kat aku juga la sebab mengambil masa yang agak lama berbanding sessi pengepaman dulu. rasanya pam aku ni dah tak berapa nak menyedut la, dah habis putar dah knob dia tu.. kena cari tempat nak hantar servis ni.. aku dah tahu kat mana, tapi aku may be nak cari area yang dekat sikit, area ampang ke.. Ada sape2 tahu?? ke nak hantar kat no. telefon yang tertera di pam tu?? Lama tak amik masa nak servis?? caj nye bagaimana?? nasib baik aku ada pam manual avent, leh cover time emergency ni..

Dah setahun pam ni banyak berjasa ngan aku.. Alhamdulillah.. setahun dua bulan juga aqil minum susu ibu.. harap2 pam ni dapat berjasa untuk adik2 Aqil yang seterusnya.. Atau pun, kalau ada rezeki lebih, aku nak try la madela yang orang kata best gile tu.. pam without hand.. time masak pun boleh pam.. betul ke pengguna madela?? harga?? dengar2 cerita. seribu lebih kot.. Tapi, apa nak bising kalau ia berbaloi2, compare ngan susu tin pun, sama gak harganya.. so, buat kira2 sendiri la yek..

pam spectra 3 ni ok gak, tapi agak bulky.. tapi, heavy duty.. sayang aku ngan pam ni.. tak dilupakan pam manual aku, yang amat membantu ketika dalam pantang dan juga sekarang.. amat lembut sekali breast silicon nye..eh, silicon ke apa nama dia?? lupa dah..hehe.. masa pam tu, yang paling heaven sekali time let-down-reflex..time tu la bunyi 'sher sher sher'..kikiki..sape yang ada pengalaman pakai pam dua2 ni, boleh gak share di sini.. tata!!
out of service :-(

hari ini, aqil bercerita!!

Assalamualaikum acik2, auntie2, pakcik2, uncle2 di luar sana..hari ni aqil yang tulis entry ni..caya tak??kuikuikui..

Salam hari jumaat.. Ibu aqil kena juga update entry hari ni walaupun masa tidak mengizinkan.. sebab, nanti esok dah hujung minggu, bersawang plak blog ibu aqil ni.. hari isnin belum tentu ibu dapat update blog..nanti ada orang windu nak baca blog ibu aqil nih..hehe..

eee...kawan2 ibu dah dengar berita kematian pelawak kita tu, uncle din beramboi tu.. sekejap je kan dia sakit then terus meninggal..nak masuk hari jumaat plak tu. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Tu lah, ibu dah banyak kali pesan kat ayah aqil..even dalam umah pun, makanan kena tutup..ni biar je terdedah then makan/minum lagi selagi tak nampak buih2 kebasian tu..eii..tak cenonoh la ayah aqil ni.. taik cicak jatuh dalam air kopi pun tak perasan tau..

Okey2..kawan2 ibu nak tahu ke aqil dah terer buat apa?? aqil dah pandai bawak keta tau..hihi.. sekarang ni, aqil suka main stereng keta.. kalau pegi shopping complex tu, mesti aqil nak main keta goyang2 tu..ni gambar aqil..
tak leh main selalu, satu keta rm2...membazir ibu kata:-)


okey, kita main keta real la kalau ibu kedekut sgt..

Lagi, aqil pun dah pandai tengok tv..dulu, aqil suka main wire belakang tv..sekarang, tidak lagi!! aqil suka kacau ibu & ayah petik2 tv tu.. membuatkan mereka menggelabah cari remote tv yang tak de bateri..haha.. ooww..bila aqil dengar lagu jek, aqil dah pandai joget2..tak kelip mata tengok kartun especially haiwan.. penyayang rupanya aqil ni..

aqil tengok tv ni..ibu snap la gmbr aqil..hehe.

Dalam banyak2 yang aqil terer ni, aqil lum pandai lagi minum air dalam straw.. sian ibu dah belikan aqil botol air yang ada straw tu dengan sippy cup.. tu pun aqil selalu je wat tumpah.. belum sampai masa lagi ke aqil nak pandai minum ngan straw??

ni action je lebih..

Aqil pun suka cakap2 ngan tepon..tapi, bila ada suara, aqil terus senyap..jadi atok, kalau nak dengar suara aqil, meh datang kl ni..

hello!! abg aiman, nak jumpa kat ne?? jgn lupa bawa mainan!!

*motif* tudung baru ibu:-)

 saya juga selalu je tak sihat..uhuk uhuk!! batuk & selsema datang lagi!! berak2 pun tak hilang lagi,..cikgu nursery kata, kat nursery tu sume kawan2 aqil yak2 & muntah.. tapi, aqil masih ada selera nak amam lagi..ok kan?? kalau atuk call, mesti tanya "aqil demam lagi" yelah, aqil selalu demam kan.. sebulan mesti sekali demam..


okelah..penat dah aqil bercerita..nak ido dulu!! cantik tak baju baru aqil?? pilihan ibu mesti yang omei2 ajer..tata!!salam sayang, mmmuuaahhh..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails