Thursday, February 25, 2010

perabihkan duit !!

Semalam kami dinner di secret recipe (buat2 gile sebab duit bukannya ada sangat).. tekak terasa nak makan benda lain je.. hehe..pasni, puasa seminggu, qada' balik duit yang kuar tu..ada plak macam tu yek.. sanggup mengejutkan aqil yang tengah syok tido..tido apa awal2 tu.. dia memang kena kasi tido pas balik dari nursery, sebab dari pukul 4 dia tak tido..jawabnya, tiap2 kul 6 atau time maghrib tu dia kena paksa tido..tak baik tido maghrib kan.. kalau tak tido, mesti dia mengaruk.. tapi biasanya dia tido kejap je, tak sampai sejam dah bangun balik. kalau penat sangat, terus tido sampai pagi..

Ok, ni yang kami makan semalam.. cuba teka berapa ringgit??cepat2.. kiranya duit makan 6 hari burn kat sini la:-)  
Aqil plak buat pe?? aqil aku rasa seorang yang suka makan. Alhamdulillah, tiada masalah tak nak makan. apa orang makan, semua dia nak ngecek.. tapi, pandai pulak kalau dia tak suka, dia tutup mulut rapat2 tak nak makan dah..kalau dah dalam mulut tu, dia "puek" balik semula.. kat SR ni, bukan reti duduk diam..nasib orang tak ramai sangat.. mesti waiter tu pening nak bersihkan meja kami, paling bersepah sebab aqil tabur2 nasi, tabur2 tisu, tumpahkan air etc etc..

naik atas meja satu kemestian..
tak mo duduk, nak main lampu..
sentiasa menyibukkan diri nak korek & ketuk sana sini.
see, aqil dah makin berat..
ayah aqil pun sama:-)
kena bersikap kejam sikit kalau nak bergambar skrg ni:-)
kan dah kata..susah nak amik gambar..
ni amik sendiri..
ok..duk diam2..cepat snap ayah..

ok dah habis dah:-) bye!!

p/s : perasan tak, iklan nuffnang dah kurang appear kat sini??korang camana?? duit aku pun stone je, minggu ni tak de increment pun.hmm..datanglah iklan..

pergi tak kembali..

Pagi ni, aku ada sedikit kelapangan untuk menulis sesuatu di blog aku ni. Rasa lega tu aku dah dapat start dari aku balik petang semalam, sebab aku tak yah buat keje kat umah dah:-) keje aku yang tertunda tu dah siap!! jadi dengan happy nya aku belanja suami ku di Secret Recipe..

Tapi sebelum tu, aku nak share cerita lah ngan korang.. aku dapat berita sedih daripada my best friend Lah.. dia kehilangan adik angkatnya.. She passed away 23 Feb..malam kot, tak sempat sampai hospital dah meninggal.. Kalau tak salah aku, dia ada kanser saraf ke  kanser darah..tak berapa sure la..rasanya darah kot..darah putih lebih.. Aku pun kenal juga arwah ni. pernah datang umah kat kg pasir tengok aqil sambil aku hidangkan air kopi untuk mereka:-) Dia pun pernah rasa aku masak asam pedas ikan kembong, masa ni kat umah sewa, lum kawin lagi..masih terngiang2 lagi, "sedap kak su".

Lah adalah orang yang paling sedih sekali.. dah 8 tahun mereka rapat sejak dari politeknik lagi.. Aku tahu, Lah memang sayangkan adik angkatnya ni, dah jadi macam adik sendiri. dia tak sempat tengok arwah, dah dikebumikan tengahari semalam. Semoga Lah tabah menghadapi ujian dari Allah.. Allah lebih sayangkan nya.. Al-fatihah untuk Gee..

Bila ada berita sedih macam kematian ni, mula lah kita terbayang2 kenangan indah bersama mereka.. tak dapat nak dibayangkan jika aku berada di situasi itu. kehilangan orang2 tersayang..

okey..episod sedih stop di sini..nanti aku sambung episod makan2 plak:-)

Tuesday, February 23, 2010

wifi free and available here!

hai! Aku bersiaran lansung dari bilik kursus ni.tetiba plak ada wifi free..tapi fb kena block juga..huh..apa daa.. petang baru dapat masuk kursus balik.ntah dpt ke tak sijil ni,datang half2 je..hehe.. Kalau entry kali ni macam tak cun je,faham2 la yek..aku tak reti sgt nk godek2 handphone ni..ok,kita try tgk apa hasilnya..xde nk cite apa pun.owh..tadi cal taska aqil,tlga dia dh kering diorang kata..hmm..hope btambah baik ye cayang ibu..bye!

Monday, February 22, 2010

Aqil di ENT

Hari ni aku kursus..esok pun sama.. tapi, kursus tak macam pi kursus je..bos suruh buat kerja juga, sambil perli2 ntah apa2..dah petang ni aku tak boleh pegi kursus balik..arrghhh..ni yang nak tukar unit ni..

Aku baru balik dari Hospital Ampang. Aqil gi klinik ENT tadi..telinga dia masih ber'hingus' lagi.. dah gi cek tadi, doktor kata gegendang telinga aqil ada lubang sikit. tu yang hingus dia boleh masuk kat telinga..sian anak ibu ni.. Tapi, lubang tu akan tertutup sendiri bila dia betul2 kering nanti.. Tapi, akan boleh terbuka balik kalau dia selsema.. aku pun dah tak ingat sangat apa doktor tu cakap. banyak sangat info..hehe

actually, memang baby senang nak dapat infection telinga.. lebih-lebih lagi aqil yang selalu bersin..lagi lah duduk nursery, ramai budak2 yang tak sihat..hmm..nanti kalau ada anak kecik lagi, tak mo kasi duk nursery awal sangat la..sian dia.. kalau nak belajar, tunggu dah besar sikit pun leh belajar juga kan..

so, aqil dapat ubat antibiotik. tapi, dapat ubat yang sama macam 3 minggu lepas..hmm..boleh ke pakai ubat yang sama kalau dia sakit lagi?? tak pelah, hope aqil akan baik..sebab bila dia makan ubat tu dulu, cepat je baik..harap2 akan berkesan juga kali ni..lagi 2 minggu, aqil ada appointment lagi.tadi pun, telinga dia kena sedut sikit ngan doktor..meraung la, apa lagi..

okey..ibu doakan aqil cepat baik ye..jangan nakal2..dari segi pendengaran, still okey lagi tapi tak 100% macam budak yang gegendangnya tak berlubang..agak aku la..hehe..aqil aqil..macam ni lah jadi ibu ni, macam2 kena hadapi.. tapi, satu je persoalan aku.. kita tak leh gi hospital suka2 hati ke eg. nak gi klinik pakar tu main redah je?? mesti ada surat rujukan dari klinik ke apa ke?? nasib baik kawan aku ada doktor kat situ..dapat la aku tumpang kemudahan dia..hehe..


Sunday, February 21, 2010

i'm 28th already!!

auto publish entry.

Hari ni adalah hari keramat aku..21 februari 1982 aku dilahirkan. tengahari okey..tu yang ada unsur2 panas sikit ni..i'm 28th today..cepatnye masa berlalu..aku dah hampir berada di penghujung 20-an.. tapi, kadang2 tu aku terperasan yang diri aku ni masih muda..huhu..kekadang tu, kalau orang panggil aku "kak", aku pun tengok muka dia..rasanya macam dia lagi tua dari aku..tua sangat ke aku ni??muka aku nampak tua ke??sedih jap.. tapi, kalau memang dah terang2 dia lagi muda dari aku, aku tak kisah pun orang panggil aku "kak". Rasa dihormati sikit la..ish..complicated nye aku ni..

Alhamdulillah, semasa aku menaip ni, aku masih dapat lagi dapat bernafas di bumi Allah, bumi Malaysia yang bertuah ni.. Tiada yang lebih diharapkan melainkan:-
  • diberi kesihatan tubuh badan
  • dipanjangkan umur yang diberkati oleh-Mu
  • dikasihi oleh suami, ibu bapa, anak, adik beradik & kawan2
  • semoga aku dapat berbakti di dunia dan akhirat
  • dimurahkan rezeki sepanjang masa.. Allah memberi rezeki bukan sahaja secara live - duit ke, maybe ada rezeki yang kita tak tahu itu rezeki..
apa hadiah yang aku dapat?? hmm..hadiah 1st aku dari SOGO..haha..aku dapat mug sebab belanja 100.tu pun sebab baba beli pen, aku tumpang je la hulur kad tu..hehe..nanti aku tunjuk la gambar nye..tak sempat nak amik gambar..

Lagi?? encik suami kasi apa?? ntah, tak tahu la..kalau ada, nanti aku update..kalau sonyap je, tak de lah tu.. sedih tak?? macam tak de je..ucapannya "nabi kata tak baik isteri meminta-minta" kalau tak minta, tak de nye aku dapat.. aku kena fight, baru dapat..kalau tak fighting, tak de lah..alah, kalau ko gadoh bagai nak rak pun, dia tak kasi, tak dela..buang masa je..tak kisah la..(dalam hati ni, menjerit2 woo..takkan tak de hadiah.. *sob sob*)

Oklah..semoga aman damai hidup ku sudah..ada ke orang yang sama bday ngan aku?? susah tau nak cari sape yang sama bday ngan aku..selamat hari jadi pada geng 21/2..bye

Friday, February 19, 2010

anak ooo anak..

Early morning he wakes up
and cry cry cry plus screamed
we don't know why
may be his dad spoiled his mood
just let him cried
coz we were too late to office

(ha..nyanyikan macam lagu Britney Spears tu..hehe)

setiap pagi mesti kedengaran suara si kecil ku menangis. ditambah lagi suara nyaring aku plus suara ayahnya terjerit2 marahkan dia - suruh dia senyap..(sian aqil, kecik2 lagi dah kena marah-mesti ada orang rasa serba salah pas tu kan, sebab marah anak, hehe) yelah, pantang tengok kitorang dah siap2, kuar pintu bilik pun nak nangis..padahal nak amik benda lain kat bilik lagi satu.

kenapa saya dimarahi...
pastu, lagi satu, bila dah nangis tu, nak salin pampers pun dah tentu susah lah kan.. pagi-pagi lagi dah buat hal..ntah angin apa melanda pun tak tau..elok je dia bangun ceria, tetiba, pantang silap skit dah melalak tak tentu pasal..pandai marah tau sekarang ni..pujuk pun tak layan dah..huh..ikut sape la anak bujang aku ni..

apa apa apa?? tak mo kawan..

oohh..telinga berair still jadi lagi.. sebab hari tu dia selsema terus jadi balik telinga tu..kesian aqil.. (tulah, tak nak dengar cakap ibu lagi) may be pas n bawa gi ENT. alhamdulillah ada kawan doktor mau tolong set kan appointment untuk aqil. minta-minta tak amik masa lama sangat appointment tu..oklah, doa ibu semoga aqil cepat baik ye nak..jangan nakal2..bye..we love you..

posing skit..hehe..hensem tak model belakang tu??huhu

Thursday, February 18, 2010

gambar demi gambar..

Aku ada gambar baru aqil:-) yeay.. hari tu balik kluang, kami posing sikit la ngan kamera besar gedabak tu..hehe..
aqil dan bunga..
aqil makan ice cream
taaaatiiihhh..
wat pe tu..
pok pok..
nah..makan biskut tiger ni..maklumla tahun harimau:-)
is it tiger?? no..it's toto..
aqil & atok di rong seri..
ibu cayang aqil..
ibu pun cayang ayah gak:-)
last but not least..ibu pun nak interframe gak..cun tak??hehe..perasan je lebih..

aku tengah selsema ni..hidung tersumbat..aku ngan aqil ni macam kembar..dia selsema  then aku plak berjangkit..ayah nye orang last sekali kena..hehe..bye!!

selamat ulang tahun mama!!

Aku masih lagi huru hari di sini..pening lalat aku memikirkan apa benda yang aku kena buat ni. kadang macam hati ku bukan di sini..i don't have a passion to do this..may be it's too new for me..huh.. masa amat mencemburui aku sekarang, nak update pun payah..aku sekarang ni "penggemar" excel, word, power point..tensen.. waktu rehat ku yang dulunya damai, berjalan2 di kala itu, terpaksa dibantutkan.. aku tak dapat lagi berlibur di SOGO, KK Home Deco (tak dapat join nana) etc etc..  bukan nak wat keje pun , tapi nak update blog..haha

Okey, sebenarnya dah lama aku nak buat entry ni..tak sabar-sabar menunggu hari ni.. SELAMAT HARI ULANG TAHUN MAMA YANG KE 53.. mama lahir 18 Februari 1957.. Dia berkongsi bulan dengan aku. mesti masa mengandungkan aku dulu, mama nak aku lahir sama hari dengan dia kan, tapi tak dapat, aku keluar lewat..hehe..pandai je buat assumption..

mama, semoga mama panjang umur, murah rezeki, diberi kesihatan tubuh badan yang baik..Terima kasih atas segalanya.. Bila dah jadi ibu ni, aku lebih memahami perasaan seorang ibu.. sungguh..sape yang dah ada anak tu, mesti dapat rasa..

A little bit description about my mum.. Dia seorang yang sangat tabah dalam membesarkan kami sekeluarga.. Seorang yang sentiasa positif.. Kalau nak minta pandangan ke apa ke, memang mama la tempat minta pendapat. Jawapannya sentiasa positif. kalau aku seorang yang "itu tak boleh, ini tak boleh", dia sentiasa memberi semangat "boleh..macam ni caranya".. that's my opinion to my mum.

mama, semoga lebih berjaya dalam hidup. we love u so much..tak ternilai rasanya pengorbanan yang pernah mama buat untuk kami adik beradik. membesarkan 6 orang anak yang masing-masing mempunyai pelbagai karenah & ragamnya.ok..daa..



Tuesday, February 16, 2010

mari mengurut

ha..akhirnya dapat juga aku nak update blog ni. aku masih di kampung aku lagi.. ingatkan nak balik hari ni, tapi ada program lain plak, terpaksa la balik esok pagi..hmm..camanalah jem esok ye?? masa dari kl hari tu, jem gile dari bangi ke seremban kerana ada polis kat tepi2 jalan..bukannya ada accident ke apa..hmm..ntah apa2 la diorang ni.. takutkan abang polis punya pasal..

ok, hari ni topik lain.. korang pernah berurut tak??suka?? aku memang suka urut2 ni..rasa relaks habis.. aku tak takut pun nak diurut..syok sangat kalau ada orang urut kita..rasa lega habis..ni nak cerita program hari ni la.. ayah aku terjumpa la atok urut ni kat kedai makan..di bawanya balik ke rumah untuk urut 3 orang lelaki di rumah ku..huhu..kuat betul atok ni..dah 70 pun umur dia..mari kita tengok aksi oang yang nak di urut ni..

ni ayah aku..sampai terhantuk2 kat pasu menahan sakit..
 
ni plak kazen aku..patah batang keladi tu menahan sakit juga..huhu
 
 mamat ni je yang maintain tak sakit sangat..hehe..cover line..

oklah..nanti kita story lagi..lembab air la broadband ni..tata!!

Friday, February 12, 2010

Gong xi fa cai!!

Gong xi fa cai kepada semua kaum cina!! wah..esok petang semua chinese makan besar la yek?? makan apa?? yi sang?? hehe..ntah, aku pun tak tahu sangat la budaya diorang.. aku tak ramai pun kawan cina. yelah, dulu masa sekolah rendah, semua bangsa melayu.dah naik sekolah menengah kat STK pun still masuk kelas yang melayu semua.. Then, bila kat sk teknik terengganu pun semua melayu..adalah sorang dua budak cina dalam sekolah tu..tapi, dia pun lebih kepada cina besut, kecek kelate la demo..hai chen, igt lagi kat aku tak?? ingatla, kan kita keep in touch dalam frenster..hehe..chen pun dah convert to islam..

ha..tak abis lagi kisah di atas..bila dah dapat masuk u, masuk pulak UiTM..melayu lagi dalam tu.. so, aku tak berkembang sangat la pergaulan dengan bangsa lain selain melayu ni.. Bila masuk keje pulak, masuk company melayu..cumanya, bila dah terdedah dengan dunia construction, aku dapatla rasa sedikit sebnyak asam garam 1 malaysia nih.. ada baik, ada buruknya..ok, tak nak cerita lebih lanjut..isu sensitif:-)

Selalunya, time raya cina macam ni, opis lama aku akan dapat berkotak-kotak limau..yang mana senior-senior tu, akan dapat ang pau dari project team diorang-kalau ada chinese la dalam group tu..best kan?? hehe.. opis pulak busy meng'order' hamper untuk hadiahkan kepada diorang.. sama jugalah kalau raya kita..diorang berebut-rebut (berebut-rebut ke??hihi) kasi hamper la, itu ini la, kuih raya la.. to che..:-)

Sekarang, tak de dah nak rasa benda tu semua..kalau kasi..dikira RASUAH wei.. tu pun rasuah ke??huhu..tapi ada juga la staff cina kasi limau sebijik.. ala, boleh beli la sekarang ni limau lokam tu..lokam ke?? makan banyak2 tak elok, batuk tau.. kulit dia tu sebelum makan basuh dulu, kotor..aqil makan limau sunkist..hehe..

Okeylah..membebel plak..selamat bercuti panjang..hati-hati di jalan raya..

Thursday, February 11, 2010

aku dan dia..

sekarang macam dah tak sempat nak update blog..tapi ni aku selit2 juga la baca blog orang skit2 & update blog nih..hehe.."cikgu" aku ada keje sikit..so sempat lah aku mengisi masa yang terluang ni..dah siap satu benda, buat benda yang lain plak.. banyak perkara kena buat bila dah masuk unit kewangan ni. report itu ini sume ada.. sampai naik buntang mata aku tengok komputer je.. dah ada urat-urat merah kat mata aku ni..huhu.. tetiba je..adakah figure yang banyak2 tu dah menyocok mata aku ni??

Esok dah last kerja untuk minggu ni..pas tu, cuti raya cina plak..insya-Allah balik kluang hari sabtu pas gi kenduri kawin anak ex-bos..ha..sape yang tak de tiket tu, nak tumpang calling2 la yek..haha!! suka-suka je wat annoucement kat sini, nak kena hempuk ngan laki aku ada la.. aku tak amik cuti panjang pun, gile nak cuti.. aku orang penting ni..kalau aku cuti, tak gerak projek kat malaysia ni..haha..lagi ayat poyos!!

Lagi,lagi apa ye..korang rindu tak kat aku ni??huhu..dush dush dush..pompuan je dibenarkan rindu..laki tak leh..kecuali adik beradik aku je..haha..sebenarnya dah merepek meraban dah ni..tak tahu nak cite apa.. Aqil?? aqil okey je.. Makin mengaruk okey..time pagi, bangun mesti menangis dulu, so, kena kasi nenen jap, baru dia okey.. Waktu nak hantar, ada drama swasta plak..nangis2 kat pintu nursery tu dulu.. tapi bukan nangis teruk la, rengek2 je..

Waktu balik (ni je la time nak bermain ngan anak weekday), kena tengok mood juga. kadang tu, dah sampai rumah tak leh terus letak kat lantai, nangis lagi.nak kena dokong kejap..kasi makan scott emulsion (he love this). main-main lagi, aku pun kena baring gak, sebab dia nak nenen..pas puas tertonggeng2 kat aku tu, main lagi.. kalau dia belum tido petang, kena kasi tido dulu.. lagi pun, aku nak kena masak, nanti dia kacau pulak kat dapur..huhu..tension.

Time makan lagi best..dia suka kacau aku makan..patutla aku  kurus.chewahh..makan tak kenyang..ada budak kecik kacau..kalau aku bawa dia naik atas meja, habis berterabur nasi dia hempuk..kalau letak kat bawah, habis dia nak main kipas pulak..kadang2 tu lepas makan, aku terus naik tido sebab aqil kalau kul 10 tak tido tu, memang pelik la..nanti esok dia bangun mesti bad mood tak cukup tido.. mana tak buncit perut ni pas makan tido.. eh, tetiba terpanjang plak entry aku ni..ok..bye!!

Wednesday, February 10, 2010

Cloth diapers lagi!!

Yeay!! barang yang ditunggu dah tiba.. kak ju, dah dapat ye cd tu..thanks. Actually, aku dah ada 2 keping Cd sebelum ni..from My Little Helper, insertnye from bamboo. Kali ni, aku tukar pulak brand lain yang lagi murah. Bukan apa, aku nak try sume jenis brand baru leh compare yang mana best & yang mana tak best.. Kali ni brand coolababy, aku beli dari classmate aku. ada juga kawan2 yang lain promote kat blog diorang, tapi bukan aku tak nak beli, cumanya sebelum promotion korang, aku dah order lama ngan kak ju ni..hehe..baru kali ni aku berkesempatan nak bayar..haha.. insya-Allah lain kali aku order ngan korang2 plak..
yellow, red & blue. ok nana?? ko yg nak tgk sgt ni..hehe

dapat 2 insert tau..tapi nak compare ngan my little helper,
nape nipis je coolababy punya..tak pe, kita tgk dulu
performance nya camana...

ups..nak nyelit sikit gambar aqil kat sini.. aqil ngan topi party nye.. sayang tul tak dapat nak pakai masa birthday dia sebab ibu nya tertinggal kat opis..so, pakai kemudian la..ibu aqil pun nak pakai juga masa bday party dia nnti..haha!!

apa ni ibu?? rimas la..
aqil ada dua tanduk..hehe

Tuesday, February 9, 2010

Arrash pulak!!

Ada lagi sorang budak comel yang jarang-jarang ku tulis kisahnya.. sepupu aqil yang ke-12..aqil no 13 ye belah hasben aku (kira yang bongsu la sehingga ke hari ini)..no 13 lagi, sama ngan SPM aku..huhu..
hi!! nama saya Muhammad Arrash Arman.i'm 4 months old than aqil
saya suka posing:-) tengok aqil tu, buat tak tahu je..
saya pakai serkup nenek saya..
cantik tak muncung saya..hehe..
aqil buat hal sendiri saje..main ngan antibiotik telinga dia..
saya dapat no.2 pertandingan baby comel di tesco!!
memang saya comel kan..gebu gitu..
one more smile:-)
smile again..memang suka posing okey..
see..ngan ummi pun saya mau karate..hehe..

okey..nnti kita blogging lagi ye..no idea..bye!!ooppppss..lupa nak bagitahu berita gumbira..akhirnya...dengan umur belum sampai setahun sebulan, aqil dah boleh jalan jatuh..tak lama lagi, jalan betul la tu..kelakar tengok dia berusaha nak bangun berjalan, senget2 kaki dia..ok..tata

Monday, February 8, 2010

Baby Ammar needs our help

Tengok kat side bar kanan aku tuh..ada charity ads by nuffnang.. Kali ni, aku join tanda simpati aku pada baby ammar dan seluruh keluarganya.. Kesian sangat tengok keadaan baby ammar ni. Dia sakit jantung Patent Ductus Arteriosus (short form nya PDA). Kalau ada yang dah join charity ni, mesti ramai yang dah tahu kisah ni..kalau nak tahu lebih lanjut, boleh klik kat blog ibu ammar ni..

comel kan senyumannya..

minum susu melalui perut..sedih giler wei..alhamdulillah aqil sihat

Bila tengok baby ammar ni, mula lah terbayang kan anak sendiri.. Kesian sangat.. Sedih pulak kalau benda macam ni berlaku pada salah seorang ahli keluarga kita. nauzubillah..minta-minta dijauhkan segala penyakit untuk anak & ahli keluarga ku.. Kos pembedahan untuknya adalah RM12,000 ye kawan kawan.  Operation date nya adalah 22 Februari ni.. So, aku tak delah duit sebanyak itu untuk didermakan, cuma dengan cara me war-warkan begini sahaja dapat disumbangkan..

Lagi satu cara, dengan menukarkan "show Global ads" kepada "show Charity ads" dalam Blog manager, juga dapat menyumbangkan sedikit sen ke dalam tabung ammar. Maknanya, aku tak delah dapat sen kalau setiap kali iklan kuar, semua disalurkan untuk ammar. Kemuncaknya sehingga 17hb feb ni sahaja.. then, semua aktiviti ads akan kembali seperti biasa.. Rasanya betul dah explanation aku nih..

Lagi lagi lagi..ni lagi senang..korang boleh bank in je ke akaun ibu ammar ni..ni no akaun maybank nye.. Azmaniza Mohamad Kamal - 514093114912 (Maybank). ok..dengan cara ini, mudah-mudahan baby ammar akan kembali sihat seperti sedia kala.. Moga Allah memurahkan rezeki korang semua..amiinn..

p/s: baby ammar danish lebih kurang sama nama ngan anak sepupu aku. Ammar azwar..ye ke kak ma??hehe..

Sunday, February 7, 2010

Sharing email: Butter vs. margerin

Margarine was originally manufactured to fatten turkeys. When it killed the turkeys, the people who had put all the money into the research wanted a payback so they put their heads together to figure out what to do with this product to get their money back. It was a white substance with no food appeal so they added the yellow colouring and sold it to people to use in place of butter. How do you like it? They have come out with some clever new flavourings..

DO YOU KNOW.. The difference between margarine and butter?

Read on to the end...gets very interesting! Both have the same amount of calories. Butter is slightly higher in saturated fats at 8 grams; compared to 5 grams for margarine. Eating margarine can increase heart disease in women by 53% over eating the same amount of butter, according to a recent Harvard Medical Study.

Eating butter increases the absorption of many other nutrients in other foods. Butter has many nutritional benefits where margarine has a few and only because they are added! Butter tastes much better than margarine and it can enhance the flavours of other foods. Butter has been around for centuries where margarine has been around for less than 100 years .

And now, for Margarine.Very High in Trans fatty acids. Triples risk of coronary heart disease. Increases total cholesterol and LDL (this is the bad cholesterol) and lowers HDL cholesterol, (the good cholesterol)Increases the risk of cancers up to five times. Lowers quality of breast milk. Decreases immune response. Decreases insulin response.

And here's the most disturbing fact.... HERE IS THE PART THAT IS VERY INTERESTING!

Margarine is but ONE MOLECULE away from being PLASTIC... and shares 27 ingredients with PAINT. These facts alone were enough to have me avoiding margarine for life and anything else that is hydrogenated (this means hydrogen is added, changing the molecular structure of the substance).You can try this yourself:

Purchase a tub of margarine and leave it open in your garage or shaded area. Within a couple of days you will notice a couple of things:

* no flies, not even those pesky fruit flies will go near it (that should tell you something)

* it does not rot or smell differently because it has no nutritional value ; nothing will grow on it. Even those teeny weeny micro-organisms will not a find a home to grow. Why? Because it is nearly plastic . Would you melt your Tupperware and spread that on your toast?

p/s: wallahua'lam..eeii.. takut tak..nasib memang aku suka butter je..




Saturday, February 6, 2010

weekend plan

ni entry auto publish..

Hujung minggu datang lagi.. cepatnya masa berlalu. pejam celik pejam celik dah minggu ke dua di bulan februari. Hujung minggu ni apa korang buat?? Aku tak tahu lagi apa plan kitorang.. nak gi jalan mana pun tak pasti lagi.. Agak-agak, ke mana la ayah nak bawa kita kan aqil?? balik kampung lenggeng??hmm..just tekaan..ye kot, may be ada dalam senarai dia tu.hehe.. kalau nak jalan shopping complex tu, letih juga ye kalau setakat tawaf kosong satu mall tu.. Mesti mau ada fulus, baru best juga. tak pun bergambar di pohon sakura sempena raya cina ni.. (ye ke namanya??) . syok juga tuh..

selalunya, kalau weken macam ni, tak berapa ramai visitors yang membaca blog aku ni. boleh tengok kat graf nuffnang tu, drop..hehe..may be kebanyakkan bloggers busy dengan aktiviti seharian mereka. tak pun, diorang tu pakai pc kat opis macam aku nih.hehe.. mungkin,  sebab aku tak de cerita terbaru, so diorang malas nak buka blog aku..hehe..aku tak buat auto publish pun.. tak sempat nak mereka ayat.. may be blog aku ni merapu jek..haha, tu yang malas diorang nak baca..

Isnin pagi ni, insya-Allah aqil cucuk MMR..aku masuk lambat sikit la..isnin tu juga, aku dah tukar bos baru..dengar kata cengeng ye..(tau cengeng tu apa??garang kot) takut.. tak pela, work harder & faster..be a smart staff..kewangan la kata kan.. ntah sempat ke tidak aku nak update blog nanti..hehe..

Okeyla..selamat berhujung minggu..



Friday, February 5, 2010

mimpi yang tak sudah

Semalam aku mimpi.. Mimpi apa?wet dream??hahaha..pompuan ada wet dream ke??hehe.. takdelah, banyak sangat yang aku mimpi semalam..mimpi keje la, mimpi ntah apa2.. tapi satu yang aku ingat adalah mimpi gigi atas aku berterabur..adalah dalam sepuluh batang..sebenarnya dah banyak kali aku mimpi macam ni.. Tapi tak ingt plak ada effect ke tidak mimpi aku ni ngan orang lain..

Orang kata, kalau mimpi macam ni, ada orang nak meninggal??ye ke??sampai sepuluh batang gitu..sape plak nak meninggal ni..korang percaya ke  tafsiran mimpi ni? Macamana pulak dengan mimpi selepas sembahyang istikharah?? adakah itu mainan tido atau memang petunjuk dari Allah? pernah tak buat sembahyang istikharah?? Aku masa nak kawin dulu, ada lah buat banyak kali juga. tapi, takde dapat mimpi apa pun.. hanya mengikut gerak hati saje.. sekarang?? bahagia tak?? mestilah..alhamdulillah, berkat gerakan hati yang Allah berikan..

eh, apa plak lari topik ni.. Sebenarnya, aku mimpi gigi berterabur tu pasal terbawa-bawa, sebelum tido, aku cek gigi budak aqil tu..nampaknye, aqil kena gocok gigi pas ni..macam dah berkerak2 sikit gigi atas dia..aqil bela ke kerak2 tuh??hehe.. gigi dia besar-besar plak tu kat ats. maintain 4 btg atas, 2 batang bawah.. dahlah dia dah pandai makan biskut manis, kang takut rosak awal plak gigi dia..macam ....jeng jeng jeng..
*





*






*
amil aiman..

macam ni ke smile??hehe..

Wokey..nampaknya ada orang nak ajak gi SOGO ni..hhmm..nak teman ke tak ni??hehe..jom!!

Thursday, February 4, 2010

Karnival handphone..

Elo elo elo..tadi kat bawah maju junction ni ada karnival handphone.. Aku pun menjengah sekali la nak tengok apa yang menarik tu.. Gile murah la harga tepon2 tu semua.. Blackberry boleh dapat rm300 lebih siap ngan memory card sume..tapi made in Taiwan. Nak trade in pun tak laku maa..

Memang sangat murah la tepon2 tu sume.. siap ngan kamera digital Lumix harganya rm299.. camana tuh.. Spec nye aku kurang pasti pulak. sebab aku jalan je tanpa henti..hihi.. Bukan nak beli pun.. sape-sape yang nak cari handphone tu boleh la singgah di Maju Junction ni.. Kat luar je khemah dia. ntah2, penjual2 tu sume dari pertama kompleks tak..

apa ada ngan black berry ni?? tengok orang pakai, macam nak try pun ada.. Tapi kalau setakat call & sms je, baik pakai handphone pemberian suami ni..hehe (hadiah beranak merangkap hadiah hari jadi ke 27). orang kata, boleh surf internet sume.. Tapi, kalau aku yang pakai prepaid ni, habis la kredit aku kalau on internet kan.. nak pakai line, terlajak pulak bergayut je kerja nya.. Aku ni bukan boleh ada kemudahan sikit, habis nak mempergunakan sebaik yang mungkin..

eh, blue berry pun ada tadi aku perasan..tu apa plak tu?? macam nama blue berry cheese tart yang mak aku bawa hari tu je..semua handphone tu besaw2 belaka..keypadnya sebiji2 macam keyboard. Nanti lah, ada duit lebih sikit, boleh la beli..ni nak dapatkan laptop dulu..insya-Allah..ok..bye!!




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails