Friday, January 29, 2010

tak sabar nya..

Tarik nafas jap.....huuhh..eh, kek sape ni?? tak habis-habis lagi ke celebration birthday aqil?? hehe..anyway, ni kek hari jadi aqil.. cantik tak?? hmm..rasanya, kek kecik hari tu lagi cantik, yang ni pun cantik gak (jangan marah ayu), tapi tak pe..rasanya memang superb tau. dah pernah rasa blue berry kek ni masa jamuan hari tu..

Tak suprise la ibu ni dah tayang kek..nanti mak ida & pak cu ali tahu la kek aqil camana.. takpela, nanti diorang kasi hadiah kalau kita tunjuk awal-awal..hehe..(ibu ni kan anti klimaks..) Actually, my beloved mama & adik2 nak datang kl sebab nak hantar adik kecil ku (adik kecil ke..haha) ke kursus motivasi this wekend. So, kiranya macam ada special sikit la kali ni diorang datang. Ayah je tak dapat datang sebab kerja.. konon-konon nak wat makan-makan hi tea ke, dinner ke..anak beranak je..menu nya, kek ini aje..haha!! bajet la wei..

Kek ni & kek kecik hari tu, aku order kat kawan unit aku ni. mak dia ada kedai kek. Tapi, dia tak selalu update blognya..Senang je, dia datang bawa kek & aku bayar je la.Harganya murah je RM25 untuk 500 gram. Tapi, sebabkan aku dah menambah krim, gambar upin ipin & candle 1 year, jadi la rm33..krim nye sedap tau.. Aku memang gile kek & manis2 ni..(tu yang pregnant kencing manis). Ntah sempat ke tak mama sampai malam ni, ntah2 balik ni aku dah makan..huhu..

Owh..esok wesak day ye?? wesak tu orang gi ke batu caves?? rasanya jem tak MRR 2?? hmm..hope tak teruk jem..kalau nak kuar, kuar pagi2, balik malam..baru kureng skit jem tu. panas sekarang ni, panas terik, pening kepala, lagi-lagi naik keta kancil aku tu..okeyla..selamat berhujung minggu!!


Thursday, January 28, 2010

mentadak mentadu, macamana aqil tido??

Aku sibuk ni.. Tapi disebabkan kesibukan aku yang caca marba ni, sampai aku tak tahu nak buat yang mana satu..huhu..layan blog jap..

Boring-boring, belek koleksi gambar aqil. Time dia tido pun sempat lagi aku snap..Ni dah besar, macam-macam aksi tido dia buat. Melentik-lentik sana sini. Betul ke haiwan mentadak ni menunjukkan cara kita tido?? Dulu, pernah aku terjumpa haiwan ni (adakah aku kenal haiwan ni?hee..), aku tanya gak la macamana aku tido.. Pastu, masa tanya tu, keje dia memang tido je..pejam je mata mentadak ni, then dia lentok skit, macam tu lah aku tido..hihi..tak tahu la betol ke idokk!! nak tahu jumpa mana mentadak ni??zoo..whooohaa..



style tido lepas nenen..


ni plak, lepas kena marah..sedu sedu nangis, terus tido


tido selepas memunggah toys dia..keletihan..


masa dia baby, tido style ni memang mujarab. Lama dia tido..
sekarang??tak jalan dah..golek-golek lagi..


tido anak beranak..

Kadang-kadang, bila time aqil tido, macam kesian je tengok dia.. yelah, lepas kena marah & jerkoh2 skit ngan ayah dia (memang kaki jerkoh ni, ibu jerit2 je nak test pitching masuk AF8), nangis2 & nenen, terus tido.. Biasala, anak-anak ni memang time macam ni nak membina skill motor otak dia tu.. Semua benda nak tahu, semua nak godek, nak baling2 (termasuk hp ibu), tarik, gigit, tepuk nasi etc2..

Bila dia dah bangun & cukup tido, dia akan ceria..kalau nangis or meragam tu maknanya tak puas tido la tu.. sama la macam ibu dia ni, tido kena 10 jam..haha..dah tua bangka pun nak 10 jam tido. (hari ni ngantuk je, tak cukup tido kot, dalam keta pun titon!!)

Ok, tata!!

Wednesday, January 27, 2010

2 in 1..

Arrrgghh...*mengeliat jap* Aku baru je habis meeting. wow..su sudah semakin sibuk nampaknya.. hahaha.. poyos betul ayat tu. Pastu, ada makan-makan meraikan pegawai-pegawai yang telah berpindah.. Aku tak jadi pindah okey.. dah dapat pink form baru mengatakan perpindahan dulu terbatal..(lambat sikit la update cite ni) So, aku maintain di sini.

Acara makan-makan aku memang suka. Sekali lagi aku juara mengambil makanan dulu..haha.. Sampai kan collegue aku kata "aik, asyik u saje dapat dulu"..hihi.. sape cepat dia dapat maa.. Aku memang selalu begitu.. kalau ada pertandingan berebut-rebut beratur, kasi kat aku la.. Masa kat UiTM dulu, aku juga juara berebut naik bas..haha..  Tahu-tahu jela, kalau bas UiTM tu kena beratur camana, tapi takde nye orang beratur..Aku mesti sentiasa pantas berebut..

Pastu, kat JKR ni, orang2nya agak malu-malu nak berlari kat makanan tu kan.. Aku tak de la lari, cuma aku ada strategi sendiri..(ada malu tak sape yang jadi kawan-kawan aku..huhu). Ntah ek, kenapa suka berebut? Aku tak rebut, aku chop je, korang yang macam kura-kura..huhu..

Ok, cite lain plak..eh, tak jadi la cite..macam ada sikit perkauman kerja la plak.. Tapi nak gak luahkan perasaan. mentang-mentanglah aku ni post minoriti dalam meeting tadi, boleh tak selamba badak je dia kata golongan aku ni slow, mangkuk la, sudu la, nak kena ketuk baru jalan la..ish ish ish..terkebil-kebil juga aku dengan suhaimi tadi. tetiba plak nak jadi kura-kura masuk dalam cengkerang. Tiba-tiba plak tak nak ngaku jadi QS. tak baik tau, kita kan team work, ada la sebab kenapa lambat, ikut prosedur la..ni nak main langgar je, apa cite..ok, stop..kang ada yang ditahan reman ni..huhu..


"ibu, jangan bebel-bebel..nanti cepat tua"

Gambar ni masa Aqil gi klinik untuk suntikan MMR. tapi tak jadi inject sebab dia demam kul 3 pagi tu..so, dia tengah on ubat, nurse tak nak inject dia..kena datang balik 8/2 nanti..berat aqil dah 8.8kg. Yeay!! Aqil dah bertambah berat. Check up kali ni dia amik ukuran kepala & dada..Biasala, dia menangis time timbang tu.. Masa gi klinik amik ubat aqil demam, doktor kata "dia macam trauma je jumpa doktor". Ye, memang pun. sebab 1st time dia jumpa doktor, kena amik darah (masa tu dia demam & musim H1N1), meraung-raung dalam bungkusan selimut tu.. tu yang trauma sampai sekarang..

Tu je lah masalah budak ni.. Tapi, Alhamdulillah, aqil takde masalah makan. Ada setengah budak, tak suka makan. tak tahulah, setakat ni aqil okey aje..susu pun dah 5 botol sehari (back to normal). Ibu terpaksa amik stok beku untuk top up susu aqil.. Bila nak ganti tu tak tahu la..hehe..weken tak pam pun susu.

Oklah, nak sambung keje balik..ngantuk!!whoooaaaa *sangap jap*


Monday, January 25, 2010

weken aqil yang best!!

Hi!! jumpa lagi di isnin yang ceria ni.. banyaknye nak story, maklumlah dah 2 hari tak update blog. Hari ahad adalah hari yang penuh dengan aktiviti..penat woo..penat penat pun takpe, seronok..bukan selalu dapat jalan2 macam ni..

Semalam, kami sekeluarga 'terpaksa' outing (bahasa asrama ye), sebab ibu & aqil panas montot duduk di rumah. kalau duk umah bukan buat apa pun. makan tido makan tido.. Ni nak menunjukkan betapa rajin nye ibu aqil masak..hahah..masak ke..tengoklah perut aqil & ayah yang bulat itu.. walaupun ikan goreng..huhu..

Okey, semalam kami gi jusco..Walaupun vitamin "D" takde (mujur orang tu dah bayar hutang..heee) kami gagahkan juga menyelusuri Jusco Wangsa Maju. Banyak pulak barang dapur dah habis. (adalah alasan ibu utk tak masak..hee..) kami kuar dari kul 1 sampailah pukul 6 lebih baru sampai rumah.. Jom tengok gambar2 weken aqil..


aqil naik merry go round di Jusco.. dia takut & nangis..


pas dah pening2 tu, aqil naik taxi plak..1 token RM 1..


sementara ayah derma darah utk kali pertama, kami gi round2 dlm jusco.
ayah aqil darah A, ibu A+..ibu lagi bijak dari ayah..huhu..


aqil pun bosan juga duk dlm stroller ni, so..barang shopping la yg duk dlm ni..
membantu juga stroller aqil ni..hehe


Bila dah petang, aqil gi zoo negara pulak.sape2 yang nak pegi zoo, kul 5 tu kaunter tiket dah tutup ye, tak leh beli tiket means tak leh masuk. Kalau dah masuk tu, kul 7.30 kena kuar dah.. harga tiket untuk orang dewasa RM20 (tu dengan mykad) kalau warga asing, RM25.. budak2 tak pasti la berapa, sebab aqil tak kena bayar..hehe..best la.tapi penat sikit sebab nak kena round zoo. Ada tram yang disediakan, sorang rm2 / rm4..tapi, kalau naik tram, kang cepat plak habis melawat zoo tu..so kitorang jalan kaki..berpeluh gak ketiak ni, siap sunburn lagi hidung aku ni..

Aku dah lama tak main ngan hutan & haiwan ni, jadi rasa macam takut & ala-ala suspen jurassic park gitu..haha..kang tetiba rimau tu makan aku ke..naya..imaginasi tinggi aku ni..hehe..jom tengok gambar lagi..


aqil..bebed.. (bird) zirafah pun bebed juga..


smile..


aqil, tengok kamera kecik tu..(rugi tak bawa kamera, pakai tepon je..)


macam pelik gambar ni..sorang kecik sorang besar..hihi
beauty & the bear..


lembu pun takut ke..huhu..


huuu..selamat dah dari lembu..


bangau o bangau kenapa engkau kurus..


beratnye anak ayah ni ..


ibu nak interframe juga..muka lotih je tu..


kenangan di zoo negara..

Lain kali, bawa kamera besar..ali!!bak kak teh nak pakai dslr tu..kat kluang tak de apa nak amik gambar, kat kl ni ada jugek tempat yang cantik untuk berposing..huhu..sekian, terima kasih..

p/s: ni la entry yang paling byk gambar..

Friday, January 22, 2010

CONTEST SWEET PICTURE ANAK BERSAMA IBU



Nama ibu: Suliana Binti Shukor
Nama anak: Muhammad Aqil bin Mohd Zaki
Tarikh Lahir : 20 Januari 2009

Gambar ni adalah antara yang ter'sweet' sekali untuk ibu & aqil ni. Di samping wajah ibu yang 'sweet' (haha..) dan senyuman aqil yang comel, menambahkan lagi keserian wajah kami.. Bukan senang nak amik gambar aqil tersenyum macam ni sekarang, susah tau.. Asyik nak tengok sana sini.. So, di kesempatan ini, ingin diabadikan kenangan indah bersama aqil dalam contest ini. Juga, ingin dijadikan hadiah harijadi Aqil yang pertama tahun 2010 ni (birthday penganjur sama bulan ngan aqil ye..)..hehe..Insya-Allah kalau dapat.. Kalau tak dapat pun tak pe, for fun only..

Ok, sape-sape yang teringin nak join, masuk la blog yang dah aku link kan tu..have fun together!!

Thursday, January 21, 2010

Sharing email: timang anak membawa padah


Jom baca email kat bawah. Untuk ibu bapa dan penjaga2 anak sendiri, anak orang, anak saudara dan anak sape2 lah yang bergelar bayi..

Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan. Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS)
 
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal.

Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.
 
Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.
 
Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi..
 
Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.
 
Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.
 
Ha, macamana?? Aku memang ada buai kat umah, tapi takdelah dihayun kuat2..kalau hasben aku hayun kuat2 aku memang tegur. Kat nurseri pulak, aqil tido kat tilam je.. Kalau timang2 anak ni, hasben aku memang suka timang aqil tapi tak tinggila..Aku memang tak larat nak timang dia..hihi..pas ni abang, takde ye timang2 ni..








Wednesday, January 20, 2010

Happy Birthday my little sunshine!!

Happy Birthday to you!! happy birthday to you!! happy birthday to Aqil.. Happy Birthday to you!!!! ( bayangan suara soprano ye kawan2..)


Untuk anak ibu, aqil..

Aqil dah becar ye.. dah setahun hari ni..tepat pukul 12.15 tengahari Aqil dah genap setahun.. cepatnya masa berlalu.. Apa yang ibu & ayah dah buat dengan aqil selama aqil setahun ni?? Masih berputar-putar di ingatan ibu kenangan ibu & ayah macamana aqil leh kuar dari perut ibu.. Mengendongkan mu selama 39 minggu 5 hari terasa beratnya, melahirkan mu terasa sakitnya, membelai mu terasa dunia ini ana yang punya..^_^

Aqil, sungguh ibu tak sangka masa berlalu begitu pantas. Tanpa disedari anak ibu yang comel ni dah mencecah angka 1.. tak main dah bulan bulan ni. anak aku dah setahun weii.. Aqil belum berani menapak dan perasaan malas dan selesa merangkak menguasai diri nya.. Mulut mu yang celoteh menyebut ntah apa benda membuatkan ibu & ayah terhibur dengan telatah mu. Nakal mu memeningkan kepala ibu & ayah dan menguji kesabaran kami.. gelagat mu kadang kala menunggang balikkan rumah kita..

Aqil, harapan ibu dan ayah, semoga aqil menjadi anak yang soleh, taat pada perintah Allah, taat pada ibu & ayah. Semoga aqil menjadi anak yang berguna dunia dan akhirat yang boleh membawa ibu & ayah masuk syurga.. Itu lah doa ibu setiap hari selepas sembahyang.. Mudah-mudahan aqil murah rezeki, belajar pandai-pandai, jadilah manusia yang membanggakan kedua orang tuamu..

Selamat hari lahir yang pertama aqil.. Ibu & ayah sayang aqil sangat2...mmuaahhh!! Hari ni, aqil demam.. sian bday boy demam.. Ok, jom kita tengok gambar2 budak comel & nakal ini..


suka main pintu..

besarnye mulut..

nape nangis tu.. ayah buat..

aaarrhhhh!! aqil marah ni..

Ibu & ayah celebrate besday aqil di KFC aje semalam..ibu beli sepotong kek untuk aqil (sebenarnya untuk ibu..hihi) Ibu yang excited lebih sebenarnya.. Tapi, aqil tak faham apa-apa lagi sekarang ni, we have fun together.. Nanti, bila aqil dah besar, aqil baca blog ibu ni ye..adalah sikit memori untuk aqil..ok sayang...


comotnye kek aqil..hihi..

birthday boy!!

3 of us..aqil not in a mood..

ibu tengok lain, aqil pun tengok lain..

aqil still tengok lain..

you are my sweetheart!!

cup cake untuk kawan2 aqil..

p/s: thanks to shud yang mengingatkan aku..aku dah berjaya susukan aqil sepenuhnya selama setahun..target lagi setahun..boleh ke tercapai.insya-Alah.minta-minta Allah perkenankan doa ku ini. Amiinn..

Monday, January 18, 2010

karenah manusia

Jumaat yang lepas, aku balik lewat sebab tunggu cik abang amik di tepi jalan.. Kali ni, aku cepat, dia lambat. aku nak share la ngan korang2 sume..sepanjang aku duduk tepi jalan kat bus stop tu, macam2 karenah aku tengok orang.. macam2 gelagat.. Orang pun agaknya pelik je tengok aku bawa beg byk2 tu.. siap amik2 gambar lagi.. nak hilangkan boring..hehe.

bus stop aku tunggu abang

Alkisah.. kadang2 aku ni dijadikan kaunter pertanyaan. "dik, kat mana Sogo?" Yang ni aku boleh la jawab.. Tapi kadang2 tu, "saya nak gi sunway, nak naik keretapi mana?" yang ni kadang aku memang fail. Sebab aku jarang naik komuter ni. kalau PUTRA LRT tu aku tahula, dari gombak sampailah ke kelana jaya. Tapi, kadang tu, aku jawab je, "tu belakang jejantas, ada keretapi, situ boleh naik" hihi..Sebenarnya aku pun tak tahu tren tu nak gi mana.. Kalau tak salah aku, tu stesen STAR kot. Jahatnye aku.. dalam hati aku, jangan lah orang ni patah balik, kang salah tren kang, mampus aku kena marah..


mana abang ni..muncung skit:-p

Lagi satu, jumaat lepaskan aku gi Sogo. ada sorang kakak ni tengok aku bawa beg plastik sogo sambil dalam tu ada Pet Pet.. "Wow, pet pet..Beli kat mana? Berapa?bla bla bla.." aku pun dengan ramah tamah menjawab "ye kak, sogo ada sale untuk member..murah ..bla bla bla".. tak lama tu, aku pun nampak dia melintas jalan nak gi sogo.. Terrornya mata dia menembusi beg plastik aku tu..hihi


berat tau..M84 2 bungkus

Ada lagi satu kes. Tapi ni cite lama la. Yelah, karenah orang ni macam2 dan kita tak pernah duga.. Aku tengah jalan2 ngan nana.. Masa tu teman dia nak gi Muaz beli selendang 4 ringgit. Tengah jalan2 tu kan, ada la sorang mamat macam hensem pakai spek hitam, pakai kopiah haji, berkot sume la..nampak macam waras je..tiba tiba bila selisih dengan dia, dipukul aku ngan hujung payung dia. Bukan pukul bagai nak rak tu, dia senggol/cucuk aku dengan hujung payung.


pon pon pon..kereta kecil ku berbunyi..mari lah sayang mari balik,
boleh ku bawa jumpa aqil:-p
A:"cepat lah, nanti lampu hijau dah ni"
S:"yelah yelah"

Memang niat dia nak pukul aku pun, sebab lepas tu aku toleh kat dia, mulut dia terkumat kamit macam marah.. Aku pun tak tahu apa aku dah buat ngan dia.. Adakah jelingan mata atau kumat kamit  mulut ku membuat kan dia perasan aku mengata dia?? mana ada, aku bukan kaki ngata orang..ahaks!! Masa tu aku ingat nak patah balik nak amik batu ke apa kan, tapi nana kata "jalan je lah, kang dia kejar baru tahu"..hihi.. aku ni depan je berani, kang lari lintang pukang..Sebenarnya, dua dua dah takut dah.. tudung 4 ringgit punya pasal la ni.. nasib dapat..hihi..  Kalau aku jumpa mangkuk hayun ni lagi, nak buat apa ek??Lari!!! kalau boleh, aku nak lastik dia..

Tu jelah kisah aku untuk hari ni.. pelik pelik orang kat KL ni..macam macam ada.. Cumanya kita kena berhati hati.. Bahaya datang tanpa diundang. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya..kalau nak kuar duit ke apa ke, beringat-ingat la selalu.. kepit beg tu, cover2 skit mesin atm tu, pandang kiri kanan belakang..Kalau kita memang dah banyak duit tak pe, ni duit ciput aku tu lah orang nak amik..huhu..teringat kisah duit aku hilang kat atm tu.. Tak pelah, bukan rezeki aku kan..eh, melalut la plak.. Lambatnya nak gaji ni..aku dah kemarau ni..ok..tata!!


Friday, January 15, 2010

Sale Sale sale!!

Hari ni hampir lewat lagi..lagi 21 saat nak ke pukul 8, sempat aku punch..huh..selamat..7:59:39 pagi..kalau tak, merah lagi untuk kali ketiga.. Pagi ni breakfast makan sandwich tuna mayonise.. beli kat maju food court ni.. Punya la aku bajet2, rupanya sandwich tu RM4.50.. fuhh..mahal tu..

Sekeping roti gardenia yang diletak timun, tomato, bawang (sampai sekarang ada lagi rasa bawang), tuna & mayonise..pastu, dipotong empat jadi segitiga.. Lain kali, aku tak nak beli lagi benda yang sepatutnya murah tapi mahal.. so, nak bajet, air aku tak minum..sebab, aku dah bawa bekal air masak..Lagi pun, aku dinasihati jangan breakfast berat2 hari ni, sebab meeting kul 10 pagi nanti ada orang nak belanja nasi lemak..huhu..

Aku tiba-tiba dah tersiap kerja yang aku risaukan..terrorkan aku ni..haha.. ingatkan susah rupanya senang jer..tapi, tunggulah hari selasa setiap minggu adalah hari yang sibuk..(kita tengok macamana next week) untuk compile segala macam benda dan alasan "kenapa projek ni lewat/ sakit/ belum tutup akaun bla bla bla.."

okey, kawan2..tahukah anda esok & hari ni member card day at SOGO?? cepat!!cepat habiskan duit dan cecahlah kredit limit kad anda!! (tu lah agaknya pesanan management sogo). Aku tak de apa nak beli kecuali pampers Aqil (ayat sedih tak de bajet untuk sale kali ni). Hari ni sale untuk pet pet & huggies dry warna merah. Esok, sale untuk huggies dry warna biru & mamy poko.. Ingatkan nak gi esok, tapi banyak aktiviti pulak..

Kalau ikutkan aku, semuanya nak beli.. tapi, ukur baju di badan sendiri ye puan-puan.. ukur juga ketebalan purse & juga note2 duit dalam purse itu..hehe.. Mesti sesak gile orang kan. Ingatkan nak cabut jap kul 11 pagi ni, tapi aku ada meeting pulak..hmm.. takut habis je pampers itu.. Okeylah, dah kul 10 ni, nak gi meeting..babai.. selamat bershopping (sambil dalam hati nyanyi lagu tema sogo)

Thursday, January 14, 2010

Lambat lagi!!

Hari ni aku lambat lagi!! tensen tul..tak sedar, bangun2 je dah cerah..nak marah kat sape??marah pada diri sendiri okey.. Partner sebelah bangun, tapi tolong tutup jam je..tu yang tak sedar diri masing2 tido..termasuklah Aqil si budak kecik tu..tak bangun pulak dia malam tadi, kalau tak, mesti aku terjaga-jaga juga.. Malam ni, nak letak jam jauh sikit, biar ada orang yang merangkak tutup jam bila nak bangun esok pagi..tak tahan bingit tau dengar segala jam yang ada tu..jam handphone dah 2, jam loceng lagi..sume tak bangun!! Punya la power telinga kami2 yang tido ni..hihi..

Pagi ni, punch lewat 15minit okey..Mengenangkan kerja yang sikit2 tapi cerewet tu, aku punya tengkuk dah rasa tegang.. tapi, bila dah tahu cara nak mengatasinya, aku rasa happy balik la..hihi.. Tu yang ada time aku nak buka blog aku ni sambil baca sikit2 corat coret bloggers yang lain..

Semalam, kami makan di luar.. Splendid kat carefour ampang. tak banyak choice la carefour tu..huhu..Tapi yang seronoknya, aku dah pandai menggunakan wi-fi free tu..Selama ni, aku tak tahu pun hp aku boleh pakai wifi..Laju pulak tu, boleh tgk facebook dengan bahagianya..hihi..nanti, kalau nak kuar makan lagi, kena cari kedai yang wifi free..hehe..

Pastu kan, semalam jugak aqil gunting rambut dia yang dah panjang tu..Terbang duit aku rm12..rambut sikit je, meraung je lebih..Last2, potong rambut aqil sambil aku pegang & berdiri..apasal ntah dia nangis beria..Walaupun kedai tu ada seat untuk baby berbentuk kereta mainan, aqil takut juga.. Apa daa anak bujang aku ni. Buat malu je..kuar kedai tu, sume orang tanya kenapa dia meraung..Amoi tu tak habis pun potong rambut aqil.. nanti aku nak try bawa gi kedai India plak, biar dia gondolkan rambut aqil tu.. Lambat skit nak kena potong..
Ok, tak de gmbar terbaru aqil..Dulu, time baru baru memang tiap2 masa amik gambar aqil je, sekarang, dah kurang sikit dah..hihi..Nantilah amik gambar, kat taman burung this weken, ayah aqil janji nak bawa gi sana..dah cakap kat blog ni bang, jangan tak jadi pulak..haha..(actually lagi bersemangat amik gambar ngan dslr ali tu..huhu)..bye!!

p/s: aqil jatuh katil plak semalam..merah pipi dia..sian dia..mengaruk lagi!! dia kuat jerit sangat sekarang..bergetar lubang telinga ni dengar..




Wednesday, January 13, 2010

Aura stress dah datang!!

Pagi tadi meeting pertama untuk tahun 2010.. Kali ni, aku dapat tugasan baru..nampaknya macam dah ada aura2 stress.. stress bukan apa pun.. sebabnya maybe aku tak faham sangat apa yang aku buat & apa yang diorang nak & maksudkan.. Apa yang diorang cerita dalam meeting, aku fahamlah, tapi daripada 10 aku kasi 5 je.. Apa yang lembap air sangat aku ni..susah sangat je keje nya.

Kejenya senang je, tapi maybe term project management ada istilah2 yang belum aku faham. Ni bukan bidang aku, tu yang lembab air skit tu..Nampaknya kena study lebih ni..huhu..macam nak amik periksa plak.. Aku tak tahu apa consequence kalau buat ni, jadi macam tu..lemah sikit la..aku dah pun menyambut setahun anniversary aku di sini, tapi apa pengisian sepanjang setahun ni, tak tahula apa aku buat..maybe, lama2 skit aku dapat adapt la benda2 macam ni..tak suka la buat keje pemantauan ni..argghh..nak sangat keje, amik ko.. 

Dulu, ada la study skit2 tapi sebab project management kan, tak minat sangat.  study sebab nak exam. Tapi, bila dah masuk alam pekerjaan ni, lain pulak situasinya. s-curve, CPM, projek lewat, projek sakit, bla bla bla..Lain la aku kat opis lama, aku tahu apa yang aku buat sepanjang nak masuk 3 tahun pengalaman tu..Ni aku bukan nak merungut ke apa, tapi sekadar luahan perasaan je.. Sume budak baru memang macam tu kan?? (sedapkan hati) Lain padang, lain belalang..Lain la macam orang tu, memang terror bab2 keje ke belajar ke, sume dia blh buat lah, memang dari study lagi dia memang pandai.. Huhu. Kalau aku cakap pasal keje skit, memang aku aje yang salah lah..(uik, ada yang kena tido luar ni..hihi)

Yelah yelah..akan aku cepat2 memahami benda2 macam ni.. Moga terang hati aku ni..

p/s: korang dah pegi ke kenny rogers ada promotion..Today only (13 Jan 2010) Buy 1 free 1 dengan syarat pakai baju merah or apa2 je yang merah..nasib baik aku ada nasi ayam free, tak jadi pegi, jimat duit..hihi

Tuesday, January 12, 2010

Kisah si makhluk halus..

Semalam, aku buat keje overtime..kul satu baru tido..sejak dah ada aqil ni, keje aku tido awal je, di samping menyusukan aqil, aku pun tertido sekali..huhu..upss.overtime apa tu??overtime ngan cik abang..hihi..*ha, fikir lain la tu*.. aku kemas bilik la..mujur aqil tido awal. semalam, ada satu kejadian yang menggelikan, meremangkan bulu roma wei..ada makhluk lain yang tinggal bersama kami selain dari semut, cicak, lipas, ikan..hehe..


merenung masa hadapan (bila agaknya anai2 ni lari ibu..)

Apa benda tu??jeng jeng jeng.. aku memang geli sikit serangga2 ni..ada anai-anai dah buat sarang kat bilik bawah rumah aku tuh..eeii..geli wei..Sebenarnya memang dah lama aku nak kemas bilik bawah tu. Sejak dari pindah (berapa bulan dah aku duk umah tu?? tak ingat dah), sume benda2 yang berlonggok kat situ benda berat2..mana lah larat aku nak angkut sorang bawa naik atas. Ada banyak buku & barang2 "makanan" dia kat situ.. Tak tahu la berapa lama dia dah bersarang kat situ. Ingatkan sikit je, rupanye dah berlubang kotak tu..siap ada sarang kat dinding lagi..aauuwww..geli..nasib baik mesin jahit aku dia tak makan..

Cik abang aku tu, daripada tak nak tolong, sehinggalah terpaksa join sebab keadaan dah sangat menggelikan..habis sume aku buang kotak2 dan masukkan buku2 tu dalam container plastik. Apa yang banyak sangat buku tu.. Buku zaman belajar tu, siap jumpa balik surat cinta & gambar bercinta dulu..hihi..tu pun dah kena makan anai2.. Gambar kawin aku pun mujur sempat di selamatkan..Ntah dari mana datang pun tak tahu. Tapi dia dah buat lubang kat dinding. Pelik aku, anai2 pun makan batu ke?? Sape ada pengalaman panggil pest control?? Berapa ye agaknya quotation dia..Mama dulu pernah amik pest control, tapi yang itu bukan tembak lantai, dia sembur2, setiap 6 bulan sekali..sume semut, cicak, lipas sume jatuh mati..

Pagi ni, aku tengok, dia tak putus asa, masih membina sarang di dinding yang telah dilap itu!!! jahat nye ko..pegi la makan rumah orang lain.. Geli tau!! Balik ni, nak kemas lagi bilik tu, kasi clear..aqil, tolong ibu ye, gi tido tuh..


p/s: Alhamdulillah, aqil dah berani menapak selangkah dua.. bangun pagi2 je cubaan untuk melepaskan tangan..hihi..mulut becok budak kecik ni.. Semalam, malu gak ngan akak nursery tu, bubur yang aku bekalkan untuk aqil dah masam..huhu..malam tadi masak lain.

Monday, January 11, 2010

Review: AJL ke 24

Sape tengok tv semalam?? Angkat tangan!! * satu dua tiga * hehe.. actually aku telah terlambat beberapa minit nak buka tv, baru balik dari Lenggeng..rupa-rupanya ada Dato' Siti Nurhaliza buat persembahan ke?? huh..melepas aku.. (happy birthday Dato' Siti)..eh, nape tajuk ni plak jadi pembuka entry hari ni??suka hati aku la, blog aku, aku nak lah juga kasi pendapat aku ni..hehe..

Best juga la AJL tahun ni.. Terangkat sikit la compare ngan tahun lepas yang macam suam2 kuku tu.. kali ni, lagu2 nye lebih mengancam dan menyengat.. Aku ni jenis meneka lagu apa yang akan menang, tapi aku memang dah agak dah "the biggest loser a.k.a Aizat" tu memang akan dapat satu award.. Tapi lagu yang sesimple Yuna tu pun boleh menang ek..tapi aku takde hal Yuna tu menang.. jangan makcik tu menang sudah..apa??ingat ko meneran2 sambil membuntang kan mata tu dapat menakutkan juri untuk pilih ko sebagai pemenang?? boleh blah!!

Design pentas yang sangat grand dan kadang2 aku tengok macam magik pun ada..cantik2..idea yang bernas di samping konsep yang elegan itu.. (kalau lah aku berada di situ. mesti tak ingat dunia, makcik ni dah beranak sorang dik).. Tapi kan, bila tengok style orang lama Dato' Jeffry Din tu, dari dulu sampai sekarang sama je fesyennya.. terenjut2..ada spring ke apa kat lutut dia tu..Ayah aku kata, suara dia tu suara buluh perindu, merdu dari dulu sampai la sekarang..

Amy search pulak bila ditengok, macam Sharifah Aini bila dia pakai rambut palsu tu..yang penting, suara dia mengaum.. Bawa tobat la atuk amy wei..50 tahun dah..kalau tambah 2 tahun lagi, sama macam ayah aku je.. Tomok?? eh, tu adik aku suka tu.. Peminat fanatik kau, tapi sekarang aku tak tahu la fanatik lagi ke tak.. siap beli kaset demi kaset, ko cakap je la lagu newboyz mana, mesti dia tahu punya la..buku scrap tomok jangan cakap la..ber'edition edition'. Tomok duk mana, suka mkn apa, sehari berapa guni dia dapat surat..sume dia tahu la (aku pun tahu gak..hihi).. Ingat dulu, masa Newboys baru nak naik, gi mini konsert kat Senyum Hypermarket kat Kluang..macam orang gila kejar van tomok..haha..Sekarang, suka juga la, tapi rambut ko apasal se-pe-et mcm tu Tomok??macam penan je rupanya..

Ok, stop talking about Tomok.. Pengacara?? ok je gandingan 3 orang tu..tapi kurang berkenan skit kalau dalam acara2 macam ni, kenapa perlu ada ejek mengejek.. tak suka..cari kelemahan orang..tak baik macam tu, tahu la ikut skrip tapi macam tak senonoh skit la..eh eh ..dah terpanjang plak review aku ni..ni secara general sahaja.. overall, 4.5 out of 5 aku bagi bintang..sekian, edisi minah keypochi untuk hari ini..babaii!!

p/s: Tahniah untuk Pengantin baru Aishah & suaminya..9th January 2009. Selamat maju jaya sambung PHD di New Zealand!!


thanx to kak shim yang sudi mem-bluetooth kat i.. untuk kenangan kita bersama. Apasal badan aku melengkung ke luar??misteri.. uji, jgn lupa email kat aku gmbar kita yek..

Thursday, January 7, 2010

Cloth diapers (update)

Hi!! Apa cerita kita hari ni?? Nampaknya, aku dah dalam kategori pemalas nak update blog. Bukan pemalas pun sebenarnya, kadang2 tu takde idea atau buntu.. Nak cite pasal apa pun tak tahu..balik2 cite pasal aqil, nanti  orang yang boring. Tapi, aku tak jemu2 cite pasal anak aku..Mana ada ibu yang jemu cerita pasal anak dia kan. Kalau kat opis ni, bagi ibu2 muda or ibu2 yang matang, kalau tak pasal kerja, pasal anak, suami, rumah tangga, kain baju tak lipat, balik nak masak apa bla bla bla..tu je la topik nya..pukul 5, punch out balik..hehe..

Ok, stop..Actually, dulu aku ada cakap pasal cloth diapers (CD) kan?? So, aku nak review sikit la sepanjang 2 kali penggunaan aku..2 kali je?? Yela, CD aku tu ada 2 keping jek, yang tu lah duk gilir2 pakai.. Ni pun  jemur dalam rumah, belum kering2 lagi, sebab aku basuh pakai tangan, dah 2 hari tak kering, so semalam baru aku jemur kat luar..

Pada pandangan aku, sangat bagus pakai CD ni. Memang menjimatkan duit dari bertaburan beli pampers every month. Pakai & buang.. Tapi, kalau pakai CD, sampai anak kita umur 3 tahun & boleh diwarisi oleh adik2 nya.. Aku memang berminat nak fully CD. Tapi, buat masa sekarang, initial cost nya sahaja yang kena dilaburkan. Tapi, selama beberapa bulan sahaja, selepas itu, anda akan menikmati penjimatan yang sepenuh nya..no more money for pampers. Suka tak?? Bapa2 bagaimana?? Fikirkanlah..

Daripada buang duit beli pampers, better beli CD. Setiap hari, ada saje longgokan sampah daripada pampers yang tidak boleh dilupuskan.. Leceh ke pakai CD ni?? bagi aku, time baby kencing, takde masalah nak basuh..rendam je.tapi, time dia yak yak, jenuh nak menyembur..tu je la..Bagi aku, aku suka. Memang kena rajin membasuh sikit la. Tapi, nak jadi ibu2 kan memang kena rajin..ahaks!! Nursery macamana?? Kita tak suruh pun dia basuhkan, letak dalam beg plastik je then pulang balik pada kita, kita balik basuh la..

Ada orang yang memikirkan, bukan keje kita untuk memelihara alam sekitar, who cares?? i do.. Bumi ini akan diwarisi oleh anak2 kita untuk meneruskan kehidupan pada masa hadapan. bagaimana rupa Bumi pada masa hadapan?? bertimbun2 dengan sampah sarap yang tidak boleh dilupuskan?? Lu pikir la sendiri!!

Ok, summary daripada pandangan ku :
  • CD memang dapat jimat duit, dengan syarat beli CD mengikut keperluan anak, bukan mengikut nafsu CD itu cantik, menarik, tertarik & cute.. Kalau macam tu, tak jimat la gayanya.
  • Kalau dah beli CD, kurangkan penggunaan pampers, lagi bertambah jimat
  • Pakai CD kena rajin basuh, ibu2 kan memang rajin..tak kisah la berendam selama berapa hari pun, nanti kita sakit mata tengok, kita basuh juga kan??
Buat masa ini, aku masih lagi bercita2 nak kumpul CD sebanyak yang mungkin. Sebulan 2 keping. Sampai la dia mencecah 30 keping, baru aku stop..aci tak??hehe..tahun 2010 adalah tahun berjimat cermat untuk aku..hari ni sogo sale pun aku tak pergi, ada perubahan yang baik tak??hehe..ok, sharing is caring tata..


mama little helper!!

*********
Oleh kerana banyak permintaan untuk entry ni (ceit, perasan), aku link kan ke website yang aku suka baca ni. Dia seorang kaunselor laktasi di samping menjual barang2 baby & yang berkaitan ngan parenthood. Dulu, aku ada link kan kot. tapi tak pe, aku link sekali lagi. untuk faryn, ye, aku rekemen kat ko ni..kalau tak nak najis baby tu melekat sangat kat CD tu, boleh letak nappy liner, jadi senang keje skit...  okey..

Tuesday, January 5, 2010

sape tu??

Salam semua!! Hari ni masuk hari ke 2 aku bekerja.. Aku masih di sini..di tempat lama lagi, tak jadi pindah..ntah la, ding dong ding dong, aku pun tak tahu lagi ke mana hala aku akan di letakkan lepas ni. kejap jadi, kejap tak jadi, pastu jadi balik, pastu tak jadi, pastu hanging..

Dulu, aku suka je dapat pindah.. tapi sekarang, mengenangkan kepayahan transportation ke sana & kesibukan jalan, aku rasa tak nak pergi je ke sana.. Tadi pulak, orang HR kementerian itu call, katanya nak QS lelaki, sebab kat situ banyak pergi outstation. Bagusla tu..hope, hasrat murni tu diteruskan..alasan aku "saya tak reti drive, camana nak gi keje tu.." macam bagus je alasan tu kan..hehe..tapi, kalau dia nak hantar, redha je la..hihi..kita tunggu je lah berita selanjutnya macamana..kalau aku memang diperlukan di situ, berjalan je la keje nya ek..hehe..berangan tak ingat..tinggal la aqil ngan ayah nya berdua..rosak plan susu ibu aku selama 2 tahun tu..

Dah lah, lupakan je la pasal pindah randah ni.. Baik tengok gambar anak bujang aku ni kat Jusco Bukit Tinggi.. Aqil ni suka stering keta la..kalau ayah dia drive, sibuk je nak duduk atas riba ayah.. Ni ibu aqil kasi aqil naik keta mainan yek..hihi..


cuba teka sape saya??


saya lah si riang gembira!!


ditemani oleh atok & abang aiman!!


happy nya abang aiman dapat naik horse!!

Okey!! time to go back!! Aku dah jadi pekerja yang ada kerja tau, jadi busy skit la nak update2 nih..huhu..ni pun selit2 je ni..kalau rindu2 kat penulisan ku, hint2 la yek..keh keh keh..

Saturday, January 2, 2010

Januari 2010

Salam tahun baru 2010..aku menyambut tahun baru dalam kerete menuju ke kelang..apa aku buat di sana??ayah aku nak gi kelang umah kak long..so, aku ikut balik sekali la.. Aktiviti di kelang adalah entertain ayah aku yang sibuk bekerja 24/7..dia gi mana, kitorang ikut je..jadi penyibuk je la..hehe..so, ni time dia berehat..

Jom kita layan aktiviti bersama keluarga di rumah kak long..seronok nya aqil dapat mandi kolam dengan abang aiman!! First time tu dia main air..mula2, takut juga, nak berkepit je..lama2, dia pun naik syeh main air..aku tak biarkan lama2, kang ada yang kecut terberak dalam air tu..hihi..

mula2 takut..


excited nya dia main air..aiman tu mmg suka air dari kecik..

Layan kan aje la kanak2 riang ni main air..ngan ibu dia sekali basah..nak upload video, tapi xreti..camana tu kawan2..sempena tahun baru ni, ada orang pakai keta baru, akan dapat baby 2010..alhamdulillah, murah rezeki & jangan lupa doakan kami juga ye..


 keta sape ni??


keta mama aiman la makteh..aiman nak gi masjid..

ok, pastu malam, kami berangkat ke muara ikan bakar di tanjung harapan.. masya-Allah, ramai betul orang.penuh beratur sampai ke luar..oleh kerana nak juga makan, kami tunggu je la..nasib baik ada tempat dan yang paling penting seafood tu ada!! kalau tak, camana nak makan seafood..yang dah habis, ketam je..kempunan nak makan ketam..nasib baik yang kempunan tu bapak budak, kalau mak buyung, harus dicari juga..hehe.. Nak menunggu makanan tu pun dalam sejam setengah..haa..amik ko, nak sangat makan..tapi, bila dah dapat tu, 45 je masa untuk menghabiskannya..sonok2..tapi, tengah2 aku duk meratah kepala ikan siakap bakar tu, gerimis la plak..nasib dah licin sume, kalau tak, terpaksa beralih meja..hehe..


kami tengah menghabiskan makanan..

Okla tu sekali sekala dapat makan bersama...Bukan selalu pun..terima kasih ayah belanja makan..hehe..ayah memang pemurah bab2 belanja anak2 ni..rugila sape yang tak ikut tu..Okla, anak ku dah menangis ni..jumpa lagi..bye!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails