Friday, December 17, 2010

penggemar epal

Assalamualaikum..

jumaat sudah, hari yang ditunggu :-). pagi ni ada ceramah PERSEDIAAN KEWANGAN HAJI & UMRAH. even nama aku tak tersenarai, aku nak gi dengar juga la.. mesti best kan. hari ni juga, aku sorang2, bos cuti, staff aku pun mc today..

ok, cerita seperti tajuk di atas. sape lagi kalau bukan penggemar epal ialah aqil :-) tu je buah yang selalu aku beli setiap kali shopping. atau kalau memang dah habis, memang epal la yang dibeli. dulu suka juga beli oren, tapi kadang tu, time batuk & selsema tak elok makan oren. patutla masa MIL aku masuk hospital lepas balik umrah hari tu, makanan nya tak de buah macam orang katil sebelah. rupanya baru ku tahu, kalau dah berkahak tu tak leh makan oren :-)

kalau di rumah, buah mestila suatu kemestian. kalau tak de buah, rasa macam tak de apa nak kunyah ke?? huhu.. jadi, paling senang epal la. risiko beli epal ni samada epal itu rangup atau berspan. kitorang suka la yang rangup2 ni, tapi kadang tu, dapat juga yang span2 ni tak best... tapi untuk aqil apa yang dia tahu pun, makan aje..

setiap kali sampai dapur, tengok peti  mesti "nak epal". aku tak tahu la dia nak main peti ke atau memang betul2 nak epal.. hehe. so setiap hari, mesti minta. kalau tak de, sengih je la ibu, "tak de epal, dah habis". kadang tu, epal tu dia pegang je, bukan nak makan sangat pun. tapi sambil tengok upin ipin, layan juga epal tu. kalau minta skit, atau ko dah gigit sikit, siap la dia marah. huhu. kedekut.. semalam, dia tido dengan epal.. anak anak :-)





4 comments:

Mariana said...

suke epal gak
btw dh folo u
folo me back ya
http://diarialeesya.blogspot.com

Nur Hasyimah Mahasan said...

wow syeksi la dier layan upin n ipin smbil mamam epal

NaDia CoMaNeCi said...

http://nadiacomeneci.blogspot.com/2010/12/cover-your-aurat-campaign-show-your.html

sue, aq tag ko join k...huhu

Suliana said...

marian,
ok, insylh

syima,

baru lepas mandi kot, x nak pakai baju. hehe

nadia,
ok, insya-Allah aku join

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails