Monday, December 6, 2010

morning everybody!!!

Assalamualaikum..

Kita dah sampai ke hujung 1431H ye.. hari ni best tak?? mesti ramai yang cuti kan. aku pegi keje tadi macam lengang je kereta. selalu nya, isnin la paling banyak kereta.. Oleh sebab ramai kawan2 aku yang cuti, nak makan macam tak de geng, aku dah sarapan dalam keta tadi, makan lebihan pizza semalam. hehe.. so, harap2, perut aku ni tak cepat lapar hari ni.. 

pagi2 lagi intermediate bos aku muka nya dah berkerut.. dibawanya mengadu kekerutan itu bersama ku. sekarang pun hati aku ni macam berkerut2 dah.. huhu.. cepat2 taip blog ni.. tak nak la lama2 tak update kan.. hari ni ada banyak benda nak buat, even opis pun senyap sunyi jek..

esok cuti tapi umpama tak cuti. sebab kami ada hari keluarga di FRIM.. kena bangun macam biasa nak gi opis. kul 8 acara dah start. harap2 cuaca elok esok.. weken dua hari, aku tak gi  mana2. ada la plan nak gi JJ wangsa maju, tapi.. jalan stuck terpaksa la cancel nak makan ikan bakar kat melawati tu.. kitorang pergi makan kat ruz aladdin kat tepi jalan MRR 2 tu.. later i'll update the story okey..

aqil plak, 2 hari ni banyak tul menguji kesabaran aku.. sangat2 okey!!! menjerit2, tak boleh tinggal sorang. kalau tengok upin ipin tu dah kuar lagu nak habis, mula la menjerit menangis2 suruh buka siri yang lain.. stress aku.. so 2 hari ni suara aku memang menjerit2 je la.. dah la nak berdokong je. untung la ayah aqil.. jalan lenggang kangkung. kadang2 je dia nak ngan ayah dia..

adalah satu video aku rakam, masa tengah tunggu ayah aqil bayar duit keta.. cute sangat. eh, tetiba puji anak sendiri.. haha, tak pela, kasi la can aku nak puji anak aku.. video tu dia cakap sorang2, last2 aku nyanyi lagu hepi birthday to you, dia pun asyik "to you".. ni mesti banyak tiup kek besday kat nursery ni eh.. terkejut gak aku dia leh nyanyi lagu tu.. hehe..

tu je la nak cite pagi ni.. ok la.. wassalam :-) have a nice day..

6 comments:

Syahada Ahmad said...

sue, upload la video yang sue rakam tu. leh tgok budak cute tu ;)

Suliana said...

sya,
mmg nak upload pun, tunggu masa yang tak dikacau je. kat opis ni tak leh upload video, kena blocked. hehe

littlehumblelynn said...

last few month ada TEAM BUILDING kat frim-at last akak pengsan!!penat sgt2..anyhow selamat bercuti :)

angah said...

x sbr nk tgk video tuu.. hmm su, nk tnye soklan lari topik sket, pump spectra tu kan, mmg kene pusing agk2 smpai ujung gak ke ek br rase sedutan dia tu?? pas2 tiub dia tu sue basuh x pas gune?? sbb kdng2 cam de susu teserap sket kan??

he3x bnyk tnye lak.. tq ye su..

Suliana said...

kak lynn,

kitorang hari keluarga je, may be aktiviti ala2 manja gitu.. hehe

Suliana said...

kak is,

dah pakai spectra ke?? hehe..ok, pam tu akak tgk la sakit ke tak kalau kuat2 tu.. rasa2 tak sakit, ok la. dia memang mula2 pusing cam laju, pastu, bila roda dia mcm dah hampir ketat, masa tu dah rasa suction tu. kang kuat2 takut nipple luka nnti.asalkan akak selesa, ok la.

tiub tu dulu su basuh, tapi skrg dah x basuh, kdg2 jek, susu pun tak de plak yg masuk. hati2 jgn kasi susu masuk, tkut masuk dlm mesin, nnti ada bakteria dlm tu. klu akak nak basuh blh, tunggu weken, rendam dlm air suam ye, semalaman, kasi bekas susu tu hlang, then leh gantung kat tingkap ke. renjis2 dulu kasi air kuar sume..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails