Thursday, December 23, 2010

kehilangan

Assalamualaikum..

Dalam seminggu ni, aku asyik dengar berita kesedihan. pemergian orang itu, pemergian orang ini.. mula2, staff aku kehilangan adik sepupunya, kena langgar lari oleh sebuah bas. mulanya koma, tak sampai sehari, dah meninggal.. memang kecedaraan teruk la dari apa yang staff aku ni cerita.. kesian sungguh.. muda lagi, 16 tahun. bas makan jalan.. dah kena tangkap pun driver bas tu.. sape suruh langgar lari, ingat orang tak boleh cari ke.. dah dapat cari, siap kena pukul lagi.. hmm... nasib ler kamu..

kemudian, semalam. aku tergerak hati nak sms kawan aku ni. rasanya dia dah bersalin, tapi senyap jek.. tu yang aku tergerak untuk sms dia. rupanya, Allah lebih sayangkan baby nya.. sedih sangat. kalau mengikut cerita yang aku dengar2, baby nya lemas dalam perut, dah terlebih hari. aku pun turut rasa sedih. aku faham dah pernah mengalami rasa itu. tapi kawan aku ni lagi kesian, dah buat preparation, tinggal nak sambut orang baru jek. tapi, Allah maha mengetahui segalanya.

aku sangat berharap agar kawan aku tu tabah menempuh segalanya. kita sebagai kawan hanya mampu untuk memberi moral support, yang menanggung adalah orang yang mengalaminya. Allah lebih tahu percaturan yang dibuat-Nya.. untuk kawan ku tu, insya-Allah ada yang lebih baik untuk mu.

aku pernah rasa erti kehilangan. memang sedih. tapi masa aku tu, awal lagi. baru 3 bulan, 14 minggu.. mula2 memang tak dapat terima.. yela, baru nak merasai pengalaman mengandung. gugur plak..14 minggu, perut dah nampak sikit la. tapi, aku pun tak pasti, sebelum tu janin tu hidup ke tak. sebab aku tak pernah scan. konon2 nak lambat skit la check.. bila dah bleeding, baru la cari klinik untuk scan. pergi hospital sume, doctor kata dah tak de heart beat, janin pun dah mengecut masa tu. balik dari hospital, menangis sepuas2 nya.

seminggu lepas tu, aku rasa sakit, macam senggugut. memang doctor suruh tunggu seminggu, nak tengok dia kuar sendiri.. masa tu di opis, weken. lepas balik dari pasar malam, aku lepak jap kat umah. tiba2, 'pop' air ketuban pecah.. masa ni memang menggelabah gila. badan dah rasa sejuk. sakit sangat.. apa lagi, laki aku cepat2 sembahyang magrib, bawa ke hospital. laju macamana aku tak pasti. air cond kuat, tapi yang pasti, peluh di dahinya jelas kelihatan.

kalau nak cerita, panjang sangat. pendekkan cerita. lepas cek2 sume, keesokkanya aku pun kena 'cuci'.. sebab ada darah beku yang tak habis keluar.. lepas dah cuci sume, duduk hospital dalam 2 hari, sebab aku banyak tumpah darah.. bila dah okey, baru la boleh balik. masa sedar lepas cuci tu, aku menangis lagi. sampai doctor & nurse pujuk2. awak muda lagi, boleh cuba lagi..siap panggilkan hasben aku datang even bukan waktu melawat..

okey, bila dah kuar hospital, on the way balik kampung untuk berpantang, menangis lagi.. tak tahu la kenapa rasa menangis tu memang beria2.. bila dah sampai rumah MIL, macam dah reda sikit, baru lah boleh terima kenyataan, memang bukan rezeki ku.. Allah lebih mengetahui segalanya. Bukan senang nak dapatkan zuriat, orang senang2 je buang anak. bila dah ada anak, bukan senang membela anak, tapi janganlah sampai didera, dibaling sampai mati..

okey lah, itulah kisah ku.. sekian. 

5 comments:

SiNoMoSa said...

Akak pun dah tahu pasal cerita tue dari kawan opis..
Kesian dan simpati pada dia..huhu

kak ina kl (1) said...

memang sedih bila kehilangan..tapi kecian dengan kawan kamu tu..dah takdir dari allah swt.al fatihah buat anak beliau.

Syahada Ahmad said...

meremang rasa baca entri ni. Takziah untuk kawan sue.

sama la ngan sha, 2tahun++ baru ade rezeki anak, syukur yang amat, bila baca kisah orang 7,8 tahun belum ade anak, rupanya masih ade insan yang lagi sedih dari kita.

Semuanya di atur sebaik2nya oleh DIA.

mamaelly said...

huhuhu dah pernah rasa bab2 kehilangan nie.. paling besar.. kehilangan arwah anak2.. nasib baik ada suami n family.. kalau tak mmg meroyan dalam pantang tu

littlehumblelynn said...

akak lost baby gak dulu..dah 5minggu...mmg x sangka..tp allah tau yg lebih baik utk kita !!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails