Thursday, December 9, 2010

it's a family day!!

Assalamualaikum..

kali ni nak story pasal family day cawangan tempat aku bekerja, iaitu CPPT.. family day ni anjuran kelab KERDIPAN yang bernaung di bawah CPPT. Berlansung di tempat perkelahan Sg. Kroh dalam FRIM pada 1 muharam, 7 disember 2010.. haa.. skima gitu.. aku tak pernah sampai frim ni, ada juga tempat berkelah di tengah bandar ni kan. hehe..

Pagi2 lagi dah kena bangun, mengejutkan 2 orang hero yang sedang tido. aqil lagi la, bawa ke sana tak mandi, sejuk mandi pagi2 ni.. kang spoil mood dia. hehe.. salin baju jek.. kitorang pakai baju senam je gi sana. sampai2 je, orang dah stat aerobik.. aku pun join sekali la kan, ayah aqil pun nak join, tapi budak tu nak berdokong, terpaksa la dia bawa gi jalan2 .. hehe..

Okey la aktiviti dia.. sekali sekala join benda cam nikan. lagi pun, bukan buat apa pun kat umah.. ada macam2 sukaneka, cabutan bertuah pun ada.. yang part sukaneka, tengok budak2 main, biasa je la kan. cer kalau tengok bos2 main, tergelak2 aku.. kekeke.. belum tengok diorang aerobik lagi, beria ko bergelek.. wahahaha..

haa.. macam ni la suasananya.. staff bawa suami/isteri, anak2 sume ada.. meriah tau.. majlis dirasmikan oleh Tuan pengarah CPPT.. aqil biasala, sangat teruja tengok belon....


ni anak ku.. aqil.. dia wat hal sendiri je, nak masukkan dia apa2 game macam tak layak je.. kang nangis takut ngan orang ramai2.. hehe..so, makan, main belon sepak2 tu je la kejenya.. habiskan duit ibu beli lolipop.. haish.. mood dia okey, cuma dah nak dekat kul 11 tu, dia dah rengek2 kalau tak dapat benda, nak tido la tu...


ni ibu nya dan kawan2.. ada bos lagi. yang pakai tudung hitam. bos ni i like :-)


ni la yang kitorang bawa balik, belon selambak2 nya, hadiah juga tau.. dapat cabutan bertuah. no bertuah ialah 88.. selalunya aku jarang bertuah ni.. dapat hadiah radio sony.. mula2 aku aim, kalau tak dapat sebarang hadiah, aku nak main la, at least kalau menang, dapat la hadiah kan.. dapat juga hadiah main game, dapat jam loceng.. hehe.. jadila kan ..


tu je la cerita pagi ni. type cepat2, nak gi meeting plak.. haha.. kang salah eja ke, salah apa ke, kang aku betulkan balik.. so, overall, okey.. lain kali boleh buat lagi event cam ni.. tapi buat la kat sunway ke, wet world ke.. hehe.. daa.. bye.. wassalam :-)

3 comments:

Syahada Ahmad said...

sha pun main gak, acara rebut kerusi, tp sbb sha ni mummy yang sopan, x berani nak kasar2 berebut dengan mereka2 itu. kang jatuh tergolek buat malu je. :p

so, xde hadiah untuk mummy yang sopan ini.
Sibaik ade hadiah lucky draw ;-)

littlehumblelynn said...

best2x...xde typo error!!anyhow x sempat lagik join getaway erriqazz tuh lagik..huhuhu!!tgh sibuk wat audit hujung tahun,.,

ejaMaria said...

radio sony?...best nye ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails