Tuesday, December 14, 2010

gugur

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua!! pagi ni ada majlis perlantikan mentor menti kat opis aku. jap lagi kena berkumpul untuk perasmian majlis. Pengarah pun ada.. walaupun namaku tak de, kena pegi juga untuk meramaikan.. tak de orang nak pilih aku jadi menti.. sedih tak?? haha.. tak pun.. keje banyak, tak koser la nak memikul lagi tanggungjawab serupa ini..

berbalik kepada tajuk atas. apa yang gugur?? kandungan ke? tak la.. rambut rambut rambut..:-( lately, rambut aku ni memang gugur memanjang. kalau tengok kat lantai umah, memang bertabur rambut. kalau tak sapu, rambut tu boleh kumpul wat rambut palsu. huhu.. tipu jek :-) tapi memang banyak la. lebih dari 20 helai kot..

camana nak buat yek. rambut dah potong pendek, syampu dah tukar daripada syampu yang jual2 kat shopping kompleks kepada syampu MLM tu.. serupa jek, tak de kesan. kalau tengok kat floor trap tu, memang ada je la rambut yang gugur time mandi. perlu ke makan something? ingat lagi masa potong rambut, cina tu siap terkejut la tengok rambut aku yang bila disikat, ada la dalam 5 helai kat sikat tu. tu baru 5 helai maa.. heran sangat ke tengok? ada ke orang tak de masalah rambut gugur ni?? boleh kasi petua skit?? ada kena makan vitamin ke, kolagen ke?

tapi  kisah rambut gugur ni, memang aku zaman dulu2 pun dah gugur dah.. sebelum kawin pun sama. tapi, yang paling syok, masa pregnantkan aqil, rambut aku tak de gugur pun, masa tu dah trimester ke 2 nak masuk ketiga rasanya.. tu hormon tengah banyakkan.. lepas je aqil dah pandai main sembur2, rambut ku kembali kepada masalah nya.. sampai la sekarang.. ke sebab banyak pikir?? ke akar tak kuat?? tapi, tak botak plak kepala aku ni. hehe.. kalau korang, buat camana ye??

okla, tu je nak share untuk kali ini.. sekian, terima kasih.


kredit picture to mr google

5 comments:

SiNoMoSa said...

huhu ingatkan apa yg gugur tadi..suspended tul hehe

fafau de craft said...

Salam...sy pon same..rmbt da ptg pendek,tp still gugur...tktnyaa nnt botak... :/

Ilhamny.com said...

sama larr..rambut linda pon byk gugur..lepas bersalin tihah..skrg dah nipis dah rambut ku... try byk syampu pon xjalan.. hubby pon kekdg bising, bersepah2 rambutku dimerata2, sampai kat kusyen keta pun melekat2..

Suliana said...

kak shim,

yang tu tak mo la jadi balik. hehehe..

Suliana said...

fafau,

klu pompuan, insylh tak sampai la botak tu. hehe

linda,
betul la, kadang tu kat anak pun ada rambut kita, melekat2.. kena rajin2 sapu umah sambil kutip rambut2 tu. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails