Thursday, December 23, 2010

Diapers apa anak korang pakai?

Assalamualaikum..

sessi petang pulak berblogging :-) actually sekarang memang sangat ngantuk.. tak tahu la kenapa. boring sangat. meja tengah bersepah2 dengan kertas, tapi kenapa diri ku ini terasa boring. staff aku pun sama, ngantuk jugak :-)

okey, nak cerita apa yek.. kita cite pasal anak la pulak :-) cerita tajuk disposable diapers (DD) apa yang pernah aqil pakai. okey, masa mula2 before aqil lahir, tak tahu nak pakai DD apa. masa ni, CD pun tak kenal. rasanya belum fames lagi kot CD ni. mula2, aku beli drypers. main ambik je. punya la banyak berak kencing budak kecik ni masa new born. kalau tak silap, asyik bertukar je DD dia. dalam 2 minggu, dah habis sebungkus yang ada 50-60 keping tu.

pastu, masa dalam pantang, makcik belakang cakap mamy poko bagus, tapi mahal skit. kebetulan masa aku beli drypers, dapat sample mami poko tu. mami poko ni, even size new born, tapi dia macam besar skit kan. so, dari situ, hati telah jatuh cinta dengan cik mami ni.. tapi memang mahal, tapi bagus, serapan yang kuat. rasanya dalam umur aqil 6-7 bulan masih pakai mami..

tak lama tu, rasa eee.. mahalnya. try plak pet pet. sebelum tu dah guna mami poko kan, rasa sume brand lain sume macam ada je masalah DD ni. ada tu bocor, ada tu peha aqil luka sebab pelekat plastik tu - masa tu peha bam bam lagi, ada tu bahan kimia dia bau macam kuat sangat.

pastu, gilir2 la ikut kemampuan si ibu. kalau ada duit, beli yang elok skit, kalau tak de, beli yang kurang skit la.. sekarang, aqil pakai drypers. tapi bila nak tido, memang tukar pet pet. pet pet ni bagus juga, tapi pada pandangan aku, dia ada satu bau yang macam bahan kimia dia kuat skit.. pet pet plak dah tukar style pelekat tu ikut mami poko.. kira, okey la.. the best for now.

bila pikir2 balik, pampers je, pakai buang plak tu. buat apa la nak pakai mahal2 kan. tapi sebab kualiti rendah tula, anak aku berak bocor, malam kencing dia habis basah cadar. tapi aqil alhamdulillah, tak de lagi ruam pampers kecuali jika perap lama2 memang akan merah je lipatan kangkang dia tu. mula la sapu krim..

CD pun ada juga.. tapi yang ni, pakai weken jek. kalau nak pakai everyday, ibu nya malas betul nak basuh. tahan cd tu berendam dalam baldi 4 5 hari. yela, nak kumpul banyak2 dulu, baru basuh dalam mesin. kalau basuh sehelai2, kang membazir air plak. hehe.. apa daa ibu aqil ni. ikut mood dia je nak pakaikan aqil. kang time2 DD nak abis, gaji pun lambat lagi, baru insaf skit. "aqil, meh pakai CD ni" :-) tapi tak tahu la camana lately pakai CD pun tak betul ke aqil yang tak reti duk diam. boleh plak CD tu bocor. air kencing kuar kot tepi.. tahu2 carpet dah basah.. bising la ayah nya "tak yah pakai la CD ni, tak bagus pun" huh, silap skit je CD terus habis kena kondem.

actually CD la yang terbaik. tapi may be silap pakai ke, tu yang terbocor tu. tapi malam, kena pakai HEMP insert baru dia serap kuat skit. ibu aqil ni, tak rajin skit nak membasuh2 ni, ikut mood dia aje. hehe.. okey la. sori termembebel panjang plak pagi petang ni..

bye.


10 comments:

Mama Qiestina said...

qies pon pakai pet pet skrg ni for siang & kat skool.aku suke sbb peleka dia macam mami poko.tapi malam aku pakaikan mami pokok sbb tahan lama & tak bocor.

berjalan pulak aku pakaikan drypants.senang macam suarr..

Suliana said...

YAT,

yg jenis2 seluar aku jarang try.. tapi best juga kan,ada try sekali dulu. tak yah nak berperang nak tangkap dia pakai pampers. hehe..

ummi nia said...

betul akak..before nie sy pakaikan huggies dry..anak sy pakai xsmp 3 jam dh bocor..then sy try pet pet, ok jer..tahan la sket..mlm kdg2 xtukar pn still xbocor gak..tp salunya mlm sy pakaikan mami poko..sng..xbocor

Syahada Ahmad said...

aliya masa lahir pakai mami poko, bila dia dh mula meniarap terpaksa cari yang pants,sbb sangat tidak larat nak kejar dia, mmg FAILED kalau pakaikan yang ade pelekat tu, so try beli yang mami poko pants, tp besar sangat untuk aliya, beli dryper pantz lak, size m dia muat2 ngan aliya. yang mami poko nyer tu bila aliya dh besar sket baru leh pakai balik, so xde la membazir.
setuju about the price, tp worth-it sbb sangat menyerap dan x bocor. ruam pun xde. ;-)

K-Baby said...

Hi Mommy,
Let's win cute slogan tees for your kids in conjunction with our blog launch!
mykedaibaby.blogspot.com

ejaMaria said...

luqman skrg mmg pakai CD... sesekali pakai DD... hehehe... kdg2 CD tak sempat kering yg ade dah pakai... kena la ganti pakai DD... lg satu klu keluar jalan2 pakai DD - leceh bila salin... DD tak yah simpan... ;p

Nadya said...

aydan pakai pet pet siang,malam/jalan pakai drypers/drypants. yang lain2 xsesuai sbb die heavy wetter so salu bocor.n kulit sensitip akan naik ruam2..so far dua2 tu ok ngn die.mlm pakai drypants sbb xnak kaco die tido kalau yg lekat2 tu..die kalau dh terjaga susah nak tdo balik.gelak2 nak main..walaupun menguap dah berjuta kali..haha

mamaelly said...

hihi Putry dari lahir sampai la skang setia ngan PET PET je..hehehe dah serasi ngan itu

honeyn said...

like tajuk ni...leh share2
wa masa alisya mula2 lahir dulu....smua brand try n beli...
pureen, pet2, huggies, drypers, fitti 360 n mummy poko...tp, beli peket2 kecil dulu lah utk test...
last skali, berkenan pakai huggies (siang) n mummy poko (malam)....lgpn, alisya melecet kalo pakai yg pelekat plstik...
tp, pengasuh alisya kata drypers terbaik...
so, skrg...drypers-rmh ngasuh, huggies-time mama shopping n mummy poko-malam.. hihihii..

Suliana said...

thnks all for your comment! ibu2 memang terer la bab2 diapers ni kan. dah tahu mana murah, mana elok, mana yang berkualit kan. semuanya demi anak tersayang :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails